Isteriku Bukan Pelacur Kelas Pertama


Sedih, hampa, terhina… lebih kepada tidak tersangka..

Layan macam pelacur

2011/06/05

Dr Rohaya Mohamed

Dr Rohaya Mohamed

Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar

KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

//

Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.
Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing.

Apakah perlu terungkap “pelacur kelas pertama”? Apakah itu yang perlu dilakukan atau diungkapkan untuk menunjukkan betapa taat dan setia kepada suami?

Islam telah meletakkan martabat yang tinggi kepada wanita, baik sebagai ibu dan isteri. Dengan kenyataan sebegini, ini secara tidak langsung merendahkan martabat diri. Apatah lagi yang diucapkan itu datangnya daripada seorang wanita Islam.

Benar, salah satu kenapa ada suami mencari “makan diluar” kerana isteri dingin diranjang. Namun itu bukan salah satu faktor.

Ini boleh dilihat dan dinilai daripada pelbagai sudut. Satu sudut adalah daripada layanan isteri itu sendiri  terhadap suami (termasuk yang tidak melibatkan hubungan seks suami isteri).

Banyak kisah dan rencah rumahtangga yang dikhabarkan, dikisahkan, diceritakan. Secara rumusan, suami menjadi “bosan” kerana isteri tidak menghormati suami, isteri kuat berleter, isteri tidak pandai melayan (suami yang penat balik rumah, tetapi tidak diendahkan isteri), isteri mengabaikan suami dan sebagainya.

Perlu juga diingatkan, memang ada suami yang suka “makan luar”. Bukan kerana salah isteri, tetapi diri suami itu yang tidak dapat mengawal diri dan tidak sedar diri.

Oleh itu, wajarkah perlu diungkapkan dan disama tarafkan diri seorang isteri kepada pelacur kelas pertama?

Janglah kamu memperendahkan martabat kamu sendiri. Jika dingin, ubahlah. Akan tetapi tidaklah perlu sampai menyamakan khidmat isteri sama dengan khidmat pelacur kelas pertama.

Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.. dan tiadalah solehah itu sama dengan disamakan sebagai pelacur kelas pertama..

Soalan dijalanan: Bagaimana layanan pelacur kelas pertama itu? Apakah dengan layanan pelacur kelas pertama itu menunjukkan isteri itu taat???

8 thoughts on “Isteriku Bukan Pelacur Kelas Pertama

  1. “Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar” – Dr Rohaya Mohamed

    Saya rasa mungkin Dr Rohaya Mohamed menghidap penyakit kurang dapat nafkah bathin tak.

    Kalau suami yang baik berkahwain dengan seseorang kerana rasa kasih sayang, saling hormat menghormati dan bukan semata-mata kerana memuaskan hawa nafsu
    lagi berakhlak dan berpeganagan ugama yang baik saya yakin si-suami atau si-isteri pasti tidak akan kelaparan hingga mecari “nasi bungkus” kat luar sana.

    Kepada Dr Rohaya Mohamed insaf lah, fahamkan lah apa yang ISLAM anjurkan untuk keamanan, kerukunan dan kesejahteraan rumah tangga.

    Yang paling saya takut dengan saranan Dr Rohaya Mohamed nanti ramai pula wanita yang di-aniayi oleh suami-suami yang mengambil kesempatan ini dan yang paling saya takut nanti isteri-isteri ini pula akan di-liwat suami sendiri yang suka “kunyit” dengan alasan mesti taat dengan suami bila isteri-isteri ini datang haid.

    Perkara meliwat isteri banyak berlaku mungkin si-isteri malu untuk melaporkan nya.

    Dr Rohaya Mohamed berhati-hati, jangan kita nak jadi KETUA kerukunan rumah tangga tuh berkecai.

  2. 1. Maaf Puan Dr Rohaya Mohamed., saya tidak tahu bagaimana layanan Pelacur Kelas Pertama kerana saya tidak pernah melanggan mana mana pelacur dalam apa jua kelas mereka…

    2. Adakah Dr. Rohaya Mohamed pernah jadi Pelacur Kelas Pertama sebelum bergelar isteri kepada suami sekarang yang tentunya meneruskan layanan Pelacur Kelas Pertama.

    3. Jika sesuatu permulaan sudah ada ‘kesesatan’, keruh di hulu keruh jugalah di hilirnya.

    4. Seperti amalan yang lain lain juga, hubungi kelamin suami isteri mestilah kerana Allah semata mata berasaskann kepada iman, jika kerana nafsu dan lain lain maka lahirlah ajaran, amalan, teori, persatuan, kelab yang cuba merungkaikan cabang dan ranting sedangkan ‘akar’ iaitu iman sudah busuk.

  3. apa jenis org nih..takde otak ke cakap.nak cari publisiti murahan supaya org kenal ka??

  4. Saya tak setuju langsung dengan pendapat Dr Rohaya..wtf???adakah dia sedang menyamakan dirinya sendiri seperti seorang pelacur kelas atasan???perkahwinan adalah sesuatu yang sacred..y she make it sound so degrading dan hina..

  5. nak tanya dr laknat ni, pernah menyundal ke dulu? atau dr ni pelacur kelas pertama yang masih aktif? isteri aku mulia, walaupun bukan dr, tapi bijak, layan suami mcm bidadari. dr ni selaknat dengan mashitah yg halalkan zina! BACALAH QURAN!!!

  6. Tahukah Dr Rohaya Mohamed ni taraf Isteri tu adalah mulia & halal, pelacur tu berguni dosa & haram. kenyataan dia seolah-seolah kerjaya pelacur tu boleh dicontohi. kalau suami jenis yg kurang pendidikan agama baca statement ni pasti salah faham.
    sepatutnya dia patut cakap kalau suami tak cukup puas layanan batin isteri, suami terus-terang dengan isteri. mana ada ulama pernah cakap layan suami mcam pelacur first class..aku tak nafikan isteri wajib taat pada suami tapi statement Doktor ni macam isteri tu murah..
    Global Ikhwan @ Al-Arqam @ Rufaqa kebanyakan pengikutnya ramai yang berpoligami. banyak rumah anak-anak yatim yang dikendalikan Global Ikhwan kebanyakannya bukan real anak2 yatim tapi anak2 dorang.

  7. pelacur kelas pertama.. maknanya isteri tu kna sanggup lakukan apa yg suaminya inginkan… kalau si suami nak main lubang belakang pun kna ikut la… kalau tak nanti tak taat pulak… inilah yang terjadi bila pendapat tu datang dr akal yang dangkal.. memalukan kaum wanita, isteri n ibu2…

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s