Solidariti Mahasiswa v Aspirasi: Turunkan Bendera Memang Tidak Salah, Tetapi….


Saya pasti untuk beberapa hari ini, terdapat banyak blog yang membuat liputan tentang pergerakan para mahasiswa kita. Samada yang pro kepada Solidariti Mahasiswa (SMM) atau Aspirasi atau tidak kepada mana-mana sekali pun, masing-masing menyuarakan pandangan dan pendapat.

Bagi mereka yang membaca seberapa banyak sumber yang boleh, saya kurang pasti berapa ramai yang boleh “muntah” jika cuba merasionalkan setiap satu pendapat dan pandangan. Ini termasuklah mendesak Dato Saifuddin Abdullah kerana menerima memo daripada SMM (dan kononnya tidak berani menerima memo daripada Aspirasi semalam, walhal Dato Saifuddin tidak berada di Putrajaya mahupun Kuala Lumpur).

Insiden ini juga mendapat liputan eksklusif Sinar Harian, dimana dua hari berturut-turut disiarkan wawancara bersama Ahmad Shukri (semalam) dan Adam Adli (hari ini). Kedua-duanya saya baca, dan sudah tentu daripada rencana itu, saya mempunyai banyak soalan yang ingin ditanya kerana ada beberapa jawapan yang tidak memuaskan. Soalan-soalan saya kepada Ahmad Shukri boleh dibaca di twitter saya (dan akan dirangkumkan penjelasan saya akan soalan-soalan tersebut kemudian dan memberi ruang jika Ahmad Shukri ingin menjawab soalan-soalan saya).

Berkenaan dengan kenyataan Adam Adli tentang tiada kesalahan menurunkan bendera, saya setuju ianya tidak dimaktubkan dalam undang-undang mana-mana negara. Benar, ianya tidak menjadi kesalahan dari sudut undang-undang. Oleh itu, kenapa sesetengah orang amat marah, sehinggakan ada yang ugut dan ingin meludah terhadap mereka (yang mana saya tidak setuju dengan tindakan meludah ini)?

Secara mudah, bendera itu tanda. Bendera itu lambang. Bendera itu tanda semangat. Jika dijatuhkan, membawa maksud yang simbolik.

Dan ini yang Adam Adli dan SMM tidak fahami. Pada mereka itu tanda “kemenangan” mereka dan tersampainya mesej mereka, tetapi pada lain, itu tanda menjatuhkan dan menghina DS Najib dan kepimpinan negara.

Saya tidak mahu pembaca tersalah anggap apa yang saya bakal kongsikan ini sama tarafnya. Ia amat berbeza, tetapi yang tersirat itulah yang ingin disampaikan (bagi mereka yang boleh berfikir secara kritis dan rasional). Sila baca (keratan artikel di ambil dari sini)

Namun kisah yang paling menakjubkan mengenai seorang lagi sahabat Rasulullah, iaitu Mush’ab bin Umair yang dibunuh oleh Ibnu Qamiah yang disangkanya Mushab itu adalah Rasulullah kerana dikatakan mempunyai wajah yang mirip baginda.

Mush’ab bertanggungjawab untuk membawa dan mengibar bendera atau panji-panji tentera Islam. Sehinggalah tangan kanannya itu terputus akibat ditetak oleh musuh supaya bendera tersebut boleh melemahkan semangat tentera Islam andainya jatuh ke bumi dan tidak mampu dipertahankan oleh sesiapa.

Namun sebelah tangannya masih lagi ada, tidak cedera, lalu Mush’ab mengambil bendera yang jatuh itu dengan tangan kirinya pula.

Namun akibatnya, selepas tangan kirinya itu pula dipenggal sehingga putus, menyebabkan panji Islam jatuh juga ke bumi.

Namun Mush’ab mempunyai semangat yang sangat tinggi dan luar biasa sifatnya. Beliau tetap mempertahankan maruah Islam dengan berusaha untuk mengibarkan panji islam itu walaupun kehilangan kedua-dua belah tangan dan mengalami kecederaan yang teruk.

Beliau membongkok dan cuba mengambil bendera itu dan dikepitkan antara dada dan lehernya. Akhirnya dapatlah juga bendera itu berkibar dengan ‘harga’ yang paling mahal dan penuh berdarah!

Begitu pun, selagi bendera itu bersamanya, selagi itulah Mush’ab menjadi sasaran serangan pihak musuh yang tiada belas kasihan dan ampun walaupun Mush’ab kini tinggal separuh nyawa untuk mempertahankan panji Islam itu.

Beliau akhirnya mati dibunuh oleh Ibnu Qamiah, lalu gugurlah seorang pahlawan Islam yang kehebatan semangatnya itu untuk mempertahankan Islam itu tiada tolok bandingnya sehingga kini.

