Harakah: Larang guna pembesar suara selaras syarak – Tuan Guru Datuk Nik Aziz


Berikut adalah laporan Harakahdaily:

KOTA BHARU, 14 Ogos: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak membenar masjid menggunakan pembesar suara menyiar bacaan al-Quran sebelum Subuh selari dengan syarak.

Menteri Besar berkata, Islam tidak menggalakkan bacaan al-Quran diperdengar dengan kuat terutamanya menggunakan pembesar suara kecuali azan.

“Hanya azan sahaja yang perlu dikuatkan dengan tujuan untuk menyeru umat Islam menunaikan solat dan meninggalkan sementara urusan dunia,” katanya selepas merasmikan pelancaran Koperasi Rakyat Kelantan Berhad di KTC hari ini.

Beliau diminta mengulas larangan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menggunakan pembesar suara di masjid sebelum solat Subuh kerana ia dianggap mengganggu ketenteraman masyarakat berbilang kaum.

Sebelum ini media melaporkan JHEAIPP mengarahkan semua masjid dan surau menghentikan bacaan al Quran menggunakan pembesar suara sebelum Subuh kerana bercanggah dengan hukum syarak.

Arahan tersebut juga selaras dengan keputusan masyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri berkenaan pada 7 April lalu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, umat Islam jangan begitu seronok membaca al-Quran dengan menggunakan pembesar suara kerana ia tidak elok dan boleh mengganggu ketenteraman orang ramai terutama kanak-kanak sedang tidur.

“Di Kelantan mungkin tak apa, sebab sudah menjadi perkara biasa, namun sesetengah tempat mungkin tidak boleh dan keputusan itu perlu dihormati,” ujarnya.

Ketua Pengelola Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, suasana masyarakat berbilang kaum perlu diambil kira apabila memperdengarkan bacaan al Quran secara kuat sebelum Subuh.

Katanya, bagi penduduk tinggal di negara yang majoritinya orang Islam perkara seperti itu tidak berbangkit kerana orang ramai sudah faham.

“Apa yang diputus di Pulau Pinang itu selaras dengan kehendak syarak kerana suasana persekitarannya bukan hanya didiami orang Islam sahaja.

“Syarak hanya membolehkan azan dilaungkan dengan kuat bagi menyedarkan orang yang tidur supaya bangun menunaikan solat,” ujarnya di sini.

Tindakan JHEAIPP turut disokong pensyarah USM, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin dan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang memberi contoh Rasulullah saw pernah melarang orang membaca al-Quran secara kuat dalam masjid kerana boleh mengganggu jemaah lain.

Maaf buat media pro Barisan Nasional.. untuk kali ini, saya berpendapat isu ini telah terlalu dipolitikkan dan diperbesarkan. Tiada salahnya tindakan yang telah diambil oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). Tiada kurang, tiada lebih.

Benar, sebelum ini, amalan itu telah dilakukan bertahun lamanya. Mungkin, selama ini tiada aduan gangguan yang telah dibuat, ataupun yang dibawa kepada JHEAIPP ataupun kerajaan Negeri Pulau Pinang. Atau mungkin sebelum ini majoriti yang duduk dikawasan itu adalah orang islam, dan orang bukan Islam tidak berani bersuara.

Segalanya mungkin untuk perkara ini berlaku.

Yang pasti, tindakan yang diambil JHEAIPP tiada salahnya juga.

Mohon kepada media pro Barisan Nasional jangan terlalu memperbesarkan dan terus memanipulasikan isu ini. Benar, Pakatan Rakyat telah tersilap langkah dalam menangani isu murtad di Selangor. Namun, ini tidak bermakna kesemua tindakan yang diambil berkenaan isu lain berkaitan dengan Islam boleh dipertikai dan dimanipulasi sesuka hati.

Perlu diingat, kerana terlalu memanipulasilah, Barisan Nasional menerima padah pada PRU12 yang lalu. Hentikan mengkritik tindakan yang diambil oleh JHEAIPP.

Namun, dari satu sudut yang lain…

Mungkinkah ini gambaran, apabila orang Islam tiada kuasa atau “terpaksa”, sesetengah amalan yang baik terpaksa dihadkan kerana orang Islam kurang berkuasa….

Mari kita renung-renungkan…

Persoalan dijalanan: Ada amalan yang memang elok, tetapi hakikatnya bukan wajib.. sebagai contoh, solat sunat tarawikh dan aidilfitri.. ianya sunat.. namun, ada antara kita memandang ia seakan wajib, dan menjadi satu kesalahan/dosa apabila tidak melakukannya. Kenapa begitu?

7 thoughts on “Harakah: Larang guna pembesar suara selaras syarak – Tuan Guru Datuk Nik Aziz

  1. Harap-harap Nik Aziz tegur-tegurlah premis pakatan rakyat yang lantang memainkan kaset bacaan ayat-ayat suci menggunakan pembesar suara di kala siang hari dikawasan rumah kedai dan pejabat yang tumbuh macam cendawan selepas hujan pada Mac 2008.

  2. Cina mati, Seminggu depa “berpesta” depan rumah aku.. Tu kira mengangu jiran-jiran..Aku mohon kerajaan Penang supaya melarang juga pesta kematian seminggu itu. Had je didalam rumah

  3. tau takpe…siang berunsung kat jalan…main gendang…tu xganggu ker…PAS …aku tak dapt sokong ko lag…PAS telalu gilakan kuasa

  4. nik aziz dah gila jadi orang gila buat apa pun tak salah cuma pengikut yang tak gila yang bersalah kerana mengikut apa yang nik aziz kata

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s