Tahniah SELCAT! Isu Pasir Bagaimana?


Harakahdaily melaporkan:

SHAH ALAM, 6 Mac: Yayasan Selangor meminta agar siasatan audit dalaman dilakukan bagi memastikan ketirisan yang berlaku sejak tahun 1991 hingga 2008 sebanyak RM500 juta dapat dikenal pasti.

Pengurus Besar, Ilham Marzuki pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) menyatakan Selcat perlu mengarahkan agar siasatan audit dalam dilakukan.

“Saya harap ketirisan yang berlaku dari tahun 1991 hingga 2008 disiasat oleh audit dalaman yang mana nilainya tidak kurang RM500 juta.

“Selcat perlu mengeluarkan arahan agar pihak audit menjalankan siasatan terhadap ketirisan tersebut,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Selcat, Datuk Teng Chan Kim memberitahu pihaknya tiada kuasa untuk mengeluarkan arahan, perkara tersebut perlu dilakukan oleh Yayasan Selangor sendiri.

“Kita mencadangkan agar pihak Yayasan Selangor mengadakan audit dalam sendiri, tetapi disebabkan kes tersebut terlalu lama maka ia perlu melakukan ‘audit forensik’.

“Badan audit yang ada sekarang memang tidak berkemampuan disebabkan oleh tanggungjawab lain, audit forensik ini perlu dilakukan oleh badan bebas,” katanya pada sidang akhbar.

Tambahnya lagi, Ilham perlu bertindak segera terhadap dakwaan tersebut, walaupun ia melibatkan kos yang besar tetapi demi kebaikan sesuatu perkara ia perlu disegerakan.

Sementara itu ketika sesi pendengaran awam berhubungan laporan audit mengenai perbelanjaan Yayasan Selangor membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1,414,348, Ilham mengakui kesilapan yang dilakukannya ketika membuat keputusan.

“Saya mengakui kesilapan ketika membuat keputusan, tetapi jika ada pihak menasihati saya ketika itu sudah pasti perkara ini tidak akan berlaku.

“Perkara ini tidak akan berulang lagi di masa yang akan datang, segala teguran ini kita di Yayasan Selangor akan menerimanya serta memperbaiki,” katanya.

Tambahnya, cadangan-cadangan yang dikatakan ini akan dipatuhi sepenuhnya begitu juga terhadap cara kelulusan sesuatu peruntukan akan dilakukan menetapi piawai kerajaan negeri.

“Yayasan Selangor akan mengambil pendekatan bagi mengambil balik peruntukan yang telah dikeluarkan bagi program yang dibatalkan terutamanya majlis ulang tahun ke 40 Yayasan Selangor,” katanya.

Sebelum itu, Yayasan Selangor pada tahun 2010 telah membelanjakan RM1,414,348 bagi empat program besar termasuk program majlis ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor yang diperuntukan RM899,020 tetapi majlis itu dibatalkan dua hari sebelum program itu dilangsungkan.

Manakala tiga program lain meliputi majlis berbuka puasa, majlis jamuan aidil fitri dan juga korban perdana.

Saya mengucapkan tahniah kepada SELCAT kerana setelah agak lama, barulah kedengaran kembali akan peranan yang dimainkannya. Setidak-tidaknya, SELCAT masih lagi relevan dan berfungsi untuk rakyat Selangor.

Saya juga mengucapkan tahniah kerana SELCAT membawa satu pendedahan yang baru untuk diadili dan dinilai oleh rakyat Selangor. RM500 juta bukannya sedikit. Setidaknya, biarlah mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan andai benar dakwaan itu. Mungkin, UMNO Selangor boleh mencabar dakwaan tersebut, tetapi, saya kurang pasti sejauh mana UMNO Selangor boleh pergi.

Namun, ini bukan bermakna UMNO Selangor bersalah, kerana isu ini baru di peringkat permulaan. Apa-apa pun masih boleh terjadi. Lebih malang (atau menarik???) jika dakwaan itu benar, tetapi mereka yang terlibat menerima dan menikmati RM500juta itu merupakan ahli Pakatan Rakyat kini.

AKAN TETAPI….

Isu Pasir bagaimana? Jika pada 20 Februari 2012 yang lalu MB Selangor disaran jangan bermain wayang, apakah isu RM500 juta ini akan menutup isu Pasir di Selangor?

Kedua-dua isu ini penting, namun, bagaimana SELCAT dapat memainkan peranan yang telus dan tulus.

 

Soalan di jalanan: Wayang mana kita mahu lihat dulu? Isu Pasir yang sudah lama tertangguh… atau isu RM500 juta yang didakwa lesap?

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s