PTPTN: Antara Penghapusan Hutang Dan Pendidikan Tinggi Percuma Kepada Rakyat


Isu PTPTN sedang hangat diperkatakan, dengan ramai mempunyai hujah-hujah yang ada kala, boleh diterima akal, dan ada yang kurang masuk akal.

Memandangkan cadangan ini datangnya daripada Pakatan Rakyat, mari kita nilaikan daripada dua tokoh muda Pakatan Rakyat – Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Rafizi Ramli. Kita baca apa yang di nukilkan oleh Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi:

Isu penghapusan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional [PTPTN] semakin rancak apabila reaksi mahasiswa dan anak muda terhadap tindakan kerajaan menafikan hutang Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta.

Tan Sri Tajuddin menyebabkan liabiliti tanggungan RM8 bilion. YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak memutuskan hutangnya sebanyak RM589 juta kepada Dana Harta dihapus kira walaupun tiga tahun lalu mahkamah memerintahkan beliau melangsaikannya.

Berbangkitnya  isu PTPTN oleh anak – anak muda dewasa kini, juga ekoran tindakan PTPTN bermaharajalela melebihi bank dan dilihat menindas graduan. PTPTN tidaklah dilesenkan sebagai sebuah institusi kewangan di bawah peruntukan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan, apatah lagi tidak dikawal selia di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia.

Kalau kita disenaraihitamkan oleh bank kerana tidak membayar hutang, samaada hutang rumah atau kereta, mereka dakwa kita di mahkamah mengikut prosedur, dan kita masih boleh ke mana-mana hatta ke luar negara sekali pun.


Along Negara

Malangnya kes PTPTN ini, sebagai contoh pada 8 Jun 2011, Mandeep Singh [ isu pelajar UNISEL ] telah menjelaskan tunggakan sebanyak RM2,330.82 dan PTPTN telah mengesahkan pembayaran tunggakan itu, tetapi 6 Julai 2011 pelajar terbabit ditahan di LCCT oleh pegawai Imigresen kerana disenaraihitamkan dalam sistem komputer Jabatan Imigresen Malaysia.

Insiden ini menyebabkan PTPTN dilihat tidak ubah seperti Along berlesen.

Along berlesen ini terus menjadi igauan ngeri yang sering menghambat keselesaan hidup anak muda yang terlibat.  PTPTN asalnya bukan wajib dipinjam, ia adalah optional disamping biasiswa negeri dan JPA.

Namun wang PTPTN terpaksa dipinjam kerana ibu bapa tidak terdaya menanggung bayaran pengajian dan kampus yang tinggi. Sehingga kini negara mempunyai  1.8 juta peminjam PTPTN dan mereka ini antara golongan muda yang berumur 20 hingga 35 tahun.

Tapi  lihatlah apa musibah PTPTN ke atas mereka :

a]  Purata sehari seramai 60 peminjam PTPTN ditahan Imigresen di lapangan terbang antarabangsa.

b] Seramai 69,573 daripada 104,083 peminjam yang disaman oleh mahkamah sehingga Oktober 2011, kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka. (66.9% disaman)

c] Sehingga September 2011, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion iaitu 48.34% berbanding RM6.04 bilion, jumlah yang sepatutnya diperolehi,  maka seramai 132,801 pelajar telah disenarai hitamkan dan tidak boleh keluar negara kerana tidak menjelaskan pinjaman.

Kurangkan beban rakyat

Justeru telah menjadi suatu yang telah diketahui umum bahawa komitmen Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara ialah menjaga kebajikan rakyatnya serta dalam masa yang sama memastikan pendapatan negara melalui pertumbuhan ekonomi sihat dan subur.

Maka saya melihat Kerajaan Pakatan Rakyat kelak sangat berpotensi untuk melunaskan komitmen tersebut melalui pembentukan sebuah pentadbiran yang adil, amanah, telus dan berintegriti atau menepati piawaian sebuah kerajaan yang disebut sebagai Good Governence.

