‘Kristian agama rasmi’ mungkin kerja Umno, kata Mansor ~ Harakah Daily


Memandangkan dikatakan Utusan Malaysia bermain api dengan isu “menjadikan Kristian agama rasmi” (yang mana tidak menyentuh mana-mana parti politik sebagai dalang.. cuma menyebut seorang pemimpin DAP sebagai tetamu jemputan), kita lihat pula apa laporan media yang pro Pakatan. Sila baca dua laporan akhbar berikut:

‘Kristian agama rasmi’ mungkin kerja Umno, kata Mansor

GEORGETOWN, 9 Mei: Spekulasi  ‘Kristian agama rasmi’ yang dilaporkan Utusan Malaysia beberapa hari lalu mungkin didalangi pemimpin Umno pusat sendiri demi memastikan 70 peratus pengundi Melayu kekal menyokong Barisan Nasional di pilihan raya umum ke-13, tegas Datuk Mansor Othman (gambar).

Bercakap ketika merasmikan Induksi Jentera PKR 2011 hari ini, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang turut mengajak rakyat khususnya Melayu supaya mempertahankan kedudukan Islam, keharmonian beragama lain di samping menolak dakyah terbaru Umno yang menggemparkan negara sekarang.

“Ini semua mungkin kerja Umno untuk memastikan sekurang-kurangnya 70 peratus undi Melayu kekal bersamanya di pilihan raya umum (ke-13). Dia (Umno) sangat takut kalau berlaku peralihan undi antara 5 peratus hingga 7 peratus.

“(Disebabkan itu), rakyat khususnya orang Melayu kena pertahan perlembahagaan, pertahan hal kedudukan Islam, pertahan kebebasan agama
dan sama-sama tolak dakyah media Umno ini yang bagi kita boleh menggugat kesejahteraan hidup rakyat,” ujarnya petang semalam di Auditorium Tingkat 5, Komtar, di sini.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR merangkap pengerusi perhubungan negeri berkata, Umno negeri khabarnya bimbang sekiranya pilihan raya umum kali ini menyaksikan Melayu pula bangkit menolak politik kotor mereka sebagaimana yang dilakukan oleh rata-rata masyarakat Cina dan India pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Ini kerana katanya, sokongan Melayu tidak mustahil bakal mengakibatkan Umno akan hilang empat atau lima kerusi Adun lagi di negeri tersebut.

“Mereka (Umno) pun tahu bahawa kita (Pakatan Rakyat) memerlukan 40 peratus (undi Melayu) sahaja di kawasan-kawasan (Dun) majoriti pengundi adalah Melayu.

“Kalau kita (Pakatan Rakyat) bekerja keras untuk memenangkan calon-calon PKR dan PAS di kawasan-kawasan ini (majoriti Melayu), ‘Swing vote’ (peralihan undi) pasti akan berlaku,” ujarnya di depan lebih 400 pertugas parti, di sini.

Ditambah dengan isu fitnah video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau percaya akar umno Umno yang masih bermasuah serta rasional akan memberi  ‘sokongan senyap’ pada Pakatan Rakyat negeri kelak.

Tuntas dari itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa Umno yang kini diteraju oleh Datuk Seri Najib Tun Razak akan mencipta pelbagai lagi isu dasyat yang boleh menggugat keharmonian rakyat demi memastikan mereka terus kekal menguasai kerajaan pusat kelak.  –DM

PAS dan PR pertahan Islam agama rasmi

KUALA LUMPUR, 8 Mei: PAS menegaskan akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk memperkasa Islam sebagai agama rasmi, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, ianya sebagaimana telah dipersetujui dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam pada tahun 2009 dan diperkukuhkan lagi pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pada 2010.

Ketiga-tiga komponen parti iaitu PAS, PKR dan DAP telah bersetuju akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini.

“Tekad ini adalah suatu ikrar yang terpahat dalam polisi bersama Pakatan Rakyat.

“Oleh yang demikian hirup pikuk yang di lemparkan oleh media tertentu bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutamanya di kalangan orang Melayu beragama Islam, bahawa Malaysia akan menuju ke arah negara Kristian adalah suatu pemberitaan yang sangat tidak beramanah,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau dipercayai mengulas laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia yang mendakwa pemimpin-pemimpin Kristian berkonspirasi dengan DAP  untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara.

Laporan muka depan akhbar itu semalam bertajuk “Kristian agama rasmi?” ditulis berdasarkan sumber beberapa blogger pro-Umno yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

Bagaimanapun Presiden PAS berkata, kegagalan mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kealpaan dan kelemahan pimpinan Umno yang telah lebih dari 50 tahun memerintah.

Menurutnya, Umno bukan sahaja gagal memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan malah juga gagal menyediakan kefahaman Islam yang sebenar kepada rakyat.

Akibatnya, Umno telah melemahkan jati diri orang Melayu beragama Islam, dan seterusnya menghadapi kecelaruan sakhsiah dan bencana akidah, tambah Tuan Guru Abdul Hadi lagi.

Jesteru soalnya, apa lagi yang boleh diharapkan dari Umno yang juga gagal memberikan menunjukkan contoh Islam yang unggul kepada rakan mereka  MCA dalam Barisan Nasional.

“Hasilnya kita dapat lihat sendiri bagaimana pendirian dan kenyataan politik pimpinan MCA ini semakin hari semakin hanyut dan menampakkan kecelaruan dalam memahami Islam sebagai agama rasmi negara kita ini,” tegasnya.

 Ini sudut pandang media pro Pakatan.

Persoalan kini, apakah ini benar-benar kerja UMNO? Adakah Jeff Ooi yang dijemput oleh UMNO atau orang UMNO atau wakil UMNO ke perhimpunan tersebut? Adakah perhimpunan paderi tersebut anjuran UMNO?

Ini belum lagi mengambil kira apakah UMNO memberi reaksi dengan mengatakan mana-mana parti bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku itu bermotifkan politik. Laporan Utusan ada menyebut Jeff Ooi, tetapi bukan sebagai dalang atau perencana isu ini.

Bukankah lebih molek dan elok jika jangan dibuat tuduhan melulu sebegini. Ya, UMNO, PAS parti politik dan mereka ini mewakili orang melayu Islam di Malaysia ini. Akan tetapi apakah perlu setiap perkara, apa lagi yang melibatkan isu agama ini diulas dari sudut pandang politik?

UMNO tidak menuduh PAS dan PKR dalam hal ini, tetapi kenapa PAS dan PKR bertindak begini?

 

Persoalan dijalanan: Ini isu politik atau isu agama?

