Serbuan Gereja: Antara PAS, PKR, DAP dan JAIS…


Dalam seminggu kita berpuasa, kita dikejutkan dengan serbuan JAIS. Dan saya percaya JAIS telah pun membuat kerja asas yang perlu sebelum serbuan dibuat.

Dalam masa yang sama, saya bersetuju dengan pendekatan yang diambil oleh PAS, iaitu untuk mendengar daripada pihak JAIS dan PAS, seperti yang dilaporkan oleh Harakah:

KUALA LUMPUR, 7 Ogos: PAS akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) dan pihak gereja bagi mendapatkan penjelasan mengenai serbuan Jais ke atas Gereja Methodist, Damansara Utama, minggu lalu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong atau menyalahkan mana-mana pihak sebelum mendapat penjelasan terperinci berhubung perkara ini.

“PAS akan berjumpa secara langsung dengan Jais dan pihak gereja apabila mereka memberikan tarikh.

“PAS mesti mendapatkan penjelasan daripada pihak yang berkenaan dan tidak timbul kenyataan sokong mana-mana pihak,” kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa pusat di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan Jais melakukan pemeriksaan terhadap Majlis Makan Muhibah di Gereja Methodist, Damansara Utama, baru-baru ini.

Katanya, PAS akan berhubung dengan pihak Jais dan gereja mengikut tarikh yang sesuai untuk mendapat gambaran dan penjelasan langsung mengenai pemeriksaan tersebut.

“Selepas jumpa, baru buat keputusan,” ujarnya.

PAS, jelasnya menyerahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk tindakan selanjutnya berhubung pemeriksaan Jais itu.

Puas hati penjelasan Hassan Ali

Minggu lalu, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan Jais itu.

Ditanya pendirian PAS terhadap Dr Hassan, Ustaz Hadi berkata parti telah mendengar penjelasan beliau dalam mesyuarat dan berpuas hati dengan penjelasannya.

“Kita tak bincang apa-apa ketetapan pun terhadap Dr Hassan dan beliau datang hari ini kerana menghadiri mesyuarat ajk, bukan kerana dipanggil,” jelas beliau.

Beliau turut mendakwa isu ini sengaja dibesar-besarkan untuk menutup isu penduduk tetap (PR) diberi kad pengenalan biru dan didaftarkan sebagai pengundi untuk pilihan raya umum ke-13.

“Kita tahu isu ini sengaja ditimbulkan untuk menenggelamkan isu pemberian kad pengenalan (biru) kepada penduduk tetap.

“Tapi PAS akan terus turun ke medan bagi mendapatkan penjelasan kedua-dua pihak,” katanya.

Sementara itu Ustaz Hadi memberitahu mesyuarat hari ini tertumpu kepada persiapan PRU ke-13 khususnya mengenai isu pembersihan dalam sistem pilihan raya.

“PAS bincang tentang PRU walaupun tarikh pilihan raya masih menjadi teka-teki.

“Daftar pemilih masih tidak bersih dan kita mahu daftar pemilih dibersihkan segera,” katanya.

Cuma, saya sedikit musykil dengan apakah mungkin, jika benar terdapat usaha memurtadkan orang Islam dan dipujuk memeluk agama Kristian, apakah pihak Gereja akan mengaku? Inilah persoalan yang bermain-main dikepala, memandangkan usaha memurtadkan orang Islam telah banyak tersebar. Jika tidak, masakan kita pernah dihidangkan dengan kes Lina Joy.

Ini juga turut diperakui oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani, mengikut laporan Berita Harian:

KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata banyak usaha dilakukan pihak tertentu untuk mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam di negara ini, namun tiada tindakan diambil pihak berkuasa agama Islam termasuk pimpinan tertinggi bagi menyekat aktiviti berkenaan.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan bukan saja ramai umat Islam memeluk Kristian, malah ada yang memeluk agama Hindu dan agama lain terutama saudara baru seperti India Muslim.

“Apabila saya dedahkan laporan Persatuan Paderi Malaysia yang mengisytiharkan lebih 230,000 umat Islam memeluk Kristian pada 2008, tiada tindakan diambil, malah kata saya itu didustakan.

