Menjelang Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011: FAM Rosakkan Suasana


Sekali lagi, saya cuba mengalihkan perhatian saya daripada lensa politik. Ini kerana, buat  ketika dan masa ini perkembangan politik Malaysia agak memualkan saya sendiri, lebih lebih lagi dengan gambaran “kegagalan” Himpunan Sejuta Umat yang diadakan hujung minggu lalu.

Secara peribadi, Himpunan Sejuta Umat boleh dilihat sebagai pelbagai sudut… dan yang pasti bagi saya, bukan Himpunan itu yang gagal, tetapi umat Islam yang menentang dan cuba mempolitikkan Himpunan itu yang gagal. Lebih menghairankan lagi, BERSIH itu lebih disanjung dan disokong, walhal Himpun bermatlamatkan sebagai salah satu usaha menjaga akidah umat Islam. Terjaga akidah, terperlihara iman, terdidik sifat, dan pastinya akan menjurus kepada lebih banyak kebaikan (yang secara tidak langsung perkara yang dituntut dalam BERSIH akan terurus).

Memandangkan semalam, seorang sahabat saya bertanyakan apa pandangan saya tentang apa yang berlaku menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia, ingin saya kongsikan sedikit sebanyak apa yang difikirkannya, dan apa yang saya fikirkan. Akan tetapi, yang pasti, ramai yang tidak setuju dengan harga yang ditetapkan oleh FAM.

Dari satu sudut, saya boleh menerima pandangan sahabat saya yang menyatakan, jika kamu mampu, belilah tiket itu. Disini peluang untuk FAM cuba mencatat jumlah jualan lebih seandainya peminat mahu tidak mahu membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir tersebut. Dalam erti kata mudah – willing buyer, willing seller.

Disinilah peluang dan ruang untuk rakyat Malaysia mengajar FAM buat kesekian kalinya. Jika sebelum ini ramai yang tidak mahu ke stadium kerana aksi hambar bola sepak tempatan, peminat bola sepak boleh “mogok” buat kesekian kalinya dan hanya menunggu laporan akhbar atau paling tidak sms daripada mereka yang ada pada perlawanan akhir tersebut.

Ini pilihan peminat bola sepak Malaysia. Sama ada untuk pergi atau tidak, terpulang kepada diri masing masing. Saya tidak menyatakan bergantung kepada poket, kerana saya pasti, kalau sudah minat yang amat, meminjam duit pun sanggup dilakukan. Bayar balik? Belakang kira.

Yang pasti, FAM telah merencatkan sedikit suasana perlawanan akhir Piala Malaysia. Manakan tidak, dengan peminat bola sepak baru mula untuk memenuhi stadium, tindakan meletakkan harga yang tinggi akan membataskan kemahuan mereka yang ingin datang ke perlawanan akhir tersebut.

Berdasarkan perkembangan terbaru, kedua-dua persatuan bola sepak cuba meringankan beban peminat mereka dengan bantuan subsidi tiket. Agak menghairankan bagi saya, memandangkan kebanyakan persatuan bola sepak di Malaysia ini masih lagi belum mampu mengurus tadbir kewangan persatuan masing-masing dengan baik, tidakkah memberi subsidi tiket boleh merencatkan aliran kewangan? Jika menang, mungkin boleh menampung kos.. jika kalah?

Pada pandangan saya, FAM perlu bersabar untuk meletakkan harga tiket tersebut. Dengan mutu perlawanan bukan ditahap yang tinggi, mutu padang pun tidak tentu, harga RM50 itu tinggi harganya dan tidak berpadanan.

Ya, willing buyer, willing seller.. tetapi tidak tahu bagaimana reaksi peminat bola sepak Malaysia lagi selepas ini. Jangan salahkan mereka, tetapi salahkan diri FAM sendiri jika stadium kembali kosong.

Persoalan dijalanan: Jika stadium itu kita penuhkan dengan kanak-kanak 12 tahun, bagaimana ya?

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s