BERSIH 2.0: Kita Nantikan Saman Mat Sabu


Buat apa saya tipu“.. itulah tajuk artikel di Harakahdaily. Laporan Harakahdaily adalah seperti berikut:

GEORGETOWN, 23 Julai:“Buat apa saya tipu, siapa mahu masuk hospital, duduk saja, tidak boleh berceramah hentam Umno yang zalim,” kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Justeru, katanya semua yang polis paparkan dalam tayangan video mengenai kemalangan melibatkan beliau pada himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu adalah tidak benar.

“Gambar kereta yang merempuh saya yang sedang membonceng motosikal tidak kelihatan dalam gambar kerana Pajero milik polis berada di hadapan.

“Jika tidak pasti nampak kereta polis (Proton Waja) merempuh sehingga saya terjatuh dari motor,” ujarnya ketika ditemubual di sini, semalam.

Bagi menangkis tohmahan jahat polis, beliau sudah pun mengarahkan peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin menyaman Pengarah Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Salleh Mat Rashid yang melemparkan tuduhan, menghina dan memfitnahnya.

“Alhamdullilah berkat doa rakan-rakan semua pembedahan lutut saya untuk memasukan besi sudah pun selesai,” ujarnya semasa ditanya mengenai kesihatannya selepas pembedahan berkenaan.

Menurut Hanipa yang merupakan timbalan pengerusi Lajnah Undang-undang PAS pula, Mohamad Sabu berkata, jika polis tidak teragak-agak menyamannya kerana mendakwa dia menipu, pihak beliau juga tidak teragak-agak untuk menyaman polis atas dakwaan memfitnah Mohamad.

Sebelum ini Mohamad Sabu mendakwa motosikal yang dinaikinya semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lepas telah dirempuh sebuah kenderaan polis dan menyebabkan beliau terjatuh dan lututnya cedera.

Akibatnya, Mohamad terpaksa menjalani pembedahan lutut dan 2 1/2 skru telah dimasukkan ke dalam lututnya untuk mengukuhkan ligamennya yang koyak.

Namun begitu, Umno dan penyokong mereka mendakwa, Mohamad dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim pura-pura cedera untuk meraih simpati.

Tiga hari lepas, pengawal peribadi Anwar membuat laporan polis ekoran kecederaan yang dihadapinya selepas ditambak dengan gas pemedih mata secara yang tidak betul sehingga menyebabkan tulang pipinya patah terkena balang berisi gas pemedih mata yang ditembak ke arahnya.

(TEMUBUAL PENUH DENGAN MOHAMAD SABU DI DALAM HARAKAH TERBARU)

Jika dilihat kepada gambar CCTV, pada ketika ini, sukar untuk melihat samada benar dakwaaan Mat Sabu, mahupun pihak polis “berjaya” menyorokkan kereta Proton Waja daripada rakaman CCTV tersebut.

Lebih menarik, Mat Sabu sebelum ini dilaporkan menyatakan Land Rover yang melanggarnya. Rujuk laporan Malaysiakini:

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mendakwa polis menggunakan trak merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.

NONEMelawat Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam dengan berkerusi roda, pemimpin yang selalu ceria itu kelihatan serius menceritakan kembali pengalamannya itu.

Mohamad (kiri) berkata, ketika dalam perjalanan dari Masjid Negara, tiba-tiba sebuah Land Rover merempuhnya.

Ketika itu, tambahnya, beliau tidak tahu bahawa kenderaan itu dipandu pihak polis.

Dalam sidang media itu, Mohamad berkata, setelah terjatuh di jalan, beliau dan penunggang motosikal itu dibawa dengan Land Rover itu ke klinik di Jinjang sebelum kes itu dirujuk ke hospital.

Sejak bilakah Proton Waja (menurut kenyataan terkini) ditakrifkan sebagai trak? Dan jika mengikut jarak Pajero dan kereta Waja di belakang Pajero adalah tidak begitu rapat. Jika Mat Sabu benar dilanggar oleh kereta Waja, bukankah rakaman sepatutnya juga menunjukkan kereta Waja itu mengalami kerosakan?

Hanya dalam jarak masa yang terdekat, kenyataan Mat Sabu berubah. itupun, hanya selepas rakaman CCTV didedahkan.

Kepada Mat Sabu dan para peguamnya nanti, semoga berjaya. Saya tidak boleh menjangkakan bagaimana peguam Mat Sabu mahu membawa kes ini, memandangkan kenyataan Mat Sabu sendiri di media pro Pakatan Rakyat bercanggah.

Walau apajua sekalipun, jika saman ini berjaya dibawa ke mahkamah berserta bukti yang sahih dan boleh diterima namun kalah kemudiannya, skrip sama pasti akan diulang – mahkamah tidak adil.

Rakaman untuk tontonan berkenaan insiden Mat Sabu. Selamat menonton.

AIDC mempunyai rangkuman lebih baik.

Soalan dijalanan: Apakah PAS dan barisan pemimpinnya masih mahu bersikap lebih maksum, seolah tidak membuat kesalahan?

One thought on “BERSIH 2.0: Kita Nantikan Saman Mat Sabu

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s