Di Ambang Himpunan Sejuta Umat…


Hanya tinggal beberapa jam lagi untuk satu perhimpunan yang bakal mengumpulkan sejumlah besar umat Islam di Malaysia yang sayangkan agama dan risau akan “serangan” terhadap akidah umat Islam di Malaysia secara keseluruhannya.

Ya, akidah seseorang itu bergantung kepada ketentuan Allah dan keupayaan individu itu sendiri yang berbekalkan iman, ilmu dan taqwa. Namun, jika ditambah dengan perpaduan ummah dan saling membantu antara satu sama lain selain daripada mengambil peduli pegangan saudara seagama, kita dapat membantu memperkuatkan ummah dan secara tidak langsung mengurangkan gangguan terhadap akidah umat Islam secara keseluruhannya.

Saya tahu, ada yang skeptikal, apakah Himpunan Sejuta Umat ini boleh membantu mempertahankan akidah umat Islam. Ada juga yang memberi komen sepatutnya kita sentiasa dapat berhimpun di masjid untuk menunaikan solat lima waktu. Tidak dinafikan, secara asasnya, itulah tika dan waktu yang baik untuk umat Islam berkumpul, solat berjemaah dan mengeratkan silaturahim.

Namun, apakah itu yang kerap berlaku? Masjid-masjid, madrasah-madrasah atau surau-suaru jarang sekali terisi. Pada yang menyuarakan bahawa tempat dan ketika paling sesuai adalah di masjid, apakah diri itu sendiri berjaya berhimpun di masjid pada 5 waktu tersebut? Berjayakan menghimpunkan paling tidak jiran sederet dengan rumah untuk berhimpun di masjid, madrasah atau surau untuk berjemaah? Berjayakan menghimpunkan rakan sepejabat solat berjemaah bersama?

Saya berpendapat dan berharap agar Himpunan Sejuta Umat ini dapat menjadi titik kembali ke pangkal jalan kepada sesetengah umat Islam yang terleka dan terlupa. Terleka dan terlupa bukan hanya dengan godaan nafsu dan syaitan, tetapi cubaan memesongkan akidah umat Islam. Berdasarkan laman rasmi Himpun, terdapat enam objektif:

  • Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.
  • Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
  • Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
  • Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
  • Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
  • Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

Pada pandangan saya enam objektif ini relevan dan pastinya mereka yang terlibat mempunyai penerangan yang jelas untuk disampaikan ketika perhimpunan ini nanti.

Kenapa OnDaStreet bersetuju dengan Himpunan Sejuta Umat ini?

  • Ianya bermatlamatkan untuk memelihara akidah umat Islam;
  • Ianya tidak bermotifkan politik;
  • Ianya bukan untuk menyerang agama lain;
  • Ianya bukan untuk melakukan kekacauan dan menimbulkan ketegangan antara agama dan kaum;
  • Ianya akan dijalankan di dalam stadium, tidak dijalanan sebagaimana BERSIH;
  • Ianya mendapat permit;
  • Ianya melangakaui batas ideologi politik.

Untuk mereka yang ingin menyertai Himpunan Sejuta Umat ini, terdapat beberapa perkara garis panduan yang perlu diberi perhatian. Antaranya:

  1. Datang awal supaya mengelakkan kesesakan jalan dan kemasukan ke dalam stadium.
  2. Membawa sejadah untuk menunaikan solat Zuhur dan Asar
  3. Berpakaian sopan sejajar dengan akhlak Islam dan nilai-nilai ketimuran
  4. Bersurai secara aman dan teratur selepas tamat perhimpunan
  5. Menjaga kebersihan stadium dan tidak merosakkan apa jua harta serta barangan di dalam stadium
  6. Menjaga keselamatan kenderaan masing-masing
  7. Mematuhi setiap arahan dan memberi kerjasama penuh kepada urusetia HIMPUN sepanjang perhimpunan berlangsung.

 

Larangan :

  1. Membawa edaran dan risalah yang berbentuk provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman program
  2. Membawa atau mempamer apa-apa sepanduk, kain rentang atau placard selain dari slogan yang dibenarkan oleh pihak penganjur.
  3. Membuat sebarang bentuk provokasi atau mencetuskan suasana yang tegang dan menjejaskan keamanan.
  4. Membawa sebarang bentuk senjata atau barang-barang yang merbahaya seperti mercun dan sebagainya kedalam kawasan perhimpunan berlangsung

Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman rasmi Himpun.

Cumanya, yang OnDaStreet kurang faham adalah dengan sikap PAS dalam hal ini. Persetankan UMNO dan PKR kerana PAS sentiasa mengaku lebih Islam daripada dua parti itu. Hairan dengan PAS kerana sanggup bergolok gadai mempertahankan BERSIH, mengeluarkan hujah yang pelbagai, termasuklah mengatakan ianya demi Allah, demi agama, demi keadilan. Akan tetapi mengambil sikap berkecuali dalam hal ini. Terlalu menikus jika hendak dibandingkan dengan laungan PASlah pejuang Islam sejati di Malaysia ini.

