Solidariti Mahasiswa & BEBAS: Apa Kaitan Kebebasan Akademik Dengan Tolak UMNO???


Inilah persoalan yang bermain didalam kepala saya.

Cuba lihat video klip di bawah:

Apakah kaitan kebebasan akademik (mengikut acuan dan pemahaman mereka) itu dengan menjatuhkan UMNO? Apakah UMNO dan Barisan Nasional telah mengongkong pendidikan dan perkembangan akademik mereka?  Apakah UPSI itu UMNO/Barisan Nasional? Apakah UMNO dan Barisan Nasional pensyarah mereka? Jika mereka kata perjuangan mereka tidak berkaitan dengan politik, bagaimana kita nilaikan apa yang mereka laungkan dan lakukan berdasarkan klip video diatas? Politik atau tidak politik?

Mereka juga kelihatan begitu berani mencabar kerajaan dan polis. Malah mereka mencabar mereka untuk ditangkap. Namun, apabila ditangkap dan ditahan, lain pula aksi mereka.

Nilaikanlah sendiri.. siapa yang mula berkasar, siapa yang mula tiada adab, tiada sopan santun. Polis telah memberi ruang dengan selama beberapa minit untuk mereka menyuarakan pendapat dan pandangan mereka. Dan mereka kata polis mulakan provokasi? Bagaimana dengan cabaran mereka untuk ditangkap?

Mereka juga turut mencabar pihak polis membuat tangkapan mereka yang berbuat maksiat, yang mana mereka tidak sedar, banyak operasi yang telah dan sedang diadakan pada ketika mereka berdemonstrasi. Lihat sahaja berita-berita yang terpampang di media pada keesokan harinya. Antara berita termasuklah serbuan yang disertai Dr Hasan Ali.

Untuk pengetahuan, tidak semua operasi polis (mahupun tentera, kastam, imigresen, jabatan agama) mesti diumum kepada masyarakat. Ini yang semua perlu faham. Jika mahu diumum setiap satu, akan timbul pula persepsi yang berbeza – negara ini terlalu banyak masalah dan tidak selamat.

Inilah masalah dengan mereka yang fikir lebih pandai tanpa mengambil kira perspektif lain. Lebih malang lagi, walaupun yang hadir pada malam tersebut bukan majoriti daripada UPSI, mereka yang turut sama itu bakal menjadi guru kepada anak-anak kita. Jika akal mereka tidak sejauh mana walaupun dengan ruang lingkup kebebasan akademik dan pembelajaran yang ada, bagaimana mereka boleh mendidik anak-anak kita?

Kepada SMM dan BEBAS… saya menunggu bukti-bukti anda. Saya juga menunggu apa lagi cerita yang bakal keluar daripada mulut anda.

 

Soalan dijalanan: Apakah sesuai jika “diam adalah pintar” ditujukan kepada SMM dan BEBAS???

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s