Sebuah Renungan Untuk Kes Anwar Ibrahim


Baru baru ini, kecoh mengenai karikatur di Utusan Malaysia.

Setelah beberapa hari isu ini disiarkan dan mendapat maklum balas, ini sebuah artikel daripada Harakahdaily:

Perkasa khianati Islam sokong Utusan

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Jun: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap tindakan Perkasa mempertahankan Utusan Malaysia yang menghina hukum Islam dengan menyiarkan karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” sebagai tindakan khianat kepada Islam.

“Sangat memalukan bila mana sebuah pertubuhan Melayu yang kononnya organisasi pejuang Melayu dan Islam kini menjadi seperti tikus yang sudah kehilangan gigi untuk menggigit,” kata ketuanya, Kamaruzaman Mohamad kepada Harakahdaily.

Katanya, ramai pihak yang mengecam karikatur itu, tetapi tiba-tiba sahaja setiausaha agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali mengatakan ianya tidak menghina Islam.

Tegasnya, dengan memainkan isu seolah-olah dalam perundangan Islam permintaan seorang wanita yang didakwa dirogol kerana tiada 4 saksi boleh ditolak begitu sahaja, mereka cuba memesongkan fakta sebenar dan menunjukkan seperti hukum Islam itu sempit.

“Hakikatnya, kes rogol dan zina tidak sama. Hanya kes zina dan tuduhan zina sahaja yang perlukan 4 saksi sedangkan dalam siasatan kes rogol, faktor dan bukti lain tetap diambil kira..

“Apakah mereka belum habis lagi khatam Al-Quran atau sudah mengamalkan kitab lain yang hanya menyebut hidup Melayu, keris dan kepala lembu?” soalnya.

Nampaknya, kata belau persepsi rakyat bahawa Perkasa hanya menjadi perkakas Umno dan hanya menyalak apabila Umno dihimpit dengan kemarahan rakyat adalah benar.

Tambahnya, Utusan yang menjadi lidah rasmi Umno akan dikatakan betul walau apa sahaja yang disiarkan tanpa mengira ianya benar atau fitnah atau menghina Islam.

Sehubungan itu, ujarnya DPPWP menyeru umat Islam menolak pertubuhan Perkasa dan meninggalkan organisasi itu.

“Rakyat juga harus mengajar Utusan dengan memboikot akhbar berkenaan yang enggan meminta maaf,” katanya.

Memandangkan disini telah dinyatakan secara jelas akan perbezaaan cara pengadilan kes zina dan rogol (bermakna perlakuan seks tanpa rela) oleh PAS, bagaimana pula pandangan kita untuk urusan kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim?

Ya, saya sedar zina, rogol dan liwat dalam kategori berbeza. Namun, setahu saya, perlakuan-perlakuan tersebut berlaku antara rela atau tanpa rela, masuk depan atau masuk belakang.

Sesetengah berpendapat apa yang berlaku tidak megikut lunas Islam, tidak diadili dengan undang-undang Islam. Ini termasuk mengatakan DNA dan rakaman video bukan termasuk dalam bahan bukti atau tatacara pengadilan kes. Ada yang menyatakan perlunya 4 saksi (bermakna cara mengadili kes perlu dilakukan seperti kes zina).

Berdasarkan apa yang sudah berlaku.. adakah perlakuan liwat DS Anwar itu memerlukan 4 saksi, atau bukti lain juga tetap diambil kira?

Blog ini mohon pandangan pembaca untuk pertikaian kes DS Anwar, terutama yang mempertikaikan bahan-bahan bukti yang telah digunakan dalam perbicaraan kes DS Anwar Ibrahim.

Soalan dijalanan: Apakah perbezaan perhimpunan-perhimpunan haram tahun 1998 dan 2011, menjelang perbicaraan kes DS Anwar Ibrahim?

One thought on “Sebuah Renungan Untuk Kes Anwar Ibrahim

  1. tentang perlu kesaksian empat orang, bukankah itu untuk tujuan pertuduhan zina secara khusus. dalam kes video seks anwar, sepatutnya tidak timbul keperluan sebarang saksi. kes video seks anwar perlu dipandang dari sudut fitnah. dalam al-Qur’an jelas menyatakan bahawa apabila seorang fasik datang membawa suatu berita kepada kamu, SIASATLAH. apa yang diperlukan dalam kes video seks anwar ialah siasat, dalam ertikata pastikan ketulenan video berkenaan dan kenal pasti siapa watak yang terlibat. dalam al-Qur’an juga jelas menyebut, serahkanlah sesuatu urusan kepada yang AHLI. dalam kes video seks anwar, pakar digitallah yang layak menyiasat dan membuat kesimpulan. mengapa pula heboh dan bising tentang empat orang saksi sedangkan belum ada pertuduhan dikemukakan kepada sesiapa. inilah yang dikatakan, agama suku, politik tiga suku PAS dan PKR.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s