Setakat artikel ini ditulis, telah kedengaran banyak usaha untuk menidakkan Himpunan Sejuta Umat ini untuk diadakan, termasuklah tidak boleh menggunakan stadium sebagai tempat berhimpun. OnDaStreet mendapat perkhabaran pihak penganjur telah berusaha untuk memastikan perhimpunan ini dapat diteruskan.

OnDaStreet: Sesungguhnya, hidup dan matiku hanyalah kerana Allah. Selagimana engkau tidak menganggu agamaku dan saudara seIslamku, tiadalah perlu engkau risau untuk menganuti agamamu. Islam itu adil, Islam itu indah. Andai ianya buruk dimatamu, bukanlah kerana agama itu, tetapi disebabkan perlakuan hamba Allah itu.

5 thoughts on “Di Ambang Himpunan Sejuta Umat…

  1. Kan pengajur kata ade 2000 NGO yg sokong?

    Kalo masing masing hantar 10 ajk 2000 x 10 dah jadi 20000.

    Apa nak salahkan PAS pulak, berapa ramai yg hantar anak ke tadika Kristian, berapa ramai anak Melayu belajar sekolah Kristian seperti St John, Convent, Methodist dll.

    Berapa byk duit peruntukan di tabur setiap kali piliharaya ke sekolah Kristian demi nak pancing undi?

    TV dan media yg ada berapa jam di peruntukan untuk cerita bab akidah berbanding dgn cerita hantu dan tahyul?

  2. Himpunan Sejuta Umat gagal capai sasaran

    2011/10/22
    SHAH ALAM: Himpunan Sejuta Umat yang dianjurkan bagi membanteras gejala murtad di kalangan umat Islam di negara ini gagal mencapai sasaran berikutan sambutan dingin berdasarkan kehadiran hari ini.

    Tinjauan Berita Harian Online menganggarkan jumlah kehadiran kurang daripada 1,000 peserta berbanding 1 juta umat Islam dari seluruh negara yang disasarkan pihak penganjur. Himpunan Sejuta Umat program anjuran bersama antara 2,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini. Ia diadakan di Stadium Shah Alam, bermula jam 2 petang dan dijangka tamat pada jam 5 petang.

    1. Saudara arah,
      Nampak sangat anda memang outdated. Lain kali, jangan ambil kenyataan akhbar yang “mutakhir” bila mana Himpunan itu sudah berkahir berjam lamanya dengan kehadiran 8000 umat Islam. Sila rujuk SInar Harian hari ini.

      Lagi satu.. anda suka dengan keadaan ini?

  3. KUALA LUMPUR, 25 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan gejala murtad yang berlaku di negara ini adalah akibat tidak melaksanakan pemerintahan Islam.

    Menurutnya, dengan mengambil fahaman nasionalis, menyebabkan manusia akan merasa lekeh kepada Islam dan akan mengagung-agungkan fahaman kebangsaan.

    “Di Malaysia ni punca murtad adalah kerana nasionalis. Golongan nasionalis ini buat manusia rasa lekeh kepada Islam kerana mereka tolak Islam ambik kebangsaan.

    “Daripada rasa lekeh ini lah timbul masalah menggelongsor luruh daripada Islam. Ini kita panggil murtad,” katanya kepada Harakahdaily.

    Menurutnya yang juga Menteri Besar Kelantan, PAS adalah parti pertama di negara ini yang memperjuangkan Islam.

    Jika ada pihak yang mendakwa PAS tidak berusaha menentang murtad, beliau berkata tomahan itu salah kerana penubuhan PAS itu sendiri mahu mempertahankan Islam.

    “PAS orang pertama mempertahan Islam.

    “Bila Islam itu diperjuangkan maka segala perkara membawa manusia kepada Islam kita akan gunakan dan segala perkara yang memberi mudarat kepada Islam, PAS akan tentang,” katanya lagi.

    Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan golongan pendakwah di negara ini agar jangan hanya melihat tugas dakwah sekadar menyeru masyarakat memakai serban dan jubah, malah lebih penting katanya adalah menegakkan pemerintahan Islam secara keseluruhan.

    “Sekarang ini golongan pendakwah banyak, tetapi mereka berkisar hanya pada pakai seban sunnah nabi, berjanggut sunnah nabi dan berjubah sunnah nabi.

    “Kita tinggal perkara paling penting sekali iaitu memerintah dengan Islam yang juga sunnah nabi. Ekonomi cara Islam, budaya cara Islam, sosial cara Islam dan politik cara Islam,” katanya.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s