 

17 thoughts on “‘Kristian agama rasmi’ mungkin kerja Umno, kata Mansor ~ Harakah Daily

  1. aku jwp dengan artikel ni.🙂

    Utusan Dan Ugutan “Negara Kristian”
    May 9, 2011
    Dah lama aku tak menulis topik serius.Balik-balik tulisan pasal bunga-bunga.This time aku tulis benda yang serius pulak.
    Shah Alam – aku tak tau la,Utusan hampir tak jumpa.Aku boleh jumpa kat 7-Eleven dalam keadaan berlambak tak laku.Mungkin dasar kerajaan negeri yang memang nak boycott habis Utusan ni.Well,the last time aku beli Utusan ialah pada 9 Mac 2008.Tu pun tertarik sebab tengok gambar Koh Tsu Koon monyok akibat kalah.Since then,either gua curi baca kat kedai or baca kat kedai makan.Or simply not bother it at all.
    Tapi hari Sabtu, tulisan Utusan agak panas – sepanas The Sun apabila menulis title “The Truth”.Siapa tak tau tulisan “The Truth” pergi tanya fan Liverpool.Kalau dia mengaku dia fan Liverpool tapi tak panas hati dengan tulisan “The Truth” ni maknanya dia poseur tak tau pasal Hillsborough.
    Tulisan Utusan semalam agak panas – “Kristian Agama Rasmi”.Well,ini adalah cara Fox News bakar semangat anti Obama but the other wise “Obama is a Muslim”.It always be bakar-bakar semangat lawan other entities.
    So just in case – how many of you Meleis really read Perlembagaan Persekutuan?OK – Islam adalah agama Persekutuan – not agama RASMI Persekutuan – that’s what @syahredzan says in his Twitter.Memang tak nampak beza but still – since when kita ada agama rasmi?Can you read it carefully?

    Dulu masa aku kat sekolah belajar Alam Dan Manusia,ada satu fakta salah – agama rasmi Singapura ialah agama Buddha.It’s in the national textbook.Well,when I went to Singapore with my #3 – I asked a question – betul ke “Singapura punya agama rasmi ialah agama Buddha?”,and my ex’s friend replied,”since when we got official religion.Pardon me if I’m ignorant – but even Buddhist temple pun kena roboh jugak bila nak buat projek pembinaan baru”.
    Well,it reminds me of robohnya Masjid Bujal di Terengganu.Or kawasan Kampung Berembang in Ampang where even Cina makan babi pun defend the mosque from Malay greed.Yes – I was there.I still remember that day just like it’s was yesterday.Yes – it was Melayu yang cuba nak runtuhkan masjid – dan Cina DAP makan babi yang defending it.
    I’m not lying.Boleh tengok sendiri video ni. (http://youtu.be/CRX99rrsCfg)
    Well,aku pernah tertanya juga,does UK official religion is Christian?How about US?How about Norway,Sweden and those negara di Europe?The answer is “they don’t have official religion”.Meaning – all fundings for churches,mosques,or anything are BY THEMSELVES. Meaning – kalau komuniti Islam kat situ ada duit,kau pergi pejabat tanah,bina masjid.Same rules goes to Christian as well.No direct funding from the government.
    So that’s secularism.Meaning no other religion is higher in the country.It’s like what the Deist believe – no religion shall be above than God.You may say your God is Allah,he might say Yawheh,another might say his God is Yoda,so what? Sukati kau la nak percaya apa.
    But then – bakar membakar ni macam not so Islamic at all. Aku pernah mendengar surah tentang bagaimana Salahuddin al Ayubi melarang tentera Islam dari memusnahkan gereja. So what happened to Muslim people nowadays? Nak jadi lagi terror dari Salahuddin al-Ayubi?
    So,how about “negara Islam” di Malaysia ni? Kau setuju ke tak dengan ni wahai Nami ahlil Freemason?
    Hari ini,majoriti umat Islam di Malaysia lebih takut logo salib pada jersi Sepanyol,gambar syaiton di jersi Manchester United dan logo tiga segi serta garisan lurus siratul mutaqim berubah jadi warna pelangi logo gay dalam cover Pink Floyd Dark Side of the Moon daripada takut dengan rasuah,penipuan undi serta manusia gila kuasa.

    Ini album terbaik sepanjang djaman.Ini betul-betul logo Freemason membiaskan garisan siratul mustaqim kepada logo gay warna pelangi.Nama album pun The Dark Side of the Moon – sisi gelap bulan – merujuk kepada logo Parti Islam PAS.
    Satu perkara aku pelik dengan orang Meleis ialah mereka tersangat OK dengan rasuah,dengan manusia tipu harga macam harga mamak 3 nasi beriyani dengan teh o ais 3 sama dengan RM43.50.Mereka OK dengan video seks yang jelas sekali menipu – tapi mereka tak OK dengan orang Kristian?Mereka tak OK dengan berkongsi dan menerima hakikat penduduk Malaysia ini pelbagai kaum dan agama?
    Semasa pilihanraya Sarawak – gua pernah baca satu comment.”Sokonglah Taib Mahmud kerana dia seorang Islam,yang akan mempertahankan Islam serta menghalang Kristian dari menguasai Sarawak”.Aku gelak pecah perut – since when Sarawak is full of Muslims? And even kalau ada pun – satu je aku nak tanya,apakah mempertahankan Islam tu lebih penting daripada menghapuskan rasuah dan korupsi?Well – bukan ke rasuah dan korupsi tu tidak Islamik?Kau dah tau hutan dara Sarawak dek kena tereh sebab rasuah kau nak cakap Taib Mahmud mempertahankan Islam? De fak?
    Well – in the end,ini semua menjual agama.Kau nak cakap soal agama – cakaplah,tapi yang pasti – negara sekular macam Sweden,Norway,Denmark atau Canada rasuahnya hampir nil.Nak bina jambatan kampung pun – pihak kerajaan akan bertanya kepada penduduk kampung secara konsensus.Kalau penduduk kampung bersetuju then baru bina – bukan main rodok main hancurkan je rumah.Negara kapir makan babi minum arak tak kahwin ni pun tau mintak izin dengan penduduk kampung.Bukan main rodok masjid rodok rumah orang.
    Well,satu je soalan aku nak tanya – orang Islam yang bersetuju dengan negara Islam Malaysia ni,setuju tak dengan harga mamak 3 nasi beriyani 3 teh o ais dari @fauziahanuar ni? Kalau tak – tak payah la cakap pasal negara Islam negara Kristian negara Buddha bagai. Betulkan harga makanan ni dulu,hapuskan rasuah – then boleh cakap negara Islam
    Teh Tarik Gelas Besar

