Komentar Ucapan DS Najib: Transformasi Pacu Kejayaan Negara (Bahagian 3)


Sambungan daripada bahagian 2

Ketujuh, NKRA yang bermatlamat membanteras rasuah.

Kerajaan komited bagi membanteras gejala rasuah. Jenayah rasuah adalah ibarat barah kepada kelangsungan dan pembangunan negara. Ia mampu memusnahkan keharmonian rakyat. Kerajaan tidak pernah pilih kasih dalam usaha memerangi rasuah. Tidak timbul soal bahawa tindakan hanya akan diambil terhadap ‘ikan bilis’ manakala ‘ikan jerung’ dibiarkan terlepas bebas.

Sehingga akhir 2011, sebanyak 900 pesalah rasuah disabitkan kesalahan. Kerajaan sudah pun menubuhkan mahkamah khas bagi mempercepatkan perbicaraan kes rasuah, manakala badan penguatkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditingkat upaya dengan secukupnya.

(Komen OnDastreet: Gejala rasuah bukanlah terhad kepada parti politik dan politik semata. Ianya universal, dan boleh berlaku diantara sesiapa sahaja.

Rasuah tidakkan berlaku jika tiada yang mahu memberi, atau sesiapa yang mahu meminta. Jika tiada meminta atau yang memberi, transaksi rasuah tidak akan berlaku.

Apakah benar rasuah hanya berlaku yang membabitkan kerajaan? Bagaimana pula dengan para peniaga, atau individu-individu yang mahukan sesuatu menerusi cara yang tidak sah dan menjurus kepada aktiviti merasuah?)

Selain GTP yang diperkenalkan pada 2009, kerajaan juga pada 2010 memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bersama-sama 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) serta 131 Projek Permulaan Ekonomi (EPP). Melengkapinya ialah Model Baru Ekonomi (NEM) serta lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI).

Matlamat utama ETP dan NEM adalah untuk mengeluarkan Malaysia daripada perangkap negara berpendapatan sederhana dan meletakkan negara di landasan betul, bagi mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Untuk analogi, NEM dan SRI bolehlah diibaratkan sebagai lebuh raya, manakala ETP merupakan kenderaan yang menggunakan lebuh raya membawa kita ke destinasi akhir, iaitu sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

12 NKEA di bawah ETP ialah bahagian enjin kepada kenderaan berkenaan, manakala EPP ialah bahan api atau ‘fuel’ yang akan menggerakkan kenderaan ini. Untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju, semua komponen termasuk kenderaan, enjin, bahan api dan lebuh raya hendaklah berada dalam keadaan terbaik.

Perubahan dan pembaharuan yang kita lakukan melalui inisiatif ETP dan NEM sepanjang dua tahun lalu menunjukkan hasil amat memberangsangkan. Contohnya, laporan Forum Ekonomi Dunia bagi 2012 menyaksikan Malaysia naik lima anak tangga dalam senarai daya saing ekonomi dunia berbanding tahun sebelumnya.

Malaysia hari ini adalah antara 21 negara paling kompetitif ekonominya di dunia, manakala, Bank Dunia di dalam laporannya ‘Doing Business 2012’ pula mengiktiraf Malaysia sebagai negara ke-18 paling mudah memulakan atau menjalankan urus niaga.

Kita memintas negara maju seperti Jerman, Jepun, Taiwan dan Perancis. Syarikat perunding A T Kearney juga mengiktiraf Malaysia sebagai 10 negara teratas dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing bagi 2012.

Ketika ETP dilancarkan dua tahun lalu, pendapatan perkapita negara adalah AS$6,700. Hari ini, ia meningkat kepada AS$9,700, manakala data 2011 menunjukkan pencapaian tertinggi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau GDP serta Pendapatan Negara Kasar (PNK) atau GNI negara sejak merdeka.

Angka KDNK mencecah RM852.7 bilion manakala PNK pula RM830.7 bilion. Pencapaian ini membolehkan kerajaan mengutip jumlah hasil tertinggi dalam sejarah pasca merdeka iaitu RM185.54 bilion membolehkan pelbagai inisiatif dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat di samping langkah diambil bagi membaiki kedudukan fiskal kerajaan.

Terbukti apa yang dicapai dalam kerangka waktu ini, menunjukkan kita berada di trajektori yang betul untuk mencapai pendapatan perkapita AS$15, 000 pada 2020.

Sejak pelancaran ETP pada 2010, sehingga akhir 2011, pelaburan langsung asing meningkat sebanyak 12.3 peratus kepada RM33 bilion, manakala pelaburan swasta pula menunjukkan peningkatan sebanyak 19 peratus kepada RM94 bilion.

Sebanyak 313,000 peluang pekerjaan baru dijangka dapat dicipta daripada keseluruhan RM179 bilion nilai pelaburan yang diumumkan di bawah ETP. Sebanyak RM129 bilion pendapatan negara kasar pula dijangka dapat dijana menjelang 2020.

Bagi menambah kukuh kewibawaan dan keutuhan perancangan hasil pelaksanaan program transformasi kerajaan, khususnya GTP dan ETP, satu proses audit dijalankan oleh firma antarabangsa, Price Waterhouse Coopers, dengan disemak oleh sebuah panel antarabangsa yang dianggotai oleh pakar berwibawa antaranya dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, serta Korea Selatan.

Segala yang saya bentangkan sebentar tadi adalah bukti jelas sikap keterbukaan, ketelusan dan akauntabiliti kerajaan yang ada. Kerajaan ini telah berterus terang dengan rakyat Malaysia mengenai masalah dan cabaran yang sedang dihadapi negara dan kita telah merangka pelan menyeluruh bagi menangani segala cabaran yang dikenal pasti.

