Adakah BERSIH Sebahagian Daripada Negara Berkebajikan PAS?


Berikut adalah artikel daripada Harakahdaily:

KUALA LUMPUR, 30 Jun:PAS hari ini menyeru orang awam untuk menelaah Perlembagaan Persekutuan untuk mengetahui hak masing-masing untuk berdepan dengan fobia Kementerian Dalam Negeri yang dikawal Barisan Nasional menjelang perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dijadualkan 9 Julai ini.

“Dengan memahami Perlembagaan Persekutuan negara, orang awam boleh mengenal pasti dan sedar apabila batasan hak mereka yang termaktub di dalam perlembagaan telah dicabuli,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam bahawa adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju Bersih 2.0, justeru, tangkapan ke atas mereka oleh polis adalah betul.

“Dengan adanya pengetahuan mengenai Perlembagaan Persekutuan, orang awam akan tahu bahawa kenyataan bahawa ia satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju Bersih 2.0 adalah sesuatu yang tidak berlandaskan undang-undang dan juga perlembagaan negara,” tambah beliau.

Selain itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, orang awam akan tahu dan sedar bahawa larangan polis terhadap mereka untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 tanpa sebarang gangguan dan provokasi adalah bercanggahan kepada Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat sebagaimana yang dimaklumkan dalam satu kenyataan Suhakam baru-baru ini.

Rujuk Buku Merah dan Buku Panduan Rakyat Majlis Peguam Untuk memahami Perlembagaan Persekutuan, PAS, katanya mencadangkan agar orang awam untuk mendapatkan Buku Panduan Rakyat Perlembagaanku@MyConstitution – hasil terbitan satu kempen usaha murni Majlis Peguam untuk mendidik orang awam untuk memahami perlembagaan secara lebih mudah dan efektif.

Setakat ini, hampir 100 orang telah telah ditangkap kerna memakai baju kuning Bersih manakala mereka yang menjual baju berkenaan turut ditahan untuk disoal-siasat.

Memandangkan pihak polis telah menerima arahan untuk meningkatkan penahanan dan crackdown terhadap sesiapa saja yang disyaki menyokong Bersih 2.0 menjelang 9 Julai, Tuan Ibrahim juga menyeru orang awam yang menyokong Bersih 2.0 untuk mengetahui hak-hak mereka sekiranya ditahan polis dengan merujuk kepada Buku Merah terbitan Majlis Peguam ketika perhimpunan Bersih 2007.

Selain itu, Tuan Ibrahim juga meminta jasa baik orang awam untuk berkongsi matlumat mengenai Buku Merah dan Perlembagaan Persekutuan dengan mengedarkannya dalam bentuk print, Facebook, emel dan Twitter kepada keluarga-keluarga dan rakan-rakan.

“(Ini) bukan untuk melawan polis, tapi untuk menjaga hak-hak mereka supaya tidak dicabul polis, yang terpaksa bertindak atas arahan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang masih bermimpi ngeri mengenai lautan kuning Bersih 2007,” tegas beliau.

Buku Merah boleh didownload dari pautan ini:

http://www.malaysianbar.org.my/index.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=2202&Itemid=120

Niat dihati untuk berehat dan menguruskan kesibukan urusan semasa, sambil memerhati aksi-aksi bagaikan sarkis antara penganjur-penganjur perhimpunan haram. Tahniah juga kepada pihak polis yang sudah mula bertindak demi keamanan dan kesejahteraan rakyat yang tidak mahu terlibat dengan perhimpunan haram.

Namun, diri ini rasa terpanggil apabila PAS sudah mula memainkan peranan.

Sebelum meneruskan bicara. ingin ditegaskan PAS bagi saya adalah sebuah parti yang baik, yang elok, yang mempunyai harapan untuk membela Islam selain UMNO. Namun, sebagaimana UMNO, PAS juga tidak kurang cacatnya. Dan blog ini menegur demi kebaikan dan mendapatkan kepastian.

Berbalik kepada isu perhimpunan haram dan tindakan yang telah diambil oleh pihak polis.

Benar, tidak salah memakai baju kuning. Benar, di sekolah pun banyak “kuning”nya. Rumah kuning, baju sukan kuning, pekebun pakai baju kuning (boleh tahan juga hujah lawak orang PAS di Harakah ini). Hairan juga tidak ditambah jersi rasmi pasukan sukan Malaysia banyak berwarna kuning. Ini belum masuk warna rasmi diRaja. Kuning juga warnanya.

Namun, tujuan pemakaiannya berbeza. Tidak berunsur provokasi.

Kedangkalan PAS dalam berhujah terkadang membuatkan ramai yang nak sokong PAS pun tidak jadi sokong PAS. Contohnya seperti hujah lawak baju kuning itu. Nasib baiklah tidak dimasukkan sekali hujah YDP Agong dan sultan-sultan menyokong bersih kerana warna rasmi diraja bewarna kuning. Ini belum termasuk hujah-hujah berfatwa PAS yang berubah-ubah demi kepentingan politik PAS.

Yang seterusnya – apakah konsep perhimpunan haram ini sebahagian daripada model negara berkebajikan PAS? Saya kurang pasti PAS akan membenarkan tindakan yang tidak menjaga kebajika rakyat yang tidak berkaitan dan tidak terlibat dalam hal ini. Saya juga pasti PAS akan menjaga kebajikan peniaga-peniaga yang mata pencariannya bakal terjejas jika perhimpunan haram diadakan.

Jika benar BERSIH ini bukan bermotifkan politik, PAS tidak harus campur tangan. PKR? Itulah nadi BERSIH. Cuba contohi DAP dan MCA. Bertenang menyelesakan diri ditepi melihat telatah UMNO, PAS dan PERKASA.

Saya mengharapkan PAS tidak campur tangan atau melibatkan diri. Perhimpunan haram ini bukan sebahagian perjuangan negara Islam mahupun negara berkebajikan. Perhimpunan haram ini membawa kerosakan dan menyusahkan rakyat untuk mencari rezeki.

Jika PAS terlibat, percayalah, apabila konsep  negara berkebajikan dibentangkan nanti, apa jua tindakan PAS yang tidak menunjukkan PAS prihatin dengan kebajikan rakyat akan diguna pakai. Percayalah, apa jua kesusahan yang bakal dilalui jika perhimpunan haram ini diteruskan dan PAS turut terlibat, konsep negara berkebajikan boleh ditolak ketepi dan dipandang sepi oleh mereka yang rosak mata pencariannya dek perhimpunan ini.

PAS – tunjukkanlah nilai Islammu yang dikatakan lebih mulia dan tiada tandingannya di Malaysia ini melalui perbuatan, bukan sekadar dimulut sahaja.

Soalan dijalanan: Adakah peniaga akan menerima PAS jika perniagaan mereka rosak dek perhimpunan haram jika PAS turut terlibat?

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s