    1. Dawai koko+,
      Dalam Islam ni, banyak cabangnya. Banyak perkara yang perlu dijaga.

      Jika mengikutkan apa yang ditulis ini, jangan kata rasuah, harga makanan etc.. solat 5 waktu dan cara menunaikan tu pun ramai yang tak betul lagi. Malah ada yang tak cukup pun.🙂

  2. contoh yang lebih dekat jika aku boleh tambah soal islam-meleis-raja2 meleis-negeri/negara islam!

    kita kecoh niat orang lain/niat agama lain.

    kat terengganu darul IMAN!
    aku pernah menetap sebentar di Kuala Terengganu!
    setahun dari awal 2010 hingga hujungnya!

    hujung2 minggu aku mesti lepak tgk kutu2 drift melayu islam layan drift dekat lapang parkir kereta dekat stadium yang runtuh!
    depa melayan keunikan drift kereta2 berlatarbelakangkan timbunan runtuhan stadium!

    sungguh cool orang melayu islam!
    specificnya terengganu!

    mata aku naik semak bila amik video drift fast and furios ganu kopok lekor nie berlatarbelakangkan sampah runtuhan stadium yang x clear2 sejak runtuh!
    runtuh tahun bila???
    sehingga 2010 julai pun masih ada sampah2 sarap nya!
    mesti ada org marah apa kena mengena ngan kalimah allah, islam etc???

    jawapan nya mudah!
    kalau betul nak sembang pasal islam…mana amanah pemerintah(termasuk rajagopal nya!)??? kalau negara orang kapir jgn harap la kes2 mcm nie nak bertahan lama, sat je perasuah dan sbg nya di humban ke dalam penjara! paling2 tidak lesen kontraktor nya dah konfirm kena tarik balik!

    tup tup kontraktor sama dpt mahligai istana di kl punya projek (dengar nye utk pintu pagar/jalan masuk istana???)

    apa signifikannya dgn isu kristian-islam mainan umno nie?
    satu lagi projek menipu melayu kampung! melayu kurang membaca! melayu yang tak pergi luar negara! melayu yang bodoh byk nye sebab dasar pendidikan yang bodoh dlm malaysia nie!

    and sangat lah bodoh jika utusan di banding kan dengan harakah daily!
    aku ulang sekali lagi… sangat bodoh jika perbandingan di lakukan antara akhbar tabloid parti dan akhbar “penyebar fikiran rakyat”..

    jangan di lupa, this de fak newspaper jugak yang kuar kan headline “guan eng ganti agong” not along time ago!

    and yeah kalau utusan nak sgt main peranan mcm tabloid parti, apa kata hang jadik orang pertama suruh kerismudin revoke their permit and terbit 2 kali seminggu. and bubuh la cerita apa pun! kata adil dan saksama kan!

    1. dawai koko+,
      Jangan kata di Terengganu Darul Iman sahaja, Kelantan Darul Naim, Selangor Darul Ehsan, Johor Darul Takzim dan semua negeri-negeri di Malaysia, ada sahaja melayu Islam yang nama sahaja Islam pada agamanya.

      Dalam hal ini, ya, kerajaan bertanggungjawab. Akan tetapi bukan kerajaan semata. Ibubapa, ahli keluarga, masyarakat setempat, semua yang berkaitan bertanggungjawab. Setiap satu daripada kita ada peranan.

      Jika kita salahkan kerajaan Barisan Nasional semata… adakah anda yakin kerajaan Pakatan boleh pastikan 100% tiada masalah sebegini selepas ini?

  3. Ayub Abdul Rahman dulu paderi kini Daie
    Oleh: SITI AINIZA KAMSARI

    PADA 8 Ogos tahun lalu, seluruh umat Islam amat merasai kehilangan ulama besar dan pendakwah terkemuka Sheikh Ahmed Hossen Deedat yang meninggal dunia dalam usia 87 tahun. Ramai beranggapan tidak akan ada Ahmed Deedat yang kedua selepas kematiannya itu.

    Hanya Allahyarham sahaja yang mampu berdialog mengenai soal ajaran Kristian dan kitab Bible bagi tujuan menyerlahkan lagi kebenaran ajaran Islam itu sendiri.

    Namun pertemuan penulis dengan seorang lagi pendakwah baru-baru ini tidak syak lagi mampu membuka lembaran baru mengenai ‘kemunculan’ atau pengganti Ahmed Deedat walaupun mungkin tidak sehebat Allahyarham.

    Bahkan lebih menariknya, Ustaz Ayub Abdul Rahman 59, sendiri dahulunya seorang seorang pendita atau Paderi Besar Kristian yang lebih dikenali sebagai Reverend Anthony Samy Perumal Viagulam dan pernah berkhidmat di Gereja St. Augustine of Canterbury, Frankfurter Jerman selama hampir 10 tahun.

    Gereja tersebut atau lebih dikenali sebagai Englische Kirche (Gereja Inggeris) merupakan satu-satunya gereja di Jerman yang menggunakan medium Bahasa Inggeris yang beraliran Anglican Episcopal Church. Ia sering menjadi tumpuan penganut Kristian terutamanya dari Amerika Syarikat dan Britain serta lain-lain negara Eropah.

    Bagaikan jauhari mengenal manikam. Ayub adalah tokoh yang selayaknya memperkatakan ajaran Kristian dan amat mengetahui semua isi dan selok belok kitab Injil itu.

    Namun sehebat itu juga pengetahuan dan amalannya kini terhadap Islam, tidak ada sesiapa dapat mempertikaikan sehinggakan orang ramai tidak ragu-ragu memanggilnya “Ustaz” mahupun “Tuan Haji Ayub”.

    Komitmen beliau yang begitu padu terhadap Islam terutama dalam gerakan dakwah dan kebajikan Islam mendapat penghargaan banyak pihak dan terbaru, beliau dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak (Saudara Baru) 2005.

    Beliau mempunyai fasa-fasa hidup yang cukup menarik bermula dari seorang yang begitu mengabadikan diri terhadap Kristian, akhirnya dilimpahkan dengan nur dan hidayah Allah untuk memeluk Islam pada 4 September 1978.

    “Saya telah mempunyai kehidupan yang begitu sempurna semasa menjadi paderi” katanya ketika ditemui di Yayasan Jenderami, Dengkil, Sepang di Selangor baru-baru ini.

