Tazkirah Jumaat: Kerana “Rosmah”, “Najib” Boleh Masuk Neraka???


NOTA PENTING (ditambah pada 2.19pm): Ini bukan artikel politik, tetapi sebuah tazkirah untuk mengajak untuk kita merenung diri kita. “Rosmah” dan “Najib” pada tajuk ini bukan merujuk kepada Perdana Menteri dan pasangan, tetapi lelaki dan wanita.

Cuma nama itu dipilih untuk sesiapa yang malas membaca tazkirah atau mereka hanya tertumpu kepada politik semata dan tidak mengambil masa untuk muhasabah diri dan wasatiyyah dalam kehidupan seharian.

Kepada DS Najib dan isteri, saya mohon maaf jika tersinggung.

Terima kasih

ARTIKEL ASAL

Jika anda membaca kerana tajuk ini dan politik semata, saya fikir anda akan kecewa.

Sebenarnya, Tazkirah Jumaat kali ini ingin mengajak pembaca merenung seketika akan siapa yang menanggung dosa wanita-wanita yang berkaitan dengan kita. Dan kepada muslimah-muslimah sekalian, sila juga ambil perhatian. Artikel asal bertajuk “Orang-orang Yang Menanggung Dosa Kerana Seorang Wanita“.

Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak ditanggung olehnya seorang sahaja. Tetapi beliau turut mengheret puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya. Adakalanya si wanita ini berkata:

‘Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la! Bukan aku menyusahkan kamu pun!’

Sebenarnya beliau silap! Dek kerana dirinya yang tidak menutup aurat, beliau telah membuatkan orang-orang yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. Siapakah orang-orang itu? Mereka ialah:

  • Suaminya.
  • Ayahnya.
  • Saudara lelakinya.
  • Anak lelakinya.

Keempat-empat golongan lelaki ini perlu bertanggungjawab memikul beban dosa yang dibuat oleh seorang wanita. Adakah ini dikatakan tidak menyusahkan?

Itu baru sebahagian. Mereka yang disenaraikan di atas adalah orang-orang yang perlu ‘bertanggungjawab’, belum termasuk orang-orang lain yang ‘terlibat’. Di bawah ini saya senaraikan pula orang-orang lain yang terlibat kerana dosa seorang wanita:

Sahabat

Sahabat yang menyuruh, mencadangkan dan yang dijadikan contoh untuk seorang wanita membuka aurat perlu menanggung dosa yang sama seperti wanita yang membuka aurat.

Sahabat yang tidak menegur juga perlu menanggung dosa kerana tidak menyampaikan amanah dari Allah. Telah dinyatakan bahawa kita perlu membuat teguran dalam peringkat:

  1. Tegur dengan tangan jika terdaya.
  2. Tegur dengan mulut jika terdaya.
  3. Benci di dalam hati. Dan ini adalah selemah-lemah iman.

Jika tidak menegur kita sekurang-kurangnya perlu merasa benci di dalam hati. Bukankah hal ini menyusahkan orang lain?

Orang yang melihat

Sesiapa sahaja yang melihat dengan syahwat dan ghairah akan menanggung dosa penglihatan dan dosa hati. Setiap mata yang memandang walaupun hanya sehelai rambut akan membuatkan si wanita itu bertambah dosa berlipat kali ganda.

Jurufoto

Jurufoto yang mengambil gambar wanita bukan mahramnya yang tidak menutup aurat adalah berdosa. Dosanya akan bertambah apabila menyebarkan gambar itu dalam majalah, internet dan seumpamanya.

Penerbit surat khabar, majalah, blog dan sebagainya.

Mana-mana sahaja media yang memaparkan aurat wanita adalah berdosa. Tengok saja penulis blog gosip, majalah, surat khabar dan sebagainya. Semuanya dipenuhi dengan gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat. Kesemua orang ini menanggung dosa disebabkan oleh wanita yang tidak menutup aurat.

