Tuntutan BERSIH Munasabah, TETAPI, Demonstrasi? TIDAK MUNASABAH


Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk detik perhimpunan haram oleh BERSIH (dan yang tidak BERSIH).Yang pasti, setiap detik dan saat diisi dengan pelbagai artikel oleh mereka yang menyokong dan membangangkang (kebebasan meluahkan pendapat yang masih lagi tidak dihargai oleh sesetengah pihak).

Mari kita lihat dan baca apa yang ternukil di Harakah:

SHAH ALAM, 2 Julai:Dewan Pemuda PAS Selangor menyifatkan lapan tuntutan Bersih adalah sangat munasabah kerana telah lama dilaksanakan di negara lain.

Ketuanya, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, tuntutan itu merupakan kehendak rakyat yang inginkan suasana pilihan raya berada dalam bersih dan bebas.

Kerana ketiadaan lapan perkara itulah maka Bersih terpaksa menganjurkan himpunan 9 Julai ini.

Hasbullah mempersoalkan kenapa susah sangat untuk kerajaan BN laksanakan semua tuntutan kerana ia paling mudah dilakukan.

Kecualilah, ujarnya, pihak terbabit mempunyai agenda tersendiri yang menyebabkan mereka tidak berani dan gagal memahami kehendak rakyat yang ingin suasana bersih di dalam pilihan raya.

Himpunan Bersih yang digerakkan berbagai NGO akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai dalam usaha menyerahkan lapan tuntutan kepada Istana Negara.

Lapan tuntutan itu adalah Bersihkan senarai undi, Mereformasikan undi pos, Gunakan dakwat kekal, Masa kempen minima 21 hari, Akses media yang bebas dan adil, Kukuhkan institusi awam, Hentikan rasuah dan Hentikan politik kotor.

Exco Pemuda PAS Malaysia itu menyatakan perkara ini ketika menjawab soalan media dalam Majlis Ramah Mesra Pemuda PAS Selangor bersama Media dekat sini, petang semalam.

Menurutnya, pihak penganjur memberi jaminan tentang keselamatan dan peserta himpunan sama sekali tidak akan membawa sebarang jenis senjata.

Bagi mereka, ia adalah himpunan aman yang dibenarkan oleh Perlembagaan Negara.

Dalam hal ini, Hasbullah menyatakan kekesalannya kerana pihak Kerajaan BN menghalang satu himpunan aman yang jelas dibenarkan oleh perlembagaan.

“Jika kerajaan tidak izinkan Bersih ini, kenapa pula perlembagaan dengan jelas membenarkannya?

“Halangan sebegini juga adalah antara sebab rakyat hendak berhimpun sangat pada 9 Julai ini.

“Apatah lagi bagi umat Islam, himpunan seumpama ini sangat digalakkan selagi mana ia diadakaa dalam keadaan aman seperti ibadat haji di Makkah,” tegasnya.

Baiklah, 8 tuntutan.

  1. Bersihkan senarai undi;
  2. Mereformasikan undi pos;
  3. Gunakan dakwat kekal;
  4. Masa kempen minima 21 hari;
  5. Akses media yang bebas dan adil;
  6. Kukuhkan institusi awam;
  7. Hentikan rasuah; dan
  8. Hentikan politik kotor

Daripada 8 itu, saya percaya no 1 itu sentiasa dalam usaha yang berterusan. SPR menerusi sesi Kerusi Panas BERNAMA pun sudah menyatakan usaha itu sentiasa diusahakan. Kepada mereka yang mendapati ditukarkan tanpa sebab, ambillah tindakan dengan melaporkannya dan minta SPR membetulkannya. Dengan usaha sentiasa mengemaskini, saya berpendapat tidak mustahil ada staf yang tersalah masukkan data.

Bagi kes pengundi yang sebenarnya sudah meninggal, sudah menjadi tanggungjawab pewaris untuk memberitahu Jabatan Pendaftaran Negara untuk kemaskini data. Apakah salah SPR jika waris si mati tidak melaporkan kepada JPN?

Mengenai undi pos, saya percaya ianya boleh diperbaiki untuk mengurangkan kesangsian Pakatan Rakyat. Mengapa Pakatan Rakyat? Ini kerana hanya mereka yang asyik menyalahkan undi pos apabila mereka kalah. Dikala mereka menang, senyap sunyi tiada salah SPR. Semua indah belaka.