    Kesempurnaan yang dinikmati dalam institusi gereja itu membolehkan Anthony mengecap kesenangan dalam hidup.
    “Segala-galanya disediakan dan diberi percuma oleh pihak gereja. Daripada orang yang akan membasuhkan tandas kita sehinggalah pemandu dengan kenderaan mewah untuk membawa saya ke mana sahaja.

    “Ini tidak termasuk tiket-tiket penerbangan kelas pertama ke hampir seluruh pelusuk dunia. Jadi saya tidak ada masalah sepanjang berkhidmat untuk gereja kerana apa sahaja yang dihajati akan segera dipenuhi,” katanya yang telah menjejaki 22 negara bagi menjayakan misionari Kristiannya.

    Tugas sebagai Biecht-vader iaitu mengampunkan penganut Kristian yang berdosa turut memberikan kepuasan kepada jiwa Anthony ketika itu. Pernah kata Ayub, beliau diminta mengampunkan penghuni kubur atas permintaan keluarga si mati.

    Sehinggalah pada suatu hari berdasarkan pembacaan kitab Bible, perasaan beliau yang setenang air di kali selama ini mula terganggu. “Tanpa seseorang itu dibaptiskan, tidak memungkinkan seseorang itu menghuni syurga!”

    “Apabila saya terbaca ayat itu, hati saya begitu terusik. Ini kerana secara tiba-tiba saya terkenangkan jiran-jiran saya di Kampung Pelanduk Jatuh, Bukit Mertajam Pulau Pinang. “Mereka merupakan jiran yang sangat baik. Sehinggakan saya masih ingat walaupun mereka menjalani ibadat puasa Ramadan, kami sekeluarga adalah orang pertama yang akan menerima juadah berbuka puasa mereka.

    “Mereka tidak akan berbuka selagi kami tidak menerima juadah tersebut walaupun kami bukannya beragama Islam. Ia memang satu situasi yang mengharukan. “Begitu juga apabila ada ahli keluarga saya sakit dan memerlukan rawatan segera ke hospital, jiran-jiran Melayu saya inilah yang akan bersusah payah menggunakan kenderaan mereka untuk membawa kami ke hospital dan mereka tidak pernah berkira. “Saya kira mereka merupakan jiran terbaik yang pernah saya jumpa” kata Ayub.

    Apabila mengenangkan kebaikan jiran-jirannya itu dan ajaran Kristian, Anthony begitu terusik kerana kebaikan mereka itu akan berakhir dengan masuk ke neraka!

    “Saya benar-benar sedih kerana mereka ini tidak pernah dibaptiskan maka tentunya mereka tidak akan layak masuk ke syurga Allah. “Sehinggakan buat pertama kali saya memperkenalkan sembahyang malam yang sebelum ini tidak ada dalam cara orang Kristian beribadat. Ini kerana saya benar-benar memerlukan jawapan mengenai persoalan ini,” jelasnya.Oleh kerana memiliki kunci pintu gereja maka pada suatu malam, dihadapan altar beliau sembahyang dan ‘merayu’ kepada tuhan supaya jiran-jirannya itu dikecualikan daripada memasuki neraka.

    Namun bagi Anthony sudah sampai tahap dan masa untuknya mengubah akidah umat Islam itu sendiri.

    Lantas beliau memohon kebenaran pihak gereja untuk mengkaji dan mendalami al-Quran yang bakal dijadikan senjata untuk melumpuh dan melemahkan umat Islam itu sendiri.

    Permintaan Anthony segera dipenuhi malah pada tahun 1973 beliau dihantar ke Millhill Missionary Institute di utara London bagi membolehkan paderi ini mempelajari Islam sebanyak mana yang beliau mahu.

    “Pada mulanya untuk selama tiga bulan, tetapi saya lanjutkan sehingga enam bulan kerana telah direncanakan oleh tuhan, saya tidak menemui apa yang dicari kecuali jika terus mencari apa yang ditemui hanyalah keindahan Islam.

    “Tiada kecacatan langsung mengenai Islam malah kalau ada 10 kitab al-Quran yang didatangkan dari mana-mana negara di hadapan saya. Baik sama ada dari Afrika, Asia malah dari Eropah sendiri, yang saya jumpa hanyalah ayat-ayat yang sama.

    “Kata-kata Allah itu begitu terpelihara dan tidak berubah oleh sebarang tokok tambah dan pengurangan. Malah nama agama itu sendiri, memang ada tertulis di dalam al-Quran dan makna dari ayat 85 Surah al-Imraan benar-benar mengejutkan saya sehingga saya menjadi lebih ketakutan.

    ومن يبتغ غير الإسلم دينا فلن يقبل منه وهو في الأخرة من الخسرين
    Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.

    (Al- Imraan: 85)

    “Jadi, siapa sebenarnya yang akan rugi di hari akhirat kelak?,” katanya.

    Menurut Ayub, adalah tidak mudah sebenarnya untuk beliau menerima Islam kerana dirinya sangat berpengetahuan dalam ajaran Injil itu sendiri sehinggakan banyak mengunjungi tempat suci orang Kristian di seluruh dunia. Peluang yang tidak diperolehi oleh penganut lain.

    “Ditambah dengan persekitaran hidup dalam biara dan sentiasa dipantau oleh pihak gereja sehinggalah oleh pihak Vatican di Itali,” katanya.

    Namun 4 September 1978 mencatatkan tarikh yang bersejarah apabila paderi ini akhirnya dengan seikhlas hati mengakui keesaan Allah s.w.t sebagai tuhan yang satu yang tidak disekutukan dengan mana-mana makhluk lain termasuk Nabi Isa a.s.

    Beliau diIslamkan di bumi Sarawak sebagai saksi dengan dibantu oleh Ketua Menteri Sarawak pada masa itu, Tun Patinggi Abdul Rahman Yaacob. “Jadi, tahulah anda dari mana saya mendapat nama Abdul Rahman selepas saya memilih Ayub sebagai nama Islam saya,” katanya.

    Rupa-rupanya tindakan Ayub memeluk Islam itu bukan sahaja menimbulkan kejutan kepada banyak pihak namun yang lebih tidak sangka-sangka sehingga membahayakan nyawanya pada masa itu.

    “Tidak dapat dilupakan bagaimana takut dan ngerinya saya pada masa itu apabila rumah yang saya diami dibaling orang dengan ketulan-ketulan batu. “Tidak sangka tindakan saya memeluk Islam tidak disenangi oleh sesetengah pihak,” katanya.

