PAS – Antara Dua “Alam” Berdasarkan Kenyataan Akhbar


Marika kita renung sejenak dua artikel Harakahdaily ini:

Satu: Darurat: Dewan Ulamak PAS kecam Utusan

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Dewan Ulamak PAS Pusat amat kecewa dengan kenyataan provokasi Utusan Malaysia yang amat jelas bertentangan dengan etika kewartawanan apatah lagi bertentangan dengan prinsip Islam yang senantiasa menggalakkan persaudaraan dan bukannya permusuhan.

Setiausahanya, Dr Khairuddin Razali yang memetik firman Allah yang bermaksud: Syaitan itu hanya mahu mewujudkan permusuhan dan kebencian, melahirkan rasa dukacita apabila akhbar Utusan yang menjadi lidah rasmi kepada kerajaan Umno BN sanggup membuat provokasi yang  tidak bertanggungjawab dan mengapi-apikan permusuhan dengan meletakkan tajuk utama hari ini dengan tajuk ‘KL darurat hari ini? Ada pihak rancang lepaskan tembakan dan tuduh angkara polis’.

“Di mana etika kewartawanan anda?”

“Ungkapan ini merupakan satu provokasi dan tuduhan yang boleh menimbulkan huru hara dalam negara,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Justeru, beliau mengingatkan mereka bahawa apa yang ditulis akan dipertanggungjawabkan nanti di hadapan Allah SWT.

Katanya, wartawam jangan menjadi sebahagian lidah fitnah di akhir zaman kerana mereka sepatutnya menjadi lidah agama dan keadilan rakyat dan bukannya lidah individu tertentu.

Akhbar, ujar beliau sepatutnya menjadi jurubicara perpaduan ummah dengan berita yang adil dan menyumbang kepada perpaduan bukannya menyumbang kepada perpecahan dan permusuhan.

Menurutnya, malang sekali akhbar hari ini terus mengasak rakyat dengan provokasi yang langsung tidak dapat diterima akal.

“Suka kami menegaskan, PAS tidak pernah memusuhi polis apatah lagi mana-mana institusi kerajaan,” katanya.

Jelasnya, penglibatan ahli PAS dalam himpunan aman Bersih yang diadakan sebelum ini menggambarkan betapa tingginya akhlak yang ditunjukkan mereka ketika menyertai perhimpunan aman.

Kita tahu pihak keselamatan tidak perlu dipersalahkan dalam isu ini. Mereka yang perlu dipersalahkan ialah Umno BN yang sangat tersempit untuk survival politik mereka yang sedang berada dihujung tanduk,” ujarnya.

Beliau menambah, segala jentera kerajaan termasuk media akan dikerah sehabis mungkin untuk menyelamatkan talian hayat mereka yang sudah hampir luput tarikhnya.

Himpunan aman Bersih 2.0 yang berakhir kira-kira jam 5.00 petang ini tidak meninggalkan kesan terhadap ketenteraman awam sekalipun dilakukan provokasi yang keterlaluan daripada kerajaan Umno BN.

Yang seterusnya: Bebas Hadi 24 jam atau himpun di Bukit Aman

KUALA LUMPUR, 9 Julai: PAS menuntut supaya Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dibebaskan segera sebelum satu juta ahlinya turun berkampung ke Bukit Aman.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dalam sidang medianya menuntut Abdul Hadi dibebaskan dalam masa 24 jam sebelum ahli-ahli PAS dari seluruh pelusuk negara datang berhimpun di Bukit Aman.

(Abdul Hadi berbaju kuning dalam trak polis dan dibawa ke Balai Polis Jinjang bersama tahanan yang lain sebelum di bawa ke IPK KL)

Abdul Hadi ditahan polis di KL Sentral bersama setiausaha politiknya, Dr Shamsuri Mokhtar dan dibawa naik ke trak polis.

Beliau kemudiannya di bawa ke Balai Polis Jinjang.

Dari sana, Abdul Hadi dimaklumkan dibawa ke IPK Kuala Lumpur oleh sebuah kereta polis.