Dakwat kekal merupakan satu cadangan yang baik. Akan tetapi apa yang cuba diusahakan oleh SPR lagi baik – menerusi pengesahan biometriks. Dengan pengesahan cap jari (seperti yang dilakukan di sesetengah agensi dan syarikat), tidaklah perlu dikemudian hari samada dakwat itu halal atau haram, boleh dibawa solat atau tidak dan sebagainya.

Masa kempen minima 21 hari? Serasa seperti mahu gelak guling-guling diatas jalanan. Dengan perkembangan semasa, masih terasa seolah-olah tiada hari tanpa kempen sejak PRU12. Hari-hari penuh dengan isu mahu ke Putrajaya. Minima 21 hari? Hanya lebih diatas kertas semata…

Akses media yang lebih adil? Berdasarkan pengamatan, media yang pro Pakatan Rakyatlah yang lebih kurang adil. Saban hari, bulan dan tahun penuh dengan berita yang tidak elok mengenai Barisan Nasional. Berita rakyat tanpa politik? Aduhai.. susah nak dapat. Jika pembaca boleh tunjukkan dalam mana-mana terbitan media pro Pakatan Rakyat yang isi kandungannya paling tidak 50% BUKAN mengenai politik, sila berkongsi bersama. Sehingga itu, apakah ertinya adil jika tidak dilakukan sendiri.

Pengukuhan institusi awam perlu, demi kelancaran pentadbiran. Disini, terutama Pakatan Rakyat sendiri telah merasa akan susah payah perlu bersoal jawab jika kakitangan kerajaan dan institusinya tidak efisyen.

Hentikan rasuah? Ini amat amat perlu. Bukan sahaja Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, tetapi semua rakyat Malaysia. Yang menerima dan memberi, keduanya perlu dihentikan.

Hentikan politik kotor juga amat dialu-alukan. Hentikanlah caci maki di ceramah-ceramah. Hentikanlah memberi nama panggilan yang tidak menyenangkan. Hentikanlah juga aksi lucah di rakaman dan yang tidak dirakam. Jika tersiar, soalan harus ditujukan kepada pelako – SIAPA SURUH BUAT? Sudah tahu dosa dan salah, KENAPA BUAT?

8 itu perlu dan munasabah.. tetapi DEMONSTRASI TIDAK MUNASABAH.

Ada satu lagi yang tidak wajar diungkapkan oleh Harakah:

“Apatah lagi bagi umat Islam, himpunan seumpama ini sangat digalakkan selagi mana ia diadakaa dalam keadaan aman seperti ibadat haji di Makkah,”

Seperti ibadah haji di Makkah?????

Astaghfirullah… Mazhab mana menjadi ikutan ini? Sejak bila demonstrasi seperti ibadah haji di Makkah? Jangan kerana politik, Islam dan ibadah haji diberi gambaran demonstrasi!!!

Soalan dijalanan: Dalam kewajaran saranan, apakah demonstrasi masih perlu? Untuk apa?

9 thoughts on “Tuntutan BERSIH Munasabah, TETAPI, Demonstrasi? TIDAK MUNASABAH

  1. biasa la golongan PAS ni. gunakan agama untuk berpolitik. demonstrasi jalanan disamakan dengan ibadat haji? kat kaabah orang berdemonstrasi ke? orang tunaikan haji sebab nak membantah Tuhan ke? jadah betul. bodo piang punya harakah.

  2. salam kawan,

    aku copy paste artikel aspan alias ariff sabri. sila baca penghujung nya.

    Bersih yang menakutkan
    Artikel ini di tulis sebelum Yang Dipertuan Agung membuat titah untuk kedua belah pihak bertemu. Tapi kalau kita dengar spin TV3 dan Utusan, tentulah, nada titah tersebut condong ke arah menyalahkan Ambiga dan Bersih.
    Dan Ibrahim Ali tidak membuang masa untuk menyatakan bahawa Ambiga kurang ajar kerana menuntut di beri mengadap. Ibrahim Ali bercakap untuk orang Melayu dan sekarang untuk Agong. Jadi siapa yang kurang ajar?
    Kalau kita dengar Ibrahim Ali, dia lah Melayu daripada Melayu lain, dialah yang setia dari yang setia lain. Macam mana kita hendak respond secara rasional kepada orang yang memikir diri nya besar dari segala nya?

