PAS, Negara Islam, Rakyat… Dan Pengkafiran UMNO


Terkedu membaca tajuk dihalaman utama Berita Harian – “PAS Ubah Haluan“. Apakah benar?

Seberapa segera mencari ucapan Tuan Guru Haji Hadi tersebut daripada sumber yang dekat dengan PAS sendiri – Harakah. Berikut adalah sumber daripada Harakahdaily dan inilah bait ayat Tuan Guru Haji Hadi:

Kita rasa sekiranya demokrasi tulen diamalkan di Malaysia, dengan pendekatan yang kita ambil, saya percaya kita boleh mencapai kemenangan di peringkat nasional. Pendekatan yang kita ambil, pertama, menumpukan ke negeri-negeri yang kuat PAS iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Pahang. Kita tumpukan usaha dengan kita menyedari wujudnya masyarakat majmuk.

Yang kedua, kita mengadakan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat dan memberi penumpuan kepada negeri-negeri tertentu. Yang ketiga, kita mengadakan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan, termasuk NGO yang bukan Islam. Ini pendekatan yang kita ambil. Kita akan memberi penumpuan di negeri yang kita perintah dahulu untuk kita laksanakan model Islam kepada mereka, biar rakyat dapat menilai.

Jika kita lihat pendekatan yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika mendirikan negara Islam di Madinah, tidak ada satu ayat yang disebut dalam Piagam Madinah bahawa “ini adalah sebuah negara Islam”. Tetapi apa juga objektif daripada perlaksanaan Islam, ia diterima oleh orang yang bukan Islam, dan ini pendekatan yang perlu kita ambil. Dengan sebab itu kita mengharapkan supaya rakyat termasuk bukan Islam dapat melihat kedua-dua model terbaik di Kelantan dan Terengganu, negeri-negeri yang kita pernah perintah.

Dan ini pula sumber untuk teks ucapan penuh Tuan Guru Haji Hadi.

Dengan tertuturnya kata-kata ini, jelas berbeza gambaran Tuan Guru Haji Hadi dan PAS secara keseluruhan. Dengan tertutur kata-kata ini, saya tidak dapat terbayang muka-muka penyokong kuat PAS dan anti UMNO seumur hidup yang selama ini mengatakan PAS akan melaksanakan hukum Islam dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang benar-benar Islam dan seumpamanya.

Pastinya lebih perit memandangkan ramai ahli PAS yang mengkafirkan UMNO dahulu, kini dan selamanya. Perit jua buat mereka yang yakin Negara Islam matlamat utama PAS.

Nyata, ucapan Haji hadi berbeza daripada dahulu. Apalagi jika diimbas kembali amanatnya yang popular satu ketika dahulu. Bagaimana pula dengan salah satu ucapan dasarnya satu ketika dahulu sebagai Presiden?

PEMERKASAAN AGAMA – TUNTUTAN UMAT KINI

Islam adalah ad-Deen atau satu cara hidup yang telah disempurna-lengkapkan oleh Allah SWT sebagai sistem yang menyusun-atur seluruh kehidupan manusia seperti yang firmankan Allah SWT

Yang bermaksud:
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

Nas-nas samada berbentuk Aayatul Ahkam atau Ahaadith Al-Mutawaatirah yang bersifat Qat’iy (Muktamad) adalah teras kepada persoalan-persoalan Aqidah, Syariah dan Akhlaq. Prinsip-prinsip ini merupakan perkara-perkara yang ditetapkan Ulama sebagai “Al-Thawaabit” atau “Tetap” dalam Islam dan tidak berubah dan juga tidak terbatas atau tertakluk kepada peredaran zaman atau perbezaan tempat. Walau apapun label Islam yang hendak kita berikan kepada kelompok kita masing-masing, Liberal atau Hadhari, tidak ada kompromi dan pilihan untuk umat Islam mengambil pendekatan ‘berpilih-pilih’ dalam hal dan urusan pokok ini.

Peringatan yang sekaligus merupakan ancaman Allah SWT dalam FirmanNya

Yang bermaksud :
“Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan”.

Memilih untuk menyimpang darinya, membayangkan kejahilan kita terhadapnya, sekaligus adalah pilihan untuk meninggalkan asas-asas Agama dan Aqidah yang sejahtera. Perkara-perkara ini adalah disepakati ulama muktabar sejak berzaman dan terdapat dalam kitab-kitab Turath ummat ini.

