Surat Terbuka Untuk Bob Lokman


KUALA LUMPUR, 13 Okt — Penulis lirik, pelakon dan pengacara terkenal, Bob Lokman hari ini menegaskan beliau tidak akan “menyerah kalah” dengan hadir di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk memberi keterangan, sebaliknya “lebih rela ditangkap” selepas ditahan Isnin lalu kerana memberi kuliah agama tanpa tauliah.

Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhamad Hakim Lokman memberitahu bahawa beliau tidak akan pergi ke pejabat Jais atas alasan agensi agama itu tidak melaksanakan dasar Islam secara keseluruhan, tetapi lebih memihak kepad dasar pemerintahan Umno-BN.

“Kalau nak tangkap saya, tangkaplah, nak heret sekalipun, tapi saya tak kan pergi menyerah kepada mereka,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Laporan media hari ini menyebut Jais akan mendapatkan perintah waran tangkap daripada mahkamah terhadapnya seandainya enggan hadir memberi keterangan kepada agensi itu.

Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata, selebriti yang berusia 47 tahun itu juga melakukan kesalahan lain jika enggan  mematuhi perintah hadir terhadapnya.

“Sepatutnya pagi tadi (semalam), dia hadir ke pejabat Jais, tetapi dia gagal berbuat demikian.

“Dia (Bob Lokman) berdegil datang, Jais akan memohon waran tangkap,” katanya.

Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat.

Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menyebut “mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara mengenai agama Islam tanpa tauliah diberikan mengikut Seksyen 118 adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.” Disebabkan enggan hadir memberi keterangan dengan sengaja pula, selebriti itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor.”

Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor itu, boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Pada 19 Februari lalu, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS.

Bob Lokman menambah, dengan pergi ke pejabat Jais, perjuangan agama yang dipegangnya selama ini seakan hancur kerana jabatan itu sendiri tidak melaksanakan syiar Islam dengan telus.

“Ini soal akidah, prinsip dan kepercayaan, saya yakin dengan perjuangan saya, Bilal Bin Rabbah sendiri menerima tentangan hebat waktu diseksa kerana Islam,” kata beliau.

Beliau ditahan Jais selepas menceritakan pengalamannya menerima hidayah Islam di Hulu Langat awal minggu ini.

“Saya yakin kepada agama, kepada al-Quran, sekiranya saya tidak menentang, mereka tidak akan tahu wujudnya ketidakadilan dalam pentadbiran mereka, sekiranya orang PAS sendiri tidak tidak bersetuju, tak apa… saya yakin dengan kepercayaan saya,” tegasnya.

Menurut Bob Lokman lagi, dia yakin penguasa Jais dan kadi yang menahannya pada malam itu datang sebagai ‘wakil’ Umno, yang cuba menghalang usaha dakwah dilakukannya demi kepentingan politik.

“Saya bukan nak masuk politik, (atau) jadi wakil rakyat, saya nak bantu orang-orang Islam negara kita ini, mengaku kenal Allah, kenal Islam, tapi sebenarnya Islam pada nama, pada Melayu sahaja,” katanya lagi.

“Mungkin ada pihak yang kurang senang dengan kehadiran saya di sana kerana menganggap saya menggugat mereka, tapi saya hanya bercerita soal akidah, berdakwah di jalan Allah, saya juga menolak sikap kadi Hulu Langat yang tidak profesional, yang lebih pentingkan diri daripada membantu mengembalikan akidah dan iman umat Islam di landasan yang betul,” katanya lagi.

sumber: Malaysian Insider

Assalamualaikum,

Diri ini terpanggil untuk menegur saudara Bob Lokman berkenaan isu penahanan berkenaan memberi ceramah tanpa tauliah.

Pertama sekali, alhamdulillah kerana Allah telah membuka hati dan minda saudara untuk berjuang ke jalan Allah menerusi cara lain selain hiburan.

Mungkin untuk saudara, dunia hiburan penuh maksiat kerana saudara sendiri terlibat. Akan tetapi, saya berpendapat tidak semuanya bergelumang dengan maksiat. Terpulang kepada diri artis dan mereka yang terlibat dalam dunia hiburan untuk memilih jalan masing-masing. Jika ya dunia hiburan itu penuh maksiat, saya tidak boleh bayangkan artis seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz, Maher Zain itu melakukan perbuatan maksiat sebagaimana anda melakukan maksiat satu ketika dahulu. Berlaku adillah dalam memberikan pendapat. Jangan salahkan dunia itu, tetapi salahkan diri sendiri.

Seterusnya, berkenaan dengan isu ini, saya berpendapat tidak perlulah saudara memberi reaksi sebegini. Tindakan anda ketika ini tidak jauh beza sepertimana anda berada dalam dunia hiburan dahulu. Anda memberi reaksi seolah-olah anda diterjah dalam rancangan Melodi atau ditemuramah oleh Azwan Ali.

Jika anda tidak bersalah, usahlah takut, usahlah gentar. Bukan saudara seorang yang pernah ditahan, terdapat individu-individu lain. Namun reaksi anda seolah-olah anda lebih berilmu dan tidak berhak ditegur. Apakah itu yang diajar oleh Islam? Tok guru manakah yang mengatakan anda perlu memberi reaksi sebegini?

Andai Bilal bin Rabbah menjadi perbandingan saudara, maaf, pada mata saya, saudara belum layak. Lagipun, Bilal itu diseksa oleh tuannya dan kafir musyrikin. Apakah anda sedang diseksa? Apakah anda ditahan oleh tuan anda? Apakah saudara ditahan oleh kafir musyrikin?

Pihak Jabatan Agama cuma menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Menuruti undang-undang yang tidak melanggar syariat tiadalah mengurangkan tahap iman dan ilmu saudara.

Sekali lagi, tahniah anda berusaha untuk berubah untuk menjadi insan yang lebih baik.

Namun, teguran ikhlas saya, janganlah bersikap seolah-olah anda tidak boleh ditegur dan melompat seperti ditemuramah dalam Melodi.

Sekian, terima kasih.

Soalan dijalanan: Apakah jika orang UMNO atau Barisan Nasional itu ditahan oleh pihak berkuasa, menjadikan pihak berkuasa itu orang PAS, DAP, PKR dan Pakatan Rakyat?

2 thoughts on “Surat Terbuka Untuk Bob Lokman

  1. Assalamualikum wbk. Saya sentiasa menyenangi tulisan saudara. Berubah untuk kebaikan itu baik. Namun kalau dengan perubahan itu kita lebih cenderung untuk berprasangka buruk dan hanya menyalahkan orang lain, serta bersikap memihak, apalagi memperlekeh undang-undang yang ada, kita sesungguhnya memberikan contoh yang tidak baik untuk orang lain ikut berubah. Semoga Bob dapat melihat sisi yang lebih jernih dan bermakna dalam memanfaatkan perubahannya, dan bukan dalam kotak perjuangan politik pilihannya. Terima kasih.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s