Tazkirah Jumaat: Kelebihan Ibadah Korban


Tazkirah Jumaat kali ini ingin berkongsi akan kelebihan ibadah korban, berdasarkan artikel di laman ini.

HARI RAYA Haji dikenali juga sebagai Hari Raya Korban dan ianya merupakan salah satu daripada hari kebesaran Islam yang diraikan pada setiap 10 Zulhijah mengikut takwim Hijrah.

Hari Raya ini juga dinamakan Hari Raya Haji kerana pada saat tersebut jutaan umat Islam datang dari seluruh pelusuk dunia dan berkumpul di Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji bagi menyempurnakan Rukun Islam kelima dan sebagai menyahut seruan Allah Subhanahu Wataala. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud:

“Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah …..’

Pada hari ini, umat Islam disunatkan melakukan ibadah korban sebagai tanda ingatan terhadap peristiwa Nabi Ibrahim Alaihissalam telah mengorbankan anak baginda, Ismail Alaihissalam demi kepatuhan dan ketaatan baginda terhadap perintah Allah Subhanahu Wataala. Di samping itu melalui peristiwa ini jelas membayangkan betapa setiap yang hendak dikorbankan itu mestilah sesuatu yang bersifat paling disayangi dan berharga. Ibadah ini juga boleh melatih perasaan individu Muslim agar jangan bersikap bakhil dan kedekut di dalam mengeluarkan harta demi membela dan membantu golongan yang lebih memerlukan seperti orang-orang fakir dan miskin.

Manakala dari segi kelebihan ataupun fadilat yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala di dalam melakukan ibadah ini di antaranya ialah:

1. Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Subhanahu Wataala.

2. Dapat menebus dosa iaitu melalui setiap titisan darah binatang yang dikorbankan dan binatang-binatang ini juga bakal menjadi tunggangan di atas titian sirat.

3. Bulu-bulu binatanga yang dikorbankan itu juga adalah satu kebajikan.


Sementara kelebihan ibadah korban dari aspek kemasyarakatan dan kemanusiaan pula ialah:


1. Mewujudkan suasana harmoni, kerjasama dan kasih sayang sesama Muslim.

2. Melahirkan sikap penyayang.

3. Memupuk sifat suka berkorban dan bersedekah.

Namun demikian, seperkara yang patut diberikan perhatian di dalam melakukan ibadah korban ialah agar ianya dibuat di atas dasar keikhlasan dan mengharapkan keredaan Allah Subhanahu Wataala semata-mata dan bukan sebagai jalan untuk bermegah-megah dengan kekayaan yang ada. Sesungguhnya Allah Subhanahu Wataala hanya akan menerima amalan seseorang itu mengikut tahap keikhlasan dan juga ketakwaannya dan bukan kepada besar atau kecilnya binatang yang dikorbankan itu.

Firman Allah Subhanahu Wataala di dalam Surah Al-Hajj ayat 37 yang bermaksud:

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu….”

Menyedari akan kelebihan ibadah korban itu, maka kita seharusnya berlumba-lumba dan bersegera di dalam melakukannya untuk mendapat keampunan dan keredaan daripada-Nya, di samping memperbetulkan niat agar segala amalan kita diterima oleh Allah Subhanahu Wataala demi kebahagiaan di akhirat nanti.

Nukilan OnDaStreet: Secara peribadi, perasaan OnDaStreet untuk Hari Raya Aidiladha kali ini gembira bercampur sedih. Gembira kerana seronok mendengar usaha Hot.fm untuk ibadah korban dan promosi yang dijalankan.  Memandangkan stesen radio itu lebih berunsurkan hiburan, usaha untuk menjalankan ibadah korban itu disambut dengan baik dan harapnya diteruskan untuk tahun-tahun akan datang. Bukan hanya sekadar ibadah itu, tetapi untuk beberapa hari, siarannya berkisar dengan ibadah korban.

Namun, dalam masa yang sama juga sedih dengan gelagat sesetengah rakyat Malaysia. Umum sedia maklum Perdana Menteri kita pergi menunaikan haji bersama isteri dan beberapa ahli keluarga. Namun, dalam kesempatan ini juga, ramai yang mempertikaikan DS Najib dan isterinya. Banyak juga kata-kata yang kedengaran terutamanya kepada isteri Perdana Menteri.

Benar, isteri Perdana Menteri tidak sesempurna mana. Memang di mata OnDaStreet sendiri, amat jauh sifat isteri DS Najib berbanding dengan isteri Tun Dr Mahathir. Namun, ini tidak bermakna OnDaStreet akan memperkatakan sesuatu yang kurang baik terhadapnya. Beliau pergi menunaikan haji, dan ya, beliau masih tidak menutup aurat rambutnya ketika mahu berlepas. Namun, OnDaStreet pasti beliau akan menutup aurat ketika menunaikan ibadah. Jika tidak, hanya Allah yang berhak menerima ibadahnya atau tidak.

Begitu juga perihalnya dengan isu samada DS Anwar sudah menjejakkan kaki ke Makkah dan menunaikan ibadah umrah atau haji. Jangan kerana DS Najib pergi, DS Anwar yang berada di Malaysia dipermainkan. DS Najib pergi ke Makkah untuk beribadah, bukan untuk tunjuk beliau lebih baik daripada DS Anwar. Dan tidak bermakna DS Anwar tidak turut sama ke Makkah kali ini, beliau berhak dikutuk dan dipermainkan. Bayangkan jika tahun depan DS Anwar yang pergi ke Makkah, DS Najib tidak pergi.. bagaimana?

OnDaStreet mendoakan DS Najib dan semua umat Muhammad yang pergi menunaikan haji agar mendapat haji yang mabrur dan pulangnya masing-masing nanti dalam keadaan yang lebih baik dan sentiasa menjadi lebih baik.

Wallahualam…

3 thoughts on “Tazkirah Jumaat: Kelebihan Ibadah Korban

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s