NFC – Siapa Bakal Disembelih Kerana Lembu? DS Shahrizat, Wanita UMNO, DS Najib, UMNO atau Barisan Nasional?


Itulah soalan kesimpulan yang saya dapat fikirkan setelah memerhati perkembangan isu NFC yang tidak kunjung selesai. Apa yang pasti, isu ini akan terus dimainkan “lagu”nya sehingga PRU13 bakal menjelma. Bezanya, samada nada ketika itu sudah sumbang dan memualkan, atau masih panas terutama kepada mereka yang berkaitan dengan urusan pertanian dan perladangan, apatah lagi yang tidak dapat pinjaman berkaitan dengan ternakan lembu.

Di blog dinturtle, terdapat pelbagai alasan yang telah diberikan dan didengari sepanjang isu ini didedahkan oleh Jabatan Audit Negara (er.. bukankah ini maknanya agensi-agensi kerajaan ini menjalankan tanggungjawab dan tidak sentiasa menyorokkan urusan kerajaan pimpinan Barisan Nasional yang boleh dipersoalkan?). Mari kita lihat alasan-alasan tersebut:

1. Memandangkan ia adalah satu jenis pinjaman maka ia perlulah di bayar balik, dan bukannya duit ‘percuma’…walaupun ia adalah di berikan kepada syarikat suami seorang menteri

2.pinjaman itu adalah duit negara, ..tiada gangguan pemberian gaji atau pemotongan subsidi yg berlaku semata-mata hendak memberikan pinjaman tersebut…

3. Syarikat tersebut sebenarnya telah mengambil alih projek tersebut drp Gruo Lambert yang telah gagal.

4. Duit tersebut adalah pinjaman dn bukan diberikan secara percuma…

5. syarikat yang telah diberi pinjaman perlu membayar balik kpd kerajaan, sebagaimana jika kita berhutang…perlu membayar balik kpd penghutang…

6.Berkenaan dgn kondo, semasa pembelian kondo itu berharga 10 juta shj, ia merupakan aset syarikat yg juga merupakan pelaburan syarikat. Ia bukan milik individu. dn kini nilai nya dah meningkat

7. Pinjaman yg diberikan itu bukan berdasarkan faktor siapa pemiliknya, atau pun pemilik tersebut merupakan suami bagi menteri, ia di berikan atas fakta dn faktor komersial dan kekuatan akaun dn proposal, Segala dokumen juga perlulah lengkap.. krn kerajaan mahu memastikan syarikat tersebut benar-benar layak, jika tidak bagaimna kerajaan dapat memastikan bahawa pinjaman tersebut akan dapat dibayar balik…

8. Bukan semua syarikat layak utk mndapat pinjaman drp kerajaan, syarikat yg benar-benar kukuh shj yg akan terima pinjaman tersebut

9. Setiap pinjaman mestilah berdasarkan aliran tunainya (cash flow), aset syarikatnya dan kekuatan aliran tunai tersebut…ia bukan boleh di buat sesuka hati…dn bukan juga di berikan atas alasan isteri pemilik syarikat tersebut adalah seorg menteri…

10. RM 250 Juta itu bukan shj utk lembu, ia termasuk juga kos pembaikan infrastrukturnya yg telah rosak semasa banjir, rumah penyembelihan komersial bertaraf antarabangsa, benih lembu, kos operasi dn kos-kos lain termasuk ‘marketing’nya…adalah sia-sia suatu produk telah ada tetapi tiada tempat utk di pasarkan…namun pihak pengurusan syarikat telah dapat menembusi bbrapa pasaran utk daging lembu NFC…

11. NFC adalah satu projek ternakan komersial besar-besaran dn mempunyai piawaian standard dunia, dn lembu yg di ternak bukan baka lembu tempatan…ia adalah baka lembu komersial… dn lembu yg di beli bukan 5-6 ekor tetapi 1500 ekor…

12. Di dalam kes NFC, semua pelaburan syarikat adalah sah, pnjaman tersebut juga sah dn tiada unsur penipuan dlm mndapatkan pinjaman, dn semua pelaburan syarikat termasuk pembelian hartanah kondo dn tanah adalah sah mengikut undang-undang SSM…

13. pinjaman drpd dana kerajaan tidak sama dgn loan drpd sektor komersial spt bank komersial ataupun bank pmbangunan….nilai byran balik dgn bunga terendah, ia adalah utk memacukan projek tersebut, dn dlm setiap pinjaman akan di tulis interest 2% + cost of fund…dn dlm kes NFC ialah 8%.

