Tazkirah Jumaat: Adab-adab Menulis Di Blog


Untuk Tazkirah Jumaat kali ini, saya ingin kongsikan sebuah artikel yang menarik untuk renungan bersama, terutama mereka yang menulis di blog.

Adab-Adab Menulis di Blog, Laman Forum dan Facebook Menurut Perspektif Islam (3)
Dicatat oleh al-’Abd al-Da’if: pada 28.10.09
4. Menutur Bahasa yang Betul

Pemilihan bahasa menurut tatabahasa yang betul adalah suatu perkara yang harus dipraktiskan agar bahasa tersebut tidak menjadi rosak. Namun, apa yang berlaku di kalangan generasi moden kebanyakannya pada masa kini amat memeningkan ahli-ahli bahasa, maksudnya bahasa Melayu dalam konteks masyarakat kita sekarang ini. Terutama apabila menggunakan bahasa-bahasa yang bercampur dengan bahasa Inggeris, bahasa pasar, bahasa caca-merba, bahasa-kependekan yang dicipta sendiri dan sebagainya sehingga benar-benar menjadi bahasa ‘rojak’. Ini sebenarnya merupakan sejenis isu yang mungkin dianggap kecil atau enteng oleh setengah orang, yang hakikatnya memalukan ahli-ahli bahasa dan bangsa yang menggunakan bahasa itu sendiri apabila kecemerlangan bahasanya dimiliki oleh bangsa lain.

Daripada Anas bin Malik RA, sabda Rasulullah SAW:

‏مَا كَانَ ‏ ‏ الْفُحْشُ ‏ ‏فِي شَيْءٍ إِلَّا ‏ ‏شَانَهُ ‏ ‏وَمَا كَانَ الْحَيَاءُ فِي شَيْءٍ إِلَّا زَانَهُ
Terjemahan: “Tidaklah ada suatu pertuturan yang buruk pada sesuatu itu melainkan ia akan mengaibkannya, dan tidaklah ada sifat malu pada sesuatu itu melainkan ia akan mengindahkannya”.(Riwayat al-Tirmizi: 1897, katanya: Hadith Hasan Gharib)

Bertutur dengan bahasa yang betul, termasuk mengeja dengan ejaan standard, dapat mencerminkan peribadi seseorang itu. Lihatlah bagaimana cara Rasulullah SAW berbicara sepertimana yang diriwayatkan oleh ‘A’isyah RA, katanya:

كَانَ كَلَامُ رَسُولِ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏كَلَامًا ‏ ‏ فَصْلًا ‏ ‏ يَفْهَمُهُ كُلُّ مَنْ سَمِعَهُ ‏
Terjemahan: “Percakapan Rasulullah SAW adalah percakapan yang jelas-nyata, yang dapat difahami oleh semua orang yang mendengarnya”. (Riwayat Abu Dawud: 4199)

Nukilan OnDaStreet: Sejauh mana kita yang menulis ini menjaga adab dan etika? Sejauh mana pula apabila kita membaca? Bagaimana pula pembacaan itu mempengaruhi cara kita berfikir, bercakap dan menulis? Perkara ini saya asyik terfikirkan kebelakangan ini kerana terdapat terlalu banyak blog-blog yang tidak begitu baik bahasa mahupun isi kandungannya. Ini juga termasuklah twitter dan facebook. Dan yang lebih merisaukan saya, keterbukaan yang diberikan banyak disalahgunakan… dan bahan-bahan sebegini akan merosakkan generasi muda.

Mungkin, pada sesetengah blogger jalanan seperti PapaGomo, atau tidak kira penulis itu pro mana-mana sekalipun, ianya tidak penting. Apa yang perlu adalah matlamat penulisan tercapai. Mungkin, pada sesetengah penulis blog, twitter mahupun facebook, etika itu juga tidak penting. 

Namun, ketahuilah, apa yang dituliskan itu akan dibaca oleh orang lain, yang mana akan masuk ke dalam akalnya. Apakah anda mahu bertanggungjawab jika tulisan kita itu membawa keburukan? Mahukah anda, jika satu hari nanti, jika tidak Adam Adli, anak anda sendiri menutur kata kurang sopan kepada kita sendiri kerana apa yang kita tuturkan dan tuliskan?

Ketahuilah juga, apa yang kita tuliskan pada hari ini, sedikit sebanyak membentuk masyarakat di masa hadapan, apatah lagi jika kita dianggap antara yang mempunyai blog yang ramai pengunjung (yang belum tentu pembaca). Jika anda punya pembaca, anda sedikit sebanyak bertanggungjawab ke atas apa yang dibacanya, difikirkannya (walaupun selepas itu anda padamkan atas sebab-sebab perundangan atau sebab-sebab tersendiri).

Jikapun kita bukan wartawan yang bukan terikat dengan etika kewartawanan, kita terikat dengan etika dan adab yang dianjurkan oleh agama. Dan saya percaya, sebagaimana agama Islam, agama-agama lain juga tidak menggalakkan kata-kata nista.

Jika saya menulis dengan bahasa kesat, tegurilah saya. Dan saya berdoa agar teguran anda itu akan dapat menyedarkan saya.

Renung-renungkan.. dan berubahlah untuk menjadi lebih baik.

Wallahualam…

One thought on “Tazkirah Jumaat: Adab-adab Menulis Di Blog

  1. tahniah… artikel yg baik dan wajar diambil iktibar oleh para bloggers… termasuk juga pengguna di twitter, facebook dan media sosial yg lain..

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s