    Kita boleh membahas perkara ini di lain waktu. Apa pandangan kita terhadap spin TV3 dan Utusan Malaysia? Saya merasakan spin seperti ini counter-productive. Sebab, ianya sudah meletakkan jalan perbincangan secara berat sebelah dan penuh dengan prejudis. Sebelum bertemu, Ambiga sudah di hukum.

    Untuk masa ini, oleh kerana saya sudah siapkan artikel ini, saya poskan nya juga. Sebelum Yang diPertuan Agong membuat titah ucapan, saya memikirkan bahawa:-

    Mungkin ada cara yang lebih mudah mengatasi masaalah Bersih. Apa jadi jika PM menasihati Yang Di Pertuan Agong supaya mengistiharkan bahawa Agong bersedia menerima memorandum dari BERSIH?

    Mustahil antara ribuan punai-sihat dan punah-sihat PM, tidak ada orang memikirkan cara yang paling mudah sebegini. Kecuali lah, rancangan Bersih itu mahu di jadikan pencetus beberapa counter moves yang menguntungkan sebelah pihak. Kita tahu lah, dalam warped minds punah-sihat dan punai-sihat ini, ada satu sahaja buah fikiran- hancurkan semua orang lain yang berbeza pendapat.
    Rencana durjana punahsihat dan punai sihat di iringi oleh suara latar setengah pihak mendesak kerakyatan Ambiga di tarik balik dan gelaran Dato di kembalikan. Inikah cara rasional untuk mengatasi masaalah. Asal ada orang berbeza pendapat, kita lucut kerakyatan dan kita tarik balik gelaran. Yang gangster dan hamprak ramai di sana yang mempunyai gelaran gelaran yang besar. Baik kita tarik balik gelaran mereka ini.

    Dengan mengambing-hitamkan Bersih, rancangan Bersih di rasakan dapat mengembelingkan rasa cemas orang Melayu. Maka datang lah Ibrahim Ali dengan gendang perang dan jerit pekik nya.

    Tapi kita tahulah, Ibrahim Ali bukan a smart person. Ibrahim Ali sengaja melupakan bahawa ancaman kepada orang Melayu itu hanya satu fiction dalam fikiran nya. Orang Melayu numerically strong. Mustahil majority di takutkan oleh minoroti. Lagi pun, Bersih tidak mempunyai agenda untuk mezalimi orang Melayu. Orang Melayu pun menyertai himpunan Bersih. Jadi, apa yang di melalakkan oleh Ibrahim Ali kita tidak tahu. Dan amaran nya kepada kaum Cina, membingungkan orang lain.

    Kedua, rancangan Bersih di jadikan catalyst menyatukan golongan golongan martial seperti ahli pesilat untuk menjadi benteng kepada perarakan bersih. Masuklah Omar Din Mauju dalam gelangang yang di buka oleh Ibrahim Ali.

    Ahli silat yang perwira harus memikirkan bahawa kehandalan yang ada pada diri itu bukan untuk di jadikan jalan untuk menakutkan dan membuli orang lain. Adakah ahli silat mahu mencederakan wanita misalnya? Kanak kanak? Negara kita ini sudah tidak ada pasukan keselamatan yang credible kah sehingga pertubuhan silat pula di benarkan untuk menjadi benteng ke3, line of defence. Kita menghadapi serangan dari luar kah? Ancaman durjana dari tentera asing?
    Apa akan jadi jika Agong bersedia menerima penyampaian memorandum tersebut?

    Selepas kesediaan tersebut, Ambiga tidak ada jusitifikasi untuk menghimpun kan orang untuk berarak. Dan Ibrahim Ali oleh sebab dia boleh melihat masa depan dengan jelas, adalah seorang yang berbahaya. Ialah, perhimpunan Bersih belum pun berjalan, dia sudah melakukan demontrasi nya sendiri terlebih dahulu. Zaman dulu, orang yang boleh meramalkan masa depan, di bakar hidup hidup pada tiang. Amacam? Kita bakar saja, kita bakar.
    Bersih akan hilang justifikasi untuk berarak. Suatu kumpulan kecil akan mewakili Bersih dan menyerahkan memo kepada Agong. Sekeping memo tidak memerlukan jutaan orang untuk mengiringi penyampaian nya. Kecuali, tujuan untuk mengadakan himpunan bersih ialah menghantar isyarat politik kepada pimpinan Najib.