Kerajaan selayaknya menjadi Payung Rakyat bukan menjadi Along Negara yang menghambat rakyat. Guna kekayaan anugerah Allah kepada negara kita untuk rakyat dan bangunkan negara melalui pembangunan yang memulangkan manafaat kepada rakyat terbanyak bukan hanya kepada kelompok elit dan kroni.

Sebelum ini, sejarah  Kerajaan UMNO dan BN sering dilihat menggunakan wang negara bernilai tinggi untuk bailout dan menjaga kepentingan syarikat GLC dan kroni yang mengalami kerugian besar dan hampir bankrap. Sebagai contoh mudah ialah :

a] MAS yang rugi sebanyak RM478 juta dan kerugian bersih setakat ini, sebanyak RM 1.2 billion. Bagaimana syarikat MAS mampu survive jika tanpa campur tangan kerajaan yang menyokong syarikat berkerugian besar ini ? persoalan lain yang berkaitan ialah bagaimana syarikat yang sepatutnya membawa pulang keuntungan besar tiba – tiba mengalami kerugian berskala besar pula ?

b] Syarikat milik penuh kerajaan Malaysia, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dilaporkan telah membeli Tanjong Energy Holdings, sebuah syarikat penjanakuasa bebas milik Ananda Krishnan yang memiliki loji janakuasa di serata Asia. Dilapor oleh The Singapore Straits Times  bahawa 1MDB telah mengambil alih kepentingan Ananda dalam Tanjong Energy pada nilai RM8.5 Bilion.

c] Menyuntik modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik UMNO, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCBB)

d] Pembelian saham Technology  Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta

e]  Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom
f]  Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS

g] Memaksa Petronas membeli saham Proton dan ambil alih Litar Sepang

h]  Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tan Sri Tajuddin Ramli yang bernilai RM 1.8 bilion

i] Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerajaan melalui Dana Harta

j] Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80% saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation

k] Mamaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.

l] Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.

Melalui pentadbiran jimat cermat dan bebas rasuah, saya berkeyakinan Kerajaan Pakatan mampu melunaskan komitmen yang diberi. Selama ini, dibawah pentadbiran UMNO dan BN, dana negara tiris dan bocor lalu mengalir ke longkang projek yang tidak mendatangkan manafaat kepada rakyat terbanyak. Sebagai contoh : [ wang negara boleh dijimatkan jika tiada perkara ini ]

a] Projek Menara 100 tingkat

b] kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya bakal menelan RM65 juta untuk kos tambahan dan pengubahsuaian, menjelaskan bagaimana peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri memecah rekod dengan catatan RM 15.8 bilion.

c] PERMATA [Rosmah]  projek tanpa hasil signifikan kepada pembangunan negara. Perlaburan yang kabur dan tiada pulangan dalam masa terdekat.

Realitinya, sejumlah RM 28 bilion kerugian yang terpaksa ditanggung oleh negara setiap tahun akibat ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa sebagaimana yang dinyatakan dalam Laporan Audit Negara 2009.  

Jika ketirisan wang negara [peruntukan kerajaan] dapat dikawal, RM 28 bilion dan untung Petronas RM 90 bilion sepatutnya mampu untuk meringankan beban rakyat terutama dalam menjamin masa depan pendidikan rakyat.

Bagaimana PTPTN boleh mansuh

Sebenarnya tidaklah sukar untuk melihat PTPTN ini dimansuhkan. Justeru PTPTN adalah simptom akibat tradisi korporat, komersial dan kapitalisme dalam kampus tempatan sehingga menyebabkan pendidikan tinggi sebagai suatu perjudian sehingga mahasiswa dan keluarga mereka terpaksa bergolok gadai.

Jika Pakatan Rakyat benar – benar mampu mengawal pentadbiran dan dana negara dari pembaziran, rasuah, ketirisan dan penyelewengan ditambah pula keupayaan menjana pertumbuhan ekonomi sihat dan subur, maka kerajaan boleh menyediakan pakej kos pengajian tinggi yang paling minima dan tidak membebankan,  malah boleh sampai ke peringkat menyediakan tawaran pendidikan percuma kepada rakyat.

