Solidariti Mahasiswa: Kebebasan Akademik Tanpa Struktur Atau Bebas Dengan Had???


Inilah antara persoalan yang telah lama bermain di fikiran saya sejak isu di PWTC dan apa yang berlaku dalam dunia pendidikan sehinggalah apa yang berlaku di awal pagi Januari 2012.

Secara umumnya, terdapat 6 perkara yang dituntut kebebasan oleh BEBAS dan mereka, iaitu:

  1. Mansuhkan AUKU, Akta 174 dan Akta 556;
  2. Bebaskan ilmuan berakademik;
  3. Bebaskan mahasiswa untuk bersuara;
  4. Bebaskan mahasiswa bagi menguruskan kampus;
  5. Bebaskan mahasiswa bagi mengurus tadbir persatuan dan aktiviti; dan
  6. Bebaskan mahasiswa bagi berpartisipasi dalam politik

Saya percaya inilah antara perkara yang disebutkan dalam memorandum yang diserahkan kepada Dato Saifuddin Abdullah di PWTC pada 17 Disember 2011 yang lalu. Saya juga difahamkan melalui wawancara Ahmad Shukri di Sinar Harian, terdapat cadangan bagaimana menggantikan AUKU itu, iaitu alternatif undang-undang yang mereka beri nama ‘Magna Carta’.

Berdasarkan 6 perkara tersebut (dan cadangan bagaimana AUKU itu boleh diganti dengan satu cara lain), apakah benar mahasiswa benar-benar bebas? Atau apakah sebenarnya satu “kebebasan” dalam acuan atau struktur yang lain?

Pada pandangan saya, apa yang dituntut bukan bermakna kebebasan seperti yang didakwa mereka. Ianya masih ada struktur, masih ada had yang mereka sendiri tetapkan. Mereka cuma tidak “bebas” berdasarkan struktur yang sedia ada dan merasa terkongkong dengan struktur yang sedia ada.

Antara sedar atau tidak, dengan sekelumit ruang yang ada, mereka telah menyalahgunakan ruang dan kesempatan yang ada. Seharusnya, apa yang berlaku di hadapan UPSI tidak sewajarnya berlaku, dimana mahasiswa wajar bersurai selepas diberi ruang oleh polis untuk menyatakan pandangan mereka.

Lihat sepenuhnya rentetan yang ada dalam video kilp ini:

Pihak polis telah pun mengikut langkah yang sewajarnya, antaranya memberikan ruang untuk mereka bersuara dan berpesan secara elok kepada mereka untuk bersurai selepas itu. Tiada tindakan ganas yang didahulukan sebelum amaran diberikan.

Kepada mereka yang pro kepada gerakan BEBAS dan SMM ini, ingin juga saya bertanya:

  1. Kenapa pukul 1 pagi diadakan demonstrasi dihadapan UPSI? Adakah itu waktu kemuncak dan terdapat ramai staf UPSI datang bekerja?
  2. Berapa ramai daripada 100 orang itu mahasiswa UPSI?
  3. Jika benar polis ganas, kenapa tidak disiarkan daripada awal polis membelasah anda semua tanpa belas, tanpa memberi ruang?
  4. Apa akan anda lakukan, jika anda berada di tempat UPSI, dan berhadapan dengan “pelajar” yang berdemonstrasi menentang anda? Panggil polis? Berhadapan dengan mereka yang sudah tidak mahu mendengar apa kata anda dan cuma mahu lakukan apa yang mereka katakan?

Baca juga sedikit rentetan peristiwa yang diambil oleh dinturtle. Bagaimana pula dengan apa yang ditulis di sini?

Sesungguhnya saya tidak tahu siapakah yang memberikan pemahaman kepada mereka ini yang memo PERLU DITURUTI 100% tanpa satu lagi pihak menolak apa yang mereka fikirkan tidak wajar. Dengan ASPIRASI yang telah menyerahkan memorandum kepada Dato Saifuddin untuk meletak jawatan, apakah perlu Dato Saifuddin meletak jawatan?

Disinilah juga kita perlu menilai kematangan sesetengah mahasiswa kita dan juga kita yang tidak berada di tempat mereka. Apakah dengan mencaci mereka dengan kata-kata kesat menambah baikkan keadaan? Mereka ini adalah golongan yang sedang mendapatkan pendidikan dan ada yang merasakan mereka ini golongan yang terpelajar. Ada diantara mereka ini merasakan mereka ini lebih tahu daripada mereka yang berada di luar kampus. Ada juga diantara mereka ini yang merasakan pensyarah mereka ini tidak sepandai mereka.

Akan tetapi, mereka ini TERLUPA.

  1. Mereka ini terlupa yang mereka masih belajar;
  2. Mereka ini terlupa yang mereka masih menuntut ilmu daripada mereka yang telah mendapat segulung diploma atau ijazah lebih awal daripada mereka;
  3. Mereka ini juga terlupa adab menuntut ilmu, termasuklah apa yang dinyatakan dalam Islam;
  4. Mereka ini terlupa yang acuan atau struktur yang mereka kata tidak bebas itu jugalah membentuk mereka yang cemerlang sebelum mereka;
  5. Mereka juga terlupa yang mereka boleh mengubah keadaan setelah berada ditempat pensyarah atau dekan mereka;

Oleh itu, memandangkan mereka ini merasakan diri mereka ini terpelajar, mencaci maki, meludah mereka, amaran dan ugutan bukan semesti caranya. Gunakan akal, gunakan hujah yang rasional tanpa “kah, kah kah” atau “kah2”. Gunakan hujah yang buat mereka berfikir kerana mereka mengaku diri mereka ini terpelajar (dan seharusnya punya akal untuk berfikir).

