Bicara Minda Bersama Tun Dr Mahathir… Bagaimana Hasilnya Wahai Belia?


Secara lazimnya, pada setiap Jumaat, Tazkirah Jumaat akan dikongsikan bersama para pembaca OnDaStreet. Namun, hari ini saya tidak dapat berkongsikan sesuatu yang saya baca kerana saya menghadiri Program Bicara Minda Bersama Tun Dr Mahathir yang diadakan di PWTC. Kehadiran saya di program tersebut adalah lebih kepada untuk menyaksikan sendiri bagaimanakah sambutan belia terhadap seorang mantan Perdana Menteri yang dilabel sesetengah sebagai Diktator, Maha Firaun, Maha Zalim dan sebagainya, selain apa yang bakal diucapkannya. Sebagaimana apa yang diucapkan DS Anwar menarik perhatian saya (dan ramai rakyat Malaysia), butir kata Tun Dr Mahathir juga dinantikan kawan dan lawan (malah dunia).

Sebelum berkongsikan apa yang saya lihat dan fikirkan, mohon ampun dan maaf kerana tidak dapat menyiarkan Tazkirah Jumaat untuk santapan rohani sebagaimana biasa.

Berdasarkan pengamatan dan pemerhatian di alam maya, “Bicara Minda Bersama Tun Dr Mahathir bin Mohamad” pada 24 Februari 2012 sememangnya dinantikan. Mungkin tidak begitu sangat daripada mereka yang anti kepadanya, tetapi apa yang pasti, ramai yang ingin turut serta dalam program tersebut. Antaranya boleh dibaca di sini, sini dan sini. Bukan sahaja program ini dihebahkan menerusi blog sosio-politik, tetapi juga yang bukan politik (seperti sini dan sini)

Nyata, kehadiran ramai belia di PWTC pagi tadi membuktikan program ini memang mendapat sambutan hangat. Tempat duduk untuk 1,000 peserta nyata tidak cukup bagi para hadirin, dan apa yang pasti, lantai Dewan Tun Dr Ismail sudah cukup untuk mereka yang tidak dapat duduk di kerusi yang disediakan.

Anggaran kehadiran 1,000 orang dibuat berdasarkan hakikat program diadakan pada hari Jumaat yang bukan merupakan hari cuti umum (melainkan Kelantan dan Terengganu) dan merupakan hari bekerja dan mereka yang masih dibangku sekolah. Ternyata ianya meleset, kerana peluang untuk bertemu Tun Dr Mahathir dan mendengar sendiri apa yang ingin disampaikannya masih dihargai, biarpun belia yang merasa sekejap cuma kepimpinan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. Lebih mengejutkan saya, sebuah lagi dewan disediakan untuk para peserta mendengar sendiri bicara Tun Dr Mahathir, biarpun hanya disekadar layar putih.

Baiklah, saya tahu, mungkin ada yang mengatakan bahawa itulah standard jika ada aktiviti di PWTC. Namun, sebagaimana yang saya katakan, program ini dijalankan pada hari Jumaat, hari bekerja dan sekolah bagi negeri-negeri selain Kelantan dan Terengganu. Ini juga bermakna, antara mereka yang hadir ini sanggup mengambil cuti sehari untuk meluangkan masa menyertai program ini.

Rencah program ini sudah tentu menjadi lebih menarik kerana tajuknya sendiri berhubung kait dengan Tun Dr Mahathir iaitu mengenai Wawasan 2020 yang diilhamkan tika beliau Perdana Menteri Malaysia. Tajuk Bicara Minda tersebut adalah “Transformasi Kepimpinan Belia: Meniti Cabaran Wawasan 2020”. Secara peribadi, saya ingin melihat apakah ucapan Tun Mahathir dalam nada DS Najib (kerana perkataan “Transformasi” itu sendiri) ataupun tidak. Harapan saya? Tun dengan gayanya dan haluannya sendiri, tanpa perlu terikat dengan “transformasi” itu sendiri.

Dan benar, kupasan Tun Dr Mahathir mengenai tajuk itu tidak mengikut acuan ucapan transformasi DS Najib. Apa yang Tun bicarakan? Sesuatu yang asas – sedar dan kenal diri sendiri. Tanpa sedar diri dan mengenali diri sendiri, sebarang transformasi sukar dilakukan. Sudah tentu, dalam ucapannya, Tun Dr Mahathir menyentuh beberapa perkara asas, termasuk pengertian “pemimpin” itu sendiri dan bagaimana seorang pemimpin itu harus bertindak. Sudah tentu, dalam ucapannya itu, diselangi dengan sindir dan sinis, serta mengambil contoh isu-isu semasa.

