Hasil arak hilang rahmat Allah ~ Harakahdaily


Berikut adalah nukilan di Harakahdaily.net:

Merujuk kepada laporan Harakah dan turut disiarkan oleh akhbar The Star (Isnin 23 May 2011) atas tajuk: Malaysia di antara 10 negara seluruh dunia yang terbanyak peminum arak, walaupun penduduk dan keluasannya boleh dikatakan kecil.

Juga dirujuk kepada berita laman web yahoo bertarikh 2 Jun 2011 Happy hours and other ways to get cheap(er) drinks in Kuala Lumpur … It is often more expensive to get a drink in KL (http://www.thesocial.com.my/), dan tajuk laporan ‘Twenty One Kitchen and Bar, Travel Stories about Malaysia. (Malaysia.travel.yahoo.com/inspirations/310-happy-hours-and-other-ways-to- get-cheaper-drinks-in-kuala-lumpur), Petikan ayat pertamanya, “It is often more expensive to get a drink in KL than in notoriously expensive cities like London and New York. Hefty government taxes are partly to blame, but many bars and restaurants contribute to the problem by having extremely high mark-ups.

Yang terbaharu laporan Harakahdaily bertarikh 26 Julai 2011, ‘Gesaan Gabungan Pertubuhan NGO Islam Malaysia (ACCIN) meminta pihak kerajaan supaya menangani dengan serius isu penjualan arak tanpa kawalan yang sedang berlaku di dalam negara’.

Berdasarkan  rujukan di atas, adalah amat malang, zalim, mengaib dan amat memalukankan, kerajaan yang diterajui Umno/ BN dengan bangganya demi survival politik, mendakwa Malaysia sebuah negara Islam, telah mendedahkan kepada kemurkaan Allah di samping mengaib serta memalukan seluruh rakyat Malaysia dimata dunia atas sebab berikut;

1- Malaysia telah tersenarai ‘top ten’ peminum arak (termasuk bir) tertinggi dunia.

2- Amat banyaknya RM cukai yang dipungut dari hasil arak, maka hilanglah keberkatan dan rahmat dari Allah swt, bilamana punca pendapatan haram dibelanjakan untuk urus-tadbir dan bangun negara (negara kebajikan sebeginikah yang difahami oleh pentadbiran PM Najib?). Maka tidak hairan berbagai-bagai gejala akhlak buruk terjadi di Malaysia. Keburukan ini menjalar didalam hampir setiap bidang; politik, kepimpinan, pilihan raya, kehakiman, sosial dan adalah amat panjang untuk disenaraikan kesemuanya.

Jika sekiranya kerajaan Umno BN benar-benar ikhlas, iltizam serta ada keperihatinan serta secebis kataqwaan kepada Allah swt, langkah-langkah awal dan segera berikut sepatutnya boleh dilaksana dan kuat-kuasakan (termasuk minuman bir);

Pertama, diharamkan segala jenis media mengiklankan dan mempromosi minuman keras. (tidak terkecuali pada setiap kenderaan pengangkut arak)

Kedua, lebel pembungkusan/ pembotolan minuman keras hanya dibenarkan yang bersaiz kecil, misalnya, font yang tidak melebihi size-10.

Ketiga, dimestikan setiap pembungkusan/ pembotolan minuman keras mesti disertakan dengan amaran yang menunjukkan sebagai minuman menjijikkan dan memudaratkan kesihatan dan sosial serta juga bersalahan pada syarak serta juga lain-lain agama.

Kelima, dipamerkan gambar pada setiap pembungkusan/ pembotolan minuman keras akan kesan-kesan buruk dan menjijikkan akibat minum arak, seperti yang dipamirkan pada setiap kotak rokok.

Inilah beberapa langkah awal yang perlu dilaksanakan, jika kerajaan masih ada maruah Islam. Alangkah sesuai dan tepatnya jika desakan ini dipelopori oleh PAS, insya Allah, waLlahua’lam.

Sebenarnya, isu arak ini telah pun lama bermain-main dalam masyarakat komuniti Islam. Berdasarkan artikel ini, nyata penulis di Harakahdaily tersebut meletakkan kesalahan kepada Barisan Nasional semata-mata, tanpa menyedari akan hakikat terdapat kilang-kilang arak yang berada dalam negeri pentadbiran Pakatan Rakyat.

Penulis artikel itu juga lupa, yang industri arak ini adalah untuk bukan Islam. Tidaklah adil untuk menafikan hak yang bukan Islam dalam isu arak ini.

Polemik isu arak ini sudah terlalu lama. Sebagai contoh kilang-kilang arak di Selangor. Sepanjang ingatan saya, selalu sahaja dikatakan oleh penyokong-penyokong PAS yang kilang-kilang arak ini akan ditutup andai PAS atau Pakatan Rakyat mengambil alih urusan dan pentadbiran negeri Selangor. Namun, apabila Pakatan Rakyat sudah berkuasa, kilang-kilang arak masih berdiri megah. Cukai? Saya pasti masih dikutip. Bagi menutup aib dek laungan-laungan itu, pelbagai alasan yang diberi sejak Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor.

Begitu juga tentang penjualan arak. Tidak beberapa lama dahulu kecoh mengenai larangan menjual di beberapa premis perniagaan di Selangor. Kononnya, ianya selesai dengan tidak ada permit baru akan dikeluarkan bagi tujuan penjualan minuman beralkohol itu. Benarkah? Selama mana permit baru tidak akan dikeluarkan?

Secara peribadi, OnDaStreet berpendapat yang isu ini terlalu lama dipolitikkan. Dari satu sudut, kita tidak boleh menafikan hak bukan Islam. Dalam masa yang sama menunjukkan betapa bukan Islam tidak begitu menghormati umat Islam.

Namun, dalam ayat yang kemudian yang OnDaStreet sebutkan, tanggungjawab sebenarnya lebih kepada peranan dan tanggungjawab orang Islam terhadap diri dan masyarakat Islam itu sendiri. Ini juga bermakna, bukan setakat Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, malah setiap satu daripada kita juga punya tanggungjawab.

Sempena Ramadhan ini, semoga lebih terbuka dan tidak menyalahkan satu pihak semata-mata.

Persoalan dijalanan: Apakah tanggungjawab hanya terletak kepada satu pihak? Atau sebenarnya banyak pihak?

Ingin juga ditanya, kenapa PAS, Pakatan Rakyat dan penyokong taksubnya lebih suka menonjolkan kelemahan orang lain berbanding lebih berusaha dalam memperbaiki keadaan?

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s