Mansuh ISA: Usaha Siapa?


Sejak pengumuman ISA dimansuhkan, ramai yang menyambut gembira dan ada yang menyambutnya sebagai kejayaan usaha mereka. Manakan tidak, kempen untuk mendesak kerajaan supaya memansuhkan ISA ini telah lama diadakan, secara terbuka mahupun “online”.

Namun, kedua bersaudara ini menafikan pemansuhan bukan usaha kumpulan anti-ISA:

Keputusan mansuh ISA keputusan BN: PM

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa keputusan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah keputusan yang dibuat kerajaan Barisan Nasional (BN) dan bukan perjuangan pihak lain. Sehubungan itu, kata beliau, jangan ada pihak atau individu yang mahu mendapat nama bahawa pengumuman beliau untuk memansuhkan ISA itu adalah hasil perjuangan mereka.

“Jadi jangan hendaknya ada orang yang nak dapat nama kononnya pengumuman saya dua malam lalu adalah kerana hasil perjuangan mereka,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra pemimpin-pemimpin Barisan Nasional “Sirih Pulang ke Gagang” di sini, hari ini.

“Ini bukan hasil perjuangan mereka tetapi adalah keputusan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional kerana ia adalah kerajaan yang mendengar isi hati rakyat yang inginkan perubahan sedemikian rupa,” katanya.

Dalam perutusan Hari Malaysia beliau pada Khamis lepas, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan negara.

Najib menjelaskan bahawa keputusan yang dibuat itu adalah selaras dengan hasratnya untuk mengkaji ISA ketika mengambil alih jawatan Perdana Menteri dua tahun lepas.

Katanya perubahan itu akan meletakkan Malaysia di landasan yang lebih kukuh kerana ia akan membentuk sebuah demokrasi yang lebih progresif dan lebih terbuka di samping itu dapat memelihara keharmonian dan ketenteraman awam.

“Kita inginkan keseimbangan di antara keterbukaan dan hak asasi individu di samping menjaga ketenteraman awam dan kepentingan rakyat jelata,” katanya.

Beliau berkata kerajaan BN akan membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih maju, moden, terbuka dan progresif yang menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan secara inklusif.

“Kita juga akan membentuk sebuah negara yang menjaga kepentingan umum dan juga kepentingan hak asasi individu kerana masyarakat kita sudah lebih tinggi taraf pendidikannya dan mereka menuntut kepada pembaharuan yang boleh menjamin masa depan mereka dan hak asasi manusia,” katanya. — BERNAMA

Hishammuddin bidas pembangkang dakwa mansuh ISA idea mereka

SEREMBAN: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini membidas pembangkang kerana mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) ‘mencuri’ idea Buku Jingga mereka apabila memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Bila buku Jingga itu keluar? Perdana Menteri sudah umum kajian ISA secara holistik dua tahun lalu, kita sudah pun menjalankan proses kajiannya secara bijaksana,” katanya selepas merasmikan Majlis Penerangan Perdana, di sini.

Hishammuddin yang ditemui pemberita diminta mengulas mengenai dakwaan pakatan pembangkang bahawa BN mencuri idea mereka menerusi Buku Jingga yang dilancar pada Disember lalu.

Buku Jingga itu mengandungi janji pakatan pembangkang yang akan dilaksana dalam masa 100 hari jika mereka mentadbir negara.

Mengulas lanjut, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata kajian mengenai ISA diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2009, iaitu lebih setahun sebelum Buku Jingga dilancarkan.

Dakwaan itu jelas menunjukkan pakatan DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS sudah ketandusan idea, kata Hishammuddin.

Semalam, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dari DAP dalam temubual dengan sebuah media elektronik mendakwa pemansuhan ISA itu hasil perjuangan pakatan pembangkang.
Pemansuhan ISA diumumkan Perdana Menteri semasa menyampaikan perutusan khas sempena sambutan kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia pada Khamis.

Hishammuddin turut mengakui wujud kebimbangan pada kalangan rakyat mengenai keselamatan negara yang selama ini dijamin di bawah ISA.

“Perpaduan dan keamanan yang wujud pada hari ini masih lagi terjamin dan akan terus berkekalan di bawah dua akta baru yang akan diumumkan nanti,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai dua akta berkenaan, selain menafikan undang-undang baru berkenaan akan menyamai Akta Keselamatan Dalam Negeri yang diguna pakai Singapura. – BERNAMA

Secara teknikalnya, memang Barisan Nasional sebagai kerajaan yang sedang memerintah yang menjadikannya satu kenyataan.

Namun, menidakkan terus kumpulan-kumpulan anti-ISA ini terdapat implikasi yang berbeza, bergantung kepada apa yang Barisan Nasional telah lakukan.

Jika benar Barisan Nasional telah memikirkan untuk memansuhkan ISA untuk satu tempoh yang lebih lama daripada kumpulan anti-ISA, tidak mengapa. Namun, perlulah ditunjukkan bukti usaha-usaha tersebut.

