Tazkirah Jumat: Keadilan Seorang Khalifah


Pada minggu lepas, saya menyentuh tentang keadilan Rasulullah S.A.W. Minggu ini, saya ingin membawa satu lagi tazkirah yang berkaitan dengan adil. Artikel itu saya perolehi dari laman ini, hasil usaha sebuah persatuan pelajar Islam Malaysia di Ireland.

Assalamualaikum wbt. Minggu ni mari kita baca tentang khalifah Ar-Rasyidin yang kedua pula.

Nama sebenarnya Umar bin al-Khattab bin Naufal. Beliau dari suku Quraisy Bani Adi. Lahir pada tahun 583M. Rasulullah s.a.w. menggelarnya dengan nama al-Farouq yang bererti “orang yang tahu membezakan antara yang benar dan yang salah”. Saiyidina Umar r.a. juga terkenal sebagai ahli sastera yang hebat, syair yang bijaksana, pahlawan yang berani, orang yang adil dan mematuhi perintah Allah SWT.
 
Beliau adalah khalifah kedua umat Islam setelah kewafatan Rasulullah SAW. Perlantikkannya adalah secara wasiat iaitu Saiyidina Abu Bakar melantiknya secara terus untuk menjadi khalifah sesudah kematiannya. Tempoh pemerintahannya pula adalah selama 10 tahun iaitu dari tahun 13H sehingga 23H.
 
Semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab banyak negara telah berada dibawah pemerintahan Islam termasuklah Palestin di mana terdapatnya kota Baitul Maqdis. Umar al-Khattab telah berjaya membebaskan Baitul Maqdis atau al-Quds dari kekuasaan empayar Rom yang zalim. Penduduk al-Quds ketika itu majoritinya beragama Kristian menyambut dengan gembira pemerintahan Islam kerana mereka merasakan bebas dari penindasan dan kezaliman pemerintah Rom sebelum itu.
 
Setelah al-Quds jatuh ke tangan tentera Islam, penduduk beragama Kristian ingin membuat perjanjian damai dengan Khalifah Umar al-Khattab sendiri. Ini kerana mereka ingin melihat sendiri wajah Khalifah Umar al-Khattab yang terkenal dengan sifat adil dan kasihnya kepada golongan mustadaffin, fakir dan miskin. Mereka sanggup menunggu kedatangan Umar al-Khattab.
 
Khalifah Umar al-Khattab memahami hasrat rakyat al-Quds, maka beliau pun berangkatlah ke sana dengan seorang pengiring dan seekor unta sebagai tunggangan dari Madinah. Oleh kerana hanya ada seekor unta sebagai tunggangan, maka khalifah dan pembantunya membuat persetujuan untuk menunggang unta secara bergilir-gilir dengan pembantunya, dimulai dengan khalifah selepas itu pembantunya sehinggalah tiba di kota al-Quds.
 
Apabila hampir tiba di ibu kota al-Quds, tibalah giliran pembantunya menaiki unta dan khalifah berjalan kaki. Pengiringnya enggan menaiki unta kerana dilihatnya ramai penduduk sedang menyambut kedatangan khalifah Umar al-Khattab, pada pendapatnya tentulah tidak wajar dia yang menunggang unta sedangkan khalifah berjalan kaki. Lagi pun penduduk menunggu kedatangan khalifah, sudah tentu khalifah yang sepatutnya diberi penghormatan menunggang unta bukan pembantunya.
 
Khalifah Umar al-Khattab marah dengan sikap pembantunya kerana menurut persetujuan sebelum berangkat mereka akan bergilir-gilir menunggang unta, kini adalah giliran pembantunya. Umar al-Khattab dengan tegas tetap menyuruh pembantunya menunggang unta. Menurut Umar al-khattab, “Inilah ajaran Islam, keadilan adalah hampir kepada taqwa. Saya tidak sedikit pun keberatan berjalan kaki sedangkan engkau menunggang unta. Dan saya sama sekali tidak berasa terhina berbuat demikian. Terpulanglah kepada penduduk Baitul Maqdis untuk membuat tafsiran masing-masing. Saya sanggup beri penjelasan jika mereka kehendaki. Nah sekarang, ikut perintahku, ikut perintah khalifahmu, naiklah unta ini”.
 
Setelah memasuki kota al-Quds, berduyun-duyunlah penduduk menyambut kedatangan khalifah Umar al-Khattab. Alangkah terkejutnya mereka melihat peribadi agung khalifah yang masuk berjalan kaki sedangkan pembantunya menaiki unta. Dengan perasaan hairan bercampur kagum mereka menyaksikan kejadian yang mengusik kalbu tersebut. Betapa besarnya perbezaan khalifah Islam dengan Raja Rom yang memerintah mereka sebelum ini. Ini menambahkan lagi rasa hormat mereka pada khalifah Islam yang rendah diri. Inilah salah satu daripada keadilan Umar al-Khattab. Berapa ramai pemimpim dan raja-raja yang sanggup mencontohi peribadi mulia ini di zaman sekarang?


Nukilan OnDaStreet: Sengaja saya sentuh tentang “keadilan” sekali lagi kerana saya lihat ketidak adilan telah berlaku dalam isu KFC yang sedang hangat diperkatakan.

Ramai yang terlalu pantas menghukum, tanpa menilai banyak perkara yang seseorang itu boleh terlepas pandang.

Pertama, kenyataan hanya didengari daripada satu pihak, iaitu pelanggan yang dibelasah. Apakah kita sudah dengar penjelasan pekerja KFC?

Kedua, jika mahu berlaku adil, kenapa DAP hanya tampil untuk pelanggan (yang kebetulan berbangsa cina)? Kenapa tidak muncul untuk menjadi orang tengah antara pekerja KFC dan pelanggan tersebut?

Ketiga, jika benar cacian tidak dimulakan oleh pelanggan tersebut, bagaimana pekerja KFC tersebut boleh hilang kesabaran? Dan apakah bahasa yang digunakan oleh pelanggan tersebut? Bahasa yang boleh difahami atau tidak?

Keempat, apakah kerana insiden ini, KFC perlu diboikot keseluruhannya?

Kelima, apakah perlu parti politik terlibat dalam hal ini?

Apa yang saya harapkan, kepada rakan-rakan DAP, iaitu PAS dan PKR, bersikap adillah kamu kerana sahabat kamu itu telah berlaku tidak adil kerana hanya muncul tika bangsa cina menghadapi masalah. Tegurilah DAP agar bersikap adil dalam menguruskan perkara ini, di mana, seharusnya, DAP tidak perlu terlibat.

Kepada yang lain, bak kata Ameno World, ini isu antara pelanggan bernama Danny dan pekerja KFC yang menerajangnya. Jika mahu terlibat, jadilah penyelesai, bukan batu api.

Juga, janganlah jadikan isu ini isu perkauman. Jangan kerana ayam dan kupon tawaran, kita berbalah.

Bersikap adillah kita dalam semua perkara…

Wallahualam..

Nota: Sebuah lagi artikel yang elok juga dibaca untuk menilai tahap adilnya dalam menilai sesuatu perkara. Pastinya, ini bukan artikel politik.

 

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s