Solidariti Mahasiswa: Kerajaan Zalimi Mahasiswa Kerana NFC???


Ini yang saya dapat simpulkan selepas berkomunikasi dengan salah seorang mahasiswa yang menyokong perbuatan biadap segolongan mahasiswa yang menggelarkan kumpulan mereka Solidariti Mahasiswa.

Rujuk twitnya dibawah:

Budi Bahasa Seorang Mahasiswa

Apakah itu rasional mereka? Kerajaan zalimi mahasiswa kerana PINJAMAN RM250 juta kepada National Feedlot Corporation?

Baiklah, sememangnya aturan dan penggunaan dana RM250 juta oleh kerajaan ketika kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi (Tun Abdullah kini) wajar dipersoalkan. Akan tetapi, kenapa urusan itu yang tiada menggunakan wang mahasiswa itu wajar dijadikan sebab untuk berlaku biadab?

Lebih menghairankan, sebelum berlakunya insiden tersebut, telah diadakan sesi meja bulat dengan Dato Saifuddin Abdullah, yang mana rata-rata peserta berpeluang untuk berbincang secara berhikmah dan diberi platform untuk bersuara.

Antara twit yang boleh kelihatan di laman twit Dato Saifuddin Abdullah (sebelum insiden tersebut):

Status Twitter Dato Saifuddin (sebelum)

Oleh itu, Solidariti Mahasiswa wajib bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kejadian tersbut dan perlu bertindak lebih matang. Tidak dapat tidak, kita harus akui Solidariti Mahasiswa telah menyalahgunakan AUKU yang telah dipinda. Apakah bersuara dan berforum tidak cukup sehingga perlu berlaku biadab?

Biadab yang dimaksudkan disini adalah datang ke tempat orang dan melakukan onar. Apakah ini bakal pemimpin kita pada masa hadapan? Inikah perilaku mahasiswa kita? Siapakah tok guru mereka ini?

Dalam pada masa yang sama, mungkin ada yang terlepas pandang dan sekaligus menyalahkan Dato Saifuddin sekali. Rujuk salinan sms yang diterima oleh dinturtle (yang mana saya juga turut sama terima daripada seorang rakan) di artikelnya. SMSnya adalah selari dengan penejelasan dalam status twitternya (rujuk bawah)

Status Twitter Dato Saifuddin selepas insiden

Apa yang nyata, Solidariti Mahasiswa telah menyalahgunakan platform dan bertindak biadap. Jika hanya kerana pinjaman NFC sudah melabelkan kerajaan zalim, ketahuilah, mereka yang TIDAK MEMBAYAR kembali PTPTN adalah lebih zalim kerana dana itulah yang akan digunakan kembali oleh mahasiswa untuk pengajian mereka. Jumlahnya mencecah LEBIH SATU BILLION, tetapi tidak pula peminjam yang tidak membayar dilabel zalim oleh mahasiswa.

Fikir-fikirkanlah…

p/s: Sehingga saat artikel ini ditulis, tiada kenyataan Solidariti Mahasiswa yang diperolehi.

Soalan dijalanan: Apakah Solidariti Mahasiswa ini dibatu apikan oleh Tian Chua dan rakan-rakan? (ini kerana dia didapati berada di antara golongan mahasiswa yang hadir semalam)

3 thoughts on “Solidariti Mahasiswa: Kerajaan Zalimi Mahasiswa Kerana NFC???

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s