Penjual/ penyebar

Orang yang menjual majalah, gambar-gambar dan sesiapa sahaja yang menyebarkan gambar wanita yang tidak menutup aurat dalam FB, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya turut menanggung dosa. Dalam Islam, apa sahaja yang haram adalah haram untuk dijual dan disebarkan.

Pembeli/ pembaca

Orang yang membeli dan membaca turut menanggung dosa. Sesiapa yang menyumbang dan memberi sokongan untuk kejayaan mereka-mereka yang mendedahkan aurat ini akan menerima saham dosa masing-masing. Kerana disebabkan merekalah golongan-golongan yang tidak menutup aurat ini semakin bangga dengan dosa-dosa mereka.

Inilah antara orang yang akan menanggung dosa kerana seorang wanita yang tidak menutup aurat. Tidak cukupkah senarai ini menjelaskan bahawa betapa perbuatan tidak menutup aurat itu akan menyusahkan orang lain? Itu belum termasuk orang-orang yang melihat dengan ghairah sehingga menyebabkan mereka berniat untuk merogol, mencarut, memaki-hamun, mengumpat tentang keburukan bentuk tubuh wanita itu dan banyak lagi kesan buruk yang perlu ditanggung disebabkan sikap sombong seorang wanita yang tidak menutup aurat.

Nauzubillah…

Setelah membaca, mari kita renung-renungkan kembali berapa banyak dosa yang telah kita kumpulkan? Beristighfar dan bertaubatlah sebelum terlambat…

Nukilan OnDaStreet: Sebenarnya, ramai yang boleh terjerumus ke neraka kerana aurat wanita. Kerana aurat wanita, seorang bapa, suami, anak-anak lelaki yang mungkin menjejak kaki ke syurga terpaksa ke neraka kerana aurat wanita dibawah tanggungjawabnya. Bukan hanya DS Najib, tetapi setiap satu hamba Allah yang dijadikan terutama sebagai lelaki ini “berpeluang” berkongsi nasib yang sama.

Melainkan kita sudah berusaha dengan termampu, hanyalah Allah yang boleh menentukan kita tidak dipertanggungjawabkan akan dosa aurat seorang wanita.

Memandangkan saya sebut “Najib” dan “Rosmah”, sedikit pandangan daripada saya yang tidak seberapa. Jika DS Najib telah melakukan apa yang termampu untuk aurat isterinya (ini termasuk menegur.. dan bukan DS Najib tidak perlu pun untuk umumkan setiap satu apa yang dibicarakan bersama isterinya), hanyalah Allah yang menentukannya. BUKAN kita yang menentukan mereka itu masuk ke neraka atau syurga, tetapi HAK ALLAH.

Dan kita sendiri, jika tidak menegur dan melakukan apa yang termampu terhadap mereka di bawah tanggungjawab kita, kita juga akan “merasa” sahamnya..

Kepada wanita-wanita… fikir-fikirkanlah betapa bernilainya anda. Jika anda sayang lelaki dalam hidup anda, lakukanlah yang sewajarnya…

Kepada lelaki-lelaki, tunaikanlah tanggungjawab kita…

Semoga kita dapat menjadi hamba Allah yang lebih baik dari sebelumnya…

Wallahualam…

 

9 thoughts on “Tazkirah Jumaat: Kerana “Rosmah”, “Najib” Boleh Masuk Neraka???

  1. Syabas ODS kerana peringatan yang sungguh baik. Izinkan saya tambah cili agar bertambah pedas, lagi pedas lagi enak.

    Nabi SAW bersabda :-

    Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS” ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )

    Dalam sebuah hadith lain pula :

    Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya” ( Riwayat Ahmad )

    Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?

    ERTI DAYUS

    Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-
    1) Sabda Nabi : –
    Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : ” Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak” lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : “IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) – ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

    Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

    2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus

    Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)

    Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus

    Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-

    Ertinya : “seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)

    Imam Al-‘Aini pula berkata : “Cemburu lawannya dayus” ( Umdatul Qari, 18/228 )

    Berkata pula An-Nuhas :

    Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram ” (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

    Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :

    Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya” ( Faidhul Qadir, 3/327 )

    Imam Az-Zahabi pula berkata :-

    Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya” ( Al-Kabair, 1/62 )

    Imam Ibn Qayyim pula berkata :-

    Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.