    Jika itu maksudnya, maka mesej nya sudah sampai. Semua orang kecut telur keana Ambiga dan Bersih.
    Ibrahim Ali hilang telur. Ahli dunia persilatan rupa rupa nya merelakan diri menjadi alatan kepada suatu pihak yang berkepentingan politik. Ini menjadikan mereka tidak lebih daripada anggota konsgi gelap yang mendokong kepentingan sectarian dalam negara ini.

    Dalam Negara kita hari ini, tidak ada orang yang paling di geruni melainkan seorang wanita India Malaysia yang bernama Ambiga Sreenivasan. Kalau tidak silap Ambiga ialah anak saudara kepada hakim G Sri Ram.

    Manakan tidak? Ambiga telah membuat Ibrahim Ali yang baru menjalani pembedahan jantung, mengapalai Perkasa dan mengadakan demontrasi. Hamba Allah tu baru nak sihat, dah kena jerit sana sini. Blood transfusion dari sumber mana entah telah menyegarkan Ibrahim sehingga dia beri warning kepada kaum Cina jangan campur. Saya setuju- kaum Cina jangan campur perniagaan dengan Ibrahim Ali. Kita mahu lihat Ibrahim boleh survive atau tidak.

    Ambiga telah menakutkan Ketua Silat Linchah Malaysia- Omar Din Mauju yang mengistiharkan akan menghimpunkan 50,000 ahli silat Linchah untuk berdepan dengan perserta Bersih. Apa jadi jika bersih mengumpulkan juga 50,000 ahli juzuk lain? Bukan semua ahli persilatan berfikiran feudal.

    Berbalik kita kepada Bersih? Objektif nya ialah menyerahkan suatu memorandum kepada Yang di Pertuan Agong supaya memerintah SPR belaku professional dan menjalankan pilihanraya secara telus dan adil. Ini permintaan yang munasabah yang sudah tentu tidak di sukai oleh pihak yang selalu menipu.

