NFC: Jalan Ke Syurga Penuh Dengan Onak dan Duri…?


Sengaja saya ambil tajuk diatas. Kenapa? Ada sebabnya.

Sebagaimana biasa, bicara saudara Aspan Alias bagus untuk dibaca. Tajuknya sahaja, sudah cukup bagi saya untuk menggambarkan apa yang cuba disampaikannya.

Namun, apabila membaca komentar yang diterima, seperti sesuatu yang kurang lengkap, yang kurang seimbang. Apakah dia?

Kebanyakannya seolah mengiakan UMNO dan Barisan Nasional itu buruk 100% dan cabaran yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat dan mereka yang pro kepada mereka seolah menggambarkan mereka berada di jalan yang betul.

Bunyi tajuknya, dan realiti gambaran betapa susahnya Pakatan Rakyat ke Putrajaya itu saya akui, dari satu sudut menggambarkan mereka seolah di jalan yang benar.

Namun, dari satu sudut yang lain, nada yang lebih kurang sama saya dengari daripada mereka yang pro Barisan Nasional. Dikalangan mereka, disampaikan juga bahawa mereka berada di jalan yang betul, dan cabaran dan halangan yang diterima menggambarkan mereka sedang diuji untuk membuat kebaikan, menjalankan tanggungjawab kepada rakyat.

Nadanya sama – mereka menghadapi cabaran, dan itu tanda mereka di jalan yang benar dan betul.

Bagaimana pula, jika sebenarnya, cabaran dan dugaan itu sebagai tanda amaran kita sedang menuju ke jalan yang salah?

Memetik kata-kata hikmah daripada blog ini:

Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah

Kata-kata diatas juga seharusnya diambil dan diteladani. Allah menguji kita dalam senang dan susah, sihat dan sakit.

Maka, tidak bermakna, jika jalan yang kita lalui itu onak dan duri, bermakna kita sedang menuju kepada kebenaran, dan begitu juga sebaliknya.

Sebagai contoh, dalam kes NFC, mereka telah didatangkan dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Apakah tidak salah, jika mereka menganggap mereka di jalan yang benar kerana diuji sebegitu rupa? Pada saya, mereka diuji kerana dipercayai berbuat salah, dan tidak melakukan sesuatu yang betul.

Dugaan? Ya. Cabaran? Ya. Benar? Belum tentu!!!

Oleh itu, muhasabahlah diri. Saya tidak mengatakan mana-mana pihak benar atau salah, tetapi saya tidak bersetuju jika mengandaikan jika apa yang kita lakukan itu diduga, kita terus menganggap kita berada di jalan yang benar.

 

Soalan dijalanan: Jika dua-dua pihak fikir dugaan itu tanda mereka benar, maka, kenapa masih bertelagah?

One thought on “NFC: Jalan Ke Syurga Penuh Dengan Onak dan Duri…?

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s