Ulama Pewaris Nabi, Bukan Sama Seperti Nabi


Ini bukan artikel untuk hentam mana-mana parti politik, tetapi lebih kepada peringatan bersama.

Merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian, berkenaan dengan serahan CD ceramah yang antara kandungan menyamakan TG Nik Aziz dengan nabi, kita perlu jelas dengan beberapa perkara.

  1. Rasulullah s.a.w. bersabda:الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ

    Ulama adalah pewaris para nabi.” (HR At-Tirmidzi dari Abu Ad-Darda radhiallahu ‘anhu), (ayat diambil daripada laman ini)

  2. Nabi SAW bersabda, “Tiada lagi kenabian setelah aku kecuali al-Mubasysyiraat (berita yang menggembirakan).” Sahabat bertanya apakah yang dimaksudkan al-Mubasysyiraat? Sabda Nabi, “Mimpi yang benar yang dimimpikan oleh orang soleh” ? (Hadis Imam al-Bukhari). (rujuk satu artikel menarik dari laman ini)

Berdasarkan dua perkara ini, saya pasti ramai yang jelas tiada lagi nabi dan rasul selepas Nabi Muhamad s.a.w, walaupun ada juga yang mengaku dirinya nabi, atau “pengikut” mendakwa tok gurunya nabi.

Bagaimana pula dengan menyamakan taraf seseorang itu seperti nabi? Jika mengambil kira daripada sudut amalan seperti nabi atau menurut sunnah Rasulullah, pada saya hanya setakat amalan, yang mana hanya Allah yang lebih berhak menilaikannya. Namun, dari sudut hukum, saya kurang pasti jika menyamakan orang itu seperti nabi.

Secara mudah, cuba kita fikirkan.. jika ada orang yang menyamakan seseorang itu seperti nabi… bagaimana pula taraf para sahabat Rasulullah, khalifah terbilang dan ulama tersohor sebelum ini? Sedangkan khalifah seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a, Saidina Umar Al-Khatab r.a , Saidina Usman ibn Affan r.a, Saidina Saidina Ali, dan khalifah Umar Abdul Aziz yang hebat pun tidak disamakan seperti nabi.. bagaimana pula dengan umat manusia akhir zaman kini?

Jika ingin memuji sekalipun, janganlah sampai terlepas bicara yang boleh menggugat akidah.

Semoga kita ambil iktibar daripada kejadian ini. Saya tahu, individu seperti Tuan Guru Nik Aziz adalah orang yang baik-baik dan beberapa cirinya boleh dicontohi dan diikuti, tetapi bukan kesemuanya. Saya amat menghormati Tuan Guru Nik Aziz kerana ilmu agamanya, tetapi insyaAllah saya tidak akan menyamakannya seperti nabi.

Soalan dijalanan: Apakah wajar kita angkat dan samakan seseorang itu sama seperti nabi hatta baik sebaik mana pun amalannya?

3 thoughts on “Ulama Pewaris Nabi, Bukan Sama Seperti Nabi

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s