YB Pakatan Rakyat Dan Soalan Seks & Liwat?


Kemaskini

OnDaStreet merasa hairan sedikit, kerana walaupun perkhabaran ini telah diketahui semalam, dan dalam mendapatkan pengesahan, OnDaStreet telah diberi pesanan agar tidak mengambil 100% seperti apa yang tertera di blog Papagomo, walaupun sedar, jika benar, ianya akan direkod dalam hansard Parlimen untuk tatapan umum kemudian.

Apa yang sudah terjadi?

Artikel asal

OnDaStreet menerima satu email yang sedikit menghairankan dan agak meragukan. Ya, ianya berkaitan dengan seorang YB yang bertanyakan tentang bagaimana untuk memupuk orang muda kita untuk berupaya melawan desakan seks atau liwat daripada mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Samada benar atau tidak, kita tunggu hansard sidang Parlimen, samada soalan seumpama ini telah ditanyakan.

Pada pandangan saya, soalan ini agak normal jika ditanyakan dalam bentuk ingin tahu di ruangan agama, kesihatan mahupun secara sosial. Namun, jika ditanya dalam ruang lingkup Parlimen, saya tidak dapat lari dari merasa sedikit hairan.

Mungkin, dari satu sudut, YB Pakatan Rakyat tersebut ingin mengetahui langkah-langkah yang boleh dicadangkan oleh kementerian berkaitan untuk mengelakkan orang muda kita didesak daripada melakukan hubungan seks atau liwat daripada mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Manakan tidak, ianya berkemungkinan berlaku dalam kisah hidup masyarakat seharian.

Baguslah YB Pakatan Rakyat itu ambil tahu dan kisahkan nasib orang muda yang didesak untuk lakukan hubungan seks atau liwat daripada mereka berusia 60 tahun ke atas.

Dan saya pasti, jika ianya ditanya oleh YB Barisan Nasional, barisan YB Pakatan Rakyat akan membantah dan mungkin keluar dewan. Mungkin…

Apapun, kita tunggu hansard Parlimen untuk kepastian.

 

Soalan dijalanan: Hairan kerana soalan itu agak spesifik – orang muda, desakan seks, liwat, orang berumur 60 tahun ke atas… hmmmm?

 

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s