Tazkirah Jumaat: Dugaan… Dan Kesabaran…


Tazkirah Jumaat kali ini ingin berkongsi sebuah artikel untuk renungan bersama. Sesuatu yang kita hadapi selagi kita masih bernafas dan hidup di alam dunia ini – dugaan yang memerlukan kesabaran sebagai “ubat”nya. Artikel di ambil dari sini. Silalah baca, renungkan dan ambil iktibar:

Allah berfirman bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?

Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahuiNya mengenai orang yang berdosa.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)

Dugaan dalam kehidupan adalah satu perkara yang semua orang tidak mampu terima dengan hati yang tulus sebagai seorang hamba sebagai satu ujian dari Allah.

Dugaan kecil mahupun besar semuanya adalah takdir dari Allah kepada manusia pilihannya untuk memberitahu dan mengingati kita tentang kebesarannya.

Kita tidak akan tahu akan maksud yang terselindung disebalik semua dugaan yang ditimpa secara langsung mahupun melalui perantaraan manusia.

Kerana ceteknya ilmu dan jahilnya kita,

Kita mudah melatah, terasa diri kita tidak adil diperlakuan sedemikian rupa. Allah tidak adil dan mahu menyusahkan kita !

Kadang-kadang kita menyalahkan sahabat baik kita sendiri dan orang disekeliling yang menyebabkan dugaan tersebut.

Maka, prasangka buruk sangka kepada Allah akan terus menjadi dendam kesumat kerana dugaan yang kita tidak tahu apa dan sebabnya.

Realitinya dugaan itu..

 

Yakin dan pastinya sebagai seorang muslim kita hendaklah merasakan bahawa setiap dugaan yang diterima bukanlah bersifat untuk menyusahkan ataupun menzalimi hambanya.

Tetapi sebenarnya dugaan itu adalah satu hikmah yang mahu kita berfikir sejenak !

Dugaan yang hadir adalah sebagai satu latihan untuk melatih kita sebagai hambanya untuk mendekatkan diri dengan Allah sebagai wasilahnya dengan sabar, sangka baik serta mengharapkan pertolongan dari Allah.

Kita ingatlah bahawa nikmat hidup diatas dunia ini adalah satu nikmat yang hanya bersifat sementara dibumi pinjaman kepada kita.

Sebab itu bagi orang yang melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan dugaan kesusahan kepadanya. Supaya hambanya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda selamanya.

Setiap perbuatan dosa mesti ada hukuman darinya, samada di dunia atau di akhirat kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu.

Bukan untuk menzalimi kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sampai bila-bila, dugaan juga bermaksud pembalasan ke atas dosa-dosa kita yang lalu.

Sedangkan Allah telah berfirman:“ Sesungguhnya Allah tidak menzalimi hamba-hamba-Nya.”

Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau

lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda.

Dugaan adalah wasilah (perantaraan)

Allah berfirman bermaksud: Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.(Surah al-Anbiya, ayat 35)

Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita

Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa.

Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdirnya.

Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.

Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya

Dan ingatlah, andaikata kita diduga, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika ditimpa dugaan?

Demikianlah, mereka yang tinggi nilai taqwa dan keimananya, tidak mengeluh apabila ditimpa dugaan. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila ditimpa dugaan kita mudah sangka buruk dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan dugaan kepada kita.

Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak lihati kita, ditimpa dugaan  menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa kita ditimpa dugaan itu….

 

Nukilan OnDaStreet: Saya pasti, setiap daripada kita ini berhadapan dengan dugaan. Bezanya, samada kita dapat melaluinya dengan kesabaran atau tidak. Bagi umat Islam, apakah dugaan itu membuatkan kita makin dekat denganNya atau semakin jauh? Tepuk dada, tanya iman…

Apapun, saya juga ingin menarik perhatian dalam bab dugaan dan kesabaran ini. Acapkali kita dengar, apabila kita ini diduga, kita didendangkan dengan ingatan yang kita makin hampir kepada kejayaan. Kerapkali kita menganggap orang menduga kita kerana ada yang dengki dan cuba menghalang kemajuan kita.

Namun, amat jarang sekali kita mengambil dugaan itu sebagai satu semakan untuk diri sendiri apakah kita betul dalam melakukan sesuatu. Amat jarang sekali kita lakukan “check and balance” terhadap diri sendiri. Pada anggapan kita, niat kita sudah betul dan pastinya kerana niat baik kita itu, kita diduga.

Apakah benar?

Itulah yang perlu kita tanya pada diri sendiri, lebih daripada cuba menyedapkan hati kita diduga kerana niat kita baik dan orang lain dengki. Ramai yang pandai bercakap “niat/matlamat tidak menghalalkan cara”, tetapi ingin juga saya bertanya, berapa ramai antara kita yang tidak sengaja “menghalalkan” cara dan anggap sekatan dan dugaan itu diberikan kerana mereka hampir kepada kejayaan?

Semoga Tazkirah Jumaat kali ini dapat memberi manfaat untuk kebaikan bersama.

Harmonikanlah ukhwah sesama insan…

Wallahualam…

 

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s