Larangan Ketika Ramadhan: Mungkinkah PAS dan Kedah Layu Disergah?


Sebelum kita pergi lebih jauh, sila dua laporan berikut:

1- Harakahdaily:

KUALA LUMPUR, 16 Julai: PAS akan mendapatkan penjelasan dari kerajaan negeri Kedah esok, berhubung keputusan melarang pusat-pusat hiburan beroperasi semasa Ramadhan sebelum memberi sebarang reaksi berhubung perkara itu.

Ketika dihubungi Harakahdaily, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata wakil kepada menteri besar Kedah akan memberi penjelasan berhubung perkara itu kepada jawatankuasa pusat pada mesyuarat esok.

“Ya, esok kita akan mendapatkan penjelasan daripada Kedah. Menteri besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) tidak dapat hadir, tetapi wakil beliau akan hadir,” katanya.

Rabu lalu, kerajaan negeri mengumumkan keputusannya menguatkuasakan larangan kepada pusat-pusat hiburan termasuk pusat karaoke dan disko beroperasi sepanjang Ramadan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Keputusan itu turut disokong beberapa NGO islam yang melihat tindakan itu wajar demi menjaga kecusian bulan Ramadhan.

Bagaimanapun, ia juga mendapat bantahan pelbagai pihak terutama parti politik seperti MCA dan Gerakan.

Malah, rakan Pakatan Rakyat, DAP meminta kerajaan Kedah supaya membatalkan pelaksanaan larangan ke atas 13 jenis hiburan semasa bulan Ramadan.

Dalam satu kenyataan, penasihatnya Lim Kit Siang berkata parti itu akan membangkitkan perkara itu pada mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat minggu hadapan.

Pemuda Gerakan Kedah juga mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Kedah jika ia gagal menarik balik larangan ke atas pusat-pusat hiburan untuk beroperasi di negeri itu dalam tempoh seminggu.

2- The Star:

KUALA LUMPUR: The controversy over Kedah’s planned closure of entertainment joints during Ramadan continues to rage with an uncertainty now looming over the decision due to conflicting views from the state government.

While Mentri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak indicated there could be a U-turn to the decision – albeit with some conditions – his political secretary said it was not likely the state government would back down from the plan.

To resolve the matter, a state representative will brief the PAS central committee on the issue at the party’s headquarters here today.

Amidst the uncertainty, more groups have come out to protest the announcement made last week that Kedah would enforce the Ramadan ban on entertainment outlets, including karaoke centres and discotheques, under the state’s Entertainment Enactment 1997.

In ALOR STAR, Azizan, who is a PAS central committee member, said the state government would discuss with operators of entertainment centres in the state the best way to resolve the issue.

He said this after meeting representatives from the Kedah Chinese Assembly Hall and receiving a memorandum on the ban from the association’s entertainment operators coordinating committee in Men­taloon, near here, yesterday.

“The meeting (with the operators) will be held either tomorrow or the following day and instruction has been given to the State Secretary to resolve the matter.

“Possibly, they may be allowed to operate as usual, but certain conditions will be imposed, like barring Muslims from entering the entertainment centres,” Azizan told reporters.

However, his political secretary, Muhammad Sanusi Md Noor said the decision would not be revoked even though there were pressures from PAS allies in the Pakatan Rakyat coalition.

“Ustaz Azizan will not back down. That is his stand on the issue” he said in his blog.

In KUALA LUMPUR, the PAS central committee is meeting today to hear from the Kedah government why it is closing the entertainment joints in Ramadan.

PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali said the Mentri Besar would send a state representative to give the briefing.

“It’s a regular monthly central committee meeting, but since this issue has attracted so much attention, we decided to ask Kedah to give us a full briefing,” he told Bernama yesterday.

Blog ini baru sahaja memuji tindakan Pemuda PAS mempertahankan tindakan kerajaan negeri Kedah melarang operasi pusat-pusat hiburan pada bulan Ramadhan, demi umat Islam yang berpuasa. Manakan tidak, terdapat segelintir umat Islam yang sekadar nama sahaja Islam, tetapi gagal menterjemahkannya dalam gaya hidup seharian.