Apabila ini boleh dilakukan dan sepatutnya kerajaan boleh melakukannya, maka dengan sendirinya tiada siapa yang akan pergi menjerut leher di pintu masuk PTPTN.

Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi, suatu Sorotan

Kelihatan retorik dan tidak relevan tetapi ia [pendidikan pengajian tinggi percuma] adalah suatu kewajipan asas bagi sesebuah kerajaan adil perlu diberikan kepada rakyat.
Negara Libya [era Gaddafi ] pernah mencipta rekod pendidikan percuma dan elaun khas untuk mahasiswa yang berjaya ke menara gading. Libya hanya memutar wang minyak sahaja kepada kebajikan rakyat bukan melalui sumber lain selain polisi kerajaan untuk berjimat.

Belum ada kes atau rujukan negara yang muflis atau mundur kerana pendidikan percuma, sebaliknya pendidikan tinggi adalah modal pembangunan kerajaan bahkan negara akan mudah maju dan makmur jika ramai mahasiswa dapat dihasilkan.

Mahasiswa atau graduan yang kurang atau tiada hutang akan menjadikan mereka lebih fokus untuk memajukan diri, industri dan negara bukan sekadar bekerja over time siang malam untuk memikirkan hutang keliling pinggang.  Natijahnya mahasiswa yang gradusi dengan hutang tinggi akan menghasilkan modal insan robot yang bekerj untuk tembolok sendiri.

Negara yang mengekalkan pelaksanaan pendidikan percuma sehingga peringkat pendidikan tinggi ialah :

Sweden
Norway
Finland
Arab Saudi,
Kuwait
Cuba
Sri Lanka

Selepas yuran kampus dihapuskan, tiada lagi keperluan institusi kewangan atau tabung tertentu untuk memenuhi kehendak kapitalisme menara gading. Jua tidak lagi perlu berhutang dari Along Negara dan Along Negara bolehlah gulung tikarnya.

Contoh pengiraan  [Universiti Malaya]

a] 20,000 orang pelajar dengan yuran sebanyak RM3,000 setahun.

b] RM3,000 x 20,000 orang berjumlah RM60 juta.

c] Jumlah IPTA terkini 20 buah :

1. Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur,

2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor,

3. Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor,

4. Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang,

5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor,

6. Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang,

7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), KL,

8. Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah,

9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak,

10. Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah,

11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak,
12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), N9,

13. Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor,

14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu,

15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor,

16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka,

17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis,

18. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Terengganu,

19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan,

20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), KL

d] 20 buah x RM 60 juta = RM 1200 juta  [RM 1.2 bilion]

Jumlah ini masih mampu ditanggung kerajaan jika pembelian atau bailout syarikat kroni tidak dilakukan secara berleluasa serta wang tiris dikawal sementara wang untung seperti yang dihasilkan oleh Petronas diurus secara telus.

Rakyat terbanyak akan mendapat manafaat dari konsep Negara Berkebajikan yang jelas menepati kehendak Allah swt dan melandasi WahyuNya.

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka ( pintu pengurniaan rezeki ) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Surah al A’araaf : 96
——————————
Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sekarang, mari kita dengar pula apa yang Rafizi sampaikan:

Baiklah, kita sudah dengar, kita sudah baca hujah daripada pemimpin-pemimpin muda ini. Hujah yang disampaikan mereka meyakinkan, namun tidak bermakna tidak perlu difikirkan dan hanya diterima bulat-bulat.

Pertama – Hujah dan amaun yang diberi hanya berkaitan dengan PTPTN.

Kedua-dua tokoh pemimpin ini berbicara secara panjang lebar dan hanya membahaskan jumlah pinjaman PTPTN, tetapi dalam masa yang sama membicarakan tentang Pendidikan Tinggi secara PERCUMA. Mungkin mereka ini terlepas pandang dimana PTPTN bukan satu-satunya badan yang memberikan pinjaman kepada pelajar untuk Pendidikan Tinggi. Terdapat badan-badan lain yang memberikan pinjaman atau biaya pendidikan, seperti JPA, MARA, institusi kewangan, dan juga syarikat-syarikat yang mampu, dimana sesetengahnya juga mengenakan faedah.