Selain Abdul Hadi, turut ditangkap adalah lebih 500 peserta perhimpunan termasuk pemimpin kanan Bersih dan Pakatan Rakyat di samping Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Mohamad Sabu, Datuk S Ambiga, Azmin Ali, Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Tian Chua dan lain-lain turut ditangkap.

(Khalid Samad terpaksa menerima enam jahitan selepas terkena botol gas pemedih mata yang ditembak ke arahnya)

Datuk Seri Anwar Ibrahim cedera dalam pergelutan dengan pihak berkuasa yang mahu menangkapnya dan dihantar ke Hospital Pantai.

Pengawal keselamatannya turut cedera dalam pergelutan ini.

Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut cedera apabila terkena botol gas pemedih mata yang ditambak pasukan keselamatan.

Kepada para pembaca yang bijaksana, nilaikan. Sebentar mengatakan PAS tidak memusuhi polis dan pihak keselamatan tidak dipersalahkan. Namun, nada berbeza dalam artikel yang kedua, iaitu dengan mengancam untuk mengepung Bukit Aman. Apakah ini bukan satu tindakan provokasi dan memusuhi pihak keselamatan?

Sesungguhnya saya amat berharap wartawan Harakahdaily dan mana-mana media pro Pakatan Rakyat, tunjukkanlah nilai yang lebih baik jika beranggapan media pro Barisan Nasional berat sebelah. Berdasarkan kenyataan PAS sendiri:

Justeru, beliau mengingatkan mereka bahawa apa yang ditulis akan dipertanggungjawabkan nanti di hadapan Allah SWT.

Katanya, wartawam jangan menjadi sebahagian lidah fitnah di akhir zaman kerana mereka sepatutnya menjadi lidah agama dan keadilan rakyat dan bukannya lidah individu tertentu.

TUNAIKAN. Buktikan melalui artikel-artikel dan penulisan anda. Buktikan melalui kenyataan media anda. Buktikan PAS tidak memperalatkan agama demi kepentingan politik. BUKTIKAN!!!!

Telah banyak artikel dan sumber Harakah sendiri menjadi sumber rujukan apabila saya menulis. Memandangkan PAS selalu menuduh media pro UMNO dan Barisan Nasional berat sebelah, saya menjadi pembaca tetap anda. Namun, berdasarkan artikel-artikel PAS sendiri membuktikan, PAS juga tidak adil.

Demi Allah, saya memandang tnggi PAS kerana niat memartabatkan Islam.

Namun, selama PAS menyertai Pakatan Rakyat, PAS gagal dan hilang identiti. Mungkin PAS akan MENANG di dunia, namun GAGAL di akhirat kelak. Apatah lagi selalu menuturkan keadilan dan kerapkali menjadi punca fitnah.

UMNO mungkin gagal dimata penyokong PAS.. tetapi PAS lebih gagal menterjemahkan nilai Islam dalam perlakuan, percakapan dan amalan seharian.

Kenyataan dijalanan: PAS juga memperalatkan media demi kepentingan politik dan gagal menterjemah keadilan dalam perlakuan mahupun perbuatan, Benarlah tiada lagi negara Islam dalam perjuangannya…

3 thoughts on “PAS – Antara Dua “Alam” Berdasarkan Kenyataan Akhbar

  1. pas memang sial…ulamak bodoh pas tu…kata negara islam dah tak ada dalam quran…yang ada negara kebajikan…yang dia sibuk sangat sampai nak gunakan firman Allah SWT untuk nak membenarkan apa yang dikata tu kenapa??? pergi jahanam lah dengan ulamak pas…ulamak pas pondan…ulamak pas bodoh dan sial… ulamak pas ni adalah golongan hina yang sanggup mempergunakan agama untuk kepentingan diri mereka…semoga Allah SWT melaknati mereka yang sanggup jual agama Allah untuk dunia yang sementara…

  2. V7,
    Mereka tidak bodoh dan sial, tetapi mereka merasakan diri lebih mulia dan tidak mampu menerima teguran dan kritikan. Segala yang bertentangan dengan mereka dianggap salah disisi agama.

    Semoga Allah membuka pintu hati mereka, InsyaAllah

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s