Semoga Allah Lindungi & Bukakan Pintu Hati TG Nik Aziz & DS Anwar


Inilah yang termampu saya katakan. Dan mungkin inilah ada hikmah disebalik penangguhan pertemuan dua pemimpin ini ditangguhkan ke hari esok.

SHAH ALAM – Pertemuan antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang sebelum ini disebut-sebut akan diadakan hari ini berhubung kontroversi kenyataan tentang Israel, ditangguhkan sehingga esok.

Sumber-sumber memberitahu Sinar Harian Online bahawa pertemuan yang dinanti-nantikan itu dijadual akan berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur, pagi esok.

“Pertemuan akan berlangsung esok, masa belum ditentukan… kemungkinan sebelah pagi. Jadual sedang diatur dengan mengambil kira program dan temu janji yang telah pun diaturkan terlebih dahulu,” kata seorang pegawai kanan dari Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Laporan media sebelum ini menyebut pertemuan itu akan diadakan sebelah malam ini.

Nik Abdul Aziz dikatakan berada di ibu negara bagi menghadiri beberapa program rasmi, termasuk akan mengambil bahagian dalam mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri.

Pegawai Pejabat Anwar juga mengesahkan bahawa berdasarkan maklumat awal pertemuan akan diadakan pagi esok.

“Setakat ini (pagi tadi), saya dimaklumkan pertemuan akan diadakan pagi esok,” katanya lagi.

Pegawai Menteri Besar Kelantan menambah, setakat ini pihaknya tiada apa-apa rancangan untuk mengeluarkan kenyataan media.

Dalam pada itu, pegawai kanan Nik Abdul Aziz juga berkata, Menteri Besar Kelantan masih kekal dengan pendirian yang telah diputuskan oleh Majlis Syuar Ulama minggu lalu.

Isnin lalu, Nik Abdul Aziz menggesa Anwar, yang juga Ketua Umum PKR agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar Wall Street Journal (WSJ) bulan lalu.

“Saya, selaku Mursyidul Am Pas, dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama Pas, menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal,” kata beliau.

Nik Abdul Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.

Dalam kenyataannya, Nik Abdul Aziz berkata, Pas mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa,  serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.

Anwar, dalam kenyataan media dikeluarkan Khamis lalu, berkata PKR yang diketuainya berkongsi hasrat dan pendirian dengan Pas untuk melihat kewujudan sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur.

Sambil menegaskan beliau memahami perbezaan pendirian Pas dan PKR, Ahli Parlimen Permatang Pauh ini menambah, parti Islam itu berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan mereka tidak berhasrat untuk mengadakan sebarang rundingan serta kerjasama dengan Israel.

“Saya hargai pandangan dan semangat sahabat-sahabat dari Pas, Majlis Syura Pas dan seluruh gerakan dakwah dan pertubuhan Islam yang berterusan membela nasib rakyat Palestin.

“Ketetapan Pas yang menentang keras pencerobohan dan kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin turut dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia,” kata Anwar.

Sesungguhnya doa saya itu ikhlas. Manakan tidak, isu ini penting dalam memastikan kekusutan terlerai. Sebagaimana DS Najib berpeluang untuk menjelaskan duduk perkara yang sebenar kepada Tan Sri Harussani, apalah salahnya DS Anwar diberikan ruang dan peluang untuk menjelaskan duduk perkara apa yang ditemubual oleh WSJ kepada TG Nik Aziz.

Bezanya, DS Najib dipersoal kerana gambar ketika sambutan Thaipusam, manakala DS Anwar dipersoal kerana kenyataannya di wawancara WSJ.

Cuma, ada beberapa perkara yang saya harapkan kedua pemimpin ini tidak terlepas pandang.

Pertamanya, apakah negara Israel itu tidak harus diiktiraf itu pendirian PAS, ataupun negara-negara Islam? Keduanya, saya berharap TG Nik Aziz dapat bertanyakan kepada DS Anwar bilakah Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palastine dan DS Anwar terbuka pintu hati untuk memberikan jawapan secara jujur dan telus. Ketiganya, dapatlah diperjelaskan bagaimana dikatakan melindungi Israel yang punya senjata hebat dan senjata nuklear, tetapi rakyat Palastine banyak berjuang bertemankan ketulan batu.

Semoga Allah memelihara dan membuka pintu hati kedua pemimpin tersebut. Semoga semua solat hajat yang selama ini memohon kebenaran membantu kedua pemimpin ini menyelesaikan kekusutan.

Cuma…

Janganlah kita memalingkan kepala dan menidakkan kebenaran apabila Allah memberi petunjukNya. Andai “kebenaran” itu hanya mengikut kehendak sendiri, ketahuilah, mereka yang memohon itu telah menzalimi diri sendiri.

 

Soalan dijalanan: Bagaimana DS Anwar ingin memperjelaskan perkara ini? Jangan kata ini kerja UMNO dan Barisan Nasional sudah… sebab yang mewawancara beliau adalah WSJ, media bukan milik UMNO atau Barisan Nasional…

 

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s