Selama ini amat tebal dan pekat PAS memperjuangkan Islam dan mengaku lebih arif dalam hal Islam. Apa juga usaha UMNO dinafikan dan lebih teruk, dikafirkan. Ini amat jelas. Lihat sahaja contoh-contoh blog ahli PAS seperti sini dan sini.

Menurut artikel yang diterbitkan di laman Pemuda PAS:

1. Cita – cita untuk mendaulatkan Syariat Islam di negara ini senantiasa mekar dan laluan untuk merealisasikannya semakin lebar walaupun terpaksa menempuh cabaran dan rintangan yang sukar. Al Marhum Ustaz Fadhil Mohd Noor [ mantan Presiden PAS ] pernah menegaskan di dalam ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS ke 39 [ 11 Jun 1993 halaman 7 ] yang bertemakan “Pertahan Syakhsiyyah Ummah” bahawa :

Dasar dan pegangan kita [PAS] memperjuangkan Islam adalah tidak pernah berubah. Kita bergerak dan bekerja adalah untuk kedaulatan Islam.”

2. Kedaulatan Islam hanya dapat direalisasikan apabila kita memiliki Daulah Islamiyah [ Negara Islam ]. Justeru itu, berjuang untuk menegakkan negara Islam biarpun menghadapi halangan dan rintangan yang runcing disepanjang zaman, namun ia tetap menjadi suatu kewajipan bagi ummat Islam.

3. Gerakan ummah untuk mendaulatkan Syariat Islam di bumi tercinta ini telah bermula sejak sekian lama. Seorang tokoh ulamak terkenal dalam sejarah negara kita, Syeikh Junid Thola di Perak telah memberi penegasan bahawa menjadi satu kewajipan kepada ummat Islam mendirikan sebuah negara Islam di Tanah Melayu. Selepas Perang Dunia Kedua, tokoh ulamak terkenal tanahair Maulana Abdullah Noh dari Kelantan juga telah menegaskan tentang tanggungjawab memperjuangkan kewujudan sebuah negara Islam. [ Abdullah Noh ( 1947 )  “Semangat Perajurit – perajurit Muslim”. Matba’ah ismailiah Kota Bharu. halaman 53 – 54 ]

4. Mendokong kesinambungan perjuangan ini, Baharudin Abd Latif  melalui lidah rasmi pertama PAS iaitu Suara Islam telah menulis secara aktif artikel yang menjelaskan konsep negara Islam. Antara artikel beliau ialah : “Tanah Melayu dalam Perjuangan Kita : Baldah Toiyyibah Wa Rabbun Ghafur ” sebanyak 3 siri . Prof Dr Zulkifli Mohammad juga merupakan tokoh besar di dalam “suara Islam”

Ini pula daripada laman Ustaz Ahmad Awang:

Inilah yang berlaku apabila Dasar Negara Islam (DNI) yang cuba diketengahkan PAS dalam beberapa siri pilihanraya sebelum ini. Belum pun sempat PAS membuka mulut mempelawa dan mengajak pelbagai pihak termasuk NGO dan kerajaan berbincang berhubung DNI ini, media milik UMNO dan pemimpin mereka terus menyerang dan melemparkan pelbagai persepsi buruk terhadap Islam dan PAS.

Kepada bukan Islam dan orang Melayu yang kurang pengetahuan agama pula, disajikan dengan pelbagai propaganda yang seolah-olah membayangkan Islam ini zalim dan ganas.

Bagaimana pula dengan apa yang ternukil dalam laman rasmi PAS?

Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari
matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,

”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”2.

Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah.

Jelas PAS mahukan negara Islam sebelum ini.

Dan boleh dikatakan jelas perjuangan PAS kini berubah. Berubah definasi perjuangannya. Bukan lagi Negara Islam, tetapi yang berlandaskan perjanjian Hudaibiyah, yang tidak menidakkan hak bukan Islam dalam sesebuah negara.

Antara sedar atau tidak, inilah juga asas negara Malaysia kini. Ini telah diulas sebelum ini, membincangkan adakah Malaysia ini sebuah negara Islam atau Negara Sekular (memandangkan inilah dakwaan ahli PAS selama ini). Saya telah menulis:

Note the similarities of what transpired in the what has been agreed during the formation of Madinah and what we have for Malaysia? A set of rules, which to be used as a general and highest rule besides what has been said in Al-Quran. An arrangement on how to suit fit a country with various of religions and ethnicity in it.

Perjanjian Hudaibiyyah menunjukkan pentadbiran negara turut mengguna pakai undang-undang selain apa yang termaktub didalam Al-Quran. Ini juga yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia kini di Malaysia. Dan  bukankah kerajaan itu dipimpin oleh UMNO yang dikatakan kafir oleh PAS?