Ini kerana, usaha anti-ISA ini lebih jelas kelihatan berbanding Barisan Nasional.

Namun, jika tidak benar, Barisan Nasional akan lebih dikenali sebagai penciplak usaha orang lain.

Secara jujur, OnDaStreet berpendapat ini adalah usaha bersama secara tidak sengaja. Untuk mengatakan usaha mutlak sebelah pihak adalah kurang wajar. Tindakan kumpulan anti-ISA pasti sedikit sebanyak memberi impak, walaupun sedikit. Pastinya kajian dan hujah mereka ada logik akal dan rasional yang boleh diterima.

Namun, dalam masa yang sama, jika hanya kerana desakan kumpulan anti-ISA ini sahaja Barisan Nasional memansuhkan ISA tanpa mengambil perkiraan dan langkah yang sewajarnya, begitu bongkak pandangan ini. Ini kerana merekalah kerajaan yang diberi mandat, dan jika apa-apa berlaku tanpa mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia secara menyeluruh, mereka bukan kerajaan yang baik dan terlalu bodoh kerana menurut desakan kumpulan anti-ISA.

Yang pasti ISA dimansuhkan dan akan digantikan dengan dua akta baru…

Soalan dijalanan: Bagaimana dengan akta baru yang bakal menggantikan ISA itu ya? Bila akan diumumkan?

5 thoughts on “Mansuh ISA: Usaha Siapa?

  1. Mengikut Najib, pemansuhan ISA adalah petanda kerajaan ‘mendengar’ hasrat rakyat? Saolannya rakyat majoriti atau rakyat minoriti?

    Jawapannya, rakyat majoriti langsung tidak memeprtikaikannya, kalau kata rakyat majoriti mempertikaikannya, buktikanlah?

    Kalau itu jadi perjuangan minoriti, jawapannya ya, itu adalah perjuangan minoriti yang diketuai pembangkang?

    Jadi memanglah tepat kalau dikatakan pemansurhan ISA memang dilakukan oleh kerajaan hari ini atas dasar mendengar hasrat rakyat, rakyat minoriti yang diketuai pembangkang.

    Bagi yang mahu berterima kasih atas pemansuhan ISA ini, terima kasihla kepada minoriti yang diketuai pembangkang.

    Majoriti yang ‘silent’ yang tidak pernah mendesak ISA dimansuhkan adalah suara yang dipandang dingin oleh Najib.

  2. Siapa yang Khazab ( Penipu)?

    Polis sahkan tahan 13 orang bawah ISA
    5:13PM Nov 17, 2011

    Pihak polis mengesahkan menangkap tujuh warganegara Malaysia dan enam warganegara asing di Sabah mengikut Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, antara 14 hingga 16 November (semalam) kerana didakwa cuba menghidupkan kembali gerakan militan di negeri itu.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, kegiatan anggota militan terbabit jika tidak dibendung boleh mengancam dan menggugat keselamatan negara.

    “Berdasarkan kepada risikan dan siasatan yang telah dijalankan oleh pihak polis, didapati ada usaha-usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah.

    “Hasil daripada siasatan dan pemantauan rapi itu, pada 14 hingga 16 November lalu, polis melancarkan operasi dan menangkap tujuh warganegara Malaysia dan enam warganegara asing,” katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

    Ismail bagaimanapun tidak mendedahkan indentiti 13 orang yang ditahan itu.

    1. Assalamualaikum,
      Pertama sekali, rujuk kembali BILA ISA itu dimansuhkan.

      Kedua, apakah anda rela orang ramai mati dibom dahulu baru tahan mereka (memandangkan pasukan keselamatan kita telah ada maklumat mengenai mereka)?

  3. Amnesty: Tangkapan ISA lawak bagi ‘reformasi’ Najib
    12:53PM Nov 18, 2011

    Amnesty International hari ini berkata penahanan 13 orang di Tawau, Sabah mengikut Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 menjadikan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini, untuk memansuhkan undang-undang zalim itu sebagai satu lawak.

    “Kerajaan Malaysia menjadikan rancangannya untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai satu lawak apabila terus menggunakannya untuk menahan rakyat sekali lagi,” kata Sam Zarifi, pengarah Amnesty International, Asia.

  4. ISA: Pakatan kata BN bodohkan rakyat, Hisham dakwa 13 ‘amat bahaya’
    November 19, 2011

    KUALA LUMPUR, 19 Nov – Pakatan Rakyat terus mengecam penahanan 13 individu di bawah ISA di Sabah dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, sebagaimana disangka PAS dan kebanyakan rakyat, janji pentadbiran Najib sebenarnya hanya satu pembohongan terancang bagi memperbodohkan rakyat.

    http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/isa-pakatan-kata-bn-bodohkan-rakyat-hisham-dakwa-13-amat-bahaya/

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s