    Jadi oleh kerana UMNO sangat menentang hasrat permohonan tersebut, secara tidak lansung UMNO mengaku ia banyak melakukan penipuan. Saya ahli UMNO sudah banyak kali menulis bahawa UMNO tidak boleh kekal lama jika ia mempertahankan kemungkaran. Ia mesti menyokong dan menentang segala bentuk kemungkaran. Ia mesti berada di pihak rakyat.
    Itu yang di mahukan bukan? Menyerahkan suatu memo kepada Agong memohon supaya SPR berlaku professional dan apa apa lah. SPR tidak perlulah respond macam orang politik. Kamu adalah Independent Commission yang di lantik oleh Agong dan kamu hanya keluarkan kenyataan bahawa SPR akan menurut perintah Agong. SPR bukan badan politik. Jika Pengerusi nya mahu masuk politik, sila letak jawatan dan bertanding dalam pilihanraya yang akan datang.
    Perkasa sudah tidak ada justifikasi untuk jerit sana sini. Ibrahim Ali akan hilang justifikasi untuk melakukan apa yang dia sudah lakukan. Tidak ada lagi amaran supaya orang Cina jangan masuk campur.
    Jangan masuk campur itu ertinya apa? Bersih itu kumpulan terdiri dari orang Melayu dan sedikit India? Bermakna, Ibrahim Ali orang Melayu hendak melakukan kekasaran keatas orang Melayu lain?
    Adakah kerajaan beranggapan bahawa hanya orang UMNO sahajakah orang Melayu. Baik kita tukar definisi Melayu- orang Melayu adalah yang bercakap Melayu, berbudaya Melayu, beragama Islam dan ahli UMNO.
    Dalam Negara ini, Melayu itu Ibrahim Ali sahaja kah? Yang lain bukan?
    Kita rasa heran, Ibrahim Ali yang bercakap bersifat hasutan tidak di kenakan tindakan undang undang. Himpunan nya di beri permit sedangkan himpunan bersih yang belum lagi materialize di haramkan? Bahkan pertubuhan tersebut telah di haramkan oleh Menteri Dalam Negeri, Hishamudin Hussein. But then, we can’t expect great thinking from Hishamudin kan?
    Lagi banyak kerajaan dan UMNO mengugut sebuah NGO seperti bersih dengan ancaman fisikal, lagi besarlah terdedahkan kebengkarapan penghujjahan untuk membela diri. Bahkan, jika kita dengar ucapan Dato Najib di Kelantan kelmarin, kita akan rasa terkejut. Ucapan nya sudah di jangkiti kuman IA- Ibrahim Ali.
    Macam mana seorang wanita, Ambiga menjadi ancaman kepada Islam dan Ambiga anti Islam? Memanglah benar, fakta nya, Ambiga bukan beragama Islam dan jika dia mempunyai tanggapan negative terhadap Islam dan orang Muslim secara peribadi, itu bisnes dia dan tidak pun menggugat keIslaman orang Melayu. Takkan kita tidak tahu, bergantang cemuhan orang bukan Islam terhadap Islam dan penganut nya. Adakah pengetahuan tersebut mengurangkan keIslaman kita dan kita ini terlalu lemah, sehingga seorang wanita sudah cukup menggugat kejantanan orang Islam?
    Dan saya juga merasa heran kerajaan berdiam diri apabila Omar Din Mauju, ketua silat lincah Malaysia, mengsitiharkan akan menggembelingkan 50,000 lashkar Lincah untuk apa? Membunuh dan mencederakan mereka yang berarak yang terdiri dari orang Melayu?
    Ternyata pengistiharan nya bahawa pergerakan silat lincah merupakan kuasa ketiga pertahanan negara tidak benar. Jika di diamkan, bererti kerajaan menggalakkan penubuhan badan badan ala ketenteraan yang boleh di uneleash untuk menzalimi civilian population. Ini bukan tujuan pesilat untuk membuli orang lain.
    Apa yang di lakukan oleh Omar Din adalah sebahagian gambaran sejarah bangsa Melayu. Bahawa pada mana mana ketika, golongan feudal sentiasa mempunyai tentera upahan dan peribadi untuk mengkasari rakyat. Dalam sejarah bangsa Melayu, golongan feudal sentiasa mempunyai kuasa ketiga untuk mempertahankan kepentingan mereka? Apa jadi kepada mereka akhirnya?
    Berdiri di pihak penindas dan mereka yang zalim akhirnya membawa kepada kejatuhan puak feudal dan bersama sama nya, pihak ketiga pertahanan fiudalisme.
    Keujudan kuasa ketiga menyalahi undang undang negara. Kita mempunyai pasukan keselamatan terdiri dari polis dan tentera. Adakah kuasa ketiga di perlukan kerana polis dan tentera kita pondan dan tidak mampu mempertahankan Negara dari ancaman?
    Adakah negara kita Negara koboi yang penh dengan penembak yang suka suka menembak sesiapa?

    question on the lane; DUDE, ARE U IBRAHIM ALI??????

    hahahahahahahah!

    1. Saya bukan Ibrahim Ali.

      dan dawai koko+,
      Bagaimana pula hak dan kebebasan mereka tidak berkaitan yang mungkin terlibat?

      Bagaimana pula mereka yang menentang, tetapi bukan ahli UMNO? Persatuan-persatuan peniaga itu semuanya ahli UMNOkah?

      Paling penting…

      Perlukah demonstrasi jalanan? Saya setuju perlunya pilihanraya yang lebih baik daripada sebelumnya. TETAPI saya tidak setuju dengan demonstrasi.
      Apatah lagi dengan hujah dan dalil mengatakan demonstrasi ini seperti menunaikan ibadah haji di Makkah.