Pada pandangan saya, bagus juga PAS tidak lagi ekstrim dan lebih berhikmah dalam memperjuangkan Islam. Ahli PAS  juga harus sedar kita perlu bertolak ansur dalam menguruskan pentadbiran dan hala tuju negara. Walaupun majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam, kita tidak boleh mengabaikan hak dan tanggungjawab yang bukan Islam.

Oleh itu, adalah diharap kepada PAS, ahlinya dan penyokong kuatnya janganlah mengata dulang paku serpih. Jika ada ketika kilang arak itu menjadi isu untuk mengatakan UMNO tidak Islam, tidak pula bertindak apabila mempunyai peluang. Begitu juga halnya dengan judi. Keduanya itu diluluskan lesennya kerana bukan Islam tidak dilarang berjudi. Apakah terlulusnya lesen judi bermakna orang Islam boleh berjudi? Tidak pula diketahui dalam lesen judi dan penjualan arak terdapatnya klausa menyatakan “dengan ini, orang Islam boleh berjudi dan/atau minum arak”.

Saya juga mengharapkan, jika benar asas perjuangan PAS adalah demi Allah dan Islam, laksanakan dengan penuh berhikmah. JIka UMNO buruk, tunjukkan cara dan perlaksanaan yang lebih baik. Bukan dengan sekadar bercakap. Pimpinlah melalui tindakan dan contoh yang baik, selaras dengan apa yang dianjurkan oleh Islam.

Buat mereka yang tegar mempertahankan PAS lebih Islamik dan bakal membina negara Islam… bagaimana sekarang?

Soalan dijalanan: Apakah Presiden PAS bakal ditukar nanti selepas ini???

2 thoughts on “PAS, Negara Islam, Rakyat… Dan Pengkafiran UMNO

  1. saya keluarga UMNO..tapi sekadar ikutan dan bukan taksub..semasa belajar di U saya mula didekati oleh PAS..ketika itu kempen, seruan, ajakan malah ugutan kepada PAS begitu berleluasa..sehingga ada ketikanya bergetar jiwa dan raga mendengar ayat berdosa mengundi parti yang bersekongkol dengan kafir kerana kononnya kesannya membawa ke akhir liang lahat..sekular adalah cara hidup yang tidak membawa ke syurga..dan bermacam2 lagi..jiwa muda saya dan ramai lagi rakan seangkatan mudah terpengaruh dan kami segera beralih arah kepada PAS..bukan rahsia lagi ramai siswa siswi lebih cenderung ke arah PAS akibat doktrin melampau yang disebar dan ditaburkan oleh PAS tanpa rasa bersalah..

    tapi itu dulu ketika tahap kematangan masih ditahap rendah..sekarang, ditambah dengan prinsip yang dah berputar tahap 180 darjah PAS sudah kehilangan pengikut seperti saya..saya percaya ramai lagi yang menukar pendirian selepasa tragedi muktamar terbaru PAS..jika mat sabu berkata UMNO akan menghadapi sakratulmaut dia sebenarnya silap kerana saya yakin PAS yang akan merana sebenarnya nanti..

  2. DEMOKRASI AGAMA KAFIR

    OLEH

    WAN SOLEHAH AL- HALBANI
    TEMERLOH, PAHANG DM

    SALAM,

    1. DEMOKRASI ADALAH AGAMA YANG KAFIR, ZALIM DAN FASIK

    A. ALLAH ADALAH TUHAN BAGI MANUSIA :

    1. Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti Allah berkuasa dan berdaulat untuk memerintah ke atas manusia;

    2. Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti Allah berkuasa dan berdaulat untuk membuat undang-undang untuk manusia;

    3. Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti Allah berkuasa dan berdaulat untuk menguat kuasakan segala undang-undang-Nya ke atas manusia yang mewujudkan system pengabdian manusia kepada Allah;

    4. Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti Allah disembah oleh manusia kerana manusia mentaati dan mematuhi segala undang-undang Allah.