14. Syarkat NFC tu…diambil alh oleh suami menteri tersebut drpd syarikat asal iaitu lambert grup….dn pinjman tahun 2009 itu bukan lah pinjaman…tetapi..ia adlah suntikan dana drpd pemegamg saham pihak kerajaan….dn pada tahun 2010..selepas pengambilalihab syarikat itu…perjanjian utk pinjaman baru dibuat..

15. Pihak kerajaan dn kementerian..tidak boleh keluarkan duit beri pinjaman tanpa ada perjanjian dgn sesiapa pun, dn jika itu berlaku, pihak pembangkang boleh membuat laporan polis kerana itu adalah kes pecah amanah CBT section 420dn section 421, dn kes itu boleh di bawa ke mahkamah..

16.Jika benar kes tersebut adalah satu penyelewengan, Rafizi dn sekutunya yang konon telah ‘dedah siasat’ isu tersebut sepatutnya melaporkannya kpd pihak polis, sekiranya mereka benar…mustahil mereka tidak mndapat sebarang khidmat nasihat guaman utk ‘mengenakan’ pemilik syarikat ini ..sedangkan bar council begitu rapat dgn mereka dn dlm PR sndiri begitu banyak peguam…termasuk sivarasa ..peguam yg ‘tersohor’ memperjuangkan hak juga berada dlm PKR…

17. Dlm projek ini, suntikan dana adalah drp kerajaan, yg membuat pinjaman adalah syarikat NFC dn pemegang saham NFC termasuk kerajaan…untuk memastikan projek ini berjalan lancar maka kerajaan membuat suntikan dana bg pelaburan mereka.

18. Manakala pemegang saham bukan kerajaab dlm syarikat tersebut adalah syarikat kluarga menteri terbabit, dn mereka yg membuat pinjaman serta telah mencagarkan saham dn bbrapa aset mereka bagi tujuan tersebut…

19. setiap projek nasional wajib disertai oleh kerajaan, dn suntikan modal kerajaan selalunya dlm bentuk aset, kawasan tanah dn tunai tertentu…

20.penglibtaan kerjaan diperlukan utk projek spt ini kerana sektor pembekalan makanan tidak boleh didiswastakan sepnuhnya utk menjaga pentingan rakyat dn negara…

21. Projek spt ini bukan saja bernilai dr segi komersial…tetapi ia sangat bernilai dr segi pembekalan daging/makanan negara, dgn adanya NFC pergantungan negara kpd daging import dapat di turunkan..

22.Dana itu utk projek ternakan lembu dn semua infra dn kemudhannya.

23. Kondo itu adalah utk kepntingan pelanggan syarikat dn mereka yg berurusan dgn syarikat, drpd syarikat menyewa utk pelanggan mereka ataupun pihak yg berurusan dgn mereka dimana dlm hal ini kita tahu bahwa ia melibatkan pihak drpd antarbangsa…

24. Ia merupakan amalan biasa syarikat korporat utk memiliki aset spt ini, bagi penjimatan kos hotel, dn kos penginapan utk mereka yg berurusan dgn mereka. Aset spt ini juga mendatangkan nilai keuntungan serta dapat menguatkan lagi nilai aset syarikat bagi syarikat tersebut utk menjalankan projek2 lain di masa akan datang terutamanya dgn syarikat lain yg bertaraf antarabngsa..

25. Dana RM 250 juta itu termasuk segala kos utk syarikat termasuk penyediaan premis utk pelanggan mereka dn pinjaman tersebut tidak terhad kpd aktiviti membela lembu shj…ia termasuk…pelbagai keprluan sebuah syarikat korporat…

26. NFC ialah syarkat membabitkan pembekalan negara dn bukan sembarangan syarikat

27. Jika Pembelian kondo itu tidak sah oleh syarikat dn ia satu penyelewengan, dakwalah mereka dgn undang-undang, tapi dlm hal ini…undang-undang tak boleh dakwa mereka kerana itulah adalah pelaburan syarikat, dn pelaburan condo tu menguntungkan.

28. Operator pengeluaran lembu juga berurusan korporat, bukan setakat membela lembu. Ini adalah projek piawaian antarabangsa, dn sistem ternakannya bukan spt membela lembu di kampung..

29. Jika benar laporan Rafizi diharap ia akan disiasat dn dilaporkan, dn mengikut kelaziman, tak semudah itu wang yg didebitkan masuk ke dalam akaun syarikat sebelum pengkajian pinjaman dibuat…

38. Suntikan dana drp kerajaan pula perlu ada kelulusan drp lembaga pengarah dn jawatan kuasa pelaburan drp kementerian terbabit.