    Demi keselamatan dirinya, Ayub terpaksa menyembunyikan diri di Jeddah, Arab Saudi dan di Tanah Haram, Mekkah Al Mukarramah selama tiga tahun.
    “Tetapi begitu sekali kekuasaan Allah! Jika tidak kerana persembunyian ini tentulah saya tidak berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Saya benar-benar bersyukur kerana diberikan peluang yang sebegini hebat.

    “Bagai tidak percaya, baru sehari dua mengucapkan kalimah syahadah di tanah air tetapi Rumah Allah, Kaabah itu kini berada di hadapan mata dan saya tidak mampu menahan air mata yang mengalir. Seumur hidup tidak pernah menangisi diri tetapi saya benar-benar merasakan diri ini begitu kerdil dan hina berbanding nikmat iman yang diberikan oleh-Nya kepada saya,” katanya.

    Selama tiga tahun itu, Ayub mengambil kesempatan mendalami Islam dalam semua aspek terutama al-Quran bagi menambahkan keyakinan dan memberikan kekuatan sebagai seorang yang baru dalam Islam.

    Hanya kebelakangan ini sahaja, Ayub memberanikan diri berdakwah secara terbuka termasuk memasuki segenap pelusuk pedalaman Sarawak dan Semenanjung bagi menyebarkan Islam sambil melakukan pelbagai kerja kebajikan.

    Namun seperkara yang menarik mengenai Ayub ini apabila setiap hujung minggu, beliau ‘menukar’ statusnya sebagai pemandu pelancong.
    “Hujung-hujung minggu saya pasti berada di perkarangan masjid-masjid di sekitar Kuching. Di situ saya berperanan sebagai pemandu pelancong kerana ramai menjadikan Masjid Bahagian Kuching sebagai destinasi kunjungan mereka setiap kali datang ke sini.

    “Daripada mereka terjengok-jengok dan tiada sesiapa membantu untuk menjelaskan fungsi dan peranan masjid, adalah lebih baik saya menemui rombongan pelancong yang rata-ratanya warga Barat itu dan mengajak mereka masuk dan melihat sendiri keadaan dan suasana masjid,” katanya yang telah tiga kali mengerjakan haji dan bercadang ke Tanah Suci sekali lagi tahun ini.

    Kebanyakan mereka ini, kata Ayub, mempunyai salah tanggapan mengenai Islam dan masjid itu sendiri. Ini termasuklah percaya terdapat patung Nabi Muhammad dalam masjid kerana menganggap baginda merupakan tuhan yang memperkenalkan agama yang mereka panggil sebagai “Muhamaddan”, golongan wanita dinafikan hak mereka untuk beribadat di masjid dan sebagainya.

    “Jadi saya ajak mereka masuk dan lihat sendiri akan ‘patung’ tersebut. Ini kerana mereka mungkin menganggap ajaran Islam seperti ajaran Kristian yang terdapat patung Jesus di dalam gereja.

    “Tetapi apabila mereka mendapati suasana di dalam masjid tidak seperti yang mereka sangkakan, lalu mereka kehairanan. Di sinilah saya mengambil kesempatan memberi gambaran sebenar mengenai masjid dan terangkan mengapa tidak perlu adanya sebarang patung, apa itu arah kiblat dan sehinggalah mengapa diasingkan jemaah lelaki dan perempuan.

    “Apabila tiba waktu sembahyang, saya meminta mereka melihat sendiri bagaimana orang Islam sembahyang dan saya bersedia menjawab apa juga persoalan yang diajukan selepas itu.

    “Begitu juga apabila kedengaran seruan azan yang mereka anggap sebagai lagu ibadat paling merdu yang pernah mereka dengar, saya akan jelas makna di sebalik ‘lagu merdu’ itu,” katanya yang menggunakan kelebihan berbahasa Jerman dan Inggeris bagi tujuan ‘dakwah’ itu.

    Ketika ditemui penulis, Ayub sedang membantu seorang lagi saudara baru iaitu merupakan pelancong Finland yang menghadapi pelbagai kesukaran di sini.

    Lawatannya di kampung-kampung masyarakat Melayu di sekitar Lumut, Setiawan dan Seri Manjung, Perak baru-baru ini menyebabkan lelaki Finland ini begitu tertarik kepada Islam dan terus memeluk agama itu.

    “Tindakan itu menyebabkan isterinya di Finland begitu marah dan menganggap apabila suaminya itu memeluk Islam bererti dia akan menjadi pengganas serta menggalas senjata. Lalu keluarga pelancong ini memberi amaran jika dia pulang semula ke negaranya itu, dia akan mati ditembak.

    “Jadi siapa sebenarnya yang ganas? Malah mereka menganggap kehadiran Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad ke negara ini baru-baru ini semata-mata untuk merekrut askar dan tentera di kalangan orang Islam di negara ini untuk tujuan keganasan. Sehingga begitu sekali tanggapan mereka mengenai Islam,” katanya yang sedang membantu mengenai kebajikan pelancong itu di sini.

    Berkahwin dengan Baiti Adenan, 59, dan mempunyai dua anak lelaki, Musa, 22, dan Isa, Ayub, 20, meniti kehidupan yang lebih bermakna dan bahagia.

    Menariknya, beliau lebih kerap memanggil anak-anak lelakinya itu dengan panggilan ‘Moses’ and ‘Jesus’.

    “Pernah ada yang meminta kepastian dari saya, benarkah dengan menggunakan telefon bimbit saya sedang bercakap dengan Nabi Musa dan Nabi Isa?,” katanya sambil tertawa kecil.

    Setiap tahun, melalui satu pertandingan, anggota-anggota Pasukan Bulan Sabit Merah (PBSM) di Kuching Sarawak akan merebut piala yang dianggap berprestij di sana, iaitu Lazaramah Viagulam Challenge Throphy. Tetapi apa kaitannya dengan Ayub?
    “Piala ini sebenarnya dari saya bagi menggalakkan anak-anak muda supaya menderma darah bagi membantu Tabung Darah Negara dan nama piala itu merupakan sempena kasih sayang saya yang tidak ada tolok bandingnya lagi terhadap ibu saya yang tercinta (Lazaramah, 80).

    “Ibu saya itu merupakan manusia kedua terpenting dalam hidup saya selepas Allah dan Rasul-Nya. “Walaupun dia masih Kristian tetapi tidak ada apa yang boleh menghalang kasih sayang kami,” katanya yang begitu gembira kerana dapat berjumpa bagi meraikan hari lahir ibunya baru-baru ini.

