Andai Pakatan Rakyat Berkuasa…Bagaimanakah Media Elektroniknya?


Minda ini meliar seketika selepas menonton Buletin 1.30 di TV3 tentang laporan kerajaaan PAS tidak membina rumah mampu milik oleh rakyat Kelantan. Didalam laporan tersbut juga dipetik pandangan rakyat dan professional. Secara umum, ianya boleh ditakrifkan sebagai satu pendedahan. Bagi yang pro Pakatan Rakyat, inilah salah satu usaha “tidak adil” oleh kerajaan Barisan Nasional memperalatkan media untuk memburukkan mereka.

Benarkah tidak adil?

Dari satu sudut, ya, kita tidak boleh nafikan akan kemungkinan ketidak adilan laporan media yang dikatakan pro Barisan. Senaraikanlah semua media itu, pasti ada yang menilai dan merasakan media itu benar-benar dibawah kawalan kerajaan dan hanya mahu memburukkan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Pendedahan demi pendedahan dibuat oleh pelbagai media tentang ketidak mampuan Pakatan Rakyat mengurus tadbir kuasa dan mandat yang telah diberikan rakyat.

Namun, dari sudut yang berbeza, saya melihat ini tiada bezanya dengan media sebaran Pakatan Rakyat. Benar, tiada media elektronik sebagai pemangkin usaha sebaran dan pendedahan akan kelemahan Barisan Nasional. Benar agak berat sebelah dari sudut “kelengkapan peperangan”. Akan tetapi, apakah media elektronik capaian muktamad?

Jika kita imbas tahun 2008, penggunaan media elektronik secara berlebihan oleh pro Barisanlah yang membantu pengurangan majoriti dan kejatuhan beberapa negeri pimpinan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Pasti masih segar diminda ramai bagaimana saban hari disogok dengan kempen yang tiada “class” oleh penerbit kempen pro Barisan Nasional. Apa yang telah disiarkan terlalu ketara menyokong kerajaan dan bagaikan begitu berat sebelah. Mungkin pada sesetengah, ianya memualkan dan menjauhkan lagi sokongan rakyat kepada Barisan Nasional.

Disinilah yang mungkin pro Pakatan Rakyat (dan pro BarisanRakyat) terlepas pandang.

Saya cuba membayangkan bagaimanakah agaknya pula jika Pakatan Rakyat mempunyai akses media elektronik dan bagaimanakah pula bentuk penyiarannya. Terfikir juga bagaimanakah pengisian media eletroniknya selain bahan politik.

Jika bersandarkan kepada media cetaknya dan media mayanya (blog dan portal), mungkin pengisiannya lebih kepada apakah keburukan Barisan Nasional. Masalah sosial juga akan diletakkan kepada Barisan Nasional. Saya kurang pasti samada di negeri-negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat, masalah sosialnya kosong. Remajanya tiada aktiviti yang merosakkan akhlak.

Bagi yang Islamik, rasional yang akan diguna adalah Barisan Nasional tidak menjalankan hukum Allah. Persoalannya kini, memandangkan Pakatan Rakyat bersikap liberal dan dikatakan memperjuangkan kebebasan, hukum “Allah” yang mana satu akan ditegakkan?

Mungkin, TV Kelantan boleh diberikan sebagai gambaran awal…

Alhamdulillah, disatu bahagian terdapat pengisian rohani. Kuliah Jumaat yang pastinya memberi manfaat untuk renungan bersama. Jika TV3 itu dikatakan 100% dibawah telunjuk Barisan Nasional, tiadalah beza dengan rancangan-rancangan agama yang disiarkan di TV3 menerusi Al-Kuliyyah, Al-Hidayah dan pelbagai lagi rancangan keagamaan. Tiadalah bezanya juga dengan Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang disiarkan oleh RTM.

Namun, disatu sudut yang lain, pada pandangan saya tiada bezanya dengan apa yang terkandung dalam media cetak mereka. Pastinya leboh menunjukkan kezaliman Barisan Nasional yang tiada kesudahannya.

Ini gambaran yang diberikan jika Pakatan Rakyat mempunyai media elektronik.

Alhamdulillah, kelihatan tiada rancangan yang boleh melekakan rakyat. Tiada hiburan mahupun drama yang boleh menjuruskan kepada kelekaan dan “gula-gula” untuk rakyat.

Namun, perlu juga kita lihat, siapakan perantara media ini? Didominasi oleh siapa? Jika PAS, mungkin begini coraknya. Apa pula intisari rancangan PKR dan DAP? Apakah mereka tiada suara untuk memberi dan melaksanakan idea?

Bagaimanakah pula isi beritanya? Paling tidak mestilah mempunyai bahan diwaktu perdana.

Setakat hari ini, pengisian media cetaknya lebih kepada mana-mana isu yang menunjukkan cacat cela Barisan Nasional. Mampukah media elektronik yang bakal dikatakan pro Pakatan Rakyat menyiarkan pendedahan seperti yang dibuat oleh TV3, dimana ada ketikanya dilaporkan isu-isu yang terkena terkena batang hidung Barisan Nasional? Mampukah adanya siaran seperti “Bersamamu” yang mendapat tentangan daripada pemimpin dan penyokong buta Barisan Nasional?

Jika ya, alhamdulillah… Buktikan dengan media yang ada kini. Jika tidak mahu mengalami “setback” atau rancangan makan tuan sebagaimana yang berlaku kepada Barisan Nasional dibawah pimpinan Tun Abdullah, bersikap adillah dalam memberi laporan. Jika media pro Barisan Nasional tidak adil, biarkan mereka. Ini kerana, melalui ceramah–ceramah dan kenyataan kepimpinan Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat lebih mulia dan tidak zalim sebagaimana Barisan Nasional. Buktikan dengan perbuatan.

Mungkin Pakatan Rakyat boleh kata mereka tiada kelebihan media elektronik, tetapi kelebihan ceramah mereka bukan sesuatu yang boleh diabaikan. Boleh ditakrifkan, ceramah merekalah antara senjata utama. Tiada sempadan dan dimana sahaja. Lebih dekat, lebih secara langsung.

Memandangkan pada kebiasaannya yang dilaporkan oleh media mereka kehadiran Pakatan Rakyat diterima rakyat setiap kali ceramah.. apa yang perlu dirisaukan?

Soalan dijalanan: Media itu pro Barisan Nasional, media ini pro Pakatan Rakyat.. bagaimana hendak menilai situasi? Sekadar baca dan dengar dua-dua cukupkah? Bagaimana asas penilaian berita dibuat?

2 thoughts on “Andai Pakatan Rakyat Berkuasa…Bagaimanakah Media Elektroniknya?

  1. Kupasan yang ok.

    Tertarik dengan ulasan ceramah.
    aku sentiasa berpegang pada hakikat “ramai dtg ceramah” tak semesti nya mencermin
    kan jumlah penyokong yang akan mengundi, dan hakikatnya aku sendiri tak merasakan ceramah petunjuk sokongan majoriti rakyat.
    ceramah is one way communication…mat sabu boleh kelentong itu, mahiyadin boleh kencing sini,al-jub boleh kelepet sana,najib boleh c4 sinun,and the list goes on though secara faktanya faction pakatn mmg masih terperangkap dgn ramai org dtg ceramah.

    Tertarik dgn ulasan bentuk media jika pakatn Tuhan takdirkan bagi pegang kuasa federal…aku sgt2 mengharapkan media cenderung kepada rakyat n tak memihak tapi mustahil kot? utk hari nie, berita cuaca n sukan kira ok lah, berita tempatan mmg kelihatan memihak (tv1 not included lah since depa perkakas rasmi pemerintah),
    paling penting aku harap media2 yg mungkin wujud nanti bukan alat pakatan,
    sbb tak kan ada bezanya…
    unless kalau media nak memihak; then allow the license for more media (tv companies), kalau BN ada iltizam ni aku salute, but i dun see any glimpse of that. And kalau pakatan pun serupa (on which judging by pas tv, selangor tv, bla bla)..then sepatutnya BN dgn gentleman allow more “non BN alligned” medias to establish themselves …n bersaing mndapat sokongan/ratings dr rakyat/penonton.

    just imagine TV3 n malaysiakini(for example) bersaing dlm platform yang sama..
    agak2 encik onda akan picit channel mana dulu?

    there are room for improvement…benci2 tv3 pun aku tgk jugak MHI etc hahahha..

    p/s: aku x pnah klik tvpas apatah lagi tvselangor.
    p/s lagi: kalu ada masa aku coretkan kat sini pengalaman bertanya direct dgn org media pas, hj subky latif and lutfi…tentang isi harakah!

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s