Daripada semua 38 alasan yang biasa didengari, semuanya LOGIK.

  1. Dari sudut pandang PERNIAGAAN, ianya satu pinjaman untuk sebuah projek yang telah melalui beberapa tangan untuk diuruskan, yang perlu dibayar balik. Ianya tidak salah dari sudut teknikal, kerana perlu dibayar balik mengikut tempoh dan jumlah yang ditetapkan.
  2. Dari sudut pandang PELABURAN, sejumlah dana pinjaman itu digunakan secara baik sebagai pelaburan untuk membeli aset yang kemudiannya nilainya naik. Walaupun terdapat risiko untuk susut nilai, pasti perkiraan itu telah dimasukkan sekali ketika menilai samada untuk membeli kondominium itu atau tidak.

Namun, tidak bermakna saya bersetuju akan apa yang telah berlaku. Kenapa?

Dari sudut pandang MORAL, DS Shahrizat dan suami atau mana-mana menteri perlu tidak melibatkan diri dalam tender NFC. Ianya akan kelihatan terdapat “conflict of interest”, dan dengan kondominium yang telah dibeli atas alasan pelaburan (tetapi langsung tiada kaitan dengan penternakan lembu), saya percaya kerana itulah isu ini dimasukkan dalam laporan Jabatan Audit Negara baru-baru ini.

Isu ini pasti berbeza sedikit JIKA pinjaman ini bukan diberi kepada individu kenamaan, apatah lagi berkaitan dengan seorang menteri. Ini kerana:

  1. Saya percaya, terdapat pinjaman yang besar yang telah diberikan kepada ramai rakyat Malaysia, namun tidak menjadi isu kerana individu tersebut bukan berkaitan Barisan Nasional mahupun UMNO, MCA atau MIC.
  2. Saya juga percaya, ramai yang telah meminjam untuk tujuan lain, telah membelanjakan wang pinjaman tersebut ke arah lain untuk pelaburan, namun tidak menjadi isu kerana individu tersebut bukan berkaitan Barisan Nasional mahupun UMNO, MCA atau MIC.
  3. Saya juga percaya ramai yang telah gagal dan menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman kerana tersalah melabur (apatah lagi kalau membelanjakan pinjaman tersebut bukan untuk pelaburan). Namun, sekali lagi, tidak menjadi isu kerana individu tersebut bukan berkaitan Barisan Nasional mahupun UMNO, MCA atau MIC.

Memandangkan isu ini akan terus dimainkan oleh Pakatan Rakyat “demi” rakyat (bukan demi kepentingan politik mereka), sesuatu perlu dilakukan.

Oleh kerana DS Shahrizat telah turut sama menarik Wanita UMNO dalam isu ini ketika Perhimpunan Agung UMNO yang lalu, wajarlah saya tanyakan…

Siapa Bakal Disembelih Kerana Lembu? DS Shahrizat, Wanita UMNO, DS Najib, UMNO atau Barisan Nasional?

Pandangan peribadi saya? Saya percaya isu ini tidak menjadi begitu besar dan menyusahkan jika NFC tidak menggunakan penjaman tersebut untuk membeli kondominium tersebut dan DS Shahrizat tidak membabitkan semua orang disekeliling, termasuklah Wanita UMNO sekali. Dengan “menarik dan menyinsing lengan” Wanita UMNOlah, isu ini bukan sekadar isu pinjaman NFC, tetapi isu politik, kerana DS Shahrizat telah membabitkan Wanita UMNO, UMNO dan Barisan Nasional sekali secara terus dan terbuka dalam isu pinjaman “keluarga” ini.

Soalan dijalanan: Mungkinkah isu ini akan dimainkan sehingga ramai muak dan jelak (sebagaimana isu moral DS Anwar dimainkan)?

6 thoughts on “NFC – Siapa Bakal Disembelih Kerana Lembu? DS Shahrizat, Wanita UMNO, DS Najib, UMNO atau Barisan Nasional?

  1. salam ODS,

    Menarik juga untuk melihat bagaimana cara mainan Pkr dalam isu NFC berbanding Umno dengan video. Bezanya dalam isu NFC, Sprm, Polis dan PAC SEDANG menyiasat, sebarang keputusan ‘tidak bersalah’ akan dipertikaikan dan sebarang ‘kesalahan’ akan diperah sehabis mungkin.