    Ayub benar-benar Muslim yang berbeza. Beliau mempunyai senarai kerja kebajikan yang panjang di Kuching. Antaranya Out Reach HIKMAH, Naib Yang Dipertua Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Sarawak, Jawatankuasa PERYATIM, Sarawak dan Perkim Sarawak.

    http://chooseislam.wordpress.com/2008/01/20/ayub-abdul-rahman-dulu-paderi-kini-daie/

    1. Isu Agama Kristian: Kita takut pada bayang-bayang sendiri — Anuar Mohd Nor
      May 10, 201110 MEI — Ramai yang membicarakan hari berkenaan ada usaha sekelompok penganut agama Kristian sedang menyebarkan dakwah mereka secara harus di negara kita ini. Bagi saya ini — SALAH kerana ini bukan sahaja melibatkan negara kita malah dunia.

      Ada yang mengkritik keras dengan mengatakan bahawa Agama Kristian berdakwah secara halus bagi mengembangkan agama mereka. BUKAN SATU CERITA BARU — semua agama mahu menyebarkan dakwah mereka dan penyebaran sebegini berlaku dari zaman dulu lagi. Oleh itu apakah dia sebenarnya isu yang ada — bila tuduhan mereka mahu memperjuangkan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia dinafikan oleh semua pihak yang terlibat baik DAP mahupun pastor-pastor agama Kristian tersebut.

      Sebenarnya usaha untuk menyebarkan agama masing-masing bukan satu perkara baru. Setiap penganut agama masing-masing mahu menyebarkan agama mereka seluas mungkin. Mereka mahu agama mereka di anuti oleh seluruh rakyat dunia — itu harapan mereka dan itu juga harapan Islam – mahukan seluruh umat dunia ini menganut agama Islam.

      Habis di mana pincangnya — adakah mereka yang menganut Kristian SALAH dalam usaha mereka untuk mempengaruhi sesiapa sahaja dan agama mana sekali pun termasuk penganut Islam untuk berpaling ke arah mereka. Kaum Cina dan India ramai telah menganuti Kristian – adakah mereka salah? Adakah dengan hasrat mereka untuk menunjukkan agama Kristian itu adalah agama terbaik SALAH? Mereka merasakan agama mereka adalah yang paling baik dan paling tepat sebagaimana kita juga merasakan Islam itu adalah agama dunia yang perlu diamati oleh seluruh rakyat dunia.

      Jangan salah tafsir. Kita bukan mahu berkompromi mengenai soal agama. Agama kita adalah agama rasmi — menurut perlembagaan. Kita sudah ada undang-undang mengenai murtad dan sebagainya. Kita gunakan semua peruntukkan undang-undang untuk menghalang orang Islam dari menerima agama lain. Kita telah menetapkan syarat perkahwinan antara orang Islam dengan agama lain — mereka perlu memeluk agama Islam terlebih dahulu. Itu semua ada. Itu semua wujud tetapi kenapa dengan adanya semua itu kita masih takut dan masih waswas dengan isu Kristian yang baru-baru ini di keluarkan sungguhpun ia belum sahih berlaku.

      Islam tidak menerima agama lain — itu hakikat tetapi Islam tidak menolak dengan penentangan. Namun adakah kita berusaha untuk menghalang kemaraan Kristian berdakwah agama mereka ini dengan hanya berpeluk tubuh atau menyerang mereka secara drastik. Adakah kita akan berjaya dengan hanya membicarakan peruntukkan perlembagaan — menggunakan peruntukkan undang – undang tanpa usaha lain. Adakah mereka yang terbabit dengan dakwah menggunakan cara yang berkesan untuk menarik minat mereka yang bukan Islam kepada Islam? Semua ini persoalan yang perlu kita tuju kepada diri kita sendiri sebagai umat Islam.

      Sungguhpun ada statistik yang cukup untuk memperlihatkan kemasukan orang bukan Islam memeluk Islam tetapi adakah kita tahu — jumlah kaum Cina dan India kaum serta bumiputera lain yang menyertai Kristian khususnya di pendalaman Sabah dan Sarawak. Mungkin jumlah mereka agak ramai — menunjukkan peningkatan dan kejayaan dakwah mereka. Islam bagaimana pula?

      Adakah kita sudah cukup menyeluruh dalam usaha kita memperkembangkan Islam atau sebenarnya tindakan kita — hampir kepada menakutkan mereka yang bukan Islam kepada kita. Kita perlu realistik. Zaman kemajuan ini — agama perlu dibangunkan dengan lebih pesat. Kita tidak mahu kemajuan negara kita — tidak disertai dengan pembangunan rohaniah. Pembangunan agama perlu wujud untuk mengimbangi kemerosotan akhlak dan kerosakan nilai kemanusiaan yang dibawa sebagai produk sampingan kemajuan. Ini perlu agar kita mendapat pembangunan yang seimbang.

      Namun — kita perlu bertanya pada diri kita sendiri, adakah pendakwah-pendakwah Islam cukup menyeluruh untuk berdepan masyarakat dunia dengan pemikiran baru hari ini. Adakah kita hadir atas kapasiti yang betul, cara yang nampak tepat dan menarik untuk berbual dan terus berbicara untuk membuka hati mereka melihat Islam — secara progresif. Atau adakah kita hanya hadir — dengan jubah dan serban setebal gendang (memetik kata-kata dalam buku Keluarga Gerilya tulisan Pramoedya Ananta Toer) untuk membahasakan mereka — keras mengatakan mereka berdosa dan dilaknat – seolah-olah mereka ini tidak ada ruang untuk bertaubat? Kita lihat usaha kita dalam memperkembangkan agama Islam. Ada kalanya kita lebih cenderung menjalankan usaha menyekat — memalukan dan menghukum dari berdakwah. Kita sibuk mengendap di tepi-tepi rumah dan taman bunga dari hadir untuk memberi dakwah. Kita mahu menangkap — tunjukkan depan media — memalukan agar perkara ini jadi faktor penghalang untuk membuat dosa tetapi adakah ini berkesan dan memperkembangkan agama Islam itu sendiri — supaya lekat dalam hati dan menjadi perisai kepada dosa.

      Saya bukanlah seorang pendakwah agama — bukan yang berpengetahuan tetapi ada antara kumpulan dan individu yang mempunyai tahap pengajian agama yang tinggi tetapi kurang ilmu. Kehadiran mereka hanya mahu menjatuhkan dan bertindak menjadi autoriti. Mereka gagal dalam melihat dunia hari ini — masa kini dalam menjalankan dakwah mereka. Mereka kita kenali sebagai egois Agama Islam yang akhirnya tersasar juga — mengurangkan sokongan secara relatif — menjauhkan orang kepada agama — ketakutan dan akhirnya tewas dengan cara pendakwahan mubaligh dan pastor agama lain.

