Tazkirah Jumaat: Kebenaran Yang Kalah Dengan Kebatilan?


Tazkirah Jumaat kali ini ingin berkongsi sebuah renungan, untuk perhatian dan tindakan kita bersama. Bersumberkan daripada ini:

• Islam menitikberatkan segala aspek termasuklah melakukan sesuatu kerja dengan
membuat perancangan yang sistematik.
• Rasulullah saw amat mementingkan perancangan yang sistematik, sebagai contoh usaha keras Baginda & para sahabat dalam membina negara Islam dan dalam menyusun strategi dakwah dan peperangan. Hasilnya tersebar syiar Islam ke seluruh dunia.
• Seorang yang memahami tentang perancangan yang sistematik dan memiliki kemahiran mengurus akan berupaya memastikan kerja dapat diselesaikan dengan hasil yang terbaik.
• Dalam konteks pengurusan, prinsip keimanan perlu mendasari segala yang ingin dilakukan. Bermula daripada membina konsep, pandangan, sikap, gaya berfikir sehinggalah penentuan bentuk tindakan dalam organisasi.
• Rasa keimanan sebegini di kalangan pekerja akan meninggalkan impak positif ke arah melahirkan generasi dan organisasi yang bermoral.
• Dengan kesedaran ini, kita haruslah merancang setiap kerja dengan sistematik agar misi dan visi yang dicitakan dapat dicapai. Jangan biarkan institusi berteraskan Islam terus
lemah dan gagal disebabkan kegagalan dalam merancang.
• Setiap rancangan haruslah disertakan dengan gerak kerja supaya kita tidak hanya menang dalam merancang tetapi gagal dalam melaksanakan.

Nukilan OnDaStreet: Artikel diatas bersandarkan kepada kata-kata hikmah ini:

Kebatilan yang terancang akan mengalahkan kebenaran yang dibuat tanpa perancangan

Lebih kurang begitulah kata-kata Saidina Ali r.a.

Dan, sesungguhnya, ini berkait dengan hidup kita, dalam apa jua perkara, antara sedar atau tidak.

Sebagai contoh, acapkali kita mendengar kisah-kisah di pejabat, di mana orang yang kuat bekerja, jujur, dan tidak menipu tidak mendapat peluang yang sewajarnya. Akan tetapi, mereka yang malas, menipu waktu bekerja, tetapi merancangnya dengan elok, mendapat pujian ke atas kerja yang kadangkala bukan hasilnya (atau kerana hanya dia di penghabisan kerja tersebut).

Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada tazkirah pada kali ini.

Wallahualam..

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s