    Satu lagi, isu NFC ini agak senang ditelan oleh rakyat berbanding video atau isu lain …. ia merupakan advantage pada pembangkang jika mereka pandai memainkannya.

  2. Bro isu NFC ini dah jadi luka bernanah bagi UMNO. Jangan salahkan sesiapa tetapi kepimpinan tertinggi UMNO yang saperti tidak tahu bagaimana hendak mengubati luka tersebut dengan berkesan.

    Saya nampak DS Najib tidak menunjukkan kepimpinan yang berwibawa menangani masaalah ini dari semenjak isu bermula sampai lah sekarang.

  3. ODS, teruskan hujah anda.

    Islam merupakan agama yang menghormati hak individu yang lain dan amat melarang keras kita merampas, menipu atau mengambil sesuatu yang bukan hak kita.

    Banyak sekali hadis SAW yang melarang perkara ini.

    Dari Ummu Salamah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya engkau sekali mengadukan persengketaan kepadaku, mungkin sebahagian darimu pandai berhujah dari yang lain, lalu aku memutuskan untuknya seperti aku dengar darimu.Maka barangsiapa yang aku berikan kepadanya sesuatu yang sebenarnya adalah hak saudaranya, sebenarnya aku telah mengambil sepotong api negera untuknya” ( Imam al-Bukhari dan Muslim ).

    Amat pelik apabila kita dapati ada manusia yang tamak sanggup mengambil sesuatu yang bukan miliknya seperti tanah, wang ringgit dan sebagainya. Malah mereka sanggup menipu sehingga sanggup bersumpah untuk membenarkan penipuannya. Sungguh malang mereka ini kerana terdapat satu hadis mengenai perkara ini.

    Sabda Rasulullah saw :

    “Sesiapa yang merampas hak seorang Muslim dengan sumpahnya maka sesungguhnya Allah swt telah memastikan neraka untuknya dan mengharamkan syurga. Seseorang bertanya kepada Baginda : “Walaupun benda itu sedikit wahai Rasulullah?” . Jawab baginda : “Walaupun sebatang sugi” ( Imam Muslim).

    Oleh yang demikian, berhati-hatilah dan jangan sekali-kali mengambil sesuatu yang bukan hak. Semoga Allah merahmati kita dan membuang sifat tamak dari hati kita semua.

    Dunia kagum dengan sikap orang Jepun walaupun mereka susah ketika Tsunami tetapi mereka tidak mencuri atau mengambil barang yang bukan hak mereka. Orang Jepun ramai yang bukan Islam tetapi di Msia ramai yang mengaku Islam tetapi mengambil sesuatu yang bukan hak mereka.

    http://www.keadilandaily.com/guna-wang-zakat-bukti-jamil-khir-tidak-amanah-izzah/

    Di mana silapnya, ya, ya mereka mungkin tak di sembelih di dunia kerana kehebatan hujah mereka, tetapi apakan mereka terlepas di Mahkamah Agong Allah nanti.

    “Pada hari ini Kami akan tutup mulut mereka, dan tangan mereka akan berkata kepada Kami, dan kaki mereka akan bersaksi tentang apa yang telah mereka lakukan.”Yasin :65

    Agar kita sama sama memahami dan mengimani Surah Yasin yang kita baca setiap malam Jumaat disetiap masjid dan surau di seluruh Msia.

  4. Maaf ODS, … rupanya banyak lagi lembu lembu bukan Sharizat dan NFC aje.

    Apakah ini quality kepimpinan Melayu yg kita sanjung dan di beri mandat untuk terus menyalah guna kuasa???

    Mohon maaf atau kami bawa pada Agong, kata NGO
    3:23PM Dis 30, 2011

    NGO berkaitan PKR – Jingga 13 – hari ini mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan dua yang lain supaya memohon maaf kerana didakwanya telah “menyalahgunakan” dana zakat.

    Dua orang lagi ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain.

    Dalam satu kenyataan hari ini, setiausahanya, Saifuddin Shafi Muhamad berkata, jika mereka tidak berbuat demikian dalam tempoh 48 jam, pihaknya akan membawa isu tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam.

    Beliau mendakwa, perbuatan tersebut bukan sahaja tidak melayakkan Jamil menjadi menteri dalam mengurus hal ehwal agama tetapi beliau wajar meletakkan jawatan sekiranya berakhlak dan bermaruah.

    Katanya, ia termasuklah pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan

    http://www.malaysiakini.com/news/185292

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s