“Hakikatnya banyak (murtad), bukan sekadar masuk Kristian tapi Hindu pun ramai, saya tahu banyak usaha dibuat bukan Islam untuk pengaruhi Islam, malah ada mengakui poketnya sentiasa ada RM30,000 hingga RM50,000 bagi mempengaruhi umat Islam memasuki agama mereka,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Siri Bicara Agung Panggung Dakwah di sini, semalam.

Majlis itu dilancarkan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali.

Harussani berkata, antara strategi diguna gereja mempengaruhi umat Islam termasuk mengadakan aktiviti memberi makanan seperti di sekitar masjid pada waktu solat Jumaat dan Maghrib selain mengedar risalah agama ke rumah dan memberi wang kepada pelajar.

“Pernah terjadi sekumpulan pemimpin dari Subang Jaya termasuk bergelar Datuk berjumpa saya untuk memberitahu ada gereja sebarkan agama pada pelajar, beri duit dan bible dan perkara terbabit dilaporkan pada polis, tapi tiada tindakan. Saya juga hubungi pihak berkuasa, tapi jawapannya, kami nak buat macam mana,” katanya.

Beliau yang kesal dengan sikap itu, meminta pimpinan tertinggi membanteras aktiviti berkenaan daripada menjadi serius selaras kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Oleh itu, persoalannya, apakah pihak Gereja akan mengaku jika benar terdapat bukti? Apakah PKR dan DAP akan mencelah dengan menggunakan hak asasi manusia?

Jika yang mempertahankan isu murtad ini bukan Islam, saya masih boleh terima. Namun, jika ada orang Islam yang mempertahankan usaha memurtadkan menggunakan alasan hak asasi, saya mengutuk orang itu dan mendoakan agar mendapat balasan setimpal di akhirat kelak kerana mengizinkan, membenarkan dan mempertahankan ianya berlaku.

Persoalan yang seterusnya dalah, JAIS bukan badan politik. Mereka bertindak dibawah tanggungjawab yang telah diamanahkan untuk mengurus tadbir berkaitan agama Islam di Selangor. Kenapa harus Datuk Seri Haji Hadi menyatakan ini usaha untuk mengalihkan perhatian rakyat? JAIS itu dibawah Sultan Selangor dan pentadbiran negeri Selangor. Mereka bukan dikawal oleh Barisan Nasional.

Adalah lebih menghairankan apabila PAS mahu mendengar kenyataan kedua pihak (JAIS dan Gereja), tetapi menyerahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk tindakan selanjutnya berhubung pemeriksaan Jais itu. Bukankah Menteri Besar yang lebih perlu jumpa kedua pihak dan menguruskan hal ini?

Memandangkan dalam hal ini pun boleh dipolitikkan oleh Datuk Seri Haji Hadi dan PAS, tidak hairanlah Tuan Guru Nik Aziz juga turut berpesan:

KOTA BHARU, 7 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan anggota parti supaya tidak ‘bergeser’ sesama sendiri kerana ianya akan memberi ruang pada pihak lawan.

Menurutnya, segala masaalah seharusnya diselesaikan dengan baik dan jangan sekali-kali memberi ruang pada pihak lawan mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku kerana ianya akan memberi keuntungan pada mereka.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist di Damansara utama, baru-baru ini selepas menyampaikan sumbangan cek kepada tiga bekas pemain bola sepak Kelantan termasuk Inderaputera Mahayuddin.

“Saya sebenarnya tidak mahu ulas perkara ini dan saya serahkan ianya kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan kerajaan Selangor sendiri,” ujarnya.

Namun tambahnya, apa yang penting bulan Ramadan yang mulia ini seharusnya memperbanyakkan amalan mulia serta membersihkan jiwa.

Isu ini tidak sewajarnya dipandang daripada sudut politik. JAIS bertindak bukan atas unsur politik. Mereka menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka. Isu ini timbul selepas JAIS menjalankan tanggungjawabnya. Jika pun ada “ruang” tersebut, ini disebabkan oleh Pakatan Rakyat sendiri, terutama sekali PAS. Manakan tidak, PAS dilihat sebagai parti politik yang memperjuangkan Islam. Jika sebelum ini banyak menuding jari ke arah Barisan Nasional, PAS diuji untuk membuktikan mereka benar lebih Islamik daripada Barisan Nasional dan UMNO.

