Tazkirah Maulidur Rasul: Keadilan Rasulullah


Pertama sekali, mohon ampun dan maaf kerana gagal berkongsikan Tazkirah Jumaat sebagaimana kebiasaan pada hari Jumaat.

Kali ini, saya ingin kongsikan sebahagian daripada artikel asal bertajuk “JUNJUNGAN MULIA – “MENGHAYATI PERJUANGAN RASULULLAH SAW” yang menyetuh tentang keadilan Rasulullah. Berikut adalah bahagian artikel yang ingin saya kongsikan:

Bukti wasatiyyah, kesederhanaan dan keadilan ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW di dalam sirahnya. Semasa Rasulullah SAW berdepan dengan keadaan untuk meletakan Hajaral Aswad pada tempatnya di Ka’bah, Baginda telah menunjukkan kebijaksanaan dengan meletakkan Hajaral Aswad tersebut di atas sehelai kain dan Baginda meminta ketua-ketua kabilah itu mengangkat setiap bucu kain secara bersama-sama dan Baginda sendiri yang meletakkan Hajaral Aswad itu ditempatnya. Ini menunjukkan bahawa kebijaksanaan dan keadilan Rasulullah SAW dalam  membuat keputusan demi memastikan ianya tidak menimbulkan sebarang pergaduhan antara kabilah arab.  Dengan ini juga menunjukan bahawa kata sepakat juga akan tercapai melalui perbincangan secara bersama.

Firman Allah  SWT dalam surah asy-Syura ayat 38:

Selepas peperangan Badar, Rasulullah SAW bersetuju membebaskan tawanan perang dengan syarat mereka ini mengajar anak-anak umat Islam ketika itu untuk membaca. Sebaliknya Baginda tidak bersikap melampau dan terlalu tegas dengan tawanan perang tersebut. Daripada sini, kita dapat melihat sikap keterbukaan dan kesederhanaan Rasulullah walaupun dengan pihak musuh. Selain itu, Rasulullah juga telah memberikan garis panduan dalam kepimpinannya ketika meluaskan empayar Islam dengan membenarkan toleransi beragama. Ini dibuktikan dengan terbentuknya Piagam Madinah yang telah dipersetujui dengan masyarakat bukan Islam. Masyarakat Islam diperintah untuk menikmati harta benda dan tuntutan jasmani selagi yang diperolehi itu menurut cara yang halal dan diambil dalam kadar yang sederhana dan munasabah.

Nukilan OnDaStreet: Acapkali kita dengar perkataan “adil”, terutama ceramah agama dan tidak kurang juga ceramah politik. Namun, apakah kita memahami erti adil itu? Apakah kita juga bersikap adil? Adilkah kita adil kepada orang sekeliling kita?

Yang paling penting… apakah kita berlaku adil kepada diri kita sendiri? Apakah kita tidak berlaku zalim kepada diri sendiri dalam urusan dunia dan akhirat?

Pada pandangan saya, jika inginkan benar-benar mahukan keadilan, mulakan dengan diri sendiri. Jika anda adil, mereka yang zalim itu akan malu dengan diri sendiri, dan dengan bantuan doa semoga mereka terbuka pintu hati untuk berubah daripada yang dizalimi, insyaAllah, Allah akan membantu kita dalam menegakkan keadilan.

Oleh itu, mulakanlah ADIL dengan diri sendiri. Mulakan daripada diri kita sendiri dan kita sebarkan melalui PERBUATAN dan AMALAN kita dalam urusan dunia dan akhirat.

Semoga dengan aplikasi ADIL daripada kita sendiri, kita akan dapat mengubah kezaliman orang lain kepada keadilan.

Semoga kita dapat meneladani Rasullah s.a.w dan menjadikan diri kita lebih baik, dekat dengan Allah, dekat dengan kekasihNya.

Sesungguhnya, Nabi Muhammad s.a.w. ini bukan sebarang mamat yang bernama Muhammad.. baginda adalah kekasih Allah yang sudah ditentukan daripada awal lagi…

Wallahualam…

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s