      Jangan salah anggapan — ada perkara yang perlu kita ubah dan antara perkara yang penting adalah jabatan-jabatan agama yang kadangnya terlalu asing dalam perhubungan kemanusiaan serta penglibatan dalam persoalan kemasyarakatan. Saya juga hairan dengan pendekatan yang ada — seakan kaunseling adalah langkah terakhir — hukuman — memalukan dan mengaibkan adalah langkah utama.

      Adakah kita takut — sebenarnya pada bayang-bayang kita sendiri — takut kepada kehadiran agama lain kerana kekurangan pada diri kita sendiri — kerana kekeliruan kita — agama dan politik di campur dan agenda politik mendahului agama. Kita takut kerana kita sendiri leka — bayangkan dengan jentera yang ada — dengan peruntukan perlembagaan yang cukup jelas kita masih gagal melihat jauh — gagal melihat apa yang ada hari ini serta keadaan semasa untuk kita rangka cara pendakwaan yang lebih berkesan. Kita kena lihat — perbezaan kita — interpretasi kita tentang hukum hakam — yang banyak menuruti dan tunduk kepada pemegang kuasa.

      Adakah kita sendiri pernah mencermini diri — sebelum kita mengkritik kehadiran pendakwah agama lain yang dikatakan melanggar peruntukkan perlembagaan sebenarnya ketakutan pada kelemahan kita. Hairan — kuasa yang ada, perlembagaan yang telah ditetapkan — majoriti kependudukan Melayu/Islam — hadirnya jabatan-jabatan agama yang menyeluruh — tetapi kita masih jadi takut — atas ancaman yang bukan ancaman. Kita takut pada diri kita sendiri.

      * Anuar Mohd Nor adalah pembaca The Malaysian Insider.

    2. arah,
      apakah anda baca kembali apa yang anda komenkan?

      ““Tiada kecacatan langsung mengenai Islam malah kalau ada 10 kitab al-Quran yang didatangkan dari mana-mana negara di hadapan saya. Baik sama ada dari Afrika, Asia malah dari Eropah sendiri, yang saya jumpa hanyalah ayat-ayat yang sama.

      “Kata-kata Allah itu begitu terpelihara dan tidak berubah oleh sebarang tokok tambah dan pengurangan. Malah nama agama itu sendiri, memang ada tertulis di dalam al-Quran dan makna dari ayat 85 Surah al-Imraan benar-benar mengejutkan saya sehingga saya menjadi lebih ketakutan.”

      Persoalannya… kenapa anda berbalas komen dengan saya menggunakan Bible yang telah ditunjukkan terdapat perbezaannya?

  4. Investigate Utusan Malaysia, says Penang Gerakan

    Athi Shankar | May 10, 2011

    It would be impossible for Christian leaders to garner two-thirds support from Malaysians of all ethnic and religious backgrounds to amend the Federal Constitution, said a Penang lawyer.

    GEORGE TOWN: Penang Gerakan has called on the police to take stern action if there was no basis to the reports in Utusan Malaysia and two blogs that a group of Christian community leaders want to make Christianity the country’s official religion, replacing Islam.

    State Gerakan chief Dr Teng Hock Nan pointed out that given that Utusan Malaysia was widely perceived as an Umno mouthpiece, the Malay language daily should be “more responsible, matured and professional in its reporting”.

    “The newspaper will be seen to be helping to spread a rumour without prior verification and this is incorrect and dangerous.

    “Such rumour can have detrimental effects on the peace and harmony of our nation,” he said.

    Teng said Utusan Malaysia should have approached the authorities concerned to take early action to nip “the problem” in the bud, instead of highlighting the matter and raising the sentiments of its readers.

    He stressed that such sensitive and negative reports can be exploited by any party, within and outside of Malaysia, for their vested interest to destroy the foundation of Malaysia’s nation-building.

    Teng urged the police, especially the Special Branch, to conduct an immediate and thorough investigation into the report in Utusan Malaysia and by two bloggers.

    The reports claimed that a meeting had taken place in Penang, attended by Christian leaders who want Christianity to be the official religion in Malaysia.

    He said that police must take appropriate action according to the laws of our country if the reports by Utusan Malaysia and the two bloggers were found untrue.

    “I urged the media, including newspapers, to stop speculating and exploiting on the issue of religion that can stoke tension,” said Teng, who is also Gerakan national vice-president in a press statement yesterday.

    ‘Virtually impossible’

    Lawyer Baljit Singh, who heads the Penang Gerakan’s legal and human rights bureau, chided Utusan Malaysia’s report saying it contained a “hidden political agenda”.

    He claimed that the daily was only interested in propagating a hidden agenda of its political masters for “obvious reasons best known to them”.

    He accused the newspaper of instilling fear among Malays without a second thought that it was mocking the country’s constitutional foundation.

    He also called on the authorities to conduct a thorough investigation on Utusan Malaysia’s reports.

    “Utusan report is seditious in nature. Appropriate stern action must be taken on the culprits based on police findings,” he said.

    He pointed out that one would need at least a two-thirds majority to amend the Federal Constitution, which currently states Islam as the official religion of the country.

    Pointing out that Christians were a minority community, he said Christian leaders would need two-thirds support from Malaysians of all ethnic and religious backgrounds to amend the constitution.

    “Based on the country’s current racial and political landscapes, such amendment can never happen.

    “Replacing Islam with Christianity as the official religion is virtually impossible,” Baljit told FMT.

    1. saudara arah,
      saya kira saudara boleh berikan link sahaja untuk memberi artikel potong dan tampal. Sudah begitu banyak artikel yang saudara berikan secara penuh, namun kadangkala saya fikir saudara tidak baca sepenuhnya. Dua komen saudara yang terakhir sebelum ini sudah menunjukkan betapa anda potong dan tampal dan seolah-olah tidak membacanya.

      Ini komen potong dan tampal terakhir daripada anda yang akan saya luluskan. Selepas ini saya tidak mahu luluskan kerana artikel-artikel yang anda berikan terlalu panjang lebar dan bukan daripada anda. Keduanya, jika diperhatikan, artikel-artikel yang saudara berikan kontra dengan pandangan yang saudara telah berikan sebelum ini. Ada pembaca yang keliru dengan anda.

      Terima kasih.