    B. DEMOKRASI ADALAH AGAMA YANG KAFIR, ZALIM DAN FASIK KERANA :

    1. Demokrasi adalah agama yang kafir, zalim dan fasik kerana ia menyerahkan kuasa untuk memerintah kepada manusia dan ia menafikan hak Allah untuk memerintah ke atas manusia;

    2. Demokrasi adalah agama yang kafir, zalim dan fasik kerana ia menyerahkan kuasa untuk membuat undanhg-undang kepada manusia dan ia menafikan hak Allah untuk membuat undang-undang;

    3. Demokrasi adalah agama yang kafir, zalim dan fasik kerana ia menyerahkan kuasa untuk menjalan dan menguat kuasakan undang-undang manusia kepada manusia yang mewujudkan sistem pengabdian manusia kepada manusia, dan ia menafikan hak Allah untuk mengabdikan manusia kpd kuasa Allah;

    4. Demokrasi adalah agama yang kafir, zalim dan fasik kerana ia menghukum manusia dengan undang-undang manusia yang selain daripada Allah dan ia menafikan hak Allah untuk menghukum ke atas manusia;

    5. Demokrasi adalah agama yang kafir, zalim dan fasik kerana ia mewujudkan sistem manusia menyembah manusia kerana undang-undang demokrasi ini ditaati dan dipatuhi manusia, dan ia menafikan hak Allah untuk disembah oleh manusia;

    C. ISLAM adalah AGAMA ALLAH kerana ianya adalah terdiri daripada AQIDAH, SYARIAT dan AKHLAKNYA yang tersendiri yang datang daripada Allah swt :

    1. AQIDAH ISLAM adalah daripada Allah yang terdiri daripada Uluhiyah dan Rububiyah ALLAH :

    i. Rububiyah Allah bererti Pemerintah ke atas manusia itu adalah Allah kerana hanya Dia sahaja yang mempunyai HAK dan KUASA ke atas Kedaulatan, Otoriti dan Undang-undang dan hanya Dia sahaja yang mempunyai HAK untuk MENGABDIKAN MANUSIA kepada KUASA -NYA;

    ii. Uluhiyah Allah bererti Pemerintah ke atas manusia hanyalah Allah sahaja kerana segala kedaulatan, otoriti dan undang-undang Allah itu DITAATI dan DIPATUHI oleh seluruh manusia yang diperintah yang bererti manusia menyembah Allah;

    2. SYARIAT ISLAM adalah terdiri daripada segala PERATURAN dan UNDANG-UNDANG yang diasaskan kepada al-Quran dan Hadis;

    3. AKHLAK ISLAM adalah daripada Allah dan ajaran Rasulullah saw serta segala contoh dan tauladan Baginda.

    D. DEMOKRASI adalah AGAMA kerana ianya adalah terdiri daripada AQIDAH, SYARIAT dan AKHLAKNYA yang tersendiri, iaitu ianya adalah AGAMA MANUSIA yang kafir, zalim dan fasik yang datang daripada manusia :

    1. AQIDAH DEMOKRASI adalah ciptaan manusia yang selain daripada Allah yang terdiri daripada Uluhiyah dan Rububiyah MANUSIA :

    i. Rububiyah Manusia bererti para pemerintah itu adalah TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana mereka mempunyai HAK dan KUASA ke atas Kedaulatan, Otoriti dan Undang-undang dan mereka mempunyai HAK untuk MENGABDIKAN MANUSIA KEPADA KUASA MANUSIA;

    ii. Uluhiyah Manusia bererti para pemerintah itu adalah TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana segala kedaulatan, otoriti dan undang-undang yang dibuat dan diluluskan oleh para pemerintah itu adalah DITAATI dan DIPATUHI oleh golongan manusia yang diperintah;

    2. SYARIAT DEMOKRASI yang terdiri daripada segala PERATURAN dan UNDANG-UNDANG yang dibuat dan diluluskan oleh parlimen (fasal 44 Perlembagaan Negara) adalah ciptaan manusia yang selain daripada Allah;

    3. AKHLAK DEMOKRASI yang wujud dan berkembang di bawah kekuasaan dan undang-undang manusia adalah mengikut neraca-neraca dan nilai-nilai manusia yang dikuatkuasakan oleh peraturan dan undang-undang manusia.

    Kriteria yang menentukan bahawa demokrasi ini adalah satu agama ialah PERATURAN dan UNDANG-UNDANG yang dibuat oleh manusia. Peraturan dan undang-undang itu adalah agama, peraturan dan undang-undang Allah adalah agama Allah manakala peraturan dan undang-undang demokrasi adalah agama demokrasi yang syirik dan kufur daripada manusia.