Secara peribadi, sepanjang sejam bicara Tun Dr Mahathir, saya sudah boleh memahami apa yang disampaikannya, hanya kerana “sedar dan kenal diri sendiri”. Manakan tidak, kebanyakan insiden-insiden politik dan semasa (yang bukan politik) yang berlaku disebabkan si pelaku samada tidak sedar diri, tidak mengenal diri atau sudah lupa diri. Dalam isu politik, kelemahan Barisan Nasional adalah kerana terdapat dikalangan pemimpinnya yang merasakan mereka masih diterima rakyat (padahal kerananya, Barisan Nasional dibenci dan dianggap salah tanpa bicara). Manakala bagi Pakatan Rakyat, terdapat dikalangan mereka yang fikir mereka sudah mendapat sokongan majoriti dan tiada kesalahan yang dilakukan mereka. Sedarilah, selagi kita ini namanya manusia, kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.

Berbalik kepada atur cara program – sesi soal jawab selepas Tun Dr Mahathir menyampaikan bicaranya. Ramai mengambil peluang untuk bertanyakan soalan, termasuklah isu semasa yang berkaitan dengan isu Israel yang sedang hangat diperkatakan. Semua soalan yang ditanya pada sesi tersebut dilayan oleh Tun Dr Mahathir satu persatu, kecuali satu (tentang kereta yang diubahsuai dan DS Shabery menjawab isu itu akan dibawa berbincang bersama KBS dan JPJ).

Apa jawapan Tun Dr Mahathir mengenai isu Israel?

Terang dan jelas, Malaysia tidak mahu mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel. Hubungan dagang? Sebolehnya kita tidak mahu.

Menyentuh isu dagangan dengan Israel, saya fikir ramai yang terlepas pandang. Begitu ramai yang diapikan dengan dagangan yang berkaitan dengan Israel dan Yahudi, namun, ramai yang terlupa betapa banyak “unsur Yahudi” yang tidak dapat kita elakkan. Salah satunya adalah teknologi pada komputer yang kita gunakan seharian di pejabat, melayari internet, bermain permainan maya dan anda yang sedang membaca artikel ini. Fikirkan, dalam setiap komponen dan perisian komputer ini, berapa banyak agaknya “unsur Yahudi”? Saya pasti ada, dan berdasarkan sentimen kemarahan yang diapikan, apakah anda sekarang sanggup campak ketepi teknologi yang ada? Dan ini hanya berkaitan dengan komputer, belum perkara lain lagi. Sebagai seorang muslim, dan rakyat Malaysia yang mempunyai peluang untuk mencipta teknologi sendiri menerusi MSC dan Cyberjaya yang disediakan, bolehkah kita usahakan sesuatu, yang mana lebih baik daripada hipokrit menuding jari mencari kesalahan orang lain?

Dengan ucapan dan jawapan kepada soalan-soalan yang diberikan, saya fikir cukup jelas bagaimana belia boleh membantu Wawasan 2020 itu dicapai mengikut acuan kita sendiri.

Akan tetapi, saya kurang pasti apa yang bermain di fikiran belia yang hadir pagi tadi. Bagaimana pula dengan mereka yang sekadar mendengar mengenai perkara yang disebutkan pagi tadi? Bagaimana pula dengan mereka yang langsung tidak hadir dan mendengar apa yang dibincangkan?

Apakah mungkin paling tidak belia dapat mencari jawapan tika Himpunan Jutaan Belia 2012 kelak?

Soalan dijalanan: Bagaimana belia hari ini menggalas cabaran? Berapa ramai yang sedar diri dan mengenali diri sendiri? Bagaimana dengan anda?

2 thoughts on “Bicara Minda Bersama Tun Dr Mahathir… Bagaimana Hasilnya Wahai Belia?

  1. Baru menyesal apabila UMNO sudah tiada yang layak jadi calon untuk memimpin masyarakat.!!!

    Dr M gesa Umno buka pintu pada cendiakawan, profesional
    8:31AM Mac 29, 2012

    Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.

    Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.

    “Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.

    “Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya,”…….

    ODS

    Kali ini saya setuju dgn DrM. Oleh kerana orang pandai dah tak masuk UMNO, so dalam UMNO tu hanya orang yang tak pandai, itu sebab banyak polisi terus membebankan rakyat, betul tak ?

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s