Segala prakarsa di bawah payung Dasar Transformasi Nasional dirangka dengan bersebab dan bermatlamat. Pucuk pangkalnya, kerajaan hari ini jelas mengenai hala tuju yang ingin dibawa negara, iaitu menuju sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Kita dambakan sebuah negara yang memiliki prasarana asas moden yang dapat dinikmati semua warga Malaysia sama ada di pedalaman, luar bandar, pinggir bandar mahupun di bandar. Kita impikan sebuah negara di mana persekitarannya sejahtera daripada jenayah, alam sekitarnya bersih dan sistem pengangkutan awamnya cekap.

Kita menginginkan sebuah negara di mana jalan rayanya selamat, bekalan airnya bersih, bekalan elektrik, akses kepada internet jalur lebar, perkhidmatan kesihatan dan pendidikannya adalah yang terbaik.

Kita mahukan sebuah negara di mana pekerjanya terutama generasi muda mendapat peluang pekerjaan yang upahnya setimpal, di mana gaji minimum berada di atas paras kemiskinan, serta semakin tinggi kemahiran yang dimiliki maka semakin tinggi pula ganjarannya.

(Komen OnDaStreet: Dari satu sudut, penambahbaikkan pendapatan per kapita dilihat sesuatu yang baik dan dialu-alukan.

Namun, disebalik nilai yang positif itu, masih tidak ramai yang terasa akan penambah baikkan kepada kualiti hidup dan pendapatan yang diraih dan disinilah Pakatan Rakyat memainkan isu dan emosi ramai. Buktinya? Walaupun isu NFCorp itu membabitkan pinjaman (yang perlu dibayar kembali), tetapi ianya telah digambarkan bahawa kek GTP ini tidak diagih sama rata, sama rasa, atau paling tidak membabitkan lebih ramai rakyat Malaysia. Ia juga menjadi gambaran yang yang kaya semakin kaya, miskin tetap miskin.)

Kerajaan hari ini tidak takut untuk bersaing dalam gelanggang demokratik. Bukankah kerajaan ini yang memansuhkan ISA, Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeri, membatalkan tiga perisytiharan darurat, menggubal Akta Perhimpunan Aman bagi melindungi hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Selanjutnya meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti bagi mengiktiraf hak perlembagaan pelajar untuk menganggotai parti politik, serta meminda Akta Pelesenan dan Mesin Cetak bagi menghapuskan keperluan pembaharuan lesen tahunan penerbitan.

Hakikatnya, kerajaan hari ini dipilih secara demokratik di dalam pilihan raya umum yang bebas dan adil. Oleh itu, kita tidak sekali-kali takut mahupun gentar bersaing dalam pasaran idea yang bebas dan kompetitif.

Kita mempunyai penuh keyakinan terhadap kebijaksanaan rakyat Malaysia memilih dan meneraca. Mereka tahu menilai yang mana intan yang mana kaca. Kita percaya rakyat akan memilih kerajaan yang mempunyai ‘track record’ yang meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya.

Kerajaan yang saya pimpin bukan kerajaan populis semberono yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan ini di dalam merangka sebarang dasar, di dalam membelanjakan wang negara tidak akan sekali-kali meranap mahu mem-bangkrapkan negara.

Kita telah dan akan sentiasa berterus terang dengan rakyat mengenai apa yang kita mampu dan apa yang kita tidak mampu lakukan, sebaliknya amat mudah bagi sesetengah pihak untuk menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala tanpa memikirkan kesannya.

Perjalanan nasional ke arah cita-cita kebangsaan sebuah negara maju hanya tinggal lapan tahun lagi untuk dicapai. Seperti yang saya analogikan sebentar tadi, untuk menuju matlamat nasional kita memerlukan kenderaan berprestasi tinggi, komponen enjin berkualiti, bahan api mencukupi, destinasi yang jelas dan lebuh raya terbaik.

Namun, saya ingin mengingatkan, kita juga memerlukan pemandu yang cekap supaya dapat menggabung jalinkan segala faktor yang ada bagi memastikan kenderaan tiba ke destinasinya pada masa yang ditentukan dengan selamat.

Oleh itu, janganlah kita bereksperimen untuk menukar pemandu yang terbukti kebolehannya, di tengah-tengah jalan, untuk digantikan dengan pemandu yang diragui dan berbahaya.

Oleh yang demikian, jangan sesekali kita salah membuat pilihan. Berhati-hatilah dengan tukang karut yang melipur lara. Mereka ini hanya pandai berjanji tapi tidak pernah mengotainya. Mereka tidak pernah konsisten antara amalan dan retorik yang dilaungkan.

Makanya, berwaspadalah dengan alunan muzik oleh peniup seruling yang tampak indah tapi penuh dengan persona dan perdaya.

Sesungguhnya, masa depan kita dan anak kita bergantung pada keputusan hari ini. Kesimpulannya, kerajaan hari ini adalah kerajaan bertanggungjawab, kerajaan beramanah dan paling penting kerajaan ini sentiasa menepati janji.

Sekian, Wabillahhitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kesimpulan Di Jalanan: Setelah beberapa ulasan dibuat, perenggan demi perenggan, hanya beberapa kata akhir, yang pasti ramai faham – “A Hungry Man is An Angry Man“. Biarpun DS Najib dan kerajaan Malaysia dapat menambah baik keadaan ekonomi diatas kertas, ianya perlu dirasai oleh lebih ramai rakyat Malaysia.

Secara mudah, biarpun bertambah baik, dengan sentimen yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat, rakyat masih belum terasa selamat. Sesuatu yang berbeza ketika krisis akhir 90-an lalu, dimana rakyat masih terasa selamat, biarpun krisis sedang melanda Malaysia.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s