Harakahdaily: Kit Siang: Siapa bohong, Umno atau MCA?


Berdasarkan artikel berikut, bolehkah saya mengolah tajuk kepada “Siapa Bercakap Benar, UMNO atau MCA?”

KUALA LUMPUR, 4 Dis: Penasihat DAP, Lim Kit Siang memberi jaminan bahawa kuasa orang Melayu tidak akan tergugat jika Pakatan Rakyat menang pada PRU-13 akan datang.

Malah beliau berkata, hak orang Melayu itu akan lebih terbela di bawah Pakatan Rakyat berbanding apa yang dilakukan Umno sejak parti itu merintah negara ini beberapa dekad lalu.

“Orang Melayu tidak akan kehilangan kuasa apabila PR memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum akan datang, yang benar-benar akan hilang kuasa adalah Umno dan Umno-Putra.

“Malah, orang Melayu akan mendapat lebih banyak hak-hak dan kuasa apabila PR memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu beliau turut membidas tohmahan pemimpin Umno khususnya timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa DAP sebagai parti cauvinis Cina yang berhasrat menghapuskan raja berpelembagaan dan menjadikan Malaysia sebuah negara Republik.

Katanya, kenyataan Muhyiddin itu bukan sahaja satu pembohongan malah keji, tidak bertanggungjawab, dan cubaan menakutkan dan menghasut rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Dari awal lagi, dalam ucapan pertama saya 40 tahun yang lalu di Parlimen pada 23 Februari 1971, saya telah isytiharkan bahawa DAP menyokong penuh sistem raja berperlembagaan dan bahawa kita “tidak pernah dan tidak mempersoalkan kedaulatan Raja-Raja”, tegasnya lagi.

Siapa bohong

Selain itu mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa ‘PAS mengikut telunjuk DAP’ yang turut disokong Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, Kit Siang berkata ianya sangat berbeza dengan pandangan MCA terhadap mereka.

“Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan sekutu beliau pula menuduh DAP dengan menyatakan ‘DAP mengikut telunjuk PAS’.

“Siapa yang telah berbohong? Najib dan Muhyiddin atau Chua Soi Lek?,” soalnya.

Mengulas lanjut beliau berkata, tiada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat bertindak sebagai ‘Big Brother’ malah kesemua parti memainkan peranan bersama.

“Tidak seperti BN di mana Umno adalah hegemoni dan parti-parti politik yang lain tunduk kepada agenda dan kepentingan Umno,” katanya.

Bunyi tajuk asal seolah-olah individu dalam UMNO atau MCA telah bercakap bohong dengan menyatakan antara DAP dan PAS telah mengikut telunjuk satu sama lain.

Namun, jika salah satu berbohong… bermakna satu lagi benar…

Maka, kenyataan yang benar adalah?

Soalan Jalanan Kepada Lim Kit Siang: PAS ikut DAP atau DAP ikut PAS?

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s