Jadi, perkiraaan yang dibuat oleh kedua mereka tidak begitu tepat, kerana tidak mengambil kira pinjaman yang diberi selain daripada PTPTN. Maka, jumlah yang bakal digunakan oleh kerajaan untuk menampung pendidikan tinggi percuma pastinya melebihi anggaran yang telah mereka berikan.

Kedua – Musibah yang menimpa penghutang PTPTN dinyatakan oleh Ustaz Nasruddin

Apa yang berlaku itu adalah lumrah bagi mereka yang gagal melunaskan hutang langsung. Mereka yang disaman dan disenarai hitam biasanya adalah mereka yang gagal membayar hutang yang telah dipinjam. Dan ini adalah tidak hanya berlaku kepada penghutang PTPTN sahaja.

Musibah ini tidak lain adalah berpunca daripada diri penghutang yang gagal membayar hutang, atau menstruktur semula bayaran pinjaman.

Ketiga – Kiraan Institusi Pendidikan Awam Yang Diambil kira oleh Ustaz Nasruddin

Beliau hanya mengambil kiraan secara kasar dengan memasukkan 20 IPTA, yang melibatkan hanya sebahagian IPT yang ada. Ini belum termasuk kolej-kolej pendidikan swasta yang menyediakan kursus untuk rakyat Malaysia dan PTPTN (dan institusi lain) menawarkan pinjaman. Maka, anggaran awal Ustaz ini perlu dinilai semula, dan tidak semudah yang disangka.

Keempat – Mengurangkan Perbelanjaan Pertahanan dan Penambahan Untuk Pendidikan oleh Rafizi Ramli

Cadangan Rafizi agar kerajaan mengurangkan perbelanjaan pertahanan ini boleh dinilai sebagai kurangnya pemahaman keperluan semasa pertahanan negara. Dengan cara beliau berhujah seolah kapal selam itu seperti ianya kapal komersial.

Keperluan pertahanan perlu dinilai daripada masa ke semasa, dengan keadaan luar negara yang tidak menentu, lebih-lebih lagi melibatkan organisasi keganasan tanpa sempadan. Apakah Rafizi Ramli mengambil kira ini semua? Saya kurang pasti berdasarkan hujah beliau mengenai menteri yang telah menaiki kapal selam.

Kelima – Perbandingan Perbelanjaan Untuk Pendidikan Dari Tahun 70-90-an dengan selepas tahun 2000 oleh Rafizi Ramli

Jumlah pelajar yang menuntut disetiap pendidikan tinggi (sijil, diploma dan ijazah pertama) untuk zaman 70-an, 80-an, 90-an dan pasca 2000, amat berbeza. Itu belum mengambil kira tahap pendidikan dengan keperluan kelulusan pendidikan pada setiap masa itu.

Maka, perbelanjaan untuk setiap peringkat itu berbeza dengan jumlah pelajar juga berbeza.

Keenam – Pembayaran Kembali Jika PTPTN dihapuskan oleh Rafizi Ramli

Tiada cadangan cara yang khusus diberikan bagaimana pembayaran kembali untuk mereka yang telah dibayar. Ini belum lagi mengambil kira bagi mereka yang langsung tidak melunaskan hutang PTPTN. Apakah mereka yang tidak membayar langsung ini tidak perlu bayar sesen pun, atau perlu membayar sebahagian? Jika perlu membayar kembali sebahagian, bagaimanakah “treatment” atau bagaimana pembayaran itu akan direkodkan?

Buat ketika dan masa ini, terdapat 6 perkara ketara yang dapat dilihat daripada hujah yang telah mereka bentangkan. Mungkin, jika mahu dikaji dengan lebih jelas dan terperinci, hujah-hujah mereka ini dilihat semakin lemah, kerana OnDaStreet berpendapat, idea penghapusan PTPTN ini adalah idea populis.

