PAS – Parti Ajaran Sesat… DS Najib Bapa Munafik???


Dalam dua tiga hari ini kecoh mengenai kenyataan oleh Menteri Besar Terengganu menyatakan PAS sebagai Parti Ajaran Sesat. Samada di Terengganu sudah kehabisan isu, ataupun ini satu lagi isu baru, hanyalah orang Terengganu yang lebih mengetahui berbanding rakyat Malaysia di negeri-negeri lain.

Sebenarnya, pada saya tiada sesuatu yang baru.

Di alam siber sudah lama hujah PAS sebagai Parti Ajaran Sesat digunakan, sebagaimana pro Pakatan Rakyat menggunakan perkataan UMNgok. Panggilan-panggilan ini sudah lama menghiasi alam maya, apatah lagi sejak berakhirnya PRU12.

Jika orang PAS marah dan mahu saman Menteri Besar Terengganu kerana “Parti Ajaran Sesat”, bagaimana pula penilaian anda dengan apa yang dipamerkan di blog ini.

Salah? Tidak mengapa? Kebebasan bersuara?

Apakah hanya PAS berhak marah jika digelar Parti Ajaran Sesat, tetapi tidak mengapa jika mereka memanggil UMNO kafir? Apatah lagi mengatakan DS Najib Bapa Munafik?

Ketahuilah, kita boleh berbeza pandangan dan pendapat, tetapi ada batasnya. Janganlah sampai ianya boleh membawa kepada perpecahan kepada perpaduan ummah.

Adalah lebih menyedihkan, ramai yang menulis begini adalah daripada seorang yang beragama Islam kepada saudara seagamanya. Dalam pada mengaku dirinya mentauhidkan Allah dan berjuang di jalan Allah, kata nista dan caci maki menjadi sebahagian butir bicaranya. Apakah ini sebahagian ajaran Islam? Jika ya, tunjukkanlah butir bicara yang seumpamanya yang datang daripada Rasulullah dan para sahabat.

 

Soalan dijalanan: Bagaimana kita boleh menjadi sebegini?

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s