  5. hi onda

    Utusan is clearly wrong and incited hatred against the Christian community. Big Dog is such irresponsible dog and marahku suddenly takut and removed posting. Onda, there is a degree to what one can spin but to lie in a matter of journalism and at the level Utusan is at, don’t you think they should really bertaubat. Home Ministry only slap them with a warning and not any more stern action might lead to more people inciting hatred and aren’t afraid of the consequences.
    Claiming to be muslims (with the Perkasa / Pembela / Utusan) and must uphold principles of Islam and yet behaving such in fitnah others. Always looking out for bogeyman starting with Chinese and now to the Christian community. So, RPK is really right on his comments about the biggest enemy of Islam.

    1. Hi jebat’s fren. Long time you have not been commenting here.

      I believe it is still under investigation. Yes, under one circumstances, Utusan is being “guilty” of spreading the news. On the other hand, Utusan is doing their job reporting what they believe it is something should be reported. Yes, one retracted, but another one stand firm and not retracting the article written. Since the issue is still under investigation, I shall not further comment on the issue.

      As for my previous article written, it is more towards discussing the unity among muslims in Malaysia. Muslims have been somewhat divided due to political ideologies and could not seperate between political and non-politial issues.

      However, I am a little bit dissapointed as Harakah getting away with accusing this is UMNO’s doing. The issue is not a political issue, therefore, Harakah and Pakatan leaders should also have some responsibility for not politicising this issue.

  6. Yeah, busy with work lately. Hope you are doing well.

    Well, you can’t change the fact that Utusan is an UMNO paper and big dog is also an UMNO blogger. If rocket paper were to write something seditious, definitely it will be pointed to DAP. That’s why wiser for UMNO not to own Utusan and let Utusan be responsible for its own act. Based on journalism ethics, we are far from doing homework in investigating the fact and not copy and paste blogs into the newspaper and take it as real. To be honest, the Christians in general are not interested to change the official religion and Christians have all these while been consistent, we just want freedom of worship and that’s it. So, investigation into what? They should slap the proper Act on bid dog and marahku for inciting hatred. Why many could not believe and take it that bid dog is guilty? It’s a baseless accusations. If everything is needed investigation based on fabrication, can i baselessly accuse Perkasa is Al-Qaeda network in Msia and therefore I urge the police to act?

    1. jebat’s fren,
      So far so good with me, and I hope you are doing well too.

      Yes, UMNO has shares on Utusan, but in my view, the paper operates as a business entity. The same goes with Harakah, Suara Keadilan and any other media that is associated with a political party.

      And I do agree that somehow and in someway, what these papers do, it will relate to the shareholder of the media. In this case Utusan. However, what the reporter did for me is nothing different from what the reporters of opposition media do – exposing what they believe people should know.

      Perhaps, as a silver lining, we should now see that not all can be reported openly. Each of us should be responsible to what we write, be it main media, alternative media, bloggers, commenters. All should be responsible when writing. And we should also try to read from more than one side of the story(ies), assess before making any perceptions, judgments, or assumptions.

      As for the Christians in Malaysia, I do agree with your view that generally Christians in general are not interested to change the official religion. Some don’t even bothered as long as they can practice what they believe. Perhaps, that there are some minor group that have other interests. Or else, the “Allah” word would have not been issue and would not be brought to the court (as many have suggested that this issue actually cannot be settled in the court).

      I believe that if we can respect each other, we can make Malaysia a much much better place to live.🙂

      Have a nice day.🙂

  7. Onda

    1. The allah issue is mainly to express the hope of people in sarawak and sabah. We christian here has been practising with the word allah in our gospel since even before merdeka. So who is actually politicized it? After half of decade?

    2. Harmony can only be achieve if we all tolerate to each other. Tolerate if according to PERKASA is utterly bullshit. That not the kind of tolerate we get and what we deserve to hv. Come to sabah sarawak then u can see the tolerance among the muslim and christian. But umno and perkasa doesnt want all this. Its their political strategy to divide and conquer.

    Do it like semenanjung, divide the trust among christians and muslim, incite hateness so they can forever fool the rakyats.

    “Tolerance mean you accepting what other people believe, open heart, not you wanted people to believe according to your chapter”

    1. Hi PokuriN,
      1) With all due respect, the issue was a non-issue before. I do understand how is the situation is in Sabah and Sarawak for Christians. However, to take legal action is not the way of doing things.

      More over, please also refer to few articles I’ve in my archives on how the Christianity being brought here and how translation were made.

      2) Yes, tolerate is the key. But if taking legal action for issue like this shows how actually tolerate act is no more.

      As far as I am concern, I don’t think UMNO and Perkasa divide Muslims and Christianity to rule. I do not know how you come about with such theory. I am no PAS or UMNO, but I have been thought Islam to be a peaceful religion and I know that Christians also being thought about the same.

      If really UMNO do like you believe, perhaps there would be no churches or any kind of practice in Semenanjung at all.

      And perhaps, Christians from Sabah and Sarawak would be afraid to travel to Semenanjung at any point of time since UMNO as you claimed incite hatred.

  8. SAYA PENGANUT KRISTIAN ROMAN KATOLIK MERASA KECEWA DENGAN ORANG-ORANG YANG MENYENTUH DAN MEMBUAT FITNAH MENGENAI AGAMA KRISTIAN. ORANG YANG MENIMBULKAN ISU INI ADALAH ORANG YANG BODOH, SEOLAH-OLAH KAMI AGAMA KRISTIAN DI SARAWAK TIDAK TAHU BAHAWA AGAMA ISLAM ADALAH AGAMA RASMI MENGIKUT PERLEMBAGAAN. MEREKA-MEREKA YANG MENIMBULKAN ISU INI LANGSUNG TIDAK MEMBERI MAKNA DAN HANYA MEMBUANG MASA. SAYA BERHARAP MANA-MANA ORANG ISLAM JANGAN MENYALAHKAN KAMI PENGANUT KRISTIAN KERANA KAMI TAHU PERKARA/AGAMA YANG MENGIKUT PERLEMBAGAAN.

    1. Jones,
      Saya sedia maklum bahawa ada individu (tidak mengira agama dan bangsa) yang tidak menghormati apa yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Perhatikan sahaja ada antara blog-blog dan komen yang di mana ada sahaja yang tidak bersetuju dan menghormati apa yang termaktub dalam perlembagaan.

      Saya juga sedia maklum kerana saya punya rakan-rakan di Sarawak yang beragama Kristian yang tahu dan menghormati perlembagaan sebagaimana anda.🙂

      Memandangkan isu ini dalam siasatan, kita tunggu sahajalah.

      Jika benar adanya kumpulan seperti itu, itu bukan salah kamu atau agamamu. Jika terdapat niat sebegitu, itu atas kehendak mereka, dan bukan semua orang Kristian di Malaysia.

      Sekian, terima kasih.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s