  3. and do read and watch more about human rights, and our current fucking government should learn to respect the votes from the people,the tax we pay and keluar-lah dari kepompong paranoia ibrahim ali,mamak2 n melayu pekida,

    none of the responds from UMNO Ministers and their spokespersons about BERSIH nampak reasonable, bangun lah melayu malaysia jadi bangsa bersatu bersama etnik yang lain nya…bukan dgn siege mentality ala pemimpin2 melayu umno yang ada hari nie.

    kalau tak menipu awat paranoid semacam?
    iklan kat tv1 dan tv2 paranoid!

    berita tv3 suku paranoid!

    harap2 melayu tak terus paranoid akibat pemimpin UMNO yang paranoid (and these goes to PKR and PAS as well!)

    malaysia is not about UMNO,al juburi,and ibrahim ali.
    it’s about us,the taxpayers,the voters,yang tak nak di pimpin oleh orang2 yang bodoh yang menang dgn penipuan yang bodoh!

    malaysia is about u and me, kawan, or unless u senada ibrahim ali,then what else can i say?

    1. dawai koko+,
      Sudahkah anda meluangkan masa membaca tulisan Syed Akbar Ali? Tentang urusan seharian perniagaan di jalan-jalan yang bakal digunakan? Hak asasi mereka dan kerugian yang mereka bakal tanggung bagaimana?

      Jangan kerana kebencian terhadap UMNO semata menutup pintu dan mata hati anda terhadap hak asasi orang lain.

      DIULANGI: PILIHANRAYA YANG LEBIH BAIK DIGALAKKAN DAN DISOKONG TETAPI BUKAN DEMONSTRASI BERSIH!!!

      Anda tidak pula komen tentang titah YDP Agong? ATAU YDP Agong pun anda persetankan? Nasihat demi kebaikan, tanpa kepentingan politik pun nak ditolak?

  4. if u have time try cari film seattle wto, based on a true event.

    im not religionist and i dont go debating the meaning of demonstration in religious scope,but secara harafiah nye bukan kah ia sejenis perhimpunan?

    maulid nabi kita berarak,mendemostrasi kan hari lahir nabi dgn selawat dan salam (aku x pernah berarak hatta zaman sekolah asrama dulu pun aku kong because aku nak dating ngan gf aku time outing hehe)

    by right,isu nye bahasa je kot,and maybe remeh utk aku amik port!

    regarding pro pakatan media,
    aku pernah ckp kat dlm ruangan komen satu artikel hang sebelum nie yang aku akan kongsikan pengalaman aku sendiri bertanya dgn org kuat harakah.

    it was during parlimen bukit gantang campaign days,nizar against who ever that guy was, i went to a pas ceramah with my close friend,zahid.
    kat situ aku perasan,ada haji subky latiff, aku teringin nak tanya dia sesuatu regarding harakah, after a whille pikir punya pikir aku approach org tua tuh,
    kurang lebih begini lah bual pendek nya.

    “salam pak haji….pak cik ni haji subky latiff,dari harakah kan?’
    “wslm bla bla bla yes”
    (pandang aku atas bawah sebab aku tak berkopiah kot,tambah aku pakai seluar bermuda sama t-shirt)

    “saya ada soalan nak tanya skit kat pak haji regarding harakah,boleh kah?”
    “silakan..”

    “begini..bla bla…saya dah baca harakah sejak..anwar mata lebam..english section harakah..bla bla..bertahun2 saya bukan ahli pas dan x bercadang menjadi ahli parti politik,cuma nya saya nampak Harakah boleh berfungsi dgn lebih baik dari apa yang ada hari nie..’

    “jadi..soallan nye apa ye?”

    “maafkan saya..begini, terus terang saya nampak harakah punya pemberitaan terlampau merujuk kepada isu dan soal pemimpin UMNO dan masalah mereka,on which good for staunch supporter, but not to us who look for new ideas, persona, agenda etc utk percaya yang pas as a party is a viable option for a change in our country,jadi soalan saya, tuan haji tak bercadang kah nak pelbagaikan perkara n penyampaian agenda pas as a party rather than exposing keburukan UMNO semata yang pada saya mmg semua org pun dah tau?why not maksimum kan helaian harakah dgn exposing new and bright personalities yang boleh di tawarkan kepada masyarakat as leaders,politically or which ever field that suits the idea of change and improvement?”

