PAS pilih JAIS atau DAP, jawabnya PAS pilih Islam


Berikut adalah artikel yang diambil Harakah daripada blog Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil:

Maka bertarilah kalam Mashitah, Ulama Wanita Umno dalam akhbar Sinar Harian hari ini menghentam PAS kononnya PAS takut kepada DAP sehingga tidak berani menegakkan kebenaran dalam isu pemeriksaan JAIS terhadap gereja kristian baru-baru ini. 

Katanya, PAS sudah tunduk kepada DAP dan tidak lagi berjuang dengan prinsip asalnya iaitu Islam. 

Saya hairan sejak bila pula Mashitah simpati dan peka terhadap perjuangan PAS. Apa yang menyebabkan tiba-tiba beliau simpati kepada PAS. Lebih baik dia mereformasikan Umno supaya mengambil Islam sebagai asas perjuangan. 

Dengan kuasa yang ada mereka boleh melaksanakan Islam di dalam negara kita ini. Undang-undang murtad yang sepatutnya sudah lama digubal dan digunapakai di Malaysia ini tidak dilaksanakan oleh Umno sebab apa? Mengapa Mashitah tidak bising?

Dalam isu JAIS ini, PAS tidak pernah tunduk kepada sesiapa. PAS tetap dengan prinsipnya iaitu aqidah umat Islam mesti dipertahankan. PAS sudah lama berjuang supaya undang-undang murtad ditegakkan di negara kita……malangnya setiap kali PAS mengusulkannya di Parlimen ianya ditolak mentah-mentah oleh Umno. Usul mengenai murtad ditolak mentah-mentah termasuk usul yang pernah dibentangkan oleh YB Salahuddin Ayub pada Sidang Parlimen beberapa tahun lalu. Sudah beberapa kali PAS cuba usulkan malangnya ia tetap ditolak mentah-mentah oleh kerajaan pimpinan Umno.

PAS mengambil langkah yang cermat dalam hal ini kerana PAS kenal siapa JAIS dan PAS juga tahu kewujudan gerakan kristianisasi. PAS mengambil langkah mengikut undang-undang murtad ala Umno (sangat minima) yang ada di dalam negara kita. 

PAS kenal JAIS, PAS kenal siapa di dalam dan dibelakang JAIS. Semua orang tidak lupa JAIS pernah merobohkan surau, JAIS pernah menghalang Ustaz mengajar di Masjid dan Surau. JAIS pernah menangkap Ustaz ….Kalau JAIS begitu sombong dan angkuh merobohkan surau atas dasar politik sempit apakah tidak ada kemungkinan JAIS juga melakukan apa sahaja kerjanya untuk kepentingan pihak tertentu.

Dalam masa yang sama PAS tidak akan sekali-kali berkompromi dengan pihak-pihak yang melanggar undang-undang sedia ada. Jika benar ada unsur-unsur penyebaran ajaran kristian kepada umat Islam ianya mesti dihalang dan dibenteras. Sebab itu PAS ingin bertemu dengan gereja dan JAIS untuk mendapatkan maklumat sebenar dan selepas itu mengambil ketetapan yang sahih dan tepat.

PAS sejak dari dahulu konsisten dalam hal menjaga aqidah ….tetapi siapa yang selalu memberikan jawapan bahawa isu murtad ini isu remeh, baru sedikit yang murtad ….siapa yang selalu mempersenda-sendakan isu murtad …tepuk dada tanya iman.

Semua orang tahu siapa Umno dan apa tindakan Umno dalam isu murtad. Mengapa dalam isu JAIS ini Umno begitu beriya-iya mengambil tahu. Bagaimana dengan pendedahan Mufti Perak, Tan Sri Harussani bahawa ratusan ribu umat Islam murtad di Malaysia. Apa tindakan Umno? Mana undang-undang murtad yang digubal oleh kerajaan Umno? Bagaimana dengan kisah murtad Aishah Bokhari, Hartina Kamaruddin dan lain-lain mengapa sehingga hari ini ianya senyap dan sunyi. Mengapa Umno yang berkuasa tidak mahu menyokong usul PAS yang mahukan undang-undang murtad yang selaras dengan tuntutan Islam di gubal dan diamalkan di negara kita?

Mengapa Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas yang dipecat? Siapa pula yang menyokong IFC suatu ketikan dahulu. Adakah PAS atau pemimpin PAS yang menyokong IFC? Sedangkan PAS konsisten menentangnya ..

Saya mengharapkan Mashitah tidak payahlah sibuk menempelak dan memperlekehkan PAS. Ada baiknya beliau memperjuangkan perkara-perkara asas Islam dalam Umno yang masih belum diselesaikan. Alangkah baiknya beliau menasihat dan memastikan isteri Perdana Menteri dan menteri-menteri Islam tutup aurat. Itu belum kita sentuh isu-isu besar seperti hukum Islam, riba, hudud dan sebagainya. Cukup buat permulaan Mashitah selesaikan isu aurat itu dahulu,,,,,yang mana dalam PAS, kanak-kanak PASTI (Tadika PAS) pun tahu aurat mesti ditutup…

Memandangkan tiada ruang komen di artikel tersebut, ingin diulas beberapa kelemahan dalam penghujahan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil ini. Adalah diharap, bacalah dengan minda terbuka dan ambillah ini sebagai satu teguran positif.

