Antara Ketidakadilan Mahkamah Di Malaysia?


Satu laporan di Berita Harian :

Ketua PKR Rantau Panjang, ibu tunggal bebas tuduhan rasuah

2011/11/02

KUALA LUMPUR: Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rantau Panjang, Mohammad Agos Mohd Noor dan seorang ibu tunggal dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini daripada tuduhan menerima rasuah RM50,000 berhubung pemberian anugerah Dato’ Diraja, tahun lalu.

Hakim Rosbiahanin Ariffin, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap setiap pertuduhan yang dihadapi Mohammad Agos dan Nor Azimah Jamaludin.

Mohammad Agos, 52, didakwa bersubahat dengan Nor Azimah untuk menerima suapan berupa sekeping cek Public Bank Bhd bernilai RM50,000 bertarikh 7 Dis, 2010, daripada Izuldin Hani Mohd Noor di Restoran McDonald’s, Lot 3644 dan 8081, Taman Melati di sini, pada 8 Disember tahun lalu.

Cek itu didakwa diberikan sebagai dorongan kepada tertuduh bagi mendapatkan anugerah Dato’ Diraja daripada Persatuan Kerabat Diraja Duli Yang Maha Mulia Long Yunus Negeri Kelantan.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 28(1)(C) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum menurut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana satu lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mohammad Agos turut didakwa mengikut pertuduhan pilihan iaitu bersubahat dengan Nor Azimah menipu Izuldin Hani dengan memperdayakan lelaki itu untuk mempercayai bahawa Nor Azimah boleh mendapatkan anugerah Dato’ Diraja sedangkan ia tidak sah mengikut Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan.

Perbuatan itu mendorong Izuldin Hani menyerahkan sekeping cek Public Bank Bhd cawangan Jalan Raja Chulan bernilai RM50,000 bertarikh 7 Disember 2010.
Nor Azimah pula didakwa menerima suapan itu mengikut Seksyen 16(a)(AA) Akta SPRM yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana satu lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pilihan, Nor Azimah didakwa menipu Izuldin Hani dengan memperdayakan mangsa untuk mempercayai dia (Nor Azimah) boleh mendapatkan anugerah itu padahal ia tidak sah mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan.

Perbuatan tertuduh itu mendorong Izuldin Hani menyerahkan cek berkenaan.

Mohamad Agos dan Nor Azimah diwakili peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa.

Seramai 22 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang prosiding berlangsung. – BERNAMA

Kerapkali kita mendengar Mahkamah tidak berlaku adil dan sentiasa memihak kepada mana-mana prosiding mahkamah yang membabitkan Barisan Nasional dan akan membuat keputusan yang tidak menyebelahi defendan jika individu itu Pakatan Rakyat.

Wajarkah kita terus melabel hakim dan mahkamah 100% tidak adil?

Bagaimana pula dengan keputusan mahkamah yang membabitkan AUKU? Adil? Tidak?

Soalan dijalanan: Apakah hanya adil jika keputusan mahkamah menyebelahi perkara yang disokong Pakatan Rakyat?

2 thoughts on “Antara Ketidakadilan Mahkamah Di Malaysia?

  1. In my view, this case that has nothing to do with politics; the defendants merely belong to a political party as thousands of other defendants in any case, civil or criminal. Relating the the verdict to political inclination of the defendant appears to be stretching it a bit. I could probably appreciate the argument (on either side of the divide) in cases with political overtures.

    1. Thank you for your view.

      To certain extend, I do agree with you, considering the case situation.

      However, do remember, some hearings at original condition are not political, but become political when it become an interest and quoted by any sides. Trust me, when any hearings that not political in nature, but involves government, surely it will be tagged to political interest. It will become “national interest” when it comes to elections.

      I wrote the article in sense that all of us should think and evaluate on rationale basis, not based on emotions.

      Have a nice day 🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s