Dan mungkin, disinilah kekurangan akalnya cybertroopers UMNO/Barisan Nasional yang perlu diberi perhatian.  Disinilah ruang untuk Pakatan Rakyat mengambil kesempatan. Jangankan Pakatan Rakyat, mereka ini yang kamu ludah dan hina ini bakal mendapat lebih banyak simpati masyarakat dan mereka yang berada “atas pagar”.

Gunakan akal, gunakan bicara yang sesuai. Berpencak bukan perlu sentiasa menggunakan buah keras. Buah lembut juga ada caranya untuk kunci pergerakan dan menghabiskan lawan. Jika benar kamu panglima, bertindaklah sebagai panglima. Bukan bagai orang amuk tanpa akal.

Soalan diatas jalanan: Jika kamu Menteri dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ketika ini, apa yang kamu bakal lakukan?

10 thoughts on “Solidariti Mahasiswa: Kebebasan Akademik Tanpa Struktur Atau Bebas Dengan Had???

  1. Salam OnDaStreet,

    Sebenarnya bebudak rempit itu dan si Menteri lembik Saipuddin tu tak mengerti apa makna “Academic Freedom” atau Kebebasan Akademik itu. Maklumlah, dah lah bodoh nak mampus, poteng kuliah, asyik nak merusuh saja.

    http://en.wikipedia.org/wiki/Academic_freedom

    Kebebasan Akadmik sebenarnya lebih banyak merujuk pada kebebasan para Professor dan penyelidik untuk menjalankan penyelidikan dan menerbit hasil2 penyelidikan mereka. Kebebasan ini perlu kerana sesetengah hasil penyelidikan itu bersifat kontroversial atau menentang arus norma masyarakat.

    Contohnya, seorang pakar ekonomi mungkin mendapati, dan disokong oleh data dan statistik yang kukuh, bahawa rejim kawalan matawang yang diamalkan Malaysia sekitar 90-an dulu sebenarnya melumpuhkan ekonomi Malaysia pada jangka-masa panjang. Penemuan ini sudah tentunya tidak disukai pemerintah, tapi kalau si Professor tak menerbitkan penemuan ini maka besar kemungkinan kita akan mengulang kesilapan yang sama.

    Atau seorang lagi Professor menemui bukti-bukti terbaru melalui kajian forensik DNA bahawa manusia sememangnya bersaudara dengan beruk, lantas menyahihkan Teori Darwin. Penemuan seperti ini sudah tentu akan mengakibatkan tindak-balas emosional daripada sesetengah pihak; namun atas nama kebenaran saintifik si Professor harus menerbitkan kajiannya agar boleh diperhalusi rakan-rakan sekepakarannya (peer-review), sebagaimana amalan di kalangan ahli akademik.

    Itu maksudnya Kebebasan Akademik — kebebasan untuk menyelidik dan menerbit tanpa kegusaran.

    Yang bebudak rempit ni terkinja-kinja mintak kebeasan akademik tu buat apa? Apa kena-mengena dengan mereka? Apa jasa mereka pada dunia akademik? Bagaimana rusuhan mereka tu boleh mengembangkan cabang-cabang ilmu? Kata tak mau campur tangan politik, tapi mereka merusuh akibta fahaman politik yang condong ke arah pembangkang. Sesungguhnya, makin biul bebudak (dan Menteri) zaman sekarang ni.

    1. Salam Craig,
      Yang memperjuangkan kebebasan akademik itu SMM dan BEBAS, bukan menteri, dan bukan juga Perdana Menteri.

      Berdasarkan wawancara Sinar Harian dengan Adam Adli, kononnya pengajian mereka itu terbatas. Dan, sebagaimana yang saudara katakan, kebebasan akademik itu lebih terarah kepada mereka yang bergelar professor dan para penyelidik, dan serasanya bukan mereka ini. Apatah lagi bertambah tidak relevan jika mereka bersorak akan UMNO, Barisan Nasional dan jika mahu kaitakn isu rasuah dan NFC sekalipun, saya tidak fikir ada kaitan dengan pengajian mereka.

      Saya tidak mahu percaya mereka diperalatkan tetapi makin nampak mereka dipermainkan…

  2. Bagus penulisan anda..cara anda mengolahkan situasi ni cukup menarik..memg geng2 mahasiswa y merusuh tu merasakan diri mereka lbih “terpelajar” dr org len agaknya..

    1. Sesungguhnya mereka memang merasakan diri mereka itu terpelajar dan lebih bijak. Lihat sahaja komen-komen mereka ketika ditemuramah (dan saya tidak menyalahkan mereka kerana ada respon yang mereka terima pun daripada mereka yang tunjukkan kekurangan bijak mereka).

      Cuma, bezanya, apabila mereka berhadapan dengan yang rasional dan ada ilmu sedikit, mereka menikus dan lebih suka melayan mereka yang caci maki hamun mereka.🙂

  3. Selagi mereka tidak dapat segulung diploma atau ijazah, mereka siapa? Lain la kalau mereka ada wang atau keparakan seperti Steve Jobs, Bill Gates, etc. Apa sumbangan besar yg mereka ada? Kalau mereka pelajar 4.0 setiap semester ok jugak. Tapi kalo cukup2 makan, baik tak payah.. Mungkin mereka nak grad dgn Third Class seperti orang yg mereka agung2kan.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s