Menurutnya, PAS tidak tunduk kepada DAP. Namun, ingatan rakyat dan juga internet tidak mungkin lupa akan sudah beberapa kali keputusan yang diambil oleh PAS ditarik balik selepas DAP bersuara. Kes arak yang dijual di premis 7 Eleven di Selangor dan juga kes penutupan pusat hiburan ketika bulan Ramadhan di Kedah boleh dijadikan peringatan. Usahlah dibuat lupa, walhal ianya menjadi tajuk utama media buat seketika, hatta di Harakah sekali.

PAS juga tidak begitu konsisten dalam hal-hal berkaitan akidah. Usah dilupa isu kalimah Allah, dimana majoriti PAS menyokong (dan menentang secara halus) akan penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan kepada “God” dalam Kitab Bible berbahasa Malaysia. Hal ini nyata memberi impak kepada akidah umat Islam, memandangkan majoriti umat Islam di Malaysia berbangsa Melayu dan Bumiputera.

Bagaimana pula dengan artikel Harakah yang bertajuk “Umno sekat ilmu agama untuk kekal berkuasa”  dimana dinyatakan:

“Dengan itu, ceramah-ceramah agama yang didakan di masjid-masjid, di surau-surau di seluruh negara terutama yang membabitkan para penceramah yang menyokong Umno BN hanyalah membicarakan perkara-perkara kecil, rendah atau asas sahaja yang sudah diketahui dengan jelas oleh orang ramai.

Antara perkara yang disentuh hanyalah seperti cara mengambil wuduk, jenis-jenis air, haid, nifas, nikah, kahwin dan sebagainya yang hanyalah perkara-perkara asas sahaja yang terdapat dalam ilmu fekah.

Tidakkah perkara-perkara asas feqah yang disebutkan itu melibatkan akidah dan asas amalan sebagai umat Islam? Tanpa asas feqah yang kukuh, masakan umat Islam dapat beribadat dalam keadaan paling baik kepada Allah? Terjemahkah aqidah umat Islam jika tiada asas feqah yang baik? Dan apakah yang menyampaikan syarahan, ceramah dan tazkirah-tazkirah sebegini ustaz UMNO? Sungguh sempit dan dangkal pemikiran begini. Ini secara tidak langsung boleh disampaikan, ustaz PAS tidak berminat berceramah dan mahu membetulkan asas feqah umat Islam di Malaysia.

Menyentuh bahagian usul undang-undang murtad oleh PAS, saya tidak mahu komen kerana saya mungkin terlepas pandang akan PAS telah mengusulkannya dalam Parlimen dan telah ditolak mentah-mentah. Jika ada sesiapa yang mempunyai rekod (bukan sekadar dakwaan dan kata-kata semata), silalah kongsi bersama.

Ingin juga ditanya, apakah kaitan pemecatan Tun Salleh Abas dengan usul undang-undang murtad? Apakah Tun Salleh Abas dipecat kerana sokong usul PAS, membantah IFC atau mengenai perkara lain?

Dan bila pula IFC disokong UMNO? Pastinya, jika UMNO menyokong IFC, PRU12 lalu sudah menjadi milik Pakatan Rakyat. Jika ada bukti, sila kongsi bersama.

 Oh ya, menyentuh tentang berita larangan pembesar suara diwaktu subuh, saya berpendapat JHEAIPP telah mengambil langkah-langkah yang perlu dan perkara-perkara yang telah dipertimbangkan. Jika setakat menggunakan pembesar suara untuk bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, saya berpendapat isu ini amat remeh. Malahan boleh dianggap tidak ada isu atu tidak relevan.

Jika larangan itu melibatkan azan subuh, maka ya, saya tidak setuju dengan larangan tersebut.

 

Soalan dijalanan:  Berdasarkan perkembangan semasa, apakah sebenarnya PAS makin diuji kerana mengaku lebih Islamik daripada yang lain dan tidak mahu mengaku salah bila melakukan kesilapan?

2 thoughts on “PAS pilih JAIS atau DAP, jawabnya PAS pilih Islam

  1. Salam Dear Friend …

    Part of the Ramadhan activities … I go from mosque to mosque for Tarawih and anticipated Tazkirah … and Alhamdulillah … thus far the Tazkirah given between the prayers never came close to dwelling with political matters.

    What I like to emphasize … apart from dealing with political matters … plenty of other subjects to talk about during majlis ilmu … Tauhid … Aqidah … Taqwa …

    Unless PAS is able to come out with a simple formula … vote for PAS … it will be guaranteed for a higher darjat of Taqwa … but you and I perfectly know … it is not that simple.

    Selamat Bersahur.

    1. salam dear friend,
      it has been quite some time we in communication.

      The formula is there actually.. but they sometimes cacnnot refrain themselves in talking about politics.. that’s all.

      Have a nice Ramadhan!🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s