Tazkirah Jumaat: Adab-adab Berbeza Pendapat


Semakin kuat gendang PRU13 dipalu (biarpun tiada siapa yang pasti tarikhnya), semakin banyak artikel dan pendapat yang tertulis. Apa yang pasti, perbezaan pendapat itu berlaku, cuma tidak semua yang agamanya Islam menjaga adab ketika dalam keadaan berbeza pendapat.

Atas sebab itulah, saya ingin kongsikan sebuah artikel daripada laman ini untuk renungan bersama.

PENGENALAN

 Apabila kita membicarakan perihal adab-adab dan akhlak maka persoalan ini sudah pastilah mempunyai kaitan khusus dengan perbincangan ilmu Tasawuf. Ilmu Tasawuf pula adalah sebahagian daripada ilmu-ilmu yang perlu dipelajari oleh setiap umat Islam selain daripada ilmu Akidah dan Fiqh. Tidak lengkap rasanya jika perbahasan hukum-hakam tidak diselitkan bersama dengan unsur-unsur ilmu Tasawuf. Ini kerana ilmu Tasawuf bertindak menjaga kesucian dan ketenangan hati dan kemudian diterjemahkan melalui perbuatan zahir yang diambil kira berdasarkan ilmu Fiqh. Barangsiapa yang hanya mempelajari ilmu Fiqh dan Akidah tanpa mempelajari dan menghayati ilmu Tasawuf maka sesungguhnya mereka sengaja menjerumuskan diri ke lembah kebinasaan.

Berkata Imam Junaid:

Tasawuf adalah menggunakan semua akhlak ketinggian yang terpuji dan meninggalkan semua tingkah laku yang rendah lagi dikeji.

(Kitab: al-Nusrah al-Nabawiyyah).

Islam adalah agama yang amat menitikberatkan soal akhlak dan adab-adab bagi menjamin kebahagiaan dan keharmonian hidup di dunia dan akhirat. Adab-adab yang diajar oleh Islam ini merangkumi segala aspek samada sekecil-kecil perkara hinggalah kepada sebesar-besar perkara. Perutusan Rasulullah S.A.W. kepada manusia juga di antara lainnya adalah untuk menyempurnakan akhlak yang baik lagi terpuji kepada seluruh alam.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemulian akhlak (manusia).

(Riwayat Baihaqi).

Amat malang sekali apa yang berlaku pada dewasa ini, sebilangan umat Islam meninggalkan dan tidak mengambil berat adab-adab Islam lantas berlakulah perbalahan yang tidak menguntungkan umat Islam. Bahkan ada sebilangan umat Islam yang sengaja menolak dan tidak mahu langsung mengambil manfaat daripadanya sedangkan mereka ini daripada kalangan orang-orang yang mengetahui. Apa yang lebih menyedihkan lagi, mereka juga melarang orang lain daripada melakukan dan beramal dengan adab-adab Islam sedangkan mereka juga mengetahui kelebihan dan kebaikkannya.

Sebilangan daripada Salaf berkata:

Dengan mempelajari satu bab daripada adab (akhlak) lebih disukai disisiku daripada mempelajari tujuh puluh bab daripada bab-bab ilmu.

(Kitab: Mausuah al-Adab al-Islamiyyah).

Pada tulisan yang lalu, saya telah menjelaskan secara ringkas perihal kesibukkan sebilangan umat Islam pada masa kini dengan isu-isu khilafiyyah sedangkan pelbagai lagi persoalan yang lebih besar perlu diutamakan. InsyaAllah, pada tulisan kali ini, saya cuba pula menjelaskan perihal adab-adab serta sebab-sebab berlakunya perselisihan pendapat (khilaf) di kalangan para ulama. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya.

Nukilan OnDaStreet: Dalam Tazkirah yang lalu telah saya nukilkan, bahawa kita ini bertanggungjawab ke atas apa yang kita tulis dan dibaca dan disampaikan oleh orang lain. Mahukah kita bertanggungjawab akan cara kita yang kurang beradab ketika berbeza pendapat?

Perkara ini mungkin kecil, namun jika ianya sudah menjadi norma masyarakat, nilai murni Islam dan budaya Timur yang kita banggakan boleh menjadi sekadar dongengan generasi masa hadapan.

Sama-samalah kita jernihkan kembali dengan mulakan dengan diri dan rakan yang hampir. Bagi mereka yang menulis, tulislah dengan ilmu dan adab, sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.

Wallahualam…

 

 

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s