Manakan tidak… mansuh tol guna duit Petronas. Mansug PTPTN (dan tidak mengira pembiayaan pendidikan lain) pun menggunakan duit Petronas. Ini belum mansuh perkara lain yang memerlukan perbelanjaan…

Akan tetapi, hari ini Pakatan Rakyat menang majoriti, esok harga minyak diturunkan (yang bermakna, hasil Petronas akan berkurangan).

 

Soalan dijalanan: Semua mansuh guna duit Petronas, harga minyak turun jika mereka memerintah… berapa sahaja yang tinggal untuk selenggara dan pembangunan? Bagaimana pula dengan keadaan kewangan Petronas selepas itu?

 

17 thoughts on “PTPTN: Antara Penghapusan Hutang Dan Pendidikan Tinggi Percuma Kepada Rakyat

  1. Elok juga ziarah dan interview ribuan adik adik kita lepasan UUM. UMP,UMTAS dan yang sewaktu dengan Univerisiti tersebut. Usahkan nak dapat kerja, nak faham atau cakap Inggeris, nak cakap bahasa Msia masih pelat kenegerian, walaupun hutang PPTN keliling pinggang.
    Apakah benarkah Kerajaan nak bantu orang Melayu dan bumiputera atau bantu kroni dan anak anak Pak Menteri?
    or
    I scratch your back and you scratch my back -Najib with his ‘Nathekai’ (Dirty hand) during Thaipusam 2012

    1. Apakah kelemahan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan kepelatan berbahasa Malaysia dan tidak fasih terletak sepenuhnya kepada kerajaan? Jika mereka bersikap seperti anda, yang lebih suka menuding jari, saya tidak dapat membantu.

      Ini lebih kepada sifat dan sikap. Islam menggalakkan kita muhasabah diri sendiri terlebih dahulu, bukan muhasabah orang lain terlebih dahulu.

      1. Eehh apa tugasan Menteri Pelajaran dan mereka di Kementerian? Apakah tugasan mereka hanya berpolitik kedai kopi dan makan gaji buta?

        1. Rombakan beri faedah kepada semua pelajar

          2012/03/17
          Pelan pembangunan pendidikan mentransformasi generasi muda

          KUALA LUMPUR: Pembentukan Pelan Pembangunan Pendidikan dan Perancangan Strategik sistem pendidikan negara akan memberi faedah kepada generasi muda, termasuk mentransformasikan mereka menjadi lebih bersedia untuk berdepan perubahan serta cabaran global. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Loke Yim Pheng, berkata kerajaan perlu memastikan rombakan sistem pendidikan terbabit memberi faedah terutama kepada semua pelajar. Katanya, dalam proses perancangan yang dijalankan kerajaan perlu mendapatkan maklum balas daripada badan bukan kerajaan, kesatuan guru serta pemimpin antarabangsa yang berpengalaman dalam sektor pendidikan.

          “Kita kena fikir di luar kotak kerana ini membabitkan masa depan generasi muda pada masa kini.

          “Oleh itu panel jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam rombakan ini tidak sepatutnya membabitkan hanya ‘orang lama’ tetapi kumpulan berbeza usia termasuk generasi muda supaya maklum balas mereka lebih menepati apa yang diperlukan,” katanya ketika dihubungi semalam.

          Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan akan membuat perancangan dan penilaian teliti serta komprehensif sebelum Pelan Pembangunan Pendidikan dan Perancangan Strategik sistem pendidikan negara dibentuk untuk memenuhi keperluan global dan cabaran masa depan.
          Ia membabitkan rombakan menyeluruh pendidikan teras sekolah rendah dan menengah, termasuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah agama, Orang Asli, pendidikan khas dan sekolah vokasional.

          Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak, pula berkata sistem pendidikan yang menekankan kepada meritokrasi atau penilaian berasaskan peperiksaan menafikan bakat serta pembinaan karakter pelajar. …

          1. Deputy Prime Minister and Minister of Education Muhyiddin Yassin promised to release his “thorough review” of our schools by yearend. I hope that he, his officials, and the slew of expensive consultants he hired will pay attention to the unique challenges facing three particular groups of students: those in our kampong schools, residential schools, and those university-bound with their post-Form Five dilemma.

            I will cover these three issues in the order presented. I had earlier critiqued and put forth my recommendations on improving the whole system in my book, An Education System Worthy of Malaysia (2003).

            There is no shortage of reviews, thorough and otherwise, of our education system. Unfortunately, just as the recommendations of one new policy were being implemented, there would follow, just as surely as a burp after a roti canai breakfast, a stunning reversal soon thereafter. Unlike a burp where only stale gas would be expelled, with a policy reversal the whole earlier content would be vomited out. It is enough to keep the heads of our pupils and teachers spinning, further distracting and confusing them. A prime example would be the language of instruction for science and mathematics.

            Continue reading:

            http://www.bakrimusa.com/archives/reforming-education-fixing-kampong-schools

          2. Tidakkah anda seperti memperbodohkan diri sendiri? Sedarkah anda, Pendidikan Tinggi dibawah tanggungjawan Kementerian Pengajian Tinggi, dan bukannya Kementerian Pendidikan?

            Pendidikan sekolah kebangsaan kita memang percuma. Terima kasih.

            p/s: Bersihkan hati, bersihkan minda. Semoga Allah memberi petunjuk agar kamu tidak berbicara secara prejudis.

        2. Adakah menjadi tanggungjawab kerajaan menanggung semua perbelanjaan?

          Dan..

          Apa pula tanggungjawab pelajar? BERDEMONSTRASI????

          Anda hipokrit!!!! Anda kerap mempertikai kerajaan dan mengambil langkah mudah menyalahkan kerajaan.

          Maaf, anda sedang menunjukkan betapa munafiknya anda apabila anda berhujah.

          Terima kasih.

          1. Apabila ada yg tidak bersetuju dengan pendapat ODS, mereka akan di chop ” Hipokrit” dan munafiq.

            Allah SWT berfirman :

            “Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka.” (QS An Nisaa’, 4: 145)

            “Barangsiapa yang takut kepada sifat nifak, ia adalah orang mukmin. Barangsiapa yang tidak takut kepada sifat nifak, sesungguhnya ia adalah munafik.” (Imam Hasan al-Bashri).

            Siapa sebenarnya Munafiq?

            http://insanshalih.blogspot.com/2010/10/23-karakter-munafik.html

            Yaa Allah, jauhkan kami dari gulungan yang Engkau murka dan jadikan orang orang yang beriman sepenuhnya dengan Al Quran dan Sunnah.

            AMEEN

          2. Assalamualaikum wahai arah,
            Di blog ini, bukan anda seorang sahaja yang berbeza pendapat dengan saya. Saya tidak menuduh mereka munafik atau hipokrit kerana mereka konsisten dan boleh toleransi dalam perbezaan pendapat.

            Akan tetapi, tidak dengan anda. Di satu masa, anda mengatakan sesuatu yang lain, dan di suatu masa lain, anda mengatakan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang telah anda nyatakan.

            Contoh paling jelas adalah dalam isu kalimah Allah. Anda menyokong bukan Islam di Malaysia memakai nama Allah, tanpa meragui tujuan mereka. Akan tetapi, apabila sesuatu berlaku kepada umat Islam di Malaysia, anda mudah menyalahkan kerajaan. Apakah ini tidak cukup jelas?

          3. EEhh lum abis lagi isu kalimah Allah????
            Sila lihat No 5:Bilakah kedatangan Islam? Apakah Majlis Fakwa menganggap para Nabi dan para Ambia termasuk Nabi Adam, Nabi Ibrahim,Nabi Musa,Nabi Daud , Nabi Sulaiman, Nabi Isa dll tidak mengunakan kalimah ALLAH? Bukankah dalam Quran jelas menyatakan pengikut setia Nabi Isa ialah orang orang beriman?????

            KEPUTUSAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN BERKAITAN PENGGUNAAN KALIM…AH ALLAH
            >1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristia n adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akida h triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.

            2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.

            3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.

            4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.

            5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.

            6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

            7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.

            8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.

            9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.

            10.Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.

            11.Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.

            12.Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.

          4. saudara arah,
            Apakah cuma no 5 sahaja yang anda faham? Apakah saudara membaca KESELURUHANnya?

            Anda bijak. Jangan biarkan saudara kelihatan bodoh dan mementingkan diri sendiri.

            Terima kasih

  2. Setelah saidina Abu Bakar dipilih sebagai Khalifah Rasulallah s.a.w. maka beliau menyampaikan ucapannya yang pertama kepada orang ramai:

    “…..Saudara-saudara sekalian, saya sudah terpilih untuk memimpin kamu semua, dan saya bukanlah orang yang terbaik diantara kamu sekalian. Kalau saya berlaku baik bantulah saya, kalau anda sekalian melihat saya salah, maka luruskanlah. Kebenaran adalah suatu amanah, dan dusta adalah pengkhianatan.

    Orang yang lemah diantara kamu adalah kuat dipandangan saya, sesudah haknya saya berikan kepadanya, Insya Allah. Orang yang kuat diantara kamu adalah lemah dipandangan saya , sehingga saya terpaksa menarik kembali hak daripadanya, Insya Allah ! Janganlah ada seseorang dari anda sekalian yang mau meninggalkan jihad.

    Apabila sesuatu kaum telah meninggalkan jihad (perjuangan dijalan Allah), maka Allah akan menimpakan kehinaan kepadanya.

    Apabila kejahatan sudah meluas pada sesuatu golongan, maka Allah akan menyebarkan bencana kepada mereka.

    Ikutlah saya selama saya taat kepada perintah Allah dan RasulNya. Tetapi apabila saya melanggar (perintah) Allah dan RasulNya maka tidak wajib anda sekalian mentaati saya. Marilah kita solat, semoga Allah memberi Rahmat kepada anda sekalian.”

    KHALIFAH ABUBAKAR ASSIDDIQ

    1. I caution Malaysiakini, The Malaysian Insider and other websites that the Barisan Nasional government has hired about 200 cyber troopers to try and influence opinion on portals, social networking sites like Facebook.

      These paid hands will post insane comments and even challenge webmasters to put up their comments. The idea is to create the impression that there are many supporters of Najib Razak and his government in cyberspace and intimidate others.

      But in truth, they number about 200 and are paid by taxpayers. I urge the new sites not to put up their comments because they are paid hands and are not interested in any principles or in a better Malaysia.

      Their sole aim is to perpetuate the present system despite all its flaws. The Najib government has apparently been advised by its good friends in Singapore that it needs to influence opinions in social networking sites and the Internet. That is why they have hired these cyber troopers.

      So, please beware

    2. ODS…..Anda bijak. Jangan biarkan saudara kelihatan bodoh dan mementingkan diri sendiri.

      OOhhh, Anda takut kelihatan bodoh…

      Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2]

      The absolute truth about Muhammad in the bible: Rabbis who acknowledging the fact and…PART 1

      The absolute truth about Muhammad in the bible: Rabbis who acknowledging the fact and…PART 2

  3. PTPTN, Kerajaan boleh dan mampu bagi pendidikan percuma, contoh. saya dapat biasiswa JPA 24,000.00 untuk belajar 4tahun dalam negeri. Sekarang saya dah kerja 20 tahun jumlah cukai pendapatan yang saya bayar pun dah hampir 200,00.00. belum lagi simpanan epf saya yang kerajaan boleh gunakan hampir 500,000. so, apa salah kerajaan melabur dalam pendidikan tinggi, kan kata nak tingkatkan modal insan, pulangan dari pelaburan tu ialah cukai pendapatan dan epf.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s