    “‘saya tak boleh jawap sekarang and saya cuba bawak perkara ni dlm mesyuarat editorial”..

    abis di situ, it was in 2009, and right until now,i can’t see any difference,

    but cerita tak abis di situ,the next day was the voting day, me and zahid nampak satu muka mamat skema bernama lutfi.editor harakah.sedang bersandar di bangunan lama mahkamah/pejabat tanah taiping.
    we approached lutfi.
    and this time zahid punya turn utk tanya.
    “salam bang lutfi, saya malas nak ckp n tanya byk,boleh tak abang cover bahagian belakang, harakah, cerita la pasal sukan islam ka,bola liga arab ka etc,infact bola tempatan, nie tak muka hadi awang front page,belakang pun sama muka dia,kami org muda mana ada mau tgk muka dia”

    terkedu lutfi jawap ” saya cuba bawak ke minit mesyuarat”

    akhirnya aku pikir sebab paper harakah sifat nya bukan akhbar harian,milik parti pulak tuh,aku terpaksa anggap yang depa tak dak iltizam utk perubahan yang aku expect dlm news writing and coverage mereka, (aku x penah beli suara keadilan), and to blame akhbar parti yang lesen penerbitannya terletak bawah kerismuddin..aku lebih cenderung utk melihat the government of the day ada iltizam utk open up the media,biar tidak berpihak and cover it as what it is and bukan speculate yang bukan2,n menjumudkan otak melayu terbanyak.

    the same goes with tv3 suku.

    u see, aku akan vote the umno if they open up their siege mentality dlm handling society yang makin pandai menilai,bukan guna third world approaches, pakai t-shirt cool pun kena tangkap,..tu yang brahim ali and katak2 pekida mamak duk buat commotion mcm sial tak plak kena tangkap, why double standard?

    by right, demonstrasi pada aku bukan penjatuh kerajaan,tapi apa yang kerajaan itu lakukan yang akan buat negara itu melingkup dan terus menjunam dlm aliran keluar masuk idea dan paranoia!

    i rest my case

    1. dawai koko+,
      Anda berpendapat bahawa Harakah dan mana-mana seumpanya akhbar politik, maka susah hendak diubah. Apakah itu jawapan akhir? Apakah tidak boleh diubah konsepnya? Saya hairan mengapa anda boleh menerima mereka tidak boleh mengubah konsep, walhal boleh sahaja dilakukan.

      Baiklah, begini … jika pun ianya cerita politik 100%, adilkah penyampaiannya? Perlu diingat, media yang dicap pro Barisan Nasional, termasuk TV3 (suku bak kata anda) ada juga menyampaikan apa PAS, DAP dan PKR lakukan. Contohnya kita ambil mengenai BERSIH ini. Media-media ini melaporkan PAS dan Ambiga mahu mengadap YDP Agong. Boleh Harakah atau Suara Keadilan menulis seumpanya tanpa memperlekeh UMNO dan Barisan Nasional?

      Bak kata saudara, rakyat semakin pandai menilai. Dalam ertikata, dengan informasi tanpa sempadan dimana media sekadar salah satu alat penyampai, apa perlu dirisau jika UMNO tidak membuka minda mereka. UMNO yang rugi. Bukan anda, bukan orang lain. Kita sendiri telah menyaksikan bagaimana Barisan Nasional jatuh terjelepuk dek terlebih guna media perdana.

      Lagipun saudara, saya tahu saban hari, ada sahaja kempen dan ceramah Pakatan Rakyat dan kehadiran bukannya kecil anak. Apa perlu risau dengan media-media tersebut? Media utama Pakatan Rakyat – ceramah adalah senjata utama yang paling utuh.

      Tentang definasi demonstrasi dan perarakan Maulidur dan sebagainya. Ada perbezaaannya selain perkataan semata. Niatnya, keadaannya, caranya. Sebab itu salah jika menyamakan demonstrasi sama dengan ibadah haji sebagaimana hujah PAS. Jika sama, apakah PAS bermaksud ibadah haji itu kita berdemonstrasi dengan Allah?

      Anda dan pembaca punya akal yang bijaksana. Nilaikan…

  5. titah yang di pertuan agong di persetan?
    aku tak komen so means aku persetankan lah?

    yang komen macam setan titah manusia melayu yang kita daulatkan itu ialah ibrahim ali,cuba tgk respond ambiga,ada dia tunjuk rasa ego for what our raja said? what about ibrahim ali?
    or are u really not ibrahim ali?
    and that’s why u marah kot,sampai cakap aku persetan kan titah manusia melayu yang kita daulatkan itu?

    cool la dude.
    u’re not ibrahim ali lah…kah kah kah kah!

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s