Timbalan Menteri “Checkmate” Diri Sendiri???


Itulah yang mungkin dianggap oleh sesetengah pembaca apabila membaca nukilan Semut Hitam di blognya. Namun, mungkin nada berbeza bagi sesiapa yang mendengar sendiri apa yang diperjelaskan oleh Dato Saifuddin Abudllah tentang isu yang dibangkitkan oleh Semut Hitam. Oleh itu, saya mengharapkan para pembaca baca apa yang bakal disampaikan dengan minda dan hati yang terbuka. Cuba nilaikan dengan sudut pandang yang lebih luas, dan bukan berdasarkan pemahaman diri sendiri.

Sebelum mengorak lebih jauh, mari kita perhatikan bait ucapan dasar DS Najib di Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang lalu:

Saudara dan Saudari sekalian,

• Hasil peningkatan taraf sosioekonomi dan akses lebih meluas kepada pendidikan pasca menengah, telah mewujudkan generasi rakyat Malaysia baru lebih kritikal dan meningkat ekspektasinya terhadap kerajaan.

• Generasi ini adalah anak-anak kepada generasi pertama DEB. Mereka dilahirkan bermula tahun 70an. Generasi ini, tidak suka dibentak-bentak, tidak suka diarah-arah apa yang perlu dilakukan, tidak gemar diberitahu apa yang benar dan salah, serta paling tidak disenangi mereka apabila kita mengungkit-ungkit jasa-jasa kita yang lalu. 

• Kita dapati bahawa, mereka ini mahu terus dirundingi, mahu kebebasan untuk menilai, berhujah dan membuat keputusan berdasarkan kepada pasaran maklumat dan idea yang ada. Jadinya, untuk terus kekal, UMNO perlu berkomunikasi mengikut langgam dan laras bahasa anak-anak muda, supaya parti kita difahami.

Lalu, dalam persekitaran inilah kerajaan mengumumkan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti atau AUKU bagi membenarkan mahasiswa dan mahasiswi universiti awam untuk menjadi ahli parti politik apabila mencapai umur baligh undang-undang atau 18 tahun. 

Berdasarkan apa yang diucap oleh DS Najib diatas, wajarkah jika pro UMNO menyatakan apa yang berlaku adalah langkah sendirian yang diambil oleh Dato Saifuddin atau berdasarkan apa yang kini disampaikan di dalam ucapan dasar DS Najib sendiri? Apakah boleh kita beranggapan pro UMNO yang taat setianya kepada DS Najib, UMNO dan Barisan Nasional, telah melawan kata presidennya sendiri atau sebenarnya mengkritik Dato Saifuddin tanpa mengambil kira perkembangan semasa?

Kita berbalik kepada beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh Semut Hitam.

Antaranya:

  1. Adakah pada waktu dia jadi student dulu AUKU ni tak ada?
  2. Dan adakah disebabkan AUKU ni menjadi penghalang kepada dia untuk menjadi pemimpin pada hari ini?
  3. Jika ianya tidak menjadi penghalang, kenapa mahasiswa yang serahkan Memorandum pada dia di PWTC hari tu menuntut agar AUKU ni dimansuhkan?
  4. Soalan yang lebih penting yang perlu dia jelaskan ialah kenapa dia sudi menerima Memo dari golongan Mahasewel tu di PWTC?

Untuk dua soalan pertama, AUKU telah wujud pada ketika beliau merupakan seorang pelajar, dan AUKU itu tidak menghalang untuk menjadi pemimpin hari ini.

Bagi soalan ketiga,  persoalan itu wajar ditanyakan kepada SMM dan BEBAS. Bagi OnDaStreet, mungkin Semut Hitam terlepas pandang dan perlu membaca wawancara Sinar Harian bersama Ahmad Syukri dimana mereka punya cadangan AUKU boleh digantikan dengan Magna Carta (sila rujuk artikel di sini).

Berkenaan soalan keempat, yang dianggap penting oleh Semut Hitam, pembaca perlu membaca kenyataan media yang telah diberikan oleh Dato Saifuddin sendiri, dimana saya telah sertakan dalam artikel berikut. Dan mungkin, bagi yang tidak percaya, salinan twit antara Dato Saifuddin dan SMM boleh didapati di artikel berikut.

Isu ini tidak lebih daripada salah faham dan kemampuan untuk menilai sesuatu perkara dengan seberapa banyak sudut yang boleh.

Didalam ucapan DS Najib itu sendiri, perhatikan bahawa DS Najib sendiri telah mengakui generasi muda kini berbeza dengan generasi sebelumnya. Maka, penyampaian, mesej atau apa jua pendekatan pastinya berbeza caranya.

Itulah cabaran kepada kebanyakan media pro UMNO/Barisan dimana “engagement” tidak boleh dipandang daripada satu sudut semata, apatah jika hanya daripada sudut sendiri. Jika mahukan generasi muda mengundi Barisan Nasional, bersyarah atau berceramah cara lama mungkin tidak begitu diterima. Mereka perlu difahami dan didekati, dan dekatilah mereka dengan cara yang mereka senangi.

Jika mahu menyalahkan mereka yang manja dan tidak tahu untung, itu bukanlah salah mereka semata, tetapi perlu diakui generasi sebelumnya itulah yang menjadikan mereka seperti itu.

Ubahlah pendekatan, fahamilah bagaimana untuk mendekati golongan muda jika pro UMNO dan Barisan Nasional mahukan undi generasi muda.

Soalan dijalanan: Apa perbezaan Generasi “Baby boomers”, Generasi X,  dan Generasi Y? Apakah cara mendekati setiap generasi ini sama???

Fikirkan yang tersirat dan tersurat…

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s