Tazkirah Jumaat: Kelebihan Bersahur


Sudah beberapa hari kita menjalani ibadah puasa. Namun, saya pasti ada antara kita yang masih liat hendak bangun sahur mahupun ada yang terlepas sahur. Ingin dikongsi sebuah artikel tentang kelebihan bersahur:

Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.”

al-Bukhari dan Muslim

Huraian

Umat Islam disunatkan untuk makan sahur sama ada bagi puasa wajib mahupun puasa sunat, sekalipun mengambil sedikit sahaja dari makanan atau pun minuman. Hikmah disunatkan makan sahur ke atas orang yang hendak berpuasa ialah untuk memberi kecergasan dan memperbaharui niat untuk berpuasa pada esok harinya. Orang yang berpuasa dan makan sahur pada waktunya dengan niat kerana Allah, nescaya Allah akan memberikan rahmat dan keberkatan di dalam hidupnya dan inilah kelebihan yang tidak diperolehi melainkan bagi orang-orang yang bersahur sahaja.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Nukilan OnDaStreet: Oleh kerana kita hanya baru sahaja memulakan puasa di bulan Ramadhan, masih ada peluang untuk kita memperbaiki amalan kita, termasuk amalan bersahur. Ambillah peluang bersahur. Gagahkanlah diri untuk bersahur.

Semoga Ramadhan kali ini lebih banyak membantu kita menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Wallahualam…

 

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s