    2. PARA PEMIMPIN DALAM SISTEM POLITIK DEMOKRASI ADALAH TUHAN-TUHAN YANG KAFIR, ZALIM DAN FASIK

    Kita tidak pernah mengetahui bahawa mengikut pengertian ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, para pemimpin kita yang terdiri daripada para Menteri, ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita ini adalah Tuhan-tuhan Manusia yang kafir kerana mereka itu telah mengambil alih berbagai-bagai peranan Uluhiyah dan Rububiyah Allah ke atas manusia :

    1. Mereka itu adalah TUHAN-TUHAN MANUSIA yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia kerana mereka itu mempunyai KUASA dan HAK untuk membuat peraturan dan undang-undang untuk manusia ;

    2. Mereka itu adalah TUHAN-TUHAN MANUSIA yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia kerana mereka itu mempunyai KUASA dan HAK untuk menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang mereka ke atas manusia dan justeru mereka itu telah mengabdikan manusia kepada kekuasaan manusia;

    3. Mereka itu adalah TUHAN-TUHAN MANUSIA kerana mereka itu adalah disembah oleh manusia apabila segala peraturan dan undang-undang mereka itu ditaati dan dipatuhi manusia .

    Umat Islam di Malaysia kita pada hari ini telah menjadi orang-orang kafir kerana kita telah melakukan kekufuran-kekufuran terhadap Allah seperti berikut :

    1. Kita telah melantik para pemimpin dan Raja-Raja Melayu kita sebagai TUHAN-TUHAN kita yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia;

    2. Kita telah menjadi para hamba kepada TUHAN-TUHAN kita yang mewujudkan sistem pengabdian manusia kepada kekuasan manusia dan kita pula tidak menjadi hamba kepada Allah;

    3. Kita menyembah para pemimpin kita sebagai TUHAN-TUHAN kita kerana kita mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh mereka;

    4. Kita mengiktiraf, bersetuju dan meredhai kerajaan manusia, peraturan dan undang-undang manusia, serta Tuhan-tuhan Manusia yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia;

    5. Kita menafi, menolak, mengingkari dan menentang terhadap kerajaan Allah, peraturan dan undang-undang Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ;

    6. Kita tidak menafi, menolak, meningkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap kerajaan manusia, peraturan dan undang-undang manusia serta Tuhan-tuhan Manusia yang sedang berkuasa dan berdaulat di dalam negara kita.

    Para pemimpin kita di dalam negara Malaysia kita kini serta seluruh umat manusia biasa yang dipimpin oleh para pemimpin kita ini adalah orang-orang kafir kerana kita kesemuanya ini adalah orang-orang yang menafi, menolak, mengingkari dan menentang kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ tidak kerana yang lain melainkan hanyalah kerana kita ini adalah orang-orang yang mengimani, menganuti dan mengamalkan agama demokrasi kita yang syirik dan kufur ini. Kekufuran-kekufuran seluruh umat Islam kita seperti ini adalah kerana kita mencabut ULUHIYAH dan RUBUBIYAH daripada Allah dan selepas itu kita menyerahkan Uluhiyah dan Rububiyah ini kepada manusia yang kedua-duanya itu merosakkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan yang mengeluarkan kita daripada agama Allah.

    Allah melarang kita daripada mengamalkan sistem politik demokrasi sebagai jalan untuk memperjuangkan Islam :

    Firman Allah : Fatir 10
    Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allahlah naiknya segala madah yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkat-Nya naik ( sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). dan sebaliknya; orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesanpun) akan rosak binasa.

    Demokrasi adalah agama manusia yang kafir. Allah melarang kita daripada mengamalkannya kerana ianya adalah agama yang kafir. Orang-orang yang mengamalkan agama demokrasi, walaupun dengan tujuan dan niat yang baik dan ikhlas semata-mata kerana Allah, adalah disifatkan Allah sebagai orang-orang yang merancang untuk melakukan kejahatan yang akan diseksa di Akhirat nanti.

    3. MEMELIHARA KESEMPURNAAN AQIDAH ISLAM

    Umat Islam yang MENGAMALKAN agama demokrasi adalah orang-orang kafir. Mereka boleh mengelakkan diri mereka daripada menjadi orang-orang kafir dengan syarat mereka mengamalkan sikap dan tindakan-tindakan seperti berikut :

    1. Beriman dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan konsep-konsep Nafi dan Isbat serta berpegang teguh kepadanya adalah dengan menyedari, mengakui dan meyakini mengenai :

    i. Kesyirikan dan kekufuran agama demokrasi dan sistem politik demokrasi;

    ii. Kesyirikan dan kekufuran yang berlaku ke atas diri kita kerana kita mengamalkan agama Islam yang sesat dan rosak Aqidahnya, dan kerana kita mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur;

    iii. Kesyirikan dan kekufuran yang berlaku ke atas kita kerana kita bersetuju dan meredhai sistem politik demokrasi berserta segala undang-undang demokrasi ciptaan manusia;

    iv. Kesyirikan dan kekufuran kerana kita tidak mengamalkan konsep Nafi dan Isbat dalam kehidupan kita, khususnya kerana kita tidak menafi, menolak, mengingkari dan menentang terhadap agama demokrasi dan sistem politik demokrasi ;