Lalu semangat Mush’ab yang seperti itu diteruskan oleh sepupu baginda, Ali bin Abi Talib yang mengambil alih mengibarkan bendera Islam dan dipertahankan sehingga perang tamat.

Benar, panji dan bendera Islam itu tidak boleh disamakan dengan bendera DS Najib. Amat jauh dan teramat jauh. Namun, simboliknya sama kepada mereka yang marahkan tindakan tersebut. Dan saya tidak pula katakan mereka ini mendewakan DS Najib. Jauh sekali.

Ataupun beginilah… memandangkan ramai penyokong Manchester United di Malaysia, cuba bayangkan apa akan jadi JIKA sekumpulan penyokong Manchester City menurunkan bendera Manchester United di Old Trafford? Akan berlakukah pergaduhan, walaupun menurunkan sahaja?

Cuba fikir-fikirkan…

Kepada pro Aspirasi yang berdemonstrasi semalam dan menuntut agar Dato’ Saifuddin meletakkan jawatan (kerana menerima memorandum SMM, dan bukannya DS Khaled Nordin yang datang), adilkah kamu untuk memarahi Dato Saifuddin menerima memorandum dari SMM yang berdemo, walhal kamu juga berdemo? Lebih lebih lagi  tidakkah anda sedar Dato Saifuddin itu memperjuangkan hak mahasiswa untuk boleh terus berdemo, termasuklah untuk kamu yang berdemo meminta dia letak jawatan.

 

Soalan dijalanan: Adilkah Aspirasi? Adilkah SMM? Siapa memegang majoriti suara mahasiswa sebenarnya?

 

6 thoughts on “Solidariti Mahasiswa v Aspirasi: Turunkan Bendera Memang Tidak Salah, Tetapi….

  1. errr betul ka itu bendera atau kain yang mempunyai gambar PM? Setau saya Perdana Menteri tidak mempunyai benderanya sendiri – bezakan dengan Yang dipertuan Agung yang mempunyai bendera sendiri. Jika PM mempunyai bendera sendiri ini bermaka PM telah derhaka kepada institusi kenegaraan Malaysia kerana bendera ialah salah satu lambang kedaulatan. Sejak bila Pm ada kedaulatan di Malaysia ni? Yang di turunkan sebenarnya bukanlah “Bendera” dalam erti kata sebenarnya tetapi hanya kain atau plastik yang bergambar. Maka ceretera sahabat memegang bendera Islam tersebut tidaklah relevan di sini. Akan tetapi walaubagaimana jelas tindakan menurunkan gambar PM tersebut ialah tindakan kurang ajar. Tak ada dakwa-dakwi lagi. Tindakan untuk meminta Dato Saifuddin letak jawatan juga kurang ajar. Yang jelas nampaknya golongan Mahasiswa sendiri di Malaysia ni belum matang nampaknya. Bagaimana orang yang belum matang diberikan kebebasan? Fikirkanlah.

    1. Ianya dianggap bendera yang mempunyai wajahnya yang diperbuat daripada kain. Melainkan anda menganggap itu hanya “langsir”, atau hanya kain yang tergantung, saya tidak tahu..

      Jika mengambil tafsiran saudara, makanya tiada bendera yang patut ada di Malaysia ini kerana tafisan saudara “salah satu lambang kedaulatan”. Makanya, adalah tidak wajar sekolah pun patut ada bendera.. malah rumah sukan sekalipun.

      Apakah mahasiswa tidak matang? Wallahualam… kerana menurut sesetengah mahasiswa, yang lebih dewasa pun ada yang belum matang. Dan, saya pun boleh menerima pandangan tersebut. Kematangan bukan ditentukan oleh usia.🙂

      Sekian, terima kasih.

      1. Saya seorang mahasiswa dan bagi saya SMM bodoh dalam menyuarakan pendapat. Walaupun bendera PM itu bukanlah bernilai macam Jalur Gemilang, tetapi, SMM yang diketuai seorang bakal pendidik seharusnya tidak buta sejarah. PM merupakan Presiden UMNO, dan sudah tentulah penyokong UMNO akan bertindak sedemikian rupa. Ibarat orang pecah masuk tak bagi salam, sape tak marah? Lagipun, Dato Saifuddin telah terima memo dari pihak mereka. Jadi, ape lagi yang perlu dibuktikan? BODOH, SANGAT BODOH.

        Tindakan Aspirasi juga adalah sangat tidak wajar meminta Dato Saifudin meletak jawatan. Beliau adalah seorang timb. menteri yg berpendidikan. juga sepastinya bekas mahasiswa. Saya pasti beliau cukup faham dengan kehendak mahasiswa. Walaupun tujuan Aspirasi adalah untuk menunujukkan bahawa SMM bukanlah suara seluruh mahasiswa, tetapi, isu meminta perletakan jawatan sudah keluar dari hasrat murni kami mahasiswa. dan seperti berlagak pun ada.

        sebagai seorang mahasiswa, Kami sebenarnya ambil tahu tentang kebebasan bersuara. tapi kami lebih bijak untuk menamatkan pelajaran dulu sebelum terlibat dengan perkara yang buang masa mcm tu. The actions were totally a disgrace.

        saya yakin dan percaya, kerana sepanjang saya berada di universiti, UPM khususnya, saya tidak rase tertindas atau tidak bebas bersuara. kerana tiada apa2 yg menghalang saya daripada belajar. universiti telah memberi saya byk peluang untuk mendapatkan apa yg saya mahu. saya yakin ramai juga mahasiswa yg biasa2 seperti saya setuju dengan pendapat saya.

  2. Kedaulatan bukan bermakna ianya untuk raja-raja. Daulat dari daulah – negeri – atau kawasan yang mempunyai ahli-ahlinya. Maka dalam hal ini jawapannya Ya sekolah juga ada kedaulatannya sendiri. Begitu juga dengan Rumah Sukan. Di mana ada ahli/murid yang mendokong. Juga bermakna Sekolah dan rumah sukan ialah satu intisusi. Yang Dipertuan Agung pula mewakili Raja-raja Melayu. Yang diPertuan Agung bukan satu individu. Ianya satu Institusi atau badan. Institusi ini sekarang dipersonifikasikan oleh Sultan Kedah untuk saudara-saudaranya iaitu Raja-raja di Malaysia (royal peers). Sebab itu Yang dipertuan Agung mempunyai Benderanya sendiri. Perdana Menteri bukan satu institusi atau badan yang layak berbendera- Ianya Individu . Jika diperhatikan betul-betul PM hanyalah servant dan tidak layak untuk berbendera. Jika kita tafsirkan ianya sebagai bendera PM maka ianya bermakna Malaysia ialah sebuah Republik. (e.g Amerika syarikat – President ada Benderanya sendiri). Di Malaysia bukan Republik di mana PM sebagai ketua kerajaan sahaja bukan ketua Negara. Seseorang individu dalam tidak mempunyai daulat seperti sekolah ataupun rumah sukan. Begitu juga dengan Sultan-sultan sebagai Individu Contoh Raja Azlan Shah bin Raja Yusuf sebagai Individu tidak mempunyai Daulah. Tetapi apabila memegang peranan Sultan Perak dengan nama rasminya Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullah beliau mempunyai daulah. Beliau dalam kapasiti Sultannya ialah Negeri Perak dan Negeri Perak ialah beliau.

    Untuk memberi penjelasan secara mudah jika sekolah hendak menulis surat pihak pentadbir sekolah akan menggunakan seperti “Kami pihak sekolah XXX berbesar hati menjemput etc etc” bukannya ” Saya pihak sekolah xxx berbesar hati untuk menjemput etc etc. Perdana Menteri tidak mengguna “kami” bahkan menggunakan “saya”. Contoh ” Kami selaku perdana menteri Malaysia mengistiharkan esok cuti” – ini tidak betul. Yang betul ialah ” Saya selaku Perdana Menteri Malaysia mengistiharkan esok cuti”.

    Jadi yang diturunkan bukan Bendera PM tetapi hanyalah gambar PM atau bak kata saudara kain langsir bergambar.

    1. Fakta yg betul dan pendapat yg boleh diterima. Tapi kalau kita lihat dari aspek lain, perlu ke seorang mahasiswa menurunkan kain langsir PM? At least, boleh ditanggalakn dan dilipat2 bila tidak mahu diguna lagi. berbanding jika dicat di papan billboard dan diconteng selama lima minit kemudian kita cat balik gmbar PM. bukankah kedua2nya adalah langkah orang yang tidak berfikir panjang? ini ke pemimpin generasi muda yg kita mahu? silap2 dah tergadai negara, tak boleh beli balik dalam masa 5 minit.

      ibarat kayuh perahu boleh patah balik, dah terludah, mahu ke mereka jilat ludah sendiri? mintak maaf pun susah. mintak maaf je la.

    2. Terlalu jauh saudara pergi…

      Banyak pihak menerima definisi kain itu sebagai bendera, dan bukanlah kain langsir ataupun kain rentang. Ianya tanda, ianya dilihat penting kepada organisasi tersebut. Dan berdasarkan definasi saudara, nyata “bendera” itu didokong oleh orang-orang UMNO dan Barisan Nasional dan dianggap penting.

      Bagaimana pula dengan bendera yang SMM naikkan? Republik?

      Paling penting…susahkah untuk menghormati harta orang lain?

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s