9 Julai 2011: Bakal Saksikan Ke”beruk”an KJ dan “Kekotoran” BERSIH???


Hanya tinggal beberapa jam lagi untuk rakyat Malaysia menyaksikan samada benar perhimpunan kedua belah pihak yang kononnya “demi rakyat” akan berlansung dalam keadaan aman. Pasti akan ternanti-nanti apakah nilai kerosakan bakal “0” ataupun boleh mencecah kepada kehilangan nyawa.

Apa yang pasti, berdasarkan perkembangan semasa, Stadium Merdeka bakal menjadi sasaran. Siapa sampai dahulu dengan berapa ramai yang sampai dengan selamat, saya pun tidak tahu. Ini bergantung kepada halangan yang perlu mereka tempuhi daripada pihak polis.

Seramai 91 individu yang dinamakan bakal menghadapi masalah jika mereka mengabaikan amaran. Dan dalam 91 itu, ianya bukan 100% pro BERSIH. Ini bermakna tindakan yang diambil sejak beberapa hari yang lalu bukan semata BERSIH, tetapi melibatkan juga indvidu anti-BERSIH. Oleh itu, adalah tidak wajar untuk mengatakan polis hanya ingin mencari salah pro BERSIH.

Mungkin, apa yang dilihat dimedia lebih kepada pro BERSIH menjadi mangsa. MUNGKIN.

Akan tetapi, mungkin juga kerana ianya adalah hasil tindakan provokasi mereka sendiri. Jika dilihat dari sudut mana sekalipun, kebanyakan adalah berpunca daripada tindakan yang mereka ambil. Mereka yang beria-ia benar mahu mengadakan demonstrasi jalanan, biarpun matlamat memorandumnya boleh dianggap baik.

Memandangkan BERSIH ini disokong daripada belakang oleh Pakatan Rakyat, mungkin kita tidak seharusnya hairan jika BERSIH bertindak sebagaimana kita lihat hari ini. Demonstrasi? Itulah yang diinginkan Pakatan Rakyat untuk seolah menunjukkan kepada dunia mereka dapat sokongan rakyat.

Namun, bagi PATRIOT (anjuran bersama Pemuda UMNO) pula, saya kurang faham dengan tindakan mereka. Suatu ketika, Khairy Jamaluddin a.k.a KJ mengutuk mereka (BERSIH). Kini, KJ pula mengambil tindakan sama. Jika beruk gelaran yang diberi, kini KJ bertindak benar-benar bertindak seperti beruk yang pernah dia sendiri kutuk.

Menurut KJ, kumpulannya berarak sebagai mewakili “silent majority” rakyat. Benarkah? Ini kerana setahu saya, lebih RAMAI yang mahu bergerak secara aman menjalani hari cuti tanpa kekecohan setelah 5 hari bekerja. Lebih ramai yang mahukan pergerakan secara aman ke mana sahaja tanpa sekatan polis ke pusat-pusat membeli belah, bersiar-siar dengan keluarga tanpa perlu diawasi polis.

OnDaStreet menasihatkan agar kita duduk sahaja di rumah esok, dan kita nantikan perkembangan seterusnya dari kerusi empuk kita dirumah. Lebih utama, ambillah masa hujung minggu ini bersama keluarga tersayang. Ini lebih baik daripada bersama Datuk Ambiga mahupun KJ.

Kepada Datuk Ambiga dan BERSIH, bolehkah anda menyatakan rasional perhimpunan esok walhal Datuk Ambiga telahpun bertemu YDP Agong dan berpeluang menyerahkan memorandum tersebut?

Kepada KJ, jika mereka itu kamu pernah gelarkan beruk, kamu bagaimana pula kali ini?

Benarkah… perhimpunan kedua pihak ini esok ini dapat menjamin keamanan?

Soalan dijalanan: Dua-dua pihak mengaku tindakan mereka ini demi rakyat… tetapi majoriti lebih kepada mana sebenarnya? Ambiga, KJ atau hujung minggu yang aman tanpa demonstrasi mahupun perhimpunan?

3 thoughts on “9 Julai 2011: Bakal Saksikan Ke”beruk”an KJ dan “Kekotoran” BERSIH???

  1. hahahahaha.. sekapal la lu dgn khairy encik onda woi..
    mmg betul2 beruk siap pi bertempur dgn FRU…

    KAH KAH KAH..

    u see what i mean by peaceful gathering?

    pergi cium ketiak rosmah lagi ye encik onda!

    1. dawai koko+,
      saya tidak tahu apa yang tidak kena dengan kamu kini. Bicara anda tidak lagi rasional. Bila pula saya sokong Khairy?

      Bicara saudara tidak menunjukkan anda rasional lagi. Agaknya setakat ini sahaja kualti bekas pembahas SEMESTI, hilang pertimbangan dan rasional. Apa yang saudara baca dan faham , saya pun tidak tahu. Soalan saya yang mudah tidak berjawab, siap menuduh pula.

      Tiada guna saya meneruskan bicara. Assalamualaikum

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s