Belia – Rakan Kongsi Kemajuan Negara


Berikut adalah laporan Sinar Harian mengenai kerajaan dan belia:

PETALING JAYA – Kerajaan menyediakan pelbagai latihan kepada golongan belia dalam usaha untuk melahirkan belia yang mempunyai kemahiran.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, golongan tersebut adalah rakan kongsi dan peneraju dalam pembangunan negara.

Menurutnya, kerajaan merangka pelbagai program untuk memajukan belia, kerana golongan terbabit kini lebih bijak dan tahu apa yang dikehendaki.

“Apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan berjumpa dengan masyarakat setempat, adalah membawa petunjuk bahawa apa yang bakal dinikmati di masa hadapan.

“Belia hari ini bijak, dan mereka boleh menuntut melalui pelbagai platform yang disediakan bagi mengemukakan apa yang dikehendaki,” katanya.

Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Hari Belia Negara peringkat kebangsaan yang bertemakan ‘Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini’.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Muhyiddin berkata, kerajaan mahu sentiasa berhubung dengan golongan belia, maka pelbagai program diadakan termasuk Hari Belia yang mana bertujuan untuk mengikiraf golongan tersebut.

“Zaman kerajaan dan belia duduk berjauh sudah tiada lagi, kini kita sentiasa bersama dalam apa jua bidang untuk menjamin kemakmuran negara.

“Kerajaan kini bersikap terbuka untuk berbincang dan berbicara dengan golongan belia yang mewakili sepertiga penduduk negara,” katanya.

Muhyiddin berkata, adalah tidak baik untuk mengadakan demonstrasi seperti yang dilakukan sesetengah pihak sedangkan ia tetap tidak menyelesaikan masalah.

Menurutnya, golongan belia harus meningkatkan kebolehan dan potensi diri seiring hasrat kerajaan dalam menyahut tuntutan masa depan negara yang lebih terjamin.

Jika dahulu, golongan belia rata-rata lebih tertumpu ke arah membina asas untuk pembangunan negara. Dahulu, belia belum terdedah kepada kecanggihan teknologi, dan terpaksa lebih berusaha untuk memahami teknologi dan membawanya kembali ke Malaysia.

Itu cabaran dahulu.

Belia hari ini menghadapi cabaran yang berbeza. Berbeza kerana teknologi itu lebih mudah difahami kerana mendapat pendidikan yang baik sejak sekolah rendah sehinggalah segulung ijazah, namun, kadar persaingan kini adalah lebih tinggi.

Gunakanlah segala kesempatan yang ada dengan usaha yang positif. Usaha bukan dengan meminta, tetapi merebut peluang yang ada.

Memandangkan Himpunan Jutaan Belia 2012 bakal diadakan, datanglah ke sana untuk merebut peluang yang ada. InsyaAllah, dengan penganjuran program tersebut, akan merubah nasib belia hari ini, dengan syarat merebut peluang yang ada dan usahakan secara terbaik.

 

Soalan dijalanan: Himpunan Jutaan Belia tidak lama lagi.. Apa yang bakal belia kita boleh perolehi kebaikannya?

Jawapan? Datang sana baru tahu..🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s