Negara Kebajikan sebati dalam Negara Islam ~ Harakahdaily


Harakahdaily melaporkan:

KUALA LUMPUR, 5 Jun: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Umno sedang diserang hantu jembalang ekoran kenyataan pemimpin mereka yang sudah haru biru.

Menurutnya, ketika PAS bermuktamar dengan tema Membangun Negara Kebajikan, Umno menuduh PAS sudah lari prinsip perjuangan parti.

Katanya, pemimpin seperti Ali Rustam menyatakan PAS sudah hilang pedoman kerana sudah tidak bercakap tentang Negara Islam sebaliknya mula perjuangkan Negara Berkebajikan.

“Inilah haru birunya pemimpin Umno dalam menilai perjuangan PAS, kita konsisten dengan dasar dan hadaf perjuangan,” tegasnya.

Beliau meminta ahli-ahli PAS mengambil panduan dari konsistennya pejuang lama seperti Pak Yazid Jaafar yang turut hadir.

Negara Kebajikan sebati dalam Negara Islam

Sementara itu di dalam ucapannya, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menjelaskan perjuangan Negara Kebajikan adalah sebati dalam Negara Islam.

Menurutnya, sebelum muktamar media massa memberikan liputan besar dengan harapan PAS akan berpecah.

“Syukur apa yang media pro Umno harapkan PAS berpecah tetapi ahli dan pimpinan parti kita tidak dapat diganggu gugat,” tegasnya.

Husam menyebutkan banyak program berkebajikan dilaksanakan di Kelantan dan rakyat terbanyak dapat merasai nikmatnya.

Katanya, dengan kesungguhan pemimpin PAS, anggota masyarakat dan rakyat dapat melihat program berkebajikan telah dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Sementara itu, beliau menyeru semua ahli dan pemimpin Umno di peringkat cawangan segera tinggalkan parti bermasalah itu.

“Jika Najib merayu golongan muda wajib pertahankan Putrajaya bererti ia bakal jatuh bila-bila masa dalam PRU13 nanti.

“Jangan tunggu bangunan rumah runtuh dulu baru hendak menyelamatkan diri,” tegasnya.

Artis sertai PAS

Naib Presiden PAS yang mendapat undi terbanyak, Haji Salahuddin Ayub berkata, golongan artis jangan bimbang untuk sertai PAS kerana Islam benarkan hiburan beracuan  Islami.

Beliau mengulas kesudian selebriti terkenal Bob Lokman sanggup hadir dalam majlis ceramah malam ini.

Dalam hal ini, artis masih boleh menghasilkan karya-karya hebat seperti pernah dibuktikan oleh Negara Islam Iran.

Malah, ujarnya, hasil filem mereka telah mendapat perhatian dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Salahudin juga berkata, rakyat terbanyak sebagai pengundi sah dalam negata ini, sedang menunggu masa sahaja untuk membuat perubahan wajah politik negara dalam PRU13.

Keliru seketika.. sebelum ini Tuan Guru Haji Hadi ada menyebut:

Jika kita lihat pendekatan yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika mendirikan negara Islam di Madinah, tidak ada satu ayat yang disebut dalam Piagam Madinah bahawa “ini adalah sebuah negara Islam”.

Memandangkan diri ini ada sedikit terkeliru, minta tolong perjelaskan kenyataan yang amat kontra antara Presiden dan Naib Presiden PAS. Perlu diingat, petikan-petikan kata-kata ini diambil daripada Harakah, lidah rasmi PAS. Ini bukan ayat Utusan, bukan ayat Berita Harian, bukan ayat mana-mana media pro Barisan Nasional (melainkan Harakah juga media pro Barisan Nasional). Sebentar kata tidak ada Negara Islam, satu pihak dalam saf yang sama kata sebati dengan Negara Islam.

Soalan dijalanan: Bagaimanakah model Negara Kebajikan? Dan artis mana lagi bakal menyertai PAS?

4 thoughts on “Negara Kebajikan sebati dalam Negara Islam ~ Harakahdaily

  1. politik adalah seni dalam segala galanya..setakat tukar prinsip memang dah jadi kebiasaan, kawan menjadi lawan dan sebaliknya bagaikan lalang yang sentiasa kesana kemari..tapi bila bab agama pun begitu mudah ditukar ganti pendiriannya maka malapetaka yang akan menanti..tunggulah nanti balasn dari Allah..

  2. Sebenarnya pemimpin2 PAS tersedar di kalangan mereka sudah mengeluarkan kenyataan yang menyimpang antara satu sama lain, bagi memperbaikinya, mereka memperjelaskan dan memperbetulkan seolah olah tidak ada apa apa percanggahan.

    Seperti kata Muhyiddin, apa yang berlaku pada PAS tidak begitu penting untuk UMNO kerana apa yang UMNO perlu lakukan adalah lebih penting dan utama. PAS hari ini jelas masih tidak berubah dari cengkaman one man show – Nik Aziz.

    Jadi apa sangatlah hendak dibanggakan?

  3. Sudah terang lagi bersuluh.

    PAS sebelum ini telah MENGGUNAKAN perjuangan menegakkan Negara Islam dan perlaksanaan hudud sekadar SLOGAN untuk menarik minat umat Melayu yang telah kembali mengamalkan ajaran Islam hasil dari fenomena KEBANGKITAN ISLAM di seluruh dunia sejak 30-40 tahun yang lalu.

    Setelah berjaya membentuk barisan ‘pejuang’ yang disemaikan semangat SETIA kepada pemimpin dan parti, sekarang tibalah masanya PAS menukar hala tuju perjuangan. Disebabkan para penyokong telah disemai semangat SETIA MEMBABI BUTA, para penyokong akan terus mengiyakan apa sahaja penyelewengan pemimpin mereka.

    Perkara yang sama telah berlaku dalam jemaah Darul Arqam suatu ketika dulu, di mana sifat SETIA MEMBABI BUTA kepada pemimpin telah mengakibatkan ahli-ahli akhirnya diselewengkan dan TERSUNGKUR DI PINTU SYURGA.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s