Namun, dengan perkembangan terkini dan melihatkan kepada keadaan PAS sejak bersama Pakatan Rakyat, naluri mengatakan kerajaan negeri Kedah akan menarik balik larangan dan UMNO akan dipersalahkan kerana MCA dan Gerakan, biarpun yang mula bersuara dan turut menentang adalah rakan dalam Pakatan Rakyat, iaitu DAP.

Ingin dinyatakan, adalah sesuatu yang normal pembangkang membangkang dan kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS boleh mengabaikan kerana mereka lebih dipertanggungjawabkan dengan majoriti yang mereka perolehi jika berlaku sesuatu. Oleh itu, PAS Kedah seharusnya dapat mempertahankan tindakan yang diambil dan memberikan penjelasan yang tepat dan jelas.

Saban tahun, sebarang kebejatan sosial dan masalah sosial, PAS selalu meletak tanggungjawab kepada kerajaan kerana gagal mengambil tindakan terhadap unsur-unsur atau aktiviti yang boleh menjuruskan kepada maksiat. Walaupun sebenarnya setiap satu daripada kita ini turut mempunyai tanggungjawab dan bukan sekadar kerajaan, biasanya adalah lebih mudah untuk menyalahkan kerajaan.

Benar, sesebuah kerajaan boleh mengambil tindakan tertentu, tetapi jika tidak mendapat kerjasama semua pihak, sesuatu usaha itu sukar untuk dijayakan. Masyarakat dan individu juga punya tanggungjawab untuk turut memakmurkan bumi ini.

Secara peribadi, OnDaStreet berpendapat bahawa tindakan kerajaan negeri PAS adalah demi kebaikan umat Islam diwaktu Ramadhan, memandangkan ada sahaja umat Islam yang gagal mengawal diri. Walaupun premis pusat hiburan itu bertujuan untuk yang bukan Islam, namun, memandangkan premis tersebut tidak mengambil tindakan melarang untuk umat Islam turut berada di premis tersebut, sesuatu perlu dilakukan.

OnDaStreet mencadangkan, jika premis pusat hiburan tidak mahu ditutup operasi sepanjang bulan Ramadhan, larang dan tegah umat Islam daripada memasuki premis mulai hari ini untuk berhibur atau melepak.

Soalan dijalanan: Apakah PAS akan kendur kerana konsep Negara Berkebajikan?

6 thoughts on “Larangan Ketika Ramadhan: Mungkinkah PAS dan Kedah Layu Disergah?

  1. lordapes,
    Thanks for the link.. but it is supposed to be “4. Does that mean that during other months it is okey for the Muslims to patronise these places?”

    ~ OnDaStreet

  2. Lordapes,
    NO it is not okay, but Ramadhan is a training month. There is nothing immediate in making changes, that is the concept of Ramadhan.

    We talk about 1Malaysia, but increasingly, the non muslims are losing respect of what should be respected in this country. They want their rights to be respected, and the muslims have given up a lot, but they would not barge on issues sensitive to the muslims, who live next door to them. Think about it.

  3. Melaka lanjutkan tempoh operasi pusat hiburan Elissa Helmy
    Jul 18, 11

    Di sebalik usaha kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS mahu menutup bar, disko dan kelab karaoke pada bulan Ramadan yang akan datang, lain pula yang berlaku di negeri Melaka.

    Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi.

    So siapa yg membiar dan mengalakan maksiat???

    1. Sebagai umat Islam, kita seharusnya tahu batasan kita. Aktiviti mereka itu untuk yang bukan Islam.

      Namun, tindakan Kerajaan Negeri Melaka tidak disokong. Begitu juga Negeri Kedah yang menarik balik keputusan.

      Sekian, terima kasih.

  4. tutup pusat hiburan pada bulan ramadhan hanya sekadar satu publisiti untuk pas ,tp xmenjadi hahaha..kena gegar dgn puak kapir dah menggelabah..wherIsTheBall?

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s