    Dayus adalah dosa besar

    Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :

    Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )

    Semuga Allah memberi kita kekuatan dan jauhkan kita dari termasuk termasuk dalam spesis lelaki dayus.

  2. Minta maaf penulis, kata-kata anda tidak boleh diterima sebab tidak ada bukti/rujukan dari Al Quran.Sila beri nas-nas mengenai aurat wanita..Terima kasih.

  3. Anon ,

    Aurat wanita mengikut Al Quran dan Hadis

    Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan tentang diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka. (Al-Hasyr 59: 19)

    “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,

    atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur, 31)

    1. Bulu Kening

    -Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

    2. Kaki (tumit kaki)

    -“Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31)
    Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

    Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Promosi RM5 selama sebulan!

    3. Wangian

    -“Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

    4. Dada

    -“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” (An-Nur : 31)

    5. Gigi

    -‘Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.’ (Riwayat At-Thabrani)
    -“Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah”(Riwayat Bukhari dan Muslim).

    6. Muka dan Tangan

    -Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari).

    7. Tangan

    -“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

    8. Mata

    -“Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya.” (An Nur : 31).
    -Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

    9. Mulut (suara)

    -“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”( Al Ahzab: 32).
    -Sabda Rasulullah saw, “Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” (Riwayat Ibn Majah).

    10. Kemaluan

    -“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. “(An Nur : 31).
    -“Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” (Riwayat Al Bazzar).
    -“Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

    11. Pakaian

    -“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
    -“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
    -“Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ahzab : 59).

    12. Rambut

    -“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

    – Artikel iluvislam.com

    1. Sebagaimana yang saya katakan dahulu, sebenarnya saya sudah penat membaca komen anda yang lebih pantas menyalahkan orang lain, terutama sekali menyalahkan kerajaan.

      Namun, saya amat hairan dengan saudara yang langsung tiada usaha untuk memberi nasihat dan pandangan untuk mereka yang mahukan nasihat dan pandangan terhadap permasalahan mereka. Apakah pengetahuan agama kamu terlalu mahal untuk mereka atau pengetahuan agama kamu hanya untuk mencari salah orang lain terutama kerajaan?

    2. Kalau ya pun nak copy dan paste, janganlah dengan iklan-iklannya sekali.

      Lagipun, saya fikir pembaca lebih suka jika komen itu datang daripada diri sendiri, bukan artikel potong dan tampal yang boleh dibaca daripada sumber asal.

      Terima kasih

  4. anon
    saudara, bagaimana dengan sur.Nor ayat 60.
    Adakah ayat di dlm Al Quran yg menyebut tutup rambut.Sur An-Nur:31 suruh tutup dada dgn kain kudung bukan tudung. terima kasih.

  5. anon

    Tafsiran Ar-Rahman Surah An-Nur:31

    ” Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

    Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). [7:26]

    Rasulullah SAW bersabda: “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (H.R. Muslim)

    Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah SAW berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah SAW lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud)

    Ummu Salamah pernah bertanya Rasulullah SAW, “Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung?” Rasulullah SAW menjawab, “Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.” (H.R. Abu Dawud)

    Rasulullah SAW bersabda: “Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya).” (H.R. Al-‘Uqayli)

    Rasulullah SAW bersabda: “Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita.” (H.R. Bukhari)

    Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.” (H.R. Ahmad)

    Rasulullah SAW bersabda: “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Rasulullah SAW menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka.” (H.R. Muslim)

    Saya pernah berhujah dengan Gulungan yang tak percaya dan menolak Hadis termasuk hadis Soheh, pengikut Kassim Ahmad UMNO Pulau Pinang. Mungkin mereka ni sanggup tak pakai seluar datang ke Opis kerana tiada ayat Al Quran bab pakai seluar bagi kaum lelaki,

    Semuga Allah jauhkan kita dari tertipu dgn syaitan.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s