Andaikata PAS dan Pakatan Rakyat mahu meletakkan kesalahan ke atas Barisan Nasional atas usaha Jabatan Agama Islam Selangor, maaf dikata.. PAS sebenarnya tidak mampu mengurus tadbir.

Inilah hakikat yang harus diterima… di Kelantan, majoritinya Islam dan lebih mudah diurus tadbir.. tetapi di negeri lain yang bercampur agama dan bangsa, cabarannya berbeza.

Dan ini baru negeri Selangor.. belum lagi Malaysia, wahai sahabatku di Pakatan Rakyat.🙂

9 thoughts on “Serbuan Gereja: Antara PAS, PKR, DAP dan JAIS…

  1. ulasan yang menarik…
    ada pihak yang suka tuding jari kepada orang lain walaupun masalah tersebut wujud kerana ketidaksedaran diri mereka sendiri.
    nampaknya, mereka seakan tersepit antara mahu mempertahankan HAK ALLAH atau mempertahankan ‘teman sekapal’.

    artikel terbaru saya berkaitan kristianisasi ini mematikan hujah-hujah dangkal mereka :
    “Isu Kristianisasi : Antara Perlembagaan Persekutuan, JAIS, Hasan Ali, Khalid Samad Dan PAS.”
    http://suarajagat.wordpress.com/2011/08/07/isu-kristianisasi-antara-jais-has/

    1. Saya sudah membaca artikel saudara tersebut, dan bercadang untuk dikongsi di sini. Cuma ingin mengolahkannya ke Bahasa Inggeris supaya boleh dibaca oleh mereka yang gemar membaca dalam Bahasa Inggeris. Bolehkan?

      1. Boleh..silakanlah wahai saudara.. moga ia membantu menjelaskan di antara yang hak dan yang batil..

        Terima kasih.

        1. For some certain reasons, I am not able to translate your article in English. There are phrases that I think need to be thorough when translated in English. In other words, the quotes, the hadith that I am not that comfortable to translate in English blindly (to avoid misunderstanding)

          Thank you

    2. sahabat saya dalam pas dah tak segarang dulu dah!dulu-dulu isu kecik pun melenting sangat-sangat…bulan puasa kena kurangkan berjuang kot…

  2. Tak adakah parti politik orang Islam & NGO orang Islam nak rancang buat demostrasi terhadap jenayah kristianisasi ini seperti BERSIH 2? Masa Beng Hock mati dulu, ramai pemain politik Malayu Islam tunjuk simpati; masa seorang banduan India mati dulu, pagi-pagi pemimpin politik Melayu Islam ‘ziarah’ keluarganya. Sekarang, tunjukkanlah taring Islam kita…

  3. NI NAK BAGITAU HAMPA SAT NUU…!!TAK PAYAH SIASAT LAGILAH GEREJA BAGI MURTAD ORANG MELAYU.MEMANG BENAR PUN SEMUA INI ,DANA CIA TELAH MENCURAH MASUK KE TABUNG GEREJA INI.ROBERT GATE TELAH MEMPERUNTUKKAN DANA LEBIH SATU TRILION DOLAR UNTUK MEMURTADKAN ORANG ISLAM SERTA MELETAKKAN SASARAN SELAMA 100 TAHUN UNTUK MENGGANTIKAN NEGARA ILAM MENJADI NEGARA KRISTIAN. Tahun 1990an Iraq dan Somalia, Tahun 2000 Afghanistan dan Sudan,2010 Libya dan Syiria.. .Malaysia dan indonesia….??? AKAN DATANG ..PEMIMPIN MELAYU DAN ISLAM anda bercakarlah sesama sendiri sementara ada peluang kerana selepas ini bukan setakat anda dicakar malah akan dirobek- robek dengan bom thermobaric UNCLE SAM ANDA ITU….!!!

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s