    2. Beriman dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan konsep-konsep Nafi dan Isbat serta berpegang teguh kepadanya adalah dengan mengamal dan mengambil tindakan-tindakan seperti berikut :

    i. Mengisytiharkan kesyirikan dan kekufuran agama demokrasi serta mengisytiharkan kesyirikan dan kekufuran yang berlaku ke atas diri kita kerana kita mengamalkannya;

    ii. Tidak mengamalkan sistem politik demokrasi serta kita memisah dan mengeluarkan diri kita daripada sistem politik demokrasi yang mengeluarkan kita daripada kesyirikan dan kekufuran dan untuk kembali beriman kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ;

    iii. Menolak dan menentang kerajaan demokrasi serta untuk memusuhi dan membencinya;

    iv. Tidak mentaati dan mematuhi peraturan dan undang-undang demokrasi agar kita tidak terlibat dengan gejala manusia menyembah manusia dan hanya menyembah Allah sahaja;

    v. Mengamalkan sikap yang sama sekali tidak berkompromi terhadap kerajaan demokrasi serta untuk sentiasa berkonfrantasi dengannya;

    vi. Membentukkan satu Pergerakan Islam yang akan menyebarkan segala pengertian kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang sebenar, mengenai kesyirikan dan kekufuran agama demokrasi, mengenai perintah Allah untuk menghapuskan kerajaan demokrasi untuk digantikan dengan sebuah kerajaan Allah melalui Jihad, Perang dan Revolusi;

    vii. Untuk mengancam, mengganggu dan menakut-nakutkan kerajaan demokrasi Malaysia kita ini agar mereka itu menjadi gerun gementar terhadap kita;

    viii. Untuk memberontak dan meruntuhkan kerajaan demokrasi Malaysia kita ini dengan Jihad dan Perang bagi menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kekuasaan manusia dan untuk mengembalikan manusia kepada pengabdian yang total kepada Allah sahaja;

    ix. Untuk memberontak dan meruntuhkan kerajaan demokrasi Malaysia kita ini dengan Jihad, Perang dan Revolusi bagi menghapuskan sistem penindasan dan kezaliman ke atas seluruh umat manusia.

    4. METOD PERJUANGAN ISLAM ADALAH JIHAD, PERANG DAN REVOLUSI

    Firman Allah: al-Baqarah 193
    Dan berperanglah sehingga tiada lagi fitnah (penindasan) dan jadilah agama untuk Allah.

    Firman Allah : al-Hajj 40
    Sekiranya Allah tidak menjatuhkan segolongan manusia dengan segolongan yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja, dan sinagog-sinagog dan juga masjid-masjid yang sentiasa disebut nama Allah dengan banyak padanya.

    Allah memerintahkan kita supaya melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi ke atas kerajaan demokrasi Malaysia kita yang bertujuan untuk :

    1. Menghapuskan sistem PENGABDIAN MANUSIA KEPADA KUASA MANUSIA yang wujud dan beroperasi di bawah kekuasaan sesebuah kerajaan manusia seperti kerajaan demokrasi kita ini yang sekali gus ianya (peperangan itu) bererti menghapuskan segala penindasan, kezaliman, pencerobohan, kejahatan, ancaman, dan kerosakan yang sedang wujud dan berleluasa di bawah kekuasaannya;

    2. Mewujudkan sistem PENGABDIAN MANUSIA KEPADA KUASA ALLAH di bawah kekuasaan sesebuah kerajaan Allah yang akan mewujudkan keadilan, kebebasan dan keamanan di kalangan manusia mengikut neraca-neraca Allah;

    3. Menghapuskan sistem MANUSIA MENYEMBAH MANUSIA dan mewujudkan system manusia menyembah Allah sahaja.

    4. Menghapuskan PENINDASAN dan KEZALIMAN sekali gus untuk menegakkan keadilan dan kebebasan;

    5. Menghapuskan KEBATILAN untuk menengakkan kebenaran;

    6. Menegakkan KETUANAN ISLAM supaya agama Islam wujud sebagai agama yang paling berkuasa dan agung di atas muka bumi ini;

    Dalam mencapai seluruh Misi Islam Yang Maha Agung seperti di atas ini, Islam BERHAK untuk melancarkan Jihad dan Perang dalam bentuk yang OFENSIF ke atas sesuatu Negara Bangsa atau Kerajaan Demokrasi, atau ke atas mana-mana Kerajaan Manusia sekalipun tanpa terlebih dahulu ianya diserang, diperangi, dizalimi dan diancam oleh mana-mana negara atau kerajaan-kerajaan tersebut. Ini adalah doktrin FUNDAMENTALISME dalam kalimah Laailaahaillallah.

    5. JIHAD, PERANG DAN REVOLUSI KE ATAS NEGARA MALAYSIA UNTUK MENGHAPUSKAN SISTEM PENGABDIAN MANUSIA KEPADA KUASA MANUSIA

    Firman Allah :al-Baqarah 251
    Sekiranya Allah tidak menahan segolongan manusia dengan segolongan yang lain nescaya rosak binasalah bumi ini.

    Firman Allah : al-Hajj 40
    Sekiranya Allah tidak menjatuhkan segolongan manusia dengan segolongan yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja, dan sinagog-sinagog dan juga masjid-masjid yang sentiasa disebut nama Allah dengan banyak padanya.

    Allah memerintahkan kita supaya melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi terhadap mana-mana kerajaan manusia yang MENGABDIKAN MANUSIA KEPADA KEKUASAAN MANUSIA seperti kerajaan demokrasi MALAYSIA kita ini atau mana-mana kerajaan manusia sekalipun yang memerintah manusia dengan undang-undang manusia dan yang tidak memerintah manusia dengan undang-undang Allah.

    Apabila sesuatu peraturan dan undang-undang manusia itu dikuat kuasakan ke atas manusia di bawah sesuatu kerajaan manusia seperti kerajaan demokrasi Malaysia kita ini, itulah ertinya kewujudan sistem PENGABDIAN MANUSIA KEPADA KEKUASAAN MANUSIA yang syirik dan kufur. Manusia yang diperintah menjadi para hamba kepada para pemerintah, manakala para pemerintah itu pula adalah para Tuhan yang mengabdian manusia kepada kuasa mereka di bawah sesuatu kerajaan manusia. Pengabdian manusia kepada kuasa manusia adalah satu penafian dan penolakan terhadap pengabdian manusia kepada Allah sahaja yang merosakkan Aqidah Islam.

    Allah memerintahkan kita agar kita melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi ke atas kerajaan manusia yang mengamalkan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia. Inilah Jihad, Perang dan Revolusi dalam bentuknya yang OFENSIF yang terkandung dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

    Khalifah Saiyyidina Umar ra telah menyerang, memerangi dan membunuh bangsa Farsi tanpa sebarang kezaliman dan provokasi daripada Raja dan kerajaan Farsi semata-mata kerana Islam menjalankan tanggungjawab untuk membebaskan rakyat Farsi daripada pengabdian manusia kepada kuasa manusia dan supaya akhirnya mereka itu mengabdikan diri mereka kepada kuasa Allah di bawah kerajaan Allah di bumi Farsi itu sendiri. Rakyat Farsi tidak merayu atau memohon untuk dibebaskan, malah mereka itu kesemuanya bersetuju dan menyokong Raja dan kerajaan mereka, namun peranan dan tanggungjawab kekuasaan Islam itu adalah untuk membebaskan mereka itu daripada belenggu pengabdian manusia kepada kerajaan manusia dengan pelancaran Jihad, Perang dan Revolusi.

    Sekirannya Khalifah Umar al-Khattab ra tidak melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi dalam bentuknya yang OFENSIF ke atas Farsi dalam peperangan al-Qadisyiyyah itu yang bertujuan untuk menghapuskan sistem kerajaan manusia yang mengabdikan manusia kepada kuasa manusia, akan berlakulah di kalangan umat manusia di bumi Farsi itu KEHANCURAN dan KEROSAKAN yang amat besar. Peperangan al-Qadisyiyyah itu adalah satu manifestasi dalam alam realiti kita ini akan doktrin FUNDAMENTALISME Yang Maha Agung yang terkandung dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

    Ayat-ayat di atas ini adalah perintah Allah kepada kita yang terdiri daripada seluruh orang-orang yang beriman ini supaya kita menyerang dan berperang tanpa terlebih dahulu kita ini diserang, dicerobohi dan diperangi oleh musuh-musuh kita di atas prinsip untuk MEMPERTAHANKAN kebebasan manusia daripada dizalimi dan dibelenggu oleh sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia. Allah memerintahkan segolongan orang-orang yang beriman supaya menyerang, memerangi dan memberontak terhadap kerajaan demokrasi Malaysia kita ini kerana ianya adalah kerajaan manausia yang kafir, zalim dan fasik yang mengabdikan manusia kepada kuasa manusia agar kita dapat menghapuskan kehancuran dan kerosakan yang besar yang sedang wujud dan berlaku di kalangan umat manusia di bumi Malaysia kita ini.

    6. JIHAD, PERANG DAN REVOLUSI TERHADAP KERAJAAN DEMOKRASI MALAYSIA UNTUK MENGHAPUSKAN PENINDASAN

    Firman Allah: al-Baqarah 193
    Dan berperanglah sehingga tiada lagi fitnah (penindasan) dan jadilah agama untuk Allah.

    Firman Allah: al-Anfal 39
    Dan perangilah mereka sehingga tidak ada fitnah lagi, dan jadilah agama untuk Allah.

    Ayat-ayat ini (2:193; 8:39) adalah ayat yang berbentuk UMUM dan MUKTAMAD. Jihad, Perang dan Revolusi adalah diperintahkan ke atas kita, iaitu ke atas seluruh umat Islam, dan bukanlah yang hanya terhad kepada kerajaan dan pemerintahan Islam sahaja, malah ke atas sesiapa sahaja yang beriman kepada Allah, Rasul-Nya dan Kitab-Nya untuk memerangi, meruntuh dan menghancurkan kekuatan dan kekuasaan kerajaan demokrasi Malaysia kita ini kerana, mengikut kriteria Islam, ianya adalah kerajaan yang melakukan penindasan, kezaliman, pencerobohan, ancaman, kejahatan dan kerosakan ke atas manusia dan kemanusiaan di bumi. Setelah orang-orang ramai memberontak dan berperang yang meruntuh dan menghancurkan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur itu, barulah wujudnya gejala “jadilah agama untuk Allah”, iaitu jadilah agama Allah ini sebagai agama yang BERKUASA dan MEMERINTAH ke atas manusia yang menghapuskan segala penindasan, kezaliman, pencerobohan, ancaman, kejahatan dan kerosakan itu.

    Jihad dan Revolusi adalah diperintahkan ke atas kita agar agama Allah itu menjadi agama yang berkuasa dan memerintah seperti mana yang disebut dalam ayat ini “jadilah agama untuk Allah“. Perang dalam ayat ini adalah perang yang berbentuk OFENSIF, iaitu menyerang sebelum diperangi. Perang dan Revolusi ini adalah Jihad ke jalan Allah dan ianya adalah Metod Perjuangan daripada Allah yang membolehkan kita untuk meruntuh dan menghancurkan kerajaan manusia yang syirik dan kufur serta yang zalim dan menindas ini untuk digantikan dengan kerajaan Allah yang adil dan bebas.

    “Fitnah” dalam ayat ini adalah dimaksudkan kepada penindasan, iaitu penindasan yang wujud dalam bentuk peraturan dan undang-undang ciptaan manusia yang selain daripada Allah yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia. Peraturan dan undang-undang ciptaan manusia itu adalah kekufuran, dan setiap kekufuran itu disifatkan Allah sebagai penindasan, kezaliman, ancaman, pencerbohan, kejahatan dan kerosakan kepada manusia di bumi. Kerajaan, pemerintahan dan otoriti Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis yang mengabdikan manusia kepada sesama manusia adalah satu “fitnah” yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. untuk diperangi. Selagi “fitnah” itu wujud, selama itulah perang dikehendaki untuk dilancarkan sehingga “fitnah” itu, iaitu kerajaan, pemerintahan dan otoriti demokrasi itu, mengalami kehancuran; dan “jadilah agama untuk Allah”, iaitu sehingga Islam sahaja yang memerintah ke atas seluruh ideologi dan pemikiran yang lain dan ke atas seluruh umat manusia di bumi, Islam dan bukan Islam. Bagi umat Islam yang sedang berada di bawah naungan Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis, Jihad dikehendaki untuk dijadikan sistem kehidupan hari-hari dan terus berkesinambungan sehingga hancurnya kufur (demokrasi) dan tertegaknya Islam. Ini adalah ayat REVOLUSI, iaitu ayat yang memerintahkan kita supaya MEMBERONTAK dan BERPERANG untuk meruntuh dan menghancurkan kekuataan dan kekuasaan sesuatu kerajaan kufur seperti kerajaan demokrasi Malaysia kita ini untuk kemudiannya digantikan dengan agama Islam, iaitu agama yang berkuasa dan memerintah.

    Sekian, Terima Kasih.

    WAN SOLEHAH AL- HALBANI

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s