Solidariti Mahasiswa: Should Dato Saifuddin Tender Resignation???


I can’t help to notice some made calls for Dato’ Saifuddin’s head due to incident caused by Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) and BEBAS. Some made it clear, some made it in nice tone, and some do it in vulgarly.

Do you think Dato Saifuddin should resign? Why?

Many acknowledge that SMM has acted beyond reasonable and acceptable manner. Considering that in the morning that they already have a round table session with Dato’ Saifuddin on AUKU. As shown in my last posting, there were twits coming in saying thank you for the OPPORTUNITY to voice their concern and their spectrum.

Perhaps this act alone be seen to some as a “Pakatan Rakyat” rep in the Barisan Nasional led government. To some extent, some can view like that and I do respect the opinion. His approach to some is seen as in similar mold as Pakatan Rakyat.

However, considering the trend is changing, and Pakatan Rakyat is getting more support from youth and vice versa (due to inability of Barisan Nasional to engage the youth in good manner – thanks to Pemuda aka “Pemudi” Barisan Nasional), I think that a different approach is needed by some.

Yes, some may stay the way they are as there’s a need for that also, but some, especially those engaging with youth (not just MOHE), need to understand the pattern and trend of our youth. However, this does not include pampering the youth and obliged to fulfill all their demands (in which they sometimes do not really know the cause and effect).

As for what is asked in Dr Novandri’s blog, why Dato’ Saifuddin agreed that the location of the memorandum handover to be at PWTC and why not in “neutral” location, I think all in the same frame of mind should try to look again the pre-events before the incident and refer to Dato’ Saifuddin’s press conference held yesterday. His statement is as follows:

KENYATAAN MEDIA

DATO’ SAIFUDDIN ABDULLAH

TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI/

AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO

TENTANG INSIDEN MENURUNKAN BENDERA GAMBAR DATO’ SRI NAJIB

(19 DISEMBER 2011)

Saya membuat kenyataan dan sidang media ini bagi mengulangi dan menjelaskan pendirian saya, seperti yang saya telah nyatakan dalam twitter dan facebook sebelum ini, bahawa insiden menurunkan bendera gambar YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Presiden UMNO, di PWTC pada petang 17 Disember 2011 adalah perbuatan terkutuk, dan bahawa pihak yang bertanggungjawab, iaitu Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) mesti meminta maaf.

Saya ingin menjelaskan bahawa kehadiran saya di tempat insiden itu hanyalah semata-mata untuk menerima Memorandum daripada SMM dan BEBAS.

Pada petang tersebut, saya menerima panggilan telefon daripada penganjur yang mereka hendak menyerahkan Memorandum BEBAS kepada saya. Saya membuat keputusan bersetuju menerimanya kerana mendapat maklumat daripada sumber lain bahawa mereka sedang berarak ke PWTC dengan diselia Polis. Pada saya, kalau cepat saya menerima Memorandum tersebut, maka cepatlah mereka bersurai. Telahan saya itu betul, kerana tidak lama selepas saya menerima Memorandum tersebut, mereka bersurai.

Dalam hal ini, saya merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada pihak Polis dan Pengurusan PWTC yang telah menjalankan tugas dengan begitu baik dalam mengawal keadaan.

Saya hanya mengetahui insiden menurunkan bendera itu melalui twitter kira-kira satu jam setelah saya meninggalkan PWTC. Saya segera tweet menyatakan kalau benar ia berlaku, maka ia satu kesalahan. Saya menghubungi penganjur dan mereka mengakui ia dilakukan oleh seorang anggota mereka tetapi bendera itu telah dinaikkan semula tidak lama selepas itu. Saya tweet menyatakan bahawa menurunkan bendera itu adalah terkutuk dan penganjur mesti meminta maaf. Pada 18 Disember 2011, penganjur menyatakan mereka sedia memohon maaf kepada Dato’ Sri Mohd Najib.

Saya menjunjung kebebasan bersuara dan politik baru yang sihat dan segar dalam mematangkan demokrasi. Saya juga menjunjung idealisme perjuangan mahasiswa dan percaya pada mahasiswa. Tetapi, perbuatan menurunkan bendera itu tidak mewakili apa yang dimaksudkan itu. Justeru, saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu dan menuntut pihak yang bertanggungjawab memohon maaf kepada Dato’ Sri Mohd Najib.

Pada masa yang sama, saya ingin menyatakan bahawa insiden ini tidak mengganggu komitmen kerajaan dalam meminda AUKU. Pada pagi 17 Disember lalu, saya telah mempengerusikan Meja Bulat Pindaan AUKU di Kuala Lumpur. Ia berjalan dengan amat baik. Siri perundingan ini akan diteruskan dengan meluas dan terbuka.

Perundingan ini adalah bagi mendukung hasrat Dato’ Sri Mohd Najib untuk meminda AUKU. Pendekatan perundingan ini adalah meniru pendekatan beliau yang menubuhkan makmal-makmal dalam menggubal transformasi kerajaan dan ekonomi serta yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilih Parlimen untuk menambahbaik sistem pilihan raya.

Jawatankuasa Pindaan AUKU akan memulakan kerjanya tidak lama lagi. Cadangan pindaan ini dijangka dibentangkan di mesyuarat pertama Parlimen pada tahun 2012.

Pindaan AUKU akan membenarkan mahasiswa menjadi ahli parti politik. Matlamatnya ialah untuk membolehkan mahasiswa menjalankan haknya yang dijamin Perlembagaan dan untuk meningkatkan partisipasinya dalam membuat keputusan. Walaupun jumlah mahasiswa yang ingin berpartisipasi politik adalah kecil, namun ia selaras dengan falsafah demokrasi di mana pihak majoriti (kalau tidak ingin berpartisipasi politik) menjamin hak pihak minoriti (kalau ingin berpartisipasi politik).

Insiden menurunkan bendera ini bukan sebahagian daripada demokrasi yang dimaksudkan. Justeru, ia menguatkan lagi komitmen untuk menegakkan demokrasi yang sebenar, yang ingin dicapai oleh pindaan AUKU.

Secara perbandingannya, kekecohan-kekecohan yang berlaku dalam politik dan perhimpunan-perhimpunan serta ancaman keganasan tidak mengganggu komitmen kerajaan untuk memperbaiki sistem pilihan raya melalui Jawatankuasa Pilihan Parlimen, menggubal Akta Perhimpunan Aman 2011 dan memansuhkan ISA.

Please also look at the timeline shown in my previous article and compare the statements given.

With all these development and the refusal of SMM to apologize, I am unsure it is a right decision to call for Dato’ Saifuddin’s resignation. It is entirely SMM’s and BEBAS fault for not acting professionally and as matured as they have claimed.

While I’m typing this.. I’ve been longing to ask dear readers…

if you are YB DS Khaled Nordin and YB Dato Saifuddin, the top two person in MOHE:

  1. What will you do for the students and youth?
  2. How will you address Aspirasi, Pro-M and SMM?
  3. Will you favour Aspirasi for supporting government and isolate Pro-M and Mahasiswa? Or will you act neutral and manage ALL of them?
  4. If you communicate with Pro-M or Mahasiswa (for acting as neutral as you can be, as a government and MOHE), will you act with prejudice?

Question on the street:  Should Dato’ Saifuddin resign because he was there to accept the memo?

6 thoughts on “Solidariti Mahasiswa: Should Dato Saifuddin Tender Resignation???

  1. Sdra On Da Street saya mohon in masuk

    1.Saya anjur kan Saifudin berhenti dari jawatan timbalan menteri. Sebab event event yang terdahulu tidak di lihat sebagai dasar Kerajaan.

    2.Saya mohon bukan pihak UPSI yang ambil apa tindakkan,tetapi elok lah ayahanda dan bonda Adam Adli yang bagi persekolahan lanjutan kapada anak mereka.

    3.Saya akan ucapkan ribuan terima kasih kapada ayahanda dan bonda Adam kerana memberi persekolahan pada anak bangsa yang sudah lupa adab dan tiada perasaan hormat kapada masyarakat Melayu.

    4.Saya anjurkan bahawa budak ini dan juga budak Melayu (ALFIAN di Dublin) adalah contoh kesan akibat (outcome) dari
    PLAYSAFE 1M ,yang dipatentkan olih
    engage inclusive liberal Gen Y human rights civil liberties populist kelainan 6.kreatif unconventional transformaci world view bapak vernakular penaung Dao Zhong.

    6.Secara aljebra :
    1M +Gen Y
    +Ipod
    +tweet
    +fasebuk
    +tablet
    +blakberi
    +telco = New politics+New civil disobedience.
    6.Ahli UMNO sedang mengamal pembelajaran dari Presiden nya yaani world view liberal terbukaan kelainan human rites civil liberties innovation transformacy politik enggage vernakular populis 1M inclusive.
    Dapat lesen besar 1M.

    arjuna waspada
    changkat lobak

    1. Salam saudara arjuna waspada,
      Boleh nyatakan event-event yang bagaimana? Pinda AUKU? Bukankah sudah diumum DS Najib kini akan dipinda?🙂

      Bukan menyokong, sekadar bertanya.🙂

  2. Tak perlu sebab kerajaan dah nak pindah akta AUKU. galak sangat nak berpolitik kenapa? kalo takder pelajaran, jadi la macm pemimpin tin kosong. otak seperti di lutut.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s