Bersih 3.0: Siapakah Di Bawah Kereta Polis itu?


Sehingga ke saat ini, masih ada pihak menyebarkan bahawa ada orang yang terperangkap di bawah kereta itu. Lihat sahaja di dua artikel blog ini sebagai contoh: gayapeneroka.blogspot.com dan duniacacamarba.blogspot.com.

Blog Gaya Peneroka menyatakan:

Mereka dilanggar sehinggakan 2 orang daripada mereka cedera parah dan Terperesok di Bawah Kereta Waja Polis, Sebab itu Kereta tersebut di angkat agar 2 orang yang tersepit tadi dapat di keluarkan, tetapi salah seorang dari 2 orang yang cedera parah ini telah Meninggal Dunia sebentar tadi akibat cedera parah di muka,patah tengkok dan sebelah mata.

Manakala blog Dunia Cacamarba pula menyatakan:

Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan seorang gadis yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar

Yang mana satu benar? Seorang atau dua orang?

Selain itu juga, blog ini mendakwa seorang saksi mengatakan pemandu kereta polis tersebut mengamuk kerana kononnya yang melemparkan botol terhadap kereta tersebut adalah Special Branch.

Menurut seorang aktivis dari Terengganu yang menyertai perhimpunan hari ini, kejadian itu berlaku di depan mata beliau berhampiran pasaraya Sogo.

“Ambe (maksudnya saya) petang (tadi) jadi saksi kejadian polis rempuh pendemo. YA! Memang ade provokasi tapi setelah check-check, rupanya yang start lempar botol air mineral kat kereta polis tu adalah Sahabat Bodoh (SB)…!

“Mana tak mengamuk polis tu sampaikan sanggup rempuh dengan laju orang awam di hadapan SOGO.

Huh? Dinturtle, adakah aktivis Terengganu ini boleh dipercayai?

Nasihat OnDaStreet – SUDAH-SUDAHLAH. Hentikanlah cuba memanipulasi sehingga bunyi pun dah seolah tidak masuk akal.

Namun, disebalik spin tak menjadi daripada mereka ini, OnDaStreet masih mahukan kepastian. Kepada mereka yang tahu nama mangsa (atau arwah), sila kongsikan.

Soalan dijalanan: Seorang atau dua orang? Siapa?

One thought on “Bersih 3.0: Siapakah Di Bawah Kereta Polis itu?

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s