Halalkan apa sahaja jadi kegilaan Umno


Berikut adalah nukilan seorang pelatih UKM di Harakahdaily, dan juga hasil ceramah DS Anwar Ibrahim:

SELAYANG, 15 Mei: Pemimpin Umno dilihat dalam keadaan kegilaan sehingga menghalalkan apa sahaja cara yang patut dilakukan untuk mengekalkan kuasa mereka daripada jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Pekara ini telah terbukti apabila Umno dengan kerja gilanya sekali lagi mengedar risalah fitnah dan video lucah yang kononnya perlakunya adalah Anwar Ibrahim sewaktu di program ‘Munajat Rakyat Menolak Fitnah’ anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Selayang malam tadi.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Hal ini secara jelas dan keji tindakan yang dilakukan Umno untuk menjejaskan kredibiliti Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat dan PKR.

(Gambar: Khalid menunjukkan VCD yang disebarkan pihak tertentu di majlis Pakatan Rakyat. Di mana pihak berkuasa negara ini?)

Beliau juga turut melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Umno yang mengedarkan VCD rakaman lucah itu untuk menjatuhkan imej Anwar Ibrahim dan kerajaan Negeri Selangor.

Beliau juga menyifatkan penyebaran risalah fitnah dan video lucah itu sebagai tindakan yang bodoh dan kerja gila serta tak patut dilakukan semata-mata cara untuk menjatuhkan dan mengaibkan seseorang yang belum didapati bersalah dengan tuduhan yang dilemparkan.

Tegas beliau lagi dengan rasa kesal, “Kita nak jadikan Selangor ini negeri membangun, mewah dan dirahmati Allah tapi Umno bawa VCD tak guna ini, kalau nak tolong rakyat, selesaikan masalah rakyat.”

(Gambar: Vcd lucah yang diedarkan kepada orang ramai di majlis Pakatan Rakyat oleh pihak tertentu)

Sebaliknya, tegas Khalid, kerajaan negeri Selangor akan bekerja kuat bagi memastikan nasib rakyat di negeri itu terbela.

“Saya tidak ada masa untuk VCD buruk ini, saya akan terus bekerja keras untuk bantu rakyat.

“Rakyat pilih kita untuk buat perubahan dan ini yang akan kita buktikan,” katanya di hadapan lebih lima ribu hadirin yang hadir terdiri daripada pelbagai kaum untuk memberi sokongan penuh terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.

Pekara ini juga telah menuntut tokoh ulama dan sarjana Islam dari Syria Dr Sheikh Wahbah Az Zuhaili yang sanggup terbang untuk memberi tarbiah supaya menghentikan politik fitnah dan keji yang dilakukan oleh Umno.

Dr Sheikh Wahbah Zuhaili dalam ceramahnya selepas mengimani solat Isyak berjemaah dan solat hajat bersama untuk memberi sokongan kepada pimpinan Pakatan Rakyat itu berpesan kepada hadirin “Dengan iman yang tetap di hati dan jiwa serta istiqamah dalam berdoa dengan menetapkan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doa hamba-Nya, maka usaha kita lakukan akan membuahkan hasil.”

Anwar Ibrahim dalam ceramahnya turut melahirkan rasa sedih dan kecewanya dengan tindakan Umno yang tak habis-habis untuk mengenakan beliau sejak beliau keluar daripada parti tersebut.

Beliau berkata, Umno dan Barisan Nasional sudah membuktikan bahawa mereka akan menggunakan apa sahaja cara untuk menjatuhkannya dan mengekalkan kuasa mereka termasuk ‘merampas’ semula Selangor.

Beliau menambah lagi, konsep ‘merampas’ yang digunakan oleh Umno adalah dengan menghalalkankan apa saja cara samaada yang haram, cara yang gila, cara yang melanggar hukum Islam asalkan matlamat mereka tercapai.

Katanya lagi dengan nadanya yang mula bersemangat menjelaskan “Subsidi rakyat ditarik, subsidi rakyat diberikan kepada tauke judi, harga  gula dan minyak naik, inilah yang dilakukan oleh penyagak Umno.”  

Kata-kata Anwar disambut sorakan penuh dan tepukan gemuruh hadirin yang hadir.  

Suasan mula berubah menjadi ceria,”Dalam pada Umno dan Barisan Nasional bercakap soal moral dan akhlak pemimpin, mereka sendiri tidak menjaga adab dan akhlak sehingga sanggup mengaibkan orang lain.

“Pemimpin Umno nak cakap soal akhlak dengan kita? Apa hukumnya sebar video lucah kepada umum?

“Tidak cukup saya dipukul separuh mampus dalam penjara, dibogelkan, sekarang saya dikaitkan dengan video lucah pula,” sinis beliau yang mula tampak tenang dengan ucapannya.

Saya amat tertarik dengan ulasan DS Anwar untuk musibah yang dialaminya. Tertarik yang membawa kepada beberapa persoalan yang ingin ditanya…

“”Subsidi rakyat ditarik, subsidi rakyat diberikan kepada tauke judi, harga  gula dan minyak naik, inilah yang dilakukan oleh penyagak Umno.”

Jika subsidi ditarik balik, mana mungkin Barisan Nasional mampu memberikan subsidi rakyat kepada tauke judi? Apakah DS Anwar memaksudkan tauke judi tuan kepada Barisan Nasional? Apakah ini bermaksud Perdana Menteri yang sebenar adalah tauke judi?

Seterusnya, apakah Barisan Nasional bertanggungjawab ke atas kenaikan harga minyak diseluruh dunia?

“Dalam pada Umno dan Barisan Nasional bercakap soal moral dan akhlak pemimpin, mereka sendiri tidak menjaga adab dan akhlak sehingga sanggup mengaibkan orang lain.

“Pemimpin Umno nak cakap soal akhlak dengan kita? Apa hukumnya sebar video lucah kepada umum?

Apakah benar yang menyebarkan itu orang UMNO? Jika ya, orang itu bersalah. Namun, bagaimana pula hukumnya kepada yang melakukan aksi dalam video itu? Apakah dosa mengaibkan itu berat dan perlakuan zina itu “terampun” kerana aibnya dibuka?

Soalan paling penting… aibkah DS Anwar? Kenapa beliau terasa diaibkan jika bukan beliau pelakonnya?

“Tidak cukup saya dipukul separuh mampus dalam penjara, dibogelkan, sekarang saya dikaitkan dengan video lucah pula,”

Dipukul separuh mampus? Setakat mata lebam sebelah separuh mampuskah?

Maaf kerana bertanya begini. Ingin juga terasa yakin DS Anwar Ibrahim ini tidak bersalah. Lagipun, secara teknikalnya, DS Anwar belum bersalah selagi tidak disabitkan.

Mungkin sukar untuk terjawab dan ada keyakinan DS Anwar tidak bersalah kerana DS Anwar asyik mengelak soalan-soalan yang memberi ruang untuk dirinya untuk tidak dilihat bersalah.

Mungkin juga makin sukar untuk meyakini DS Anwar Ibrahim tidak bersalah kerana semakin banyak solat hajat dan doa-doa untuk Allah menunjukkan kebenaran dan menunjukkan DS Anwar tidak bersalah, semakin banyak pula aibnya terbuka. Apatah lagi majlis-majlis itu dipimpin oleh ustaz-ustaz dan orang yang kuat ilmu agamanya. 

Perlu diingatkan bahawa sejak timbulnya skandal yang pelbagai ke atas DS Anwar, begitu banyak solat hajat dan doa yang dipanjat kepada Allah supaya kebenaran ditunjukkan. Apakah kebenaran masih tidak ditunjukkanNya… atau sebenarnya sudah terpampang di depan mata?

Apakah DS Anwar benar bersalah? Entahlah… sukar untuk dijawab dengan DS Anwar asyik main sorok-sorok, asyik mengarah perhatian ke arah lain.

Manusia anugerah tuhan….

 

Soalan dijalanan: Jika DS Anwar benar-benar tidak bersalah.. kenapa begitu teruk sekali dugaannya? Apakah begitu istimewa DS Anwar sehinggakan “depan belakang” beliau orang belasah?

 

13 thoughts on “Halalkan apa sahaja jadi kegilaan Umno

  1. Jarang sangat orang UMNO berani menyusup dalam ribuan penyokong taksub pembangkang, silap haribulan, mampus dikeroyok penyokong yang baran.

    Ada kemungkinan, sendiri tabur, sendiri kecam, sendiri mahu jadikan bahan, sendiri mau simpati – Ini Anwar, semua jadi.

    Kerajaan Pakatan teruskanlah buat kebajikan kepda rakyat, tak perlu hirau tak perlu terganggu dengan BN kalau dilandasan yang betul, rakyat boleh nilai.
    Cuma nak tanya, kalau asyik buat ceramah – masa bila nak buat kerja?

    1. kluangman,
      Ketua-ketuanya berceramah, jumpa orang.. dan pekerjanya yang bekerja… cuma samada nampak atau tidak, bekerja atau tidak, rakyat sahaja yang boleh menilai.

      Menarik juga ayat anda – “Ada kemungkinan, sendiri tabur, sendiri kecam, sendiri mahu jadikan bahan, sendiri mau simpati – Ini Anwar, semua jadi.

      Teori yang boleh digunapakai..🙂

  2. “Tidak cukup saya dipukul separuh mampus dalam penjara, dibogelkan, sekarang saya dikaitkan dengan video lucah pula,”

    Dipukul separuh mampus? Setakat mata lebam sebelah separuh mampuskah?

    dear onda;
    aku ter-tarik untuk tanya justifikasi hang berkaitan statement “dipukul separuh mampus?setakat mata lebam separuh mampuskah?”

    what u mean by “setakat…”????
    dude, meh wa bagi sebijik penumbuk kat muka lu, lu rasa ada possibility boleh sebabkan kematian tak???
    kot ye pun lu ex-sdarian,pnah duduk asrama,intelek plak tuh, kat kan hang nak endorse “crime act” yang rahim noor bagi sebijik kat al-juburi tuh???

    btwn, slmt hari guru, and guru2 wa tak ajar wa utk jadi balaci umno n mendiam kan diri diperbodohkan umno atau sapa2 dlm segala hal!

    selamat!

    1. dawai koko+,
      Saya tidak tahu pula tumbuk mata boleh sebabkan kematian. Jika tumbuk sampai gegar kepala, mendatangkan kecederaan otak, pendarahan dalaman, sampai pecah kepala – ya, saya fikir boleh mati. Setakat mata lebam, belum pernah lagi saya dengar.

      Akan tetapi, DS Anwar kena tumbuk dengan bekas ketua polis negara tersebut sampai mendatangkan kecederaan otak mahupun pendarahan dalamankah? Kalau ya, memandangkan hayat DS Anwar Ibrahim masih panjang, pastinya Rahim Noor sudah disabitkan kesalahan cubaan membunuh (kerana belasah separuh mati).

      Saya pun tidak diajar membabi buta sokong orang. Guru saya telah ajar saya dengan nilai-nilai yang baik dan diberi panduan bagaimana untuk menilai.🙂

  3. bersabit menyokong mem-babi buta;

    adakah encik onda ingin mengatakan 45% drpd total voters yang menyokong bukan barisan nasional dlm PRU lepas ada-lah penyokong babi dan buta???

    selangor, negeri paling bandar dan maju yang tidak menyokong umno, adakah mereka tidak punya intelek seperti hang boleh di kategori-kan sebagai penyokong babi buta?

    umno marah bila di sebut pandi-kutty!

    umno dan perkasa brahim ali contoh tegar pandi kutty…pekida dan pekasam..gengster2 melayu yang tah apa2…

    hakikat, melayu terus di perbodohkan dgn pemerintahan umno!
    n pemerintahan negara nie bukan hak mutlak umno!

    kalau la umno nie anak jantan, bebaskan media dan bagi seimbang lesen tv dan media cetak! konfirm akan terduduk brahim ali dan penyokongnya sebelum sempat berjihad!

    malu siol aku nak mengaku melayu selagi ada umno yang hanya bergantung pada soal konek n jubur anwar n saiful utk survival politik mereka.

    anyway, since hang mcm endorse crime act rahim noor buat pada al-jub, harap kalau anak hang kena tibai hang jangan marah la na!

    hehehhe

    1. dawai koko+,
      Saya tidak mengatakan semua sokong membabi buta. Kenyataan saya adalah sebagai respon kepada kenyataan anda (yang jika dibaca seolah menganggap ramai yang membabi buta menyokong Barisan Nasional dan masih tidak sedar). Itu sahaja.

      Siapa suka dipanggil pandy kutty? Saudara suka? Kalau suka, silakan.🙂

      Tentang Rahim Noor, bukankah beliau sudah terima hukumannya? Saya tidak menyokong tindakannya. Saya cuma mengatakan, Rahim Noor sudah boleh dicaj cubaan membunuh kalau separuh mati Anwar dibuatnya. Saya juga mengatakan, tumbuk mata jadi lebam tidak membawa maut, melainkan tumbukan itu menyebabkan pendarahan otak atau kecederaan dalaman.

      Jadi, dimana saya kata saya setuju Anwar wajar dibelasah Rahim Noor?

  4. Ini Melayu kokot ingat,bila pembangkang jadi kerajaan, semua syaitan dan iblis akan lari lintang pukang dan pembangkang akan perintah macam wali, malaikat dan para nabi.

    Kokot terlupa yang akan perintah nanti bapak segala bapak jin dan syaitan dan menjemput pula iblis dan pelesit luar negara bermukim di sini dan diberi taraf warganegara.

    Dalam tiada kuasa mereka dah sondol sana sini, dalam tiada kuasa mereka dah berpakat nak gantikan ugama rasmi, dalam tiada kuasa mereka sudah tidak utamakan Bahasa Melayu…

    Kalau berkuasa??????????????

    1. kluangman, sengal je otot2 jari aku nak respond mesej hang nie.

      kalau berkuasa????
      be it who ever n which party, as long as uphold perlembagaan yang ada, pemerintahan malaysia secara faktanya bukan milik mutlak sesiapa!

      umno nak terus perintah go ahead!
      buat cara wibawa lah!
      bukak media pada parti2 yang bertanding!
      kalau umno mengaku parti anak jantan lah!
      ber-debat lah pemimpin secara ilmiah dan terbuka! bukan berlindung dari celah bedah undang2 ikut mak bapak depa!

      nabi gua tak pernah pun bagitau wa islam agama rasmi malaysia.. dia cuma ckp agama lu agama lu agama wa agama wa…nie yang barua mcm berahim ali duk sibuk pasal jihad n duk bakar smgt melayu kepala bana mcm umno tak tentu hala pasai apa??? hang pi tanya raja2 melayu hang yang duk pegang kuasa simbol pemerintah islam apa undang2 dlm negara nie ada dua jenis ka…kalau tak sekepala bana dgn umno salah n x da ruang…di guna la lahabau2 polis tindas hak rakyat nak bersuara…bini depa sendiri haram tak bertudung! suruh brahim ali n macai2 dlm utusan baruah umno nie pi jihad juai paper depa yang tak laku pasal jumudnya politik umno sekemut lubang dubur saipol n kepala konek anwar!

      umno utamakan bahasa melayu…what the helll…umno tuh singkatan utk apa…awat tak pakai perkembar???

      melainkan umno parti yang pondan..tok sah duk ngaku la duk bawak suara rakyat melayu! makcik pakcik felda boleh la hang pa tipu!

      pandi kutty punya umno!

  5. Simpanlah kemarahan kamu sehingga PRU13. Luahkan ‘hasrat peribadi’ kamu kepada parti yang kamu suka. Selamat berjaya dan berbahagia.

    If you cant lead, just follow and shut up.

    1. who the hell are you nak suruh wa shut up???

      ke penyokong umno mcm kau dah senget kepala macam sengetnya animasi kluangman (produk melayu tuh!)

      show ur balls la umno!

  6. UMNO tak tunjuk bola dalam video, itu kerja pemimpin pembangkang, tunjuk bola dan tiang golnya sekali.

    U just shut up sebab u percaya akan masuk surga ikut roket DAP, diam tanda setuju.

  7. dawai kokot nampak mcm ilmiah bila berhujah..tapi tidak sebenarnya..sangat sangat tidak..sejak PM Najib naik bermacam2 usaha yang dia lakukan untuk kesejahteraan Malaysia..jelas dan terang sekali segala usaha yang dilakukan demi survival negara, rakyat, UMNO n BN sekaligus..hanya yang tertutup pintu hati dan buta jiwa saja yang akan menafikan perkara tersebut..itulah sebenarnya usaha untuk menarik kembali sokongan kepada kerajaan n BN..bukan segala macam benda yang datang dari batang tubuh PR sendiri dan terbuka keaibannya seperti kes saiful n video..ini semua tiada kena mengena dengan UMNO atau BN..

    cubalah orang macam dawai kokot ni tenangkan hati, bersihkan jiwa, kosongkan fikiran n fikir dengan mendalam dari mana puncanya segala kebobrokan yang menimpa PKR khususnya Anwar Ibrahim kebelakangan ini..selama ini bukan tidak pernah solat hajat diadakan, munajat dan berdoa dah beratus kali..segala ulama hebat dalam n luar negeri dah di jemput..tapi keadaannya tetap begitu malahan bertambah mencanak pulak kebobrokan yang terserlah..sebagai umat Islam tentu kita 100% percaya bahawa doa orang teraniaya itu akan terus sampai ke aras tertinggi dan pasti akan Allah tunjukkan kebenaran tidak begitu lama..takkan kita tak nak percaya pulak dengan kekuasaan n janji2 Allah..

    sebenarnya ramai yang tak begitu percaya kisah berkaitan vedio seks tu tapi ramai juga susah nak percaya ini adalah kerja UMNO n BN..dalam segala usaha PM untuk mengembalikan kepercayaan rakyat takkan kerajaan nak rosakkan reputasi sendiri dengan kisah vedio yang amat2 amat jarang berlaku dan tentu sukar rakyat nak percaya..

    jadinya terpulang nak percaya mana tapi jangan lah fitnah ditokok tambah menjadi fitnah baru..sesungguhnya kebenaran akan muncul jua akhirnya dan pasti ia akan menutup segala kebobrokan yang ada..insyaallah..

    1. Dawai kokot ni tak ilmiah langsung la bro, orang yang ilmiah dia akan bahas dengan rasional, bukannya mencarut2 tak tentu hala dengan gaya bahasa yang macam kutu